28 December, 2012

Saya Rindukan Kamu

Dah lama terasa nak menulis sesuatu di blog ni tapi asyik tertangguh, lama-lama saya jadi tak tahu apa yang nak ditulis lagi dah.

Cuma lately saya rasa terlalu banyak perkara negatif dalam perasaan mahupun tindakan saya. Mostly work related issues..Kehidupan peribadi dan keluarga seperti seadanya sahaja. Masih bahagia dikelilingi orang-orang yang saya sayang.

Saya cuba bina perasaan positif hampir setiap hari, tapi jumaat juga hari yang saya paling nantikan setiap minggu. Sebab bila jumaat datang, saya tahu weekend juga akan datang bersama. Kadang-kadang saya rasa sedih dan kecewa dengan diri sendiri bila berkaitan hal kerja. Saya mahu beri yang terbaik, saya mahu jadi yang terbaik tapi suasana di ofis saya sudah jauh berbeza. Sangat berbeza..Saya rindu colleague yang dulu. Saya rindu suasana bekerja yang dulu. Saya rindu cerita-cerita dulu. Saya rindu gosip-gosip dulu.

Sekarang suasananya tegang, masing-masing muka plastik! Saya rasa sangat terbeban, biar mental mahupun fizikal. Tak tahu sampai bila boleh bertahan.

Saya rindu kerja dengan cikzah, ziehan, pn. phan juga en.azhar. Rindu juga kak wid, ida, chris..

Yeayy hari ni jumaat!!!


04 September, 2012

Property Investment = Second House


Sejak cari, beli dan diami rumah kami sekarang, memang cerita tentang property investment dah lama kami suami isteri bualkan. Cuma setiap kali juga, topik tu sekadar jadi perbincangan gitu-gitu je. Sorang nak beli kat kampung, sorang nak Klang Valley, sorang nak landed house sorang nak rumah atas kayangan.

Cuma baru-baru ni dapat nasihat percuma dari big boss tentang savings, investment dan future planning & expenditure, terus semangat nak beli second house datang balik. Walaupun both of us are government servant, yang paling-paling kurang akan ada pencen tapi masa depan adalah hak Allah which kita tak tahu apa yang akan jadi. Dengan keadaan sekarang pun, sudah sangat terasa dengan kenaikan harga minyaknya, harga barangnya, harga perkhidmatan lagi et cetera et cetera, apa lagi masa depan.

Finally, lepas perbincangan, pengiraan dan nasihat mak ayah both sides, we settled with this one. Our second house, insyaAllah.






15 August, 2012

Salam Aidilfitri


Aidilfitri dah menjelang tiba. Suasana di ofis sekarang ni dari segi bilangan orangnya dah sunyi, tapi semakin meriah dengan lagu raya yang berkumandang, lampu raya yang berkelipan dan ketupat raya yang bergantungan.

Kami sekeluarga masih di perantauan (konon! macam jauh sangat kan). Cuti raya kami tahun ni cuma bermula Jumaat ini. Esok last day kerja sebelum cuti panjang. Malam ni last day berbuka di sini sebelum esok berbuka dalam kereta dan lusa berbuka di kampung ^_^ Malam ni nak memeriahkan Mariott, Putrajaya untuk last day buffet Ramadhannya. Tak sabar dah ni, tambah plak pagi tadi terlajak tidur, cuma sempat sahur sekeping roti dan air.

Dalam kesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf zahir batin kepada semua! Kalau yang akan memandu ke kampung halaman, berhati-hati memandu dan selamat jalan.


Source: Google


10 August, 2012

Ramadhan & Persediaan Raya

Ramadhan sudah masuk ke 10 malam terakhir. Alhamdulillah, masih sihat untuk menikmati bulan mulia ini. Penghayatan ibadah saya Ramadhan ini, mungkin lebih sikit dari bulan-bulan biasa namun tidak lah begitu hebat pun. Masih ada masa sebelum berakhir Ramadhan tahun ini, InsyaAllah.

Dari segi berpuasa fizikal, Alhamdulillah juga dipermudahkan. Soulmate memang minta taknak makan yang berat (nasi) waktu berbuka. Lebih senang saya nak prepare, cuma masalahnya tang part nak memikir apa nak masak bila dah tak masak nasi. Maka, ulang tayang menu setiap 3 ke 4 hari la jadinya. Mujur suami saya bukan cerewet orangnya. Yang dia minat, atau kurang minat semua balun serupa saja.

Dari segi persediaan hari raya pula, entah kenapa tahun ini agak bersederhana saja. Atau mungkin mood belum ada. Tengok lah satu dua hari lagi macam mana..

Itu saja.

20 July, 2012

Ramadhan Datang Lagi

Tahun ni macam tahun tahun yang lepas, kami bakal sambut Ramadhan di kampung, InsyaAllah. Dah jadi macam tradisi pulak, 'pegang puasa' di kampung. Tak sabar rasanya nak balik ni ^_^

pic source: Google

Semoga Ramadhan kali ni membawa rahmat buat kita semua.

Saya memohon sepuluh jari mohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa, tersalah kata yang menyentuh hati sesiapa sahaja.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

18 July, 2012

My Little Baby Azfar


Soal anak memang sensitif pada kebanyakan ibu bapa termasuk saya. Masa baru bergelar ibu kepada Azfar, semacam over protective pun ada. Sampaikan kadang kala nasihat dan teguran orang lain yang ikhlas pun seolah-olah mereka sedang judge cara saya bela anak sendiri.


Semakin Azfar membesar, saya makin faham banyak perkara. Tapi saya mengaku, masih ada banyak perkara yang perlu saya pelajari. Kalau dulu, saya paling tidak senang dengan cakap-cakap orang, 'Kau belum kahwin, belum ada anak, belum matang lagi.' Sekarang saya faham, sungguh-sungguh faham.

Saya belajar tolerate pada masa untuk diri sendiri dan untuk keluarga.

Saya belajar untuk letak kepentingan orang lain jauh lebih mustahak dari diri sendiri.

Saya belajar untuk mencapai tahap kesabaran yang kalau ya pun tak tinggi mana, sekurang-kurangnya cukup untuk anak saya sedar yang saya sayangkan dia.

Saya belajar untuk menjadi role model yang boleh dibanggakan oleh anak sendiri.

Dan semua itu, memang satu tanggungjawab yang dulunya saya tak pernah rasa termampu ditanggung oleh diri sendiri.

His birthday is just around the corner. Dalam sekelip mata, anak saya sudah hampir 3 tahun umurnya (Dah besar tapi favourite teacher dia masih panggil baby. No wonder begitu spoiled budak tu..joking. Thanks Fikah & teachers for taking care of him all this while ^_^). Sudah pandai bercakap dan menjawab pun. Tapi kalau tanya, 'Azfar nak adik tak?'

Jawabnya dengan sepantas mungkin, 'Taknak/takmau!'

Entah dia faham apa maksud adik atau tidak pun tak tahu lah..

30 June, 2012

Percutian Keluarga: Sabah, Day 3 & 4


Setelah puas berendam dalam air, hari ketiga ni kami pilih untuk ke kawasan Kundasang & Ranau. Mana boleh kata dah sampai ke Kota Kinabalu kalau tak melihat puncak Kinabalu kan? Kalau ikut rancangan asalnya, tempat-tempat yang ingin dilawati adalah Kinabalu Park, Kg Luanti (Fish spa), Desa Cattle Dairy Farm, dan kalau sempat juga nak singgah di Rumah Terbalik.

Sama seperti hari ke 2, hari ni juga masing-masing bangun awal dan breakfast dengan seberat-berat makanan yang boleh. Maklumlah, walupun hari ni perjalanan di darat tetapi kawasan yang nak dituju majoriti penduduk adalah bukan beragama Islam.

Kami bertolak lebih kurang pukul 8.30 pagi. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kalau dikira dari segi jarak, rasanya tidak jauh mana. Cuma jalannya yang hampir sama macam nak naik Cameron Highland menyebabkan perjalanan mengambil masa 2 jam.

On the way

Sebelum ke sana, memang ramai yang nasihatkan kena sampai awal supaya masih boleh nampak puncak Kinabalu. Kalau lewat, puncak Kinabalu sudah dilitupi awan. Alhamdulillah, kami sampai di Pekan Nabalu yang juga ada Scenic Point lebih kurang jam 10.30 pagi dan masih tersergam indah puncak Kinabalu di pandangan mata kami.






Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah. Terasa begitu kerdil dengan kekuasaan Allah. Mata saya hampir bergenang pertama kali tengok Kinabalu. Dalam hati saya masa itu, kalau inilah perasaan saya masa tengok salah satu ciptaan Allah ini, macam mana lah agaknya perasaan orang yang sedang berdiri depan Kaabah..teringin sungguh saya nak merasainya.

Selepas lebih kurang setengah jam di sini kami teruskan perjalanan ke Kinabalu Park.

My boys!
Lepas Kinabalu Park kami teruskan perjalanan ke Ranau. Soulmate teringin sungguh nak ke Kg. Luanti Fish Spa. Tempat di mana kelah yang hidup liar di sungai akan mengerumuni kaki kita bila masuk dalam air. Ala-ala fish spa modern, bezanya kalau fish spa biasanya ikannya kecil tapi disini ikan-ikan kelah nya besar-besar. Dah sebesar siakap yang kita masak tiga rasa pun ada ;)

Cantik kan tempat ni?
Yang belah kiri suka dapat bergambar, yang tengah happy sbb dapat tengok ikan, yg kanan pulak masam sebab kena paksa bangun tidur haha
  

Dalam perjalanan, Azfar tidur sampailah kami tiba di Kg. Luanti ni. Tiket dah beli tapi tunggu sampai dia bangun baru kami masuk. Itupun, saya terpaksa kejutkan sebab panas kawasan situ.

Kemuadian, dalam perjalanan balik kami singgah ke Desa Cattle Dairy Farm di Mesilau. Waktu kami sampai, susu dah habis tapi kami masuk juga. Alang-alang dah sampai kan, nak tengk juga ladang lembu yang dikatakan sama macam ladang di New Zealand. Dapat lah tengok proses perah susu. Yang terkilannya tak dapat merasa susu yang dijual disini.


Selain bau yang kurang menyenangkan, tempat ini memang mendamaikan jiwa raga.


Kami bertolak turun dari Kundasang lebih kurang jam 5 petang dan terus ke Tanjung Aru, cari makan. Lepas makan, singgah pasar malam lagi untuk beli souvenir. Balik bilik terus masing-masing tidur macam pengsan.


Hari 4

Last day kami di KK memang tak rancang nak ke mana-mana dah. Flite jam 2, jadi waktu pagi kami cuma bermalas-malasan di hotel je. Breakfast berjam-jam, kemas-kemas barang, check out dan terus ke airport.

Dan rutin biasa pun kembali selepas tiba di KL.



29 June, 2012

Percutian Keluarga: Sabah, Day 2


Semua rasa bersemangat sebab hari ni rancangannya adalah berendam seharian di pulau-pulau sekitar Tunku Abdul Rahman Park. Breakfast dengan makanan berat supaya tenaga mencukupi ^_^


Orang sibuk makan english breakfast la, nasi lemak la, paratha la, Azfar cuma makan cereal, haishh susah sungguh nak makan itu budak kecik

 Lepas makan terus ke jeti berdekatan Sutera Harbour untuk ke destinasi kami. Kami tak pergi dari Jesselton Point, memang org yang Soulmate deal tu beroperasi dari Sutera Harbour.

Mendamaikan

Masing-masing excited
Jam 10 - 12, kami ke Pulau Manukan. Subhanallah, cantik sungguh.


Jam 12 kami naik bot lagi ke Pulau Sapi pula. Memang kami rancang nak duduk lebih lama di Pulau Sapi, sbb ramai yang kata snorkeling di Sapi lagi best sbb lagi cantik hidupan lautnya. Sampai saja ke Sapi, terus bentang tikar, buatkan Azfar susu dan terus tertidur budak tu sampai la kami kejut jam 3 lebih sebab dah nak bertolak balik.

Pada saya, kalau yang berkeluarga dengan anak-anak yang masih kecil dan tujuan ke pulau-pulau berkenaan sekadar melihat pemandangan dan memenuhi hasrat anak-anak nak mandi laut, mungkin boleh pilih Pulau Manukan kerana pantainya lebih panjang, landai dan lebih selesa. Tapi kalau pencinta snorkeling dan memang ke sana untuk snorkel, mungkin boleh pilih Sapi kerana coral dan hidupan airnya lebih cantik. Lain-lain pulau saya kurang pasti sbb kami cuma sempat pergi 2 pulau je ^_^

Memang nyenyak Azfar tidur, maklumla mak bapaknya siap bawa bantal bagai. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa kata orang, sesiapa pun boleh tidur lena

Pulau Sapi, cantik kan?

Sementara menunggu Azfar bangun, kami makan bekalan yang dibawa. Siap bawa sebuku roti gardenia, tuna, nutella dll.

Jam 4 lebih kami bertolak balik ke jeti Sutera Harbour, kemudian balik hotel, freshen up dan terus keluar cari makan. Malam ni kami makan di Tanjung Lipat. Puas hati sungguh makan seafood di Sabah ni.

Hari 3, next entry ya..

26 June, 2012

Percutian Keluarga: Sabah, Day 1


Keluarga kecil kami baru menghabiskan cuti-cuti Malaysia ke Sabah selama 4 hari 3 malam. Tahun ni boleh dikatakan tahun berjalan-jalan, awal tahun kami ke Melaka, tengah tahun ke Sabah dan hujung tahun ni insyaAllah ada satu lagi siri percutian keluarga. Mungkin melepas geram tahun lepas langsung tak berjalan ke mana kerana sibuk dengan urusan renovate & pindah rumah (sibuk satu hal, duit pun satu hal jugak haha)

Percutian kali ni bermula khamis lepas, tapi flite tiket dah beli kalau tak salah saya September atau Oktober tahun lepas lagi. Biasa la nak kejar tiket murah kan. Masa kami beli tiket rasanya harga tiket RM10 untuk seorang. Total pergi balik untuk 2 dewasa dan 1 kanak2 lebih kurang RM400.00++.

Hari 1

Flite 9.35 pagi.

Walaupun rumah dekat dengan LCCT tetapi sebab nak jimat kos kami pilih untuk ambil transit dari Putrajaya ke LCCT. Jadi awal pagi lagi dah keluar menuju ke Putrajaya Sentral, parking kereta dan ambil transit ke LCCT. Walaupun dengarnya macam remeh tapi kami puas hati sebab kalau nak kira keseluruhan percutian ni, kami dapat bawa Azfar naik kereta, keretapi, kapal terbang dan bot ^_^.

Parking fee: RM23.00 (4 hari)

Transit LCCT fee: RM5 x 3 = RM15.00

Berat beg lebih 2kg : RM40.00 (Menyesal tak ambik lebih kuota untuk beg, mahal tu 1kg RM20)

Flite tak delay (bagus) cuma mengunggu giliran untuk take off lama sikit sebab satu landasan je boleh guna. So, semua flite pun kena beratur ikut giliran untuk take off.

Sampai di Terminal 2, Kota Kinabalu International Airport lebih kurang pukul 1 dan terus ambil kereta sewa. Masa confirmed kata myv, actual dia bagi viva tapi kereta baru so kami tak banyak bunyi. Lgpun murah sikit kan.

Sewa kereta: RM100 x 3 = RM300.00

Dah dapat kereta, terus pergi cari makan dan check in di Promenade Hotel.

Hotel: RM730.80 (4 hari 3 malam termasuk tax)

Kalau berminat untuk menginap di Promenade Hotel, saya cadangkan book online sbb harga jauh lebih murah. Atau kalau yang government servant, boleh guna rate government, dapat murah sikit. We were so lucky to be upgraded to Club Floor as our room were yet to be ready when we arrived.

Oopss gambar gelap, masih belajar setting camera dengan betul

View from our room, breathtaking isn't it?

Petang tu we did nothing but sleep like babies. Memang tidur mati masing-masing. Habis musnah semua plan nak tengok sunset bagai.

Malamnya kami serbu kawasan sekitar mencari seafood. Makan sampai kenyang, jalan-jalan pasar malam dan ke Suria Mall beli camera sebab camera yang dibawa macam hidup segan mati tak mahu, sat sat ok sat sat bengong.

At Suria Mall

Sekarang you all tahu kenapa entry ni panjang berjela tapi gambar sikit je kan?

Untuk hari 2, saya sambung next time ye!




25 June, 2012

Percutian Keluarga: Siri Pengenalan


Mood bercuti masih belum hilang, belum masuk ke rutin dan realiti kehidupan ^_^

Pulau Manukan (curi dari FB Soulmate)

Kalau sudah sampai ke tempat yang Subhanallah begini cantik, mana mungkin dapat melupakannya dengan begitu cepat kan?

*Akan buat details update bila sudah dapat transfer gambar.

02 June, 2012

Books: Dream The New Dreams

Saya baca The Last Lecture lebih setahun lepas. The best motivation book i ever read!

Dan saya percaya, selepas kematian Prof Randy pada 2008, isteri dan anak2 kecil beliau adalah yang paling terkesan. Lunch hour semalam saya ke MPH cari buku dan terjumpa Dream The New Dreams by Jai Pausch (Randy's wife). Terus ambik dan bayar dan sekarang saya tak sabar nak baca ^_^

In Dream New Dreams, Jai Pausch shares her own story for the first time: her emotional journey from wife and mother to full-time caregiver, shuttling between her three young children and Randy’s bedside as he sought treatment far from home; and then to widow and single parent, fighting to preserve a sense of stability for her family, while coping with her own grief and the challenges of running a household without a partner.


A powerful story of grief, healing, and newfound independence. Jai’s story will inspire not only the legions of readers who made The Last Lecture a bestseller, but also those who are embarking on a journey of loss and renewal themselves.




01 June, 2012

Work Related Issue


i just need to write about this or else..

My ex-boss once told me, 'people don't leave their job, they leave the people whom they work with' which as of today i couldn't believe more.

Kebelakangan ni, motivasi saya untuk bekerja semakin hari semakin kurang. Dan mulai semalam seolah-olah sudah hampir tiada lagi motivasi tu. Bangun setiap pagi bersiap ke office terasa begitu berat hati, seolah-olah sedang bersiap sedia ke medan perang. 

Saya tahu, di mana-mana sekalipun pasti ada office politics nya sendiri. Cuma bezanya di tempat saya, politiknya terlalu tidak sihat. Leader macam nak jadi follower, follower sibuk nak jadi leader. Itu belum campur bab mengadu domba, bodek membodek. Semua ni buat saya semakin sesak nafas, terasa semakin sukar mencari ikhlas dalam kerja saya. Terasa sudah hilang pertimbangan bahawa kerja itu adalah ibadah. Terasa sudah miskin dengan motivasi untuk buat yang terbaik dalam kerja sendiri.

Dan semalam adalah kemuncaknya. Mana persatuan yang sepatutnya perjuangkan orang sendiri? Takkan setakat buat barbeque dan jamuan aidilfitri? Eh ;)

Buat masa sekarang, saya betul-betul tak sabar untuk our holiday end of this month.

Pic source: Google

10 May, 2012

Bacaan Surah Selepas Surah Fatihah Dalam Solat

Semalam selepas solat Isya', saya terfikir tentang bacaan surah selepas Al-Fatihah dalam solat saya. Pada sesetengah orang, mungkin hal itu cuma perkara biasa. Bagi saya yang pengetahuan agama hanya sekadar yang asas, buat saya terfikir kenapa setiap kali solat saya asyik ulang baca surah yang sama.

Saya rasa perlu ada tambah baik dalam soal solat saya ini. Kalau bilangan surah yang dihafal boleh dikira dengan jari, mungkin saya perlu cari lebih masa untuk hafal dan hayati lebih banyak surah lagi.

Tadi saya google dan jumpa ini:-





Pic source: Google
                                              
Saya kurang pasti sejauh mana kebenarannya, tapi saya tak nampak juga kesalahan kalau saya turut amalkan.

Semoga amalan kita semua diterima Allah.

P/S: Kalau saya salah mohon dibetulkan

24 April, 2012

Pak Lah, Perkhidmatan Awam dan Kera?


Saya masih ingat, sewaktu Pak Lah baru-baru dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia few years ago, dia balik ke Pulau Pinang. Semasa di Penang International Airport, memang ramai lah rakyat Pulau Pinang masa itu menyambut kepulangan dia ke negeri kelahirannya.

Bukan saya nak bercerita tentang Pak Lah atau karier politik dia atau senario politik negara, cuma satu ungkapan dalam ucapan dia yang menarik perhatian saya dan saya ingat sehingga kini. Dia minta semua orang, 'bekerja bersama saya, bukan untuk saya'.

Kalau lah semua dari kita dapat duduk sekejap dan berfikir tentang apa yang Pak Lah maksudkan, saya rasa semua orang dapat bekerja dengan perasaan senang hati.

Ini kes tak puas hati soal mood dan persekitaran kerja sendiri haha..

Bagi saya kalau saya owned a company, mungkin saya boleh buat semua orang bekerja untuk saya. Company itu saya yang punya, suka hati saya lah kan. Untung rugi saya tanggung sendiri, betul?

Tapi kalau dalam perkhidmatan awam yang lebih kurang 1.4 juta orang ini, saya berpandangan apa yang disebut oleh Pak Lah suatu masa lalu patut jadi amalan semua orang. Tiada seorang pun anggota dalam perkhidmatan ini yang patut bekerja untuk bos dia. Semua orang patut bekerja bersama-sama.

Bukan susah nak naik jadi pemimpin, tetapi bukan juga senang nak memegang tanggungjawabnya. Kena ada wisdom supaya dihormati, kena jadi padi supaya tunduk berisi.

Tapi sayang, ramai antara kita memilih untuk jadi kera yang mendapat bunga.


Peace  ^_^




12 April, 2012

Saya Perlukan Cadangan Hotel Sekitar Kota Kinabalu



Saya tengah google untuk cari hotel sekitar KK, Sabah. Banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih yang mana. Tiba-tiba teringat, mungkin patut tanya orang lain di blog. Bila saya tulis tajuk entry ni, baru terpikir, patut saya tulis sebagai status facebook atau tweet ja kan? Lebih cepat dapat feedback rasanya.

Anyway, since saya dah tulis so saya publish je la.

Any recommendations untuk penginapan sekitar KK? Kalau boleh saya lebih selesa dengan hotel in town area, walking distance to eateries and shopping places ^_^

Thanks!




06 April, 2012

Apartment or Landed House?

Alhamdulillah dengan rezeki Allah pada Soulmate dan keluarga kecil kami, kami kini dapat mendiami rumah sendiri sejak lebih kurang setahun lalu. Dan sekarang sedang congak-congak untuk cari second home, cadangnya nak beli untuk disewakan.

Sejak dalam proses survey rumah kami sekarang lagi, memang sudah buat keputusan untuk beli rumah dengan kadar tanggungan seorang sahaja, sama ada saya atau Soulmate. Supaya lepas setahun atau dua, kalau ada rezeki dapat juga beli sebuah rumah lain untuk buat harta.

Dalam keadaan pasaran hartanah sekarang, rasanya masa ini sesuai sangat. Kalau dengar berita baru-baru ini tentang jangkaan harga rumah tahun 2020 yang melonjak jadi puluhan juta, rasanya jauh sangat dari kemampuan kami berdua. Alang sekarang pun sudah terpisat-pisat nak membayar installment rumah, kalau harga berjuta boleh terus pengsan gamaknya.

Cuma, yang sering jadi tajuk perbualan kami sekarang, sama ada beli rumah jenis apartment/condo/flat atau landed. Dan juga kawasan mana yang paling sesuai dengan jenis rumah dan tujuan pembelian kami nanti. Dalam kepala saya ni, rasanya saya lebih suka rumah jenis apartment dan di sekitar kawasan Cyberjaya, Putrajaya atau Bangi. Memandangkan tujuan pembelian bukanlah untuk didiami oleh kami sendiri buat masa sekarang, rasanya rumah jenis apartment lebih senang untuk diuruskan. Dan kalau sekitar Cyberjaya, Putrajaya atau Bangi memudahkan kami untuk menguruskannya selain permintaan rumah sewa yang tinggi di kawasan-kawasan tu.

Kelebihan landed house pula, lebih senang untuk cari penyewa di kalangan orang yang telah berkeluarga. Maklum saja, bukan nak kata tak elok, cuma kalau penyewa bujang dan berkongsi pula, risau macam-macam ragam pulak nanti. Lagipun kalau landed house rasanya lebih selesa cuma harganya biasa lebih mahal.

Mungkin kami patut mula survey, keluar masuk showhouses dan developer offices lah lepas ni.

26 March, 2012

Books: I've Got Your Number


This is my first Sophie Kinsella's! Saya belum pernah beli atau baca tulisan Sophie Kinsella, not even the famous Shopaholic series.



But, this one....i just love it!

Saya habis baca dalam 24 jam.

13 March, 2012

Books: The Gift Of An Ordinary Day, A Mother's Memoir


Saya sedang baca buku ini. Really inspiring!

Tentang bagaimana the writer value every ordinary day.


pic source: Google

Buku ni dah agak lama saya beli. Cuma lately mencari masa dan tenaga untuk membaca bukanlah susah namun bukan juga senang. I know, it's just excuses. Dan bila saya sudah mula baca, saya semacam susah nak berhenti walaupun at the end of the chapter. Macam kena terus selak dan baca dan baca dan baca. Mungkin kerana penulisan tentang role of mothering yang begitu dekat dengan saya buatkan saya mahu terus baca. Saya perlukan motivasi untuk lihat banyak perkara dalam hidup seharian saya dari perspektif yang berbeza supaya setiap hari yang saya lalui bukanlah sekadar rutin.

I love this book!

12 March, 2012

Kisah Sepupu & Rumahtangga

Beberapa hari lepas berpeluang jumpa cousin saya yang dulu nya kami agak rapat. We still do, cuma semenjak masing-masing berkeluarga, peluang berjumpa semakin sukar. Ya lah, dia di Kedah, saya di Putrajaya. Kalau kami balik kampung, nak bahagikan masa di dua rumah sahaja sudah cukup terkejar-kejar, inikan pula nak berkesempatan berjumpa dan berbual macam waktu masing-masing masih single memang susah. Rasanya hampir tiga tahun kami tak bersua muka.

Saya suka dapat berjumpa dia cuma sayu dengan berita yang dibawanya. Dia sedang failkan penceraian di mahkamah. Sayu lihat dia apatah lagi anak-anaknya. Sayu tapi saya hormat ketabahan dia. Saya tak suka membayangkan, tapi kalau lah diletakkan diri saya dalam keadaan dia, i might end up in jail hahaha.

Cerita dia pada saya;

Hanya selepas tiga minggu berkahwin, sang suami sudah mula ada beberapa girl friend untuk seronok-seronok. Dan keadaan itu berlarutan sehingga sekarang usia perkahwinan mereka sudah lima tahun, anak sudah dua orang.

Masa baru berkahwin, sang suami dibebani hutang credit card sehingga nama di senarai hitam bank, lesen memandu tak boleh renew, ansuran kereta tak terbayar hingga terpaksa serahkan kereta kepada kawan untuk sambung bayar.

Kerana kekurangan duit belanja, beras dan segala barang mentah ambil dari rumah keluarga si isteri untuk teruskan kelangsungan hidup.

Bila si isteri telah mula bekerja, dibantunya suami bayar segala hutang sehingga sang suami mampu beli sebuah rumah. Walau dalam keadaan suami gemar berfoya-foya kat luar, isteri masih sanggup membantu dengan harapan dia akan lebih disayangi.

Si isteri sanggup buat pinjaman peribadi atas alasan sang suami konon nak mulakan perniagaan supaya dia jadi sibuk dan boleh lupakan aktiviti sosial.

Sang suami sanggup bawa salah seorang perempuan yang ingin dikahwininya balik ke rumah dan diperkenalkan kepada si isteri. Tinggal tiga hari di rumahnya dan si isteri boleh anggap seolah-olah kawan.

Sang suami boleh minta duit yang si isteri simpan, duit gaji dia sendiri sebagai persediaan untuk bersalin untuk tujuan aktiviti sosialnya sedangkan kandungan si isteri telah capai sembilan bulan.

Allahuakbar!

Walau selepas segala pengorbanan ini, sang suami bertunang juga awal bulan ini (nak kawen nombor dua pun nak kena bertunang bagai!!)

Saya sayu kerana sepanjang lima tahun ini sang suami ditatang bagai minyak yang penuh. Tak pernah buat kerja rumah. Jangankan kerja rumah, makan depan tv boleh suruh isteri yang tengah sarat sendukkan nasi dan bawa kepadanya. Bila sudah makan, suruh isteri bawakan air dan basuh tangan tanpa perlu bangun pun. Isteri kau tengah sarat kot!!!

Dan saya sayu kerana cousin saya sanggup bertahan sehingga lima tahun dengan setiap hari berharap ada sinar dalam perkahwinan mereka.

Dan saya tambah sayu dengan anak-anak kecil yang belum paham keperitan ibu mereka menghadapi semua ini.

Saya harap kamu tabah wahai sepupu. Doa saya sentiasa bersama kamu..

20 February, 2012

My 30th Birthday!


Alhamdulillah, dipanjangkan usia saya sehingga ke hari ini. Thank you pada yang masih ingat dan ucapan selamat untuk saya. Thank you so much!

Saya dah berusia 30 tahun! Macam tak percaya akhirnya umur saya sampai ke angka 30 juga. Memang patut la kan, takkan semakin hari semakin muda pula. Cuma nak menerima kenyataan semakin tua agak susah bagi saya mahupun kebanyakan orang, i guess.

Orang selalu kata, usia tak melambangkan kematangan. Tapi saya punya harapan berbeza. Saya punya pengharapan yang tinggi untuk diri sendiri. Saya mahu memulakan hari di usia 30 tahun ini untuk jadi seorang yang berbeza. Saya mahu usia saya melambangkan kematangan diri saya. Saya bukan remaja yang boleh bersuka-suka mengejar kematangan tapi sukar nak melepaskan sifat keanakan. Saya mahu matang secara keseluruhannya.

Saya bersyukur kehidupan saya sehingga hari ini, boleh dikatakan sempurna. Saya masih punya keluarga yang menyayangi saya tanpa sebarang syarat. Walaupun dalam keluarga saya ini, mengucapkan kasih sayang sesama sendiri itu bukan amalan, tapi saya percaya kami cukup tahu bahawa kami saling menyayangi antara satu sama lain, biar mak ayah saya mahupun adik-adik saya. Thank you to all of you! I really really love you all!

Saya juga punya suami yang menyayangi saya seadanya saya. Yang harapannya terhadap saya adalah sesuatu yang mampu saya capai. Yang sentiasa tahu isi hati saya walau saya tak mengucapkannya. Yang berpegang pada janjinya, apa pun terjadi dia pasti ada di sisi saya. I love you so much!

Saya juga punya anak kecil saya, A.z.f.a.r yang saya sanggup gadaikan nyawa demi dia. Yang saya sayang dengan setiap nafas saya. Yang saya rindu walau baru lepas marah dia kerana kerenahnya. Yang buat saya lupa tentang segalanya dengan senyuman dia. Yang masih belum tidur pukul 12 tengah malam semalam dan nyanyi happy birthday untuk saya, sweet! Mama sayang kamu sangat!!!

Dan saya juga punya mama & baba (mertua saya) yang mengasihi saya terlalu banyak!

Kerana mereka-mereka ini lah, saya rasa bahagia.

Hari-hari saya selepas ini, saya mahu jadi insan yang jauh lebih baik. Kalau sebelum ini saya selalu beli buku tapi sukar mencari masa untuk membaca, then i should start to find time to read more!

Kalau sebelum ini saya selalu masak (selalu ke?) tapi menu yang dihidangkan kalau tak kari, sambal, masak kicap, masak asam, sekali sekala sup atau asam pedas, then i should start to flip through my recipes book!

dan kalau sebelum ini sebelum ini yang seterusnya....

So, i wish happy birthday to myself. Semoga hidup saya sekeluarga diberkati selalu.

and thank you once again for all the wishes!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails