Showing posts with label Events. Show all posts
Showing posts with label Events. Show all posts

03 August, 2009

Floria 2009

Semalam me & Soulmate ke sini :-)



Selain tengok bunga2an yg cantik2, niat di hati nak mencari bunga untuk vase yang terbiar sepi kat umah. Floria ni best untuk penggemar bunga2an la tp nasihat saya, kalau nak pegi sila la pilih waktu yang sejuk , pagi atau lewat petang/malam. Kami pi pagi tp bila dah lama kat sana mmg akan sampai tengahari la kan, panas!! Tambah2 lagi bagi pregnant lady mcm saya ni kan panas melampau rasanya :-)

Tapi...saya tak nampak pregnant sangat dalam gambar2 yg diambik kat sana. Tak pecaya??



Kalau pi pagi boleh naik hot air balloon tp tak pegi jauh la setakat naik turun je, ok la utk RM10 kan..


Itu saja laporan dari saya :-) Oh ya, niat asal untuk cari bunga tu tak dapat sbb kebanyakan booth yg ada kat situ jual pokok2 hidup and mostly jual orkid.

Pagi semalam sebelum keluar ke Floria tu saya dah abis membasuh baju2 baby. Rasa sungguh tak sabar tunggu baby keluar ni sbb barang2 baby mmg sangat cute kan so masa kemas2 tu dah berangan2 bila baby ada nnt..So far, barang2 baby dah almost 90% complete, yang tinggal cuma toiletries je lagi. Weekend depan baru nak pi beli sbb mmg me & Soulmate plan beli lewat skit so takyah la simpan kat umah lama2 kan.

06 July, 2009

How We Spent Our Weekend :-)

Sebelum cite weekend, nak cite dulu pasal detailed scan. Last Friday saya cuti sbb dah buat appointment utk detailed scan di An-Nur. Alhamdulillah, so far baby membesar dgn sihat!

Later, pkl 7 camtu, me & Soulmate bertolak ke Lumut for Mus@Liu Family Day (nama group Soulmate & Gang). Kiranya bukan officially opis Soulmate nye family day tp more to group dia la (kalau korang tak paham, saya pun tak paham). Dah sampai Tapah, mama sms bagitau beg toiletries tertinggal huhuhuhu. Masa tu gak saya rasa nak balik tau, rasa taknak pi dah. Ya la, dalam tu la semuanya ada daripada berus gigi, ubat gigi sampai la ke lotion dan telekung. Masa singgah kat RnR tu Soulmate yang nak makan pun trus tak jadi sbb wifey dia ni dah takde mood. Sepanjang jalan tu dia kena pujuk. Last2 kami singgah kat Batu Gajah beli semua toiletries tu termasuk la telekung. Lepas tu baru wifey dia ceria balik hehe. Kami sampai kat resort tu dah tengah malam pun, dah kul 12 dah. So, mandi dan trus tido :-)

Sabtu pagi semua famili bertolak ke
Teluk Batik sbb acara sukaneka buat kat situ. Memandangkan saya sorang je pregnant so saya je la yg tak join any games pun, setakat jadi pemerhati je. Soulmate terpaksa masuk geng bujang hihi (untuk games ni je ye sayang..jgn terbawak2 keluar plak)


Semua pakai baju putih tp Soulmate saya pakai kuning hihi

Petang, kebanyakan famili ke Marin
a Water Park tp me & Soulmate ke Lumut :-)

Pipi saya semakin tembam huhu

Dah sampai resort plak kami lepak depan bilik bercanda berdua ;-)



Malam tu ada majlis BBQ. Plan asal kami nak balik Putrajaya malam tu jugak sbb mama & baba ada kat umah kan tp bila dah abis makan tu rasa penat lagipun dah malam sangat risau jugak so tak jadi la balik. Ahad pagi baru kami bertolak balik :-)

08 August, 2008

08.08.08

Macam kena gak post entry arini walaupun takde benda nak cite sbb tarikh arini best :-) td cc i tanya nape cik mawar tak nikah arini, mintak hantaran 80 ribu mas kawin 8 ribu..i senyum je. tp dalam hati cakap: gilo apa?! aku bukan artis nak nikah pakai tarikh2 keramat, belanja ribu riban tak tentu pasal ni. Kang daripada ada gak plan nak nikah bulan 10 trus tak jadi kang. Masak pun tak reti lagi mau demand ka?!

Actually takde benda yg penting or best pn arini. Paling best pun arini Jumaat, so esok coti yahoooo..Oops ada lg, camne ble lupa ni?? i ada appointment amik ubat kat Hosp. Putrajaya. Adoi tak ingat langsung nasib baik tulis entry ni kalau tak mesti lupa langsung dah ni..

Dah almost lunch hour ni. Nak kuar la..
Daaaa..

27 June, 2008

Biomedical Engineering International Conference

Berita Harian, Jumaat 27 Jun 2008

~Hubungan erat majukan bioperubatan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata hubungan rapat di antara ahli akademik, industri dan profesional dalam bidang perubatan akan memastikan penyelidikan kejuruteraan bioperubatan dapat dipacu keperluan sebenar.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa menggalakkan penyelidikan aplikasi dan usaha untuk mengkomersialkan hasil kajian.

“Kerajaan komited ke arah membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam hal ini, kerajaan menyediakan sumber kewangan yang besar untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan serta aplika

si praktikal dalam teknologi maklumat dan komunikasi serta sains hayat.

Bagi menyokong peralihan ini, saya berharap penyelidik akan terus membabitkan diri dalam industri berkaitan dan memastikan percambahan idea dan menterjemahkannya kepada hasil yang konkrit,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Bioperubatan Keempat anjuran Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.


Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Hadir sama Pemangku Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Arshad Ayub dan Pengerusi Faber Medi-Serve Sdn Bhd, Datuk Zainal Abidin Alias.

Perdana Menteri turut memuji Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM kerana berjaya menjalankan pelbagai kajian dalam tempoh 10 tahun bagi membantu keperluan penjagaan

kesihatan di negara ini.

“Penyelidikan yang dijalankan jabatan itu termasuk analisis gerakan, kejuruteraan tisu dan aplikasi perubatan dalam teknologi nano. Ia masih bidang baru di Malaysia tetapi beberapa hasil dicapai seperti menghasilkan kaki palsu yang diperbuat daripada buluh,” katanya.

Selain itu, Abdullah berkata, penyelidik jabatan berkenaan turut berjaya menjalankan kajian kesan kesihatan menerusi solat.


Perdana Menteri berkata, kajian itu yang pertama dijalankan bagi meneliti kaitan kompleks di antara solat dan badan manusia.

“Selain menemui hasil kesihatan fizikal, ia juga menjadi terapi bagi sakit belakang yang kronik dan penyakit lain. Penyelidikan ini menjanjikan masa depan cerah dalam kejuruteraan bioperubatan di Malaysia,” katanya.~


Bangga ni bangga ni hehe..sebagai salah sorang ex-student Biomedical Engineering di UM rasa bangga plak tetiba padahal masa study dulu memain je.


hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails