28 April, 2009

19 Weeks

Alhamdulillah hari ni dah masuk 19 weeks of my pregnancy. Semalam jumpa dr. fatimah utk monthly checkup. Best sgt tengok baby bergerak2. Dr. fatimah ckp aktifnya baby sampai nak scan pun susah hihi


me at 19 weeks

tak nampak mcm pregnant sangat kan. Semalam dr. fatimah pun ckp saya tak nampak mcm pregnant, dia ckp mesti org lain pun kata saya tak nampak pregnant. Tapi kecik2 pun doc kata baby sihat, placenta ok, amniotic fluid pun cukup, mommy & baby sihat ok la kan. Syukur Alhamdulillah. Next month me & Soulmate plan nak buat detailed scan tp tak decide lagi nak buat kat mana? 2D or 3D/4D? Kalau nak senang buat je kat An-nur since monthly checkup pn buat kat sana kan.

Ohhh sebut pasal checkup ni, saya blom buka buku merah kat klinik kesihatan kerajaan (nama je keje kementerian kesihatan hehe) Niat asal saya amik cuti semalam sbb pagi nak pi checkup kat dr. fatimah, lepas tu nak ke klinik kesihatan plak. Tapi letih menunggu kat An-nur tu trus tak jadik sbbnya kalau klinik kesihatan mesti lagi ramai. Tak sanggup la dalam satu hari nak tunggu berjam2 di dua tempat berbeza untuk tujuan yg sama (walaupun saya & Soulmate sgt suka tengok baby) Next time je la.

Sebelum saya pregnant, tak sangka pulak tengok baby kat monitor ultrasound machine tu sangat2 mengujakan. Best sangat222222!!! Semalam masa doc dah nak abis scan tu saya tanya;

me: doc, agak2 berapa minggu baru boleh tau baby boy ke baby girl?
doc: saya dah tau, saya nampak td. Biasanya kalau parent tak tanya saya takkan ckp apa2
me: oh ya ke? So boy or girl doc?
doc: nak tau ke? it's a ....

:-)

15 April, 2009

Soulmate Outstation..

Hari ni Soulmate start outstation ke Sabah sampai Saturday..huhu saya kena tinggal sorang2, eh eh silap, hari ni bertiga setengah sbb PIL ada kat umah daaaaaaaaannnn baby dlm perut hehe tapi esok PIL dah nak balik..Pagi td pkl 4.30 Soulmate dah bangun sbb flite kul 7.30, nasib baik ada FIL tlg hantarkan ke KLIA transit, dapat la saya tido semula dgn nyenaknya sampai terlewat bangun :-) Bangun pagi td rasa lapar sgt222, semlm saya tak makan cuma minum milo je sbb sakit kepala sangat. Soulmate ckp bila dia nak outstation je semua penyakit saya datang hihi konon nak mintak simpati kot2 la dia ckp x jadi pi kan..

So far hari Selasa adalah hari peralihan minggu baby. Sooooo, hari ni dah genap 17 minggu. Cepat sungguh rasanya baby besar :-)

Tapi setakat ni saya blom rasa baby bergerak lagi. Doc ckp mungkin 3 atau 4 minggu lagi baru boleh rasa, saya dah tak sabar nih. Kadang2 sy tanya Soulmate; "Agak2nya la kan, nnt bila org boleh rasa baby bergerak nnt org geli dak?" Soulmate biasa senyum je layan wifey dia cite pasal baby


07 April, 2009

Kami Dah Pindah

Saya baru masuk ofis arini lepas cuti 4 hari hehe..Baru lepas pindah umah, dari apartment ke teres plak. Yg teruk mengangkut barang adalah Soulmate tp dia tak cuti, yg tak berapa teruk mengangkut adalah saya tp saya cuti :-) Jumaat saya cuti kononnya nak pack barang2. Mmg ada yg saya pack tp yg terlarat angkat je la sbb Soulmate pesan jgn angkat yg berat. Saya pun mmg taknak risau nnt apa2 jadi kan. Tp bila nampak Soulmate bersusah payah sorang2, saya tolong2 gak la walaupun beberapa kali kena larang. Kesannya..dari semalam sampai la arini perut saya rasa tak selesa, kdg2 rasa sakit. Risau la plak..

First nite tido kat umah baru masing2 tak boleh tido..Smpai tengah malam tak boleh lelap gak, saya bgtau Soulmate, "tingat umah kita la.."

Rasa mcm nak nangis pn ada. Sbbnya kami suka umah lama tu..mungkin jugak sbb kat umah tu kami start hidup baru sama2. Tp betul gak kata Soulmate, "kita bina kenangan baru plak kat sini k"

Sekarang ni saya lebih risau keadaan baby. Harap sakit ni sementara je..


02 April, 2009

Checkup

Isnin lepas saya pi checkup and this time around saya telah paksa Soulmate amik cuti utk teman saya hehe (baby dia jugak kan apa salahnya..) Saya mmg suka Dr. Fatimah sangaaaaaaat. Very soft spoken dan banyak membantu utk jawab apa saja soalan walaupun kami takde soalan sangat. Skrg ni banyak source of info so klik klik je dah boleh tau mcm2, jadinya kurang la soalan utk dia. Ada jugak member yg ckp saya membazir bayar mahal2 pi checkup awal2 kat private nih. Tp asalkan saya puas hati saya tak kisah sangat, lgpun bukan selalu kita pregnant kan ;-) Maybe dalam 3 minggu lg baru nak pi Klinik Kesihatan Kerajaan. Rasanya tak salah kalau dapat 2nd opinion kan.

Oh, bout last checkup, masa doc scan tu baby dalam position bersujud. Cute sgt! doc ckp dia tengah bertafakur kot. Bila doc bising2 ckp camtu baby gerak2kan kaki dia. Ohhhhhhh best sangat2222222 perasaan tengok baby. Ni yg buat tak sabar nak tunggu baby kuar ni :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails