11 July, 2016

Assalamualaikum..Selamat Hari Raya

Jadi telah tiga tahun saya meninggalkan penulisan di blog ini. Pernah ada ketika timbul hasrat untuk tutup sahaja. Yang mengekang niat itu sekarang adalah kenangan yang ada di dalamnya. Setiap entry yang saya buat bukan sekadar meninggalkan kenangan pada tajuk dan isi kandungan posting itu sahaja tetapi juga kenangan pada situasi dan perasaan peribadi semasa menulisnya. Saya masih hargai dan perlukan kenangan-kenangan itu dalam hidup saya sekarang.

Banyak perkara, in fact terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh tiga tahun ini. Dari kehidupan peribadi, kepada kerjaya, kepada rakan-rakan, kepada keluarga. Entah di mana saya patut bermula semula.

Mungkin perlu dimulakan dengan keluarga kecil saya. Alhamdulillah rasa seperti keluarga kecil kami telah lengkap. Azfar kini punya adik perempuan, Afreena namanya yang bermaksud putih kemerah-merahan. Allah lewatkan rezeki kami dengan anak kedua ini. Namun kali ini saya betul-betul faham dengan perancangan Allah. Kalau sebelum ini hati saya penuh harapan, penuh soalan, penuh rintihan tapi bila amanah kedua ini tiba, terasa tepat sangat masanya.
 
Namun, mungkin kerana kehidupan kami tiga beranak sebelum ini telah menjadi begitu selesa sehinggakan bila Afreena tiba, agak kelam kabut juga jadinya kami suami isteri. Afreena lahir pada Disember, mana dengan hendak belajar semula segalanya tentang baby, dengan Azfar yang akan masuk ke darjah 1. Rutin biasa kami boleh dikatakan hampir keseluruhannya berubah. Walau telah 7 bulan kini, saya masih struggle dalam penyesuaian sebagai ibu yang ada seorang baby dan seorang anak darjah 1. Mujur juga Afreena so far seorang baby yang mudah dijaga.
 
Betul kata orang, lain anak lain kerenah walau sejak dalam kandungan lagi. Masa Azfar dulu, perjalanan mengandungkannya sangat-sangat mudah, tiada morning sickness, tiada masalah. Bersalin sahaja terpaksa emergency caesarean sebab fetal distress dan dia keluar dengan berat 1.78kg sahaja. Bahagian nak membesarkan dia agak berliku-liku sikit. First time parent mungkin.
 
Afreena pula, berliku-liku perjalanan mengandungkannya. Bacaan Hb memanjang rendah, sakit pinggang bagai tetapi berjaya bersalin melalui kaedah normal. Dan menjaga seorang baby bernama Afreena juga Alhamdulillah setakat ini agak mudah. Mungkin sebab sudah ada pengalaman.

Kalau dulu semasa masih anak seorang, faham la juga bila orang sibuk suruh tambah. Raya kali ini bawa dua orang dengan si adik baru tujuh bulan, pun ada juga lagi yang suruh cepat tambah.
 
Kalau dah jenis tak penat mengatur hidup orang lain..
 
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
 





23 May, 2013

Saya Masih Ada..

Kali ini betul-betul lama saya tinggalkan blog tanpa sebarang berita atau perkembangan. Banyak perkara yang berlaku sepanjang lima bulan ini. Tentang kerja saya, keluarga kecil saya, keluarga besar saya, tentang diri saya..

Secara ringkasnya, saya bersyukur dengan perkembangan kerjaya. Alhamdulillah diberi ruang dan peluang oleh Allah kepada saya dalam soal ini. Syukur. Namun dengan peluang ini juga datang bersama tanggungjawab yang bukan kecil. Yang kadang kala terasa seolah saya masih belum bersedia. Atau memang saya masih belum bersedia. Masih mencari kekuatan menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebesar ini. Jujurnya saya belum jumpa apa yang saya cari. Saya gusar kerana tempoh pencarian saya ini semakin hari semakin membawa bersama semangat diri. Saki baki semangat yang sedikit yang tinggal ini buat saya kadang kala rasa sesak nafas.

Keluarga kecil saya masih sama. Masih kecil ^_^ Belum diberikan rezeki membesarkan keluarga yang kecil ini. Tapi saya masih bersyukur. Allah lebih mengetahui perancangan terbaikNya buat keluarga kami. Kami suami isteri masih berbesar hati, bersenang hati bersama membesarkan satu-satunya cinta hati kami buat masa ini.

Ragam yang seorang ini selalu saja menggembirakan hati kami. Alhamdulillah. Walau kadang kala tegang juga anak tekak melayan kerenahnya yang bukan sedikit. Maklum saja hampir empat tahun ini cuma dia seorang yang diuli kami, manjanya bukan sikit. Sangat manja! Kadang kala buat kami risau juga dengannya yang masih belum berdikari. Namun, saya masih bersyukur dengan peluang menjadi seorang ibu. Setiap masa saya cuba mengingatkan diri untuk menjadi ibu yang boleh dibanggakan oleh anak sendiri. Menjadi ibu kalau bukan yang terbaik di dunia, cukuplah sekadar yang terbaik pada pandangan dan perasaan anak(-anak) saya. Kebelakangan ini rasa sedih pula dengan berita anak derhaka dalam dunia hiburan negara kita. Saya pasti saya tidak berhak menilai kerana saya tidak tahu apa yang terjadi dalam keluarga mereka, namun perasaan keibuan saya buat terpalit juga rasa sedih di hati bila mengikuti cerita itu. Saya doakan yang terbaik buat mereka sekeluarga. Redha Allah pada redha seorang ibu; carilah redha ibu walau dengan apa cara sekalipun..

Keluarga besar saya, insyaAllah akan bertambah besar sikit hujung tahun ini. Adik lelaki saya sudah bertunang baru-baru ni. Anak saya bakal dapat makngah ^_^ Semoga perancangan kedua-dua keluarga diberkati Allah. Adik saya yang seorang ni memang unik sikit. Seingat dan setahu saya, dia tak pernah bercinta sepanjang hidupnya. Tunang dia yang ini pun, mak abah saya yang carikan. First date pun mak abah saya yang bawa dua-dua keluar makan. Semoga ada jodoh hendakNya mereka berdua.

Kalau tentang diri saya sendiri, masih sama. Yang semakin bertambah adalah berat badan ^_^ Sampaikan doc minta saya cuba sedaya upaya turunkan berat badan. Sedang diusahakan walau bebannya terasa begitu berat huh..Semenjak berat badan semakin bertambah ni, saya perasan satu perkara. Saya paling tidak suka bila rakan atau saudara mara tegur "sihat sekarang?" Bukanlah menafikan saiz badan yang semakin bertambah, cuma saya rasa kadang kala sesetengah soalan cuma perlu ditanya dalam hati. Saya sendiri personally tak pernah tanya atau sebut hal demikian pada sesiapa. Dan saya tertanya-tanya, agaknya apa ye jawapan yang didambakan oleh mereka yang bertanya soalan sedemikian. Atau mereka sekadar mencari topik untuk berbual, maklum lah jarang-jarang jumpa. Kalau ya itu tujuannya, tanyalah tentang cuaca ka? kerja mana sekarang ni ka? kan? Saya sendiri ada beberapa set jawapan yang biasa saya gunakan. Tak tahulah memenuhi kehendak yang bertanya itu atau tidak. Yang biasa digunakan;

"Saja nak bagi balance dengan husband, nanti naik motosikal cunggit(bahasa utara) pulak"; atau

"Husband saya pandai bela bini, nak buat macam mana.."; atau

"Memang saya senang hati sekarang.."; atau

Senyum, tak perlu kata apa-apa (masuk telinga kiri keluar telinga kanan).

Sebab saya rasa orang yang bertanya soalan macam ini adalah insensitive. Saya tak rasa ada seorang pun yang berat badan berlebihan ni suka dengan berat badan macam tu. Tanyalah siapa juga, biarpun yang kurus kering takdak lemak pun masih akan tak suka dengan pertambahan berat badan. Kenapa perlu tanya?????? Nak menambah luka hatinya kah?

Dah macam luahan perasaan plak...

Itu je (tak jumpa ayat penutup yang sesuai bagi entry ni..).




28 December, 2012

Saya Rindukan Kamu

Dah lama terasa nak menulis sesuatu di blog ni tapi asyik tertangguh, lama-lama saya jadi tak tahu apa yang nak ditulis lagi dah.

Cuma lately saya rasa terlalu banyak perkara negatif dalam perasaan mahupun tindakan saya. Mostly work related issues..Kehidupan peribadi dan keluarga seperti seadanya sahaja. Masih bahagia dikelilingi orang-orang yang saya sayang.

Saya cuba bina perasaan positif hampir setiap hari, tapi jumaat juga hari yang saya paling nantikan setiap minggu. Sebab bila jumaat datang, saya tahu weekend juga akan datang bersama. Kadang-kadang saya rasa sedih dan kecewa dengan diri sendiri bila berkaitan hal kerja. Saya mahu beri yang terbaik, saya mahu jadi yang terbaik tapi suasana di ofis saya sudah jauh berbeza. Sangat berbeza..Saya rindu colleague yang dulu. Saya rindu suasana bekerja yang dulu. Saya rindu cerita-cerita dulu. Saya rindu gosip-gosip dulu.

Sekarang suasananya tegang, masing-masing muka plastik! Saya rasa sangat terbeban, biar mental mahupun fizikal. Tak tahu sampai bila boleh bertahan.

Saya rindu kerja dengan cikzah, ziehan, pn. phan juga en.azhar. Rindu juga kak wid, ida, chris..

Yeayy hari ni jumaat!!!


04 September, 2012

Property Investment = Second House


Sejak cari, beli dan diami rumah kami sekarang, memang cerita tentang property investment dah lama kami suami isteri bualkan. Cuma setiap kali juga, topik tu sekadar jadi perbincangan gitu-gitu je. Sorang nak beli kat kampung, sorang nak Klang Valley, sorang nak landed house sorang nak rumah atas kayangan.

Cuma baru-baru ni dapat nasihat percuma dari big boss tentang savings, investment dan future planning & expenditure, terus semangat nak beli second house datang balik. Walaupun both of us are government servant, yang paling-paling kurang akan ada pencen tapi masa depan adalah hak Allah which kita tak tahu apa yang akan jadi. Dengan keadaan sekarang pun, sudah sangat terasa dengan kenaikan harga minyaknya, harga barangnya, harga perkhidmatan lagi et cetera et cetera, apa lagi masa depan.

Finally, lepas perbincangan, pengiraan dan nasihat mak ayah both sides, we settled with this one. Our second house, insyaAllah.






15 August, 2012

Salam Aidilfitri


Aidilfitri dah menjelang tiba. Suasana di ofis sekarang ni dari segi bilangan orangnya dah sunyi, tapi semakin meriah dengan lagu raya yang berkumandang, lampu raya yang berkelipan dan ketupat raya yang bergantungan.

Kami sekeluarga masih di perantauan (konon! macam jauh sangat kan). Cuti raya kami tahun ni cuma bermula Jumaat ini. Esok last day kerja sebelum cuti panjang. Malam ni last day berbuka di sini sebelum esok berbuka dalam kereta dan lusa berbuka di kampung ^_^ Malam ni nak memeriahkan Mariott, Putrajaya untuk last day buffet Ramadhannya. Tak sabar dah ni, tambah plak pagi tadi terlajak tidur, cuma sempat sahur sekeping roti dan air.

Dalam kesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf zahir batin kepada semua! Kalau yang akan memandu ke kampung halaman, berhati-hati memandu dan selamat jalan.


Source: Google


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails