Showing posts with label My Lil' Baby Azfar. Show all posts
Showing posts with label My Lil' Baby Azfar. Show all posts

26 June, 2010

10 Months Lil' Azfar

Sudah sepuluh bulan anak bertuah mama sorang ni. Selamat hari lahir yang ke sepuluh bulan sayang!




Kamu memang pengubat jiwa lara, penyejuk hati, anugerah terindah buat mama.

Sekarang Azfar sangat kemaruk berdiri dan berjalan (berjalan kena pegang lagi la). Jadi bila tiba hujung minggu kami bawa dia ke serata taman di Putrajaya ni melepaskan gian dia tu. Kalau tak, habis dipanjat badan mama & baba dan semua perabot umah yang tercapai dek tangan comel dia.



Mama & Baba sayang kamu sangat!






10 June, 2010

Bagi Baby 9 Bulan Makan Marjerin Dan Telur??

'You're probably noticing that your blossoming baby is learning different ways to express himself emotionally. He's also becoming more social day by day. A few of his favourite new tricks, maybe clapping, especially when pleased; waving bye-bye; pointing to indicate what he wants or when he sees something new and interesting; shrieking loudly to attract your attention; laughing at silly sounds and expressions; and crying in a specific tone to convey a particular "request".'

* source: babycenter

This is soooooooooooo Azfar except for clapping when pleased. So far dia belum reti tepuk tangan sendiri. Kalau kita tepuk tangan dia nyanyi lagu tepuk amai2, dia masukkan semua jari dalam mulut.

Waving bye-bye, baru semalam belajar. Orang letak dia dalam cot suruh tido, dia bangun bergayut kat tepi cot sambil waved bye-bye kat mak bapak dia. Haisshhh anak anak..

Pasal crying in specific tone tu mmg betul sangat. Azfar ada 2 jenis menangis, nangis mengada-ngada minta bermanja, nangis menjerit nak terkeluar anak tekak sambil air mata, air hidung meleleh bagai nak minta susu.

Dua hari lepas bawa dia ke klinik untuk checkup biasa. Berat baru 8.1kg, kira ok la utk anak mama yang keluar 1.7kg je ni. Kalau ikut carta tumbesaran masih dalam kawasan putih kira ok la kan. Asalkan kamu membesar dengan sihat ye Azfar.

Yang tak pahamnya, nurse tu minta saya bagi Azfar makan telur separuh masak campur dalam bubur dia. Boleh? Melalui apa yg saya baca, baby bawah umur 1 tahun tak digalakkan makan telur lagi2 separuh masak sbb telur biasanya bagi allergic reaction pada kebanyakan baby. Tp nurse tu cakap, mmg kena bagi utk tahu Azfar ada allergic atau tak dengan telur sbb kalau dia ada allergic, masa nak amik imunisation utk umur 1 tahun nnt kena jumpa doc dulu.

Itu je reason terbaek yg nurse tu boleh bagi?! Kecewa.

So, ada tak u all dinasihatkan mcm ni?? Ataupun, mmg semua org tau saya je yg tak tau??

Oh ya, ada lagi satu nasihat dia yg saya rasa tak berapa logik. Dia suruh saya letak marjerin dlm bubur Azfar, saya ulang ye, MARJERIN!! Saya tanya banyak kali mana la tau kot2 la dia terlupa, sebenarnya nak cakap butter (unsalted) kan tp dia asyik ulang marjerin. Bila ditanya, dia jawab baby perlu tenaga untuk membesar. Ok kali ni saya pasrah, malas dah nak tanya reason. Mcm mana korang rasa??

31 May, 2010

Azfar First Time Swimming Experience (Swimming la sangat..)

Last weekend, eh bukan..weekend before, we joined family day organized by Soulmate's ofis. Dari awal lagi mmg saya dah plan nak rendam Azfar dalam pool kat resort tu :) So, dgn excitednya saya beli swim wear utk dia & saya juga hehe (almaklum la saiz dah mengembang skit, jadi swim wear dolu2 adalah tak muat ye kawan2 + saya tak ingat mana saya simpan)



Oh Ben 10 itu adalah hasil pembelian last minute di gift shop resort :D

Mula2 letak Azfar dalam pool tu muka dia confius. 'Apa yang mama & Baba telah buat kat aku ni', mungkin itu yang dia pikir la kan..



Lama2 skit baru sedar dan mula main2 air dengan tangan yang tak berapa nak sampai. Kesian anak mama. Lama skit lagi terus menjerit nak keluar dari Ben 10 dan mama kena pegang supaya dapat main air dengan gembiranya.

Dia punya concentrate main air sampai kita panggil pun buat tak tahu je..

Takpe sayang..lepas ni kita terjah pool2 kat Putrajaya ni ye.

27 May, 2010

9 Months Lil' Azfar

Maaf Azfar, mama lewat satu hari. Walau apapun, happy 9 months young my lil hero!



Mama loves u sooooooooo much sayang.

Org tua2 slalu kata kalau nak beralih bulan baby biasa demam atau cranky. Azfar mmg demam, + selsema + batuk segala bagai. Tapi rasanya bukan sebab beralih bulan tapi sebab mama rendam dalam kolam masa kat port dickson weekend lepas ;D



Weekend ni cuti lama skit kita rest kat umah ye.

Since Azfar dah 9 bulan ni, saya mula bagi dia makan 3 kali sehari. Sebelum ni Azfar lunch (12-1 pm) dan early dinner (6-7 pm) je. Sekarang saya bagi dia breakfast + lunch + dinner. Makan banyak2 ye sayang.


20 May, 2010

Bila Azfar Tumbuh Gigi

Since the age of 7 months, Azfar dah ada dua batang gigi bawah. Me and Soulmate juga aware satu gigi atas dia tengah tumbuh. So far, Azfar tak demam atau cranky tak ingat masa tumbuh gigi..dan saya rasa lega tentang itu sampaaaaai la satu dua hari ni bila dia asyik buat perangai.

Tinggal sat je jerit kalau lama apatah lagi, terus nangis keluar air mata meleleh hingus bagai la, tidur mlm asyik terbangun, makan pun asyik sembur je tak telan haishhh. Pelik jugak dengan perangai dia satu dua hari ni. Me & Soulmate asyik check suhu badan je kot2 dia nak demam ke apa.

Mlm td saja tengok2 gigi dia baru la kami perasaan ada empat ok empatt gigi atas tengah nak tumbuh. Now it make sense! Patut la semcm je lately ni..





Saya ingat lunch hour ni nak ke farmasi belikan teething gel utk dia la. Mungkin dapat bantu kurangkan rasa tak selesa tu..




18 May, 2010

Macam Mana Bila Saya Kena Attend Meeting :(


Sejak Azfar dilahirkan, saya tak pernah berenggang dengan dia. Maksud saya, sejak dia lahir tak pernah satu malam pun tidur saya tanpa dia. Biar masa dia warded sbb jaundice saya masih setia menemani dia. Saya sanggup tunggu orang lain checkout supaya saya boleh bermalam dengan dia di ward. Biarpun baru seminggu menjalani proses bersalin masa itu.

Saya tahu, kerja saya lambat laun akan menuntut saya untuk bermalam di luar tanpa Azfar. Cuma tak sangka secepat ini. Bila boss saya serahkan surat untuk saya hadir ke mesyuarat 3 hari 2 malam di luar minggu depan, saya jadi berdebar2, rasa sebak terus!

Mcm mana Azfar bila nak tidur nanti..


Mcm mana Azfar bila nak minum susu nanti..


Mcm mana Azfar bila nak makan nanti..


Mcm mana Azfar bila nak main nanti..


Mcm mana Azfar bila dia rindu mama nanti..




Dan saya juga tak tahu, mcm mana saya bila saya rindu Azfar nanti..




Pernah mertua minta pinjam Azfar seminggu. Sungguh saya tak sanggup, tapi saya tak sampai hati juga nak katakan tidak. Hati orang tua2 kena juga dijaga. Mujur Soulmate memahami walaupun tanpa saya bersuara walau sepatah.


Tapi kali ini biar masanya lebih singkat..saya masih tak sanggup. Tapi tuntutan kerja tak boleh juga diabaikan.


Saya sedang sedih..

14 May, 2010

Kat Mana Nak Cari Costumes For Baby?

Soulmate's office will be organizing their family day next weekend. There'll be cutest baby competition and baby in costumes as well.

Jadi untuk suka2 saya tengah fikir nak Azfar join atau tak? Kalau dah pegi apa salahnya join kan? Masalahnya sekarang ni mana saya nak cari costumes for baby? Saya ada la google utk cari online shop. Tapi tak banyak yang menarik.

Kalau boleh dapat costumes mcm ni best kan..comel je











10 May, 2010

Kenapa Kamu Jadi Begitu Wahai Sayang Mama


Azfar mmg baby yang senang dijaga (selalunya). Kecuali bila ada yang tak kena mmg la dia akan super cranky. Other than that dia ok je. Pandai bawak diri bila mama sibuk hal2 rumah tangga (^_^)

Tapi skrg ni tokmama & tokbaba dia ada kat umah sejak jumaat lepas. Amboi3, kamu jadi begitu manja ye sayang. Letak kejap pun kamu dah buat lembik2 badan nak tumbang ye. Asyik hulur tangan minta diangkat. Lepas tokmama & tokbaba balik, sila keluarkan semula perangai normal kamu ye. Kalau tak, semua kerja umah termasuk memasak mama kena serahkan pada baba (haha tetiba..!) Boleh ke wahai suami?

Hari ni kat school dia tak tau la mcm mana. Saya dah boleh agak apa yg teacher dia akan ckp bila saya amik kejap lagi, "Dia mengamuk la hari ni. Asyik nangis minta angkat". Dan saya akan senyum je la (abis tu aku nak buat mcm mana?)

Oh, suami juga akan outstation hingga rabu. Jadi, Azfar mama..tolong ye berperangai normal. Kamu kan anak yang soleh dan bijak :) Saya risau sbb biasanya sebelum tido, baba dia akan nyanyi segala jenis lagu sampai dia mengantuk, mmg dah jadi rutin. Takut dia tercari2 pulak. Azfar, suara mama merdu jugak jadi sila beri kerjasama ye sayang..2 mlm je k.

Kita tengok mlm ni mcm mana.

04 May, 2010

Azfar's Teeth Care


Azfar is already teething. Jadi, saya telah google untuk tahu bila saya patut mulakan penjagaan gigi dia.

Well, there's a lot of site to refer to, but according to all the site i'm refering, i actually a bit late on this. Actually, oral hygiene starts even before the baby gets his first tooth. Duhh..

Mmg selama ni saya mcm kurang bagi perhatian pada Azfar's oral hygiene. Yg saya buat pun, lap lidah Azfar untuk elakkan kerak susu. In fact, i should wipe Azfar's gum at least once a day. But hey better late than never rite..

Jadi say pun jalan2 (secara maya) mencari berus gigi yang paling sesuai untuk Azfar. I found a few..




Yang ni mungkin kurang sesuai, susah nak guna (budak kecik tu bukan nak tadah mulut dia suruh kita cuci, mau berhempas pulas nak bagi dia bukak mulut)







This one is perfect!

I should go and buy one..

Ataupun saya guna washcloth je kan..hmm


03 May, 2010

Nenek Sudah Tua..Giginya Tinggal Dua..

Saya rasa malas sungguh hari, rasa tiada mood..mungkin sbb saya dah cuti lama last week masa Azfar tak sihat tu.

Tadi lalu kat meja staff saya terbau nasi bungkus dia ohhhhhh sungguh menggoda iman. Saya puasa hari ni (aku ada lagi 26 hari nak ganti ni adoiii..ni la padahnya bersalin bulan puasa dan melambat2kan ganti puasa huhu). Pagi tadi saya bangun bersahur makan nasi dengan telur goreng je. Saya mmg jenis kena sahur, kalau tak boleh pengsan..okk tipu. Dulu masa duduk dengan mak ayah, walaupun saya tak boleh puasa mak saya tetap kejut suruh bangun makan jugak. Pelik!

Oh ya, entry ni sebenarnya nak tunjuk gigi anak teruna saya kan dah jadi cerita lain pulak :D




Dua2 gigi dia tumbuh masa umur 7 bulan lebih. Lepas tu sampai sekarang takde progress dah. Gigi2 lain takde rupa nak keluar pun..Takpe, gigi dua pun kamu tetap comel di hati mama :P

Tapi 3 4 hari kebelakangan ni Azfar mcm tak boleh berhenti bercakap. Dia asyik la berbunyi. Kadang2 dengar juga ba ba ba ataupun ma ma ma. Tapi kebanyakannya adalah tak dapat dipastikan bunyi apa yang dia buat. Semalam masa bersembang dengan Soulmate, masing2 tertanya2 mcm mana la bila Azfar betul2 boleh bercakap nnt. Mesti susah nak 'reason'kan dia. Ye la, budak2 kan suka tanya itu ini, kenapa tu kenapa ni..




Oh ini pulak masa ke Jusco semalam beli stok makanan dia. Saya beli carrot, broccoli, potato dan brown rice (since saya bagi Azfar makan brown rice, kami pun kena tukar makan brown rice jugak, kalau tak takkan nak beli dua jenis beras kan. Lagipun Azfar makan tak banyak takut simpan beras lama2 tak elok plak).

Azfar saya ni mmg setiap kali nampak camera mesti buat muka terkejut. Jadi, kalau nak ambik gambar mata dia dalam keadaan tenang adalah secara candid sahaja. Kalau ajak posing, mmg itu lah gaya matanya..Control mata kamu sayang, nnt kalau besar usha awek mcm tu, boleh lari dia takut tengok kamu!

Saya rasa itu saja. Weekend kami kali ni sekadar di rumah ataupun jalan2 sekitar Putrajaya dan Equine sahaja.

29 April, 2010

Speedy Recovery My Dear Baby


Azfar is down with measles-like rashes. Kesian anak mama..

Azfar is acting normal until Tuesday nite, still normal cuma tetiba ada rashes kat muka dan badan. Dia takde high fever, runny nose or cough. Suddenly kuar rashes je. I was worried since one of his frens at schools got measles on Monday. But we decided to give it a chance until Wednesday morning. Furthermore, i just introduced him with salmon on Sunday afternoon, so we thought it might be allergic reaction.

Wednesday morning, when we're ready for work, bila saya bawa Azfar keluar bilik, nampak ada lagi rashes tu. Tengah malam masa saya checked mcm dah takde, maybe sbb sejuk dalam bilik pasang aircond kan so it disapear for a while. So, Soulmate pegi keje sorang to settle few things then balik untuk amik saya dgn Azfar ke klinik (saya harus la EL kan :D).

We went to see Dr. Arbaiyah, his regular paed. Sekali tengok je Dr. Arbaiyah ckp, Oh this is not measles! Lepas dia tanya itu ini untuk confirm o course la kan. Yg obvious it is not measles, sbb Azfar tak demam and he's super active..even depan doc hmmm. Usually, kalau demam campak, baby akan dapat very high fever, lepas tu baru campak keluar. Dan baby akan jadi super cranky sbb gatal.

Dr. Arbaiyah cakap, rashes tu mungkin sbb heat rash (putera lilin ke kamu wahai anak) atau a few virus yang very mild. Or, might be he's allergic to the fish sbb dia kata protein food sometimes can trigger allergic reaction to some babies. So, her advice is to stop feeding Azfar with salmon for a while. Try lagi bila rashes tu dah hilang, kalau jadi lagi so confirm Azfar is allergic to salmon. Takde ubat untuk Azfar except Calamine lotion (tapi saya tak guna pun since Azfar adalah aktif mcm biasa dan tak menunjukkan tanda2 kegatalan pun).

Dan lagi..

Ingat tentang ini?

These few days, Azfar dah start tido mulai 7-7.30 pm yeayyyy!! Dia akan bangun untuk susu around 2-3 am then sleep back until 6 am. Hopefully berkekalan la rutin ni..

Itu saja :D

26 April, 2010

8 Months Lil' Azfar

My dear busyuk masyam baby Azfar is already 8 months young today! yeayy! Happy 8 months young my sweetheart! Mama & Baba loves you sooooooooo much.



Setakat ni Alhamdulillah Azfar membesar dengan sihat. Thank you Allah.

Since Azfar dah 8 bulan, i'll introduce meat in his food (i mean chicken & fish) yeayy! Dua bulan sebelum ni Azfar cuma makan veggies, sekarang saya boleh bagi dia rasa ayam, ikan dan cheese juga :D Need to google for some recipes..

Itu bukan makanan kamu sayang..(haishhh beli la banyak mana pun teether, remote tu jugak yang dia suka)

Oh Azfar juga dah ada 2 batang gigi, dua2 gigi bawah, depan. Auwww so cute la you wahai anak!! MIL kata orang tua2 ckp kalau gigi tumbuh dua kat bawah dulu bila besar nnt tak cakap besar (InsyaAllah)



And he can sit on his own oredy :)



Mama sayang kamu sangat!



02 April, 2010

U oll ada tak gambar macam ni?

Gambar mcm ni adalah kategori gambar wajib ada! Saya percaya mesti ramai antara kita yang ada gambar macam ni masa kecik2 dulu. Siap amik kat studio lagi, baring atas kerusi dengan alas merah. Kalau yang advance skit siap ada background. Kalau masih ada pun, mesti dah kuning2 kan gambar tu..

Azfar pun tak terkecuali ada gambar gitu hikk (cuma tak amik kat studio je) Soulmate tolong print gambar ni besar2, saya tampal kat bilik ofis hihi..

26 March, 2010

7 Months Lil' Azfar

My lil boy is already 7 months young today!!! Ohh cepatnya kamu membesar sayang..


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna kamu sedang membesar dengan sihatnya.

Sakit demam sikit2 tu saya anggap perkara biasa, sekadar untuk membina antibodi kamu wahai sayang mama. Mama loves u so much!

Sudah sebulan juga Azfar started his solid food. Setakat ni Azfar dah rasa carrot, potato, pumpkin, spinach dan avocado.


Dan betik juga hikk! Semua tu saya buat puree sbb Azfar tak suka sangat bila saya letak nasi buat bubur. Kalau nak letak juga saya kena letak suku je beras lagi tiga suku benda lain. Sebulan ni saya bagi Azfar makan 1 kali je sehari which is petang2 bila saya dah amik dia dari school. Saya nak bagi dia serasi dulu dengan makanan so saya tahu apa dia suka apa dia tak suka then baru saya yakin skit nak bagi makanan kat school dia. So far saya tau skit2 la apa yang dia suka, contohnya carrot dia ok kalau saya rebus gitu je, kalau potato kena rebus dengan ikan bilis then blend guna air rebusan tu, kalau spinach kena rebus dengan potato.


Saya ada banyak lagi idea nak bagi Azfar makan, lepas ni saya nak try pisang (pisang apa yang sesuai ek??), celery, sweet potato, tofu, broccoli, epal, pear...Kakak ipar saya suruh bagi salmon tapi rasanya saya nak tunggu sampai Azfar masuk 8 months baru nak bagi ikan & ayam. Tengok la macam mana nanti..


Bila nampak mama pegang bowl, dia pun sibuk dengan tangan tu tak sabar2 nak makan


Agak2 mama lambat skit dia buat protes ala2 piket gitu


Kalau mama masih buat endah tak endah je trus dia buka mulut menangis


Bila dah dapat baru lega rasanya...

InsyaAllah starting this month saya akan mula bekalkan makanan ke school dia. Sebelum ni, since saya bagi dia makan waktu petang so pagi2 sebelum pegi keje biasanya saya akan potong semua makanan dia, masukkan dalam slow cooker dan on je. Bila balik keje petang makanan dah masak saya trus blend, senang kan :D Lepas ni saya kena buat sebelum tido so bangun pagi dah masak trus blend untuk hantar ke school.



Mama: Siapa nak bawak bekal pi school?
Azfar: Saya saya saya...

Dear Azfar,
Sejak kamu hadir dalam hidup mama & baba kamu buat hidup mama & baba jadi huru hara.
Tapi sejak kamu hadir dalam hidup mama & baba juga kamu buat mama & baba rasa amat bahagia sayang.

We loves u our sweet lil baby..Happy 7 months young dear!

Lot of loves,
Mama & Baba

15 March, 2010

Azfar Loves Reading..

Semalam Azfar keluar dating dgn mama & Auntie Gee ke Midvalley. Azfar dah berjaya buat auntie gee yg vogue rasa seperti makcik2 sbb Azfar merengek bila lama sangat dalam stroller lalu menjerit. Sbb mama sibuk pilih buku utk Azfar, terpaksa la auntie gee merosakkan imej vogue dia tolong pegang Azfar hehe.




Anyway, Azfar suka sangat buku2 yang mama beli except flash cards tu. Boring la mama, gambar dia semua tak colourful (flash cards tu guna real pic yg suram). Tapi lagi 2 buku tu..owh owh owh sangat menarek mamaaaa. Thak you mama, luv u mama :-)


12 March, 2010

Entry Tampal Muka Anak Kat Blog ;-)


Entry ni adalah khas untuk tampal muka anak kat blog tanpa sebarang tujuan hik!

Sbbnya weekend ni hanya akan tinggal mama dan Azfar kat umah, baba dia nak pi memancing kat Pulau Sembilan. Sebagai isteri yang memahami (paham ke?) saya buat2 tak kisah dia nak pi. Mmg saya tak kisah dgn minat dia tapiiiiii jauh di sudut hati sedih jugak nak kena tinggal on weekend huhu



Takpe mama, kita ajak Auntie Gee datang umah gossip gossipan k



Kalau agak dah boring sangat gossip gossipan kita ajak Auntie Gee kuar ye mama..




Ataupun, Azfar jadi mandur, kita jadikan Auntie Gee bibik ye mama suruh dia kemas umah, basuh pinggan mangkuk, basuh baju-baju, masak, cari kayu api..oppssss




Paling2 tidak pun kita suruh dia cuci beyak Azfar k hehehe

Auntie Gee,

Sila datang umah Azfar segera ye!

Salam sayang,
Azfar

26 February, 2010

6 Months Lil' Azfar

My dear baby is 6 months young today!! Happy 6 months birthday my dear busyuk masyam baby!






Setengah tahun suda rupanya..the best part is he will starts solid food! Mama ada banyak perancangannya ni. Harapan yang menggunung tinggi adalah nak memasak utk my lil' man ni. Oh, saya blom start solid utk Azfar lagi, mmg saya plan nak tunggu on the very day he hits 6 months. Setengah org kata saya kejam. Kawan2 mak mentua saya dan kawan2 mak saya marah bila tau saya blom bagi Azfar makan solid food lagi.


Sebenarnya saya rasa Azfar ok je. Sbb dia tak pernah meraung tak cukup susu or what. Sampai hari ni dia menyusu mcm biasa, 4 oz setiap 2 jam. So saya tak rasa saya perlu risau sangat bila saya start solid lambat sikit. Lagipun, since dia lahir kecik skit, saya nak dia membesar dengan susu dulu sebelum introduce food. Saya tak mintak tapi mana la tau ada food yg tak sesuai dengan dia, nnt kena diarrhoea ke apa ke lagi susut badan saya akan lebih susah hati (ke imaginasi saya adalah melebih-lebih?? apa2 la Mawar..). Ni pandangan peribadi saya je k, saya tiada halangan pada yang nak start food lebih awal, babies are individual kan? Ada keperluan masing2.





Mama & Baba loves you so much dear!


Hari ni cuti sambung sekali dengan weekend. Best! Mama, Baba jom ikut Azfar jalan-jalan!


27 January, 2010

5 Months Lil' Azfar

Happy 5 months young my little boy! Sorry k mama lewat 1 hari.





Anyway, my cheeky little boy ni dah 5 months young semalam ;-) mcm yg biasa org lain cakap, cepatnya masa berlalu. Setiap kali tengok Azfar, saya masih teringat betapa keciknya dia masa lahir dulu (ok saya tau bunyinya cliche..tapi dia mmg kecik sangat 1.7kg okk!!) Masa nurse nak amik darah kat tangan utk check jaundice pun, nurse tu x dapat cari mana nak cucuk tau. Tapi tengok dia yang semakin membesar, saya sangat lega. Setiap senyuman dia buat saya juga tersenyum :-)


Few days ago, Azfar mcm tak berapa sihat. I hate it when i know something is not right with my lil' boy and yet i do not know what it is. Geram okkk! Starting on Saturday aritu Azfar mcm tak berapa lalu minum susu. Selalu 3 - 4 oz sekali dia minum tp haritu nak abiskan 1 oz pun puas berperang. Last2 kalau paksa jugak dia muntah balik semua sekali huhu sedih tengok dia mcm tu. Yang peliknya dia tak la mengamuk lapar ke apa. Dia main2 mcm biasa je cuma saya yang risau sbb dia boleh tahan 4 ke 5 jam tak minum langsung. Luckily dia dah recover semalam. Dah minum susu mcm biasa. Mungkin nak bertukar bulan kot kan, kata orang tua2 la..


On a happy note, coming Friday ni Soulmate nak bawa kami ke Kuantan yeayyy!! Soulmate ada course sebenarnya tapi yeayyy jugak. Yang penting kami tak ditinggalkan bersendirian kat umah on weekend (itu pun selepas saya cakap saya nak ikut jugak!) hehe..



Itu saja ;-)

17 January, 2010

Bila Azfar Dapat Mainan Baru

Mula-mula rasa pelik, apa la mama beli ni?



Cuba masukkan dalam mulut la kot2 rasa manis ke kan



Kenapa tak boleh masuk ni..asyik keluar je benda ni

Mama! mama! ..mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Mama loves u sayang :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails