20 July, 2011

Motivasi Kerja Kuat



Saya jarang bercerita perihal kerja saya di sini. Bukan tak suka, cuma saya rasa bidang kerja saya kurang sesuai dibincangkan secara terbuka begini. Nak memuji rasa tak kena, nak mengeji perihal kerja lagi lah rasa tak kena.

Tapi kebelakangan ni saya hilang motivasi. Langsung!

Setiap pagi bangun untuk bersiap ke tempat kerja rasa seolah-olah sedang bersiap nak ke medan perang. Rasa lemah, rasa malas, rasa bosan, rasa frust! Malah orang yang nak ke medan perang rasa jauh lebih bersemangat dari saya.

Saya tahu kalau saya tanya, macam mana nak memotivasikan diri untuk bekerja dengan lebih bersungguh? Mesti ramai yang akan kata, kerja kan satu ibadah, kena niat untuk sentiasa ikhlas dan bersungguh-sungguh bekerja. Saya tahu.

Tapi hati saya masih sama. Masih tiada hati.

Memang kadang kala ada rasa kesal dalam hati. Berkat ke tak gaji yang saya terima setiap bulan kalau kerja main-main begini. Tapi saya hilang motivasi, hilang inspirasi.






08 July, 2011

Floria 2011, Roses Are Forever


Roses Are Forever!

Floria Putrajaya kembali lagi tahun 2011 ni. Suka benar saya dengan tema yang dipilih penganjur tahun ini.






image:Google


Walaupun saya bukanlah penggemar tegar bunga mawar/ros ni (nak jugak ada nama dia tu ^_^), tapi Floria 2011 ni memang saya tunggu. Tahun lepas tak berpeluang nak pergi mengenangkan Azfar yang masih kecil. Rasa kesian pada dia nak bersesak di tengah panas. Dia bukan baby yang biasa, dia memang susah nak tolerate persekitaran yang terlalu panas. Bukan lah kerana dia putera lilin, tapi ada la masalah dengan kesihatannya yang parents dia ni risaukan.


Tahun ni, anak kecil saya dah boleh berlari dan dah agak boleh tolerate dengan cuaca panas, jadi saya simpan hasrat nak bawa dia menikmati keindahan flora dan fauna :-) Dalam masa yang sama, saya nak mencari bunga-bungaan yang sesuai untuk rumah kami juga. Tidaklah sehingga nak beli roses. Orkid pun ok jugak kan. Saya suka sebab bunganya bertahan lebih lama. 'Tangan panas' macam saya ni kena cari bunga-bunga yang lasak sikit. Daripada memilih bunga ros, saya rasa lebih baik saya beli pokok puding, takpun money plant. Confirm hidup lebih lama.



Jom semua kita ke Floria 2011. Jauh lebih bermanfaat dari berdemonstrasi bagai kan ooopppsss..




See ya!










Kalau Hidup Seindah Angan-Angan

Hidup saya bukanlah yang paling sempurna. Saya berusaha bersungguh-sungguh supaya hari-hari yang saya lalui kalau tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya paling hampir kepada kesempurnaan. Setiap kali sebelum saya tidur, tolak tepi masa-masa yang terus tertidur tanpa sedar, saya selalu simpan hasrat nak bangun awal sediakan sarapan untuk Soulmate (biarpun belum tentu tahu apa yang nak disediakan), nak keluar rumah lebih awal supaya sampai ke pejabat lebih awal, nak memulakan kerja dengan sepenuh hati, nak berpandangan positif sepanjang tempoh 8 jam bekerja, nak balik ke rumah pada sebelah petangnya dengan sisa tenaga yang sekurang-kurangnya separuh, nak sediakan dinner untuk keluarga, nak layan anak & suami sepenuh perhatian.


Perfect. Hari yang bakal saya lalui nampak indah dan sempurna.


Tapi realitinya, kadang-kadang bila alarm berbunyi, saya matikan dan terlewat bangun. Nah, hilang sudah angan-angan yang pertama nak sediakan sarapan untuk Soulmate. Berturutan dengan itu, saya juga mungkin lewat ke pejabat. Merah lah punch card untuk hari tu. Musnah juga angan-angan kedua. The rest of the day, dah boleh agak kan kesudahannya?

Saya manusia biasa. Bukan Superwoman.

Itu baru cerita soal bagaimana nak menjalani hidup sehari-hari. Kalau nak diceritakan bab keinginan dan angan-angan lain terutamanya soal material, boleh sesak nafas mengenangkan realitinya.

Tapi, selagi seseorang hamba itu tak bersyukur kepada penciptaNya, selagi itulah dia tidak akan rasa hidupnya sempurna.

Bersyukur. Bersyukur. Bersyukur

Atas nikmat kehidupan saya sekarang. Ada Dia untuk mengadu domba, ada keluarga untuk berkasih sayang, ada kerja untuk menyara hidup. Apa lagi yang perlu dirungutkan?

Orang lain menjeling nakkan kehidupan kita, kenapa kita perlu menjeling kepada orang lain dengan rasa cemburu untuk dapat kehidupan seperti dia.

Syukur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails