08 September, 2011

Raya Tahun Ini


Sudah lebih seminggu sambutan Aidilfitri berlalu. Namun semangatnya masih terasa. Selagi belum habis Syawal kata orang kan.

Tahun ini giliran sebelah saya. Senyum lebar ke telinga la ^_^. Kami jarang bergaduh besar memilih tempat nak menyambut Syawal. Mungkin jarak yang cuma 30 minit membolehkan kami ulang alik berapa kali yang mahu pun menyebabkan masing-masing tidak begitu terasa. Raya di mana-mana sama sahaja. Pagi di rumah mak abah saya, petang di rumah mertua.


Adik-adik saya bujang teruna, baju biru dah ada yang punya, baju hijau boleh lelong, bujang trang tang tang ;-)


Yang penting rasa gembira berhari raya.. 
 

Tahun ini juga kami beraya sakan kata orang. Boleh dikatakan setiap hari pun keluar beraya. Kadang-kadang boleh cecah 3 ke 4 buah rumah satu hari. Puas hati! Paling berkesan di hati tentunya bila dapat berjumpa hampir semua geng 6 jahanam saya. Sungguh rindu dengan semua. Cuma yang ralatnya, saya tertinggal kamera di rumah. Jadi gambar yang ini saya curi dari fb Farah. Ampun Farah hehe.



Paling kiri, famili Lin. Sudah dua hero dia. Kami baru seorang hero, belum ada perancangan mahu menambah ahli keluarga. Famili Farah juga masih seorang hero. Yang paling kanan, Amal yang heronya belum cukup umur untuk keluar bergambar bersama. InsyaAllah hero jugak tu. Baru perasan, anak2 & bakal anak kami semuanya lelaki haha. Cuma Moh yang tak dapat ikut sama dikatakan sedang pregnant anak perempuan, insyaAllah. Semoga selamat semuanya.
 
Paling puas hati raya kali ini juga dapat melepaskan diri seketika dari agenda kunjung mengunjungi rumah sanak saudara dan sahabat handai makan ketupat dan biskut raya dengan membawa Azfar menyeberangi laut dengan feri untuk ke Pulau Pinang makan cheese nan dan ayam tandori di Kapitan. Fuhh lega! Dapat makan the best tandori in Penang (pada tekak saya la).


Masing-masing muka bahagia dalam perjalanan nak ke Restoran Kapitan membayangkan kelazatan tandorinya ^_^
 Memang rasa puas hati cuti seminggu kami beraya di kampung. Balik ke rumah sendiri masing-masing lemau. Azfar pun boleh tidur dari jam 7 malam sampai ke esok hari. Saya pula, di rumah mak, mak masak, rumah mama, mama masak. Balik rumah sendiri rasakan kena sendiri masak ;-)

Sekarang sedang berkira-kira mahu organize mini open house pula.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails