Keluarga kecil kami baru menghabiskan cuti-cuti Malaysia ke Sabah selama 4 hari 3 malam. Tahun ni boleh dikatakan tahun berjalan-jalan, awal tahun kami ke Melaka, tengah tahun ke Sabah dan hujung tahun ni insyaAllah ada satu lagi siri percutian keluarga. Mungkin melepas geram tahun lepas langsung tak berjalan ke mana kerana sibuk dengan urusan renovate & pindah rumah (sibuk satu hal, duit pun satu hal jugak haha)
Percutian kali ni bermula khamis lepas, tapi flite tiket dah beli kalau tak salah saya September atau Oktober tahun lepas lagi. Biasa la nak kejar tiket murah kan. Masa kami beli tiket rasanya harga tiket RM10 untuk seorang. Total pergi balik untuk 2 dewasa dan 1 kanak2 lebih kurang RM400.00++.
Hari 1
Flite 9.35 pagi.
Walaupun rumah dekat dengan LCCT tetapi sebab nak jimat kos kami pilih untuk ambil transit dari Putrajaya ke LCCT. Jadi awal pagi lagi dah keluar menuju ke Putrajaya Sentral, parking kereta dan ambil transit ke LCCT. Walaupun dengarnya macam remeh tapi kami puas hati sebab kalau nak kira keseluruhan percutian ni, kami dapat bawa Azfar naik kereta, keretapi, kapal terbang dan bot ^_^.
Parking fee: RM23.00 (4 hari)
Transit LCCT fee: RM5 x 3 = RM15.00
Berat beg lebih 2kg : RM40.00 (Menyesal tak ambik lebih kuota untuk beg, mahal tu 1kg RM20)
Flite tak delay (bagus) cuma mengunggu giliran untuk take off lama sikit sebab satu landasan je boleh guna. So, semua flite pun kena beratur ikut giliran untuk take off.
Sampai di Terminal 2, Kota Kinabalu International Airport lebih kurang pukul 1 dan terus ambil kereta sewa. Masa confirmed kata myv, actual dia bagi viva tapi kereta baru so kami tak banyak bunyi. Lgpun murah sikit kan.
Sewa kereta: RM100 x 3 = RM300.00
Dah dapat kereta, terus pergi cari makan dan check in di Promenade Hotel.
Hotel: RM730.80 (4 hari 3 malam termasuk tax)
Kalau berminat untuk menginap di Promenade Hotel, saya cadangkan book online sbb harga jauh lebih murah. Atau kalau yang government servant, boleh guna rate government, dapat murah sikit. We were so lucky to be upgraded to Club Floor as our room were yet to be ready when we arrived.
Oopss gambar gelap, masih belajar setting camera dengan betul |
View from our room, breathtaking isn't it? |
Petang tu we did nothing but sleep like babies. Memang tidur mati masing-masing. Habis musnah semua plan nak tengok sunset bagai.
Malamnya kami serbu kawasan sekitar mencari seafood. Makan sampai kenyang, jalan-jalan pasar malam dan ke Suria Mall beli camera sebab camera yang dibawa macam hidup segan mati tak mahu, sat sat ok sat sat bengong.
At Suria Mall |
Sekarang you all tahu kenapa entry ni panjang berjela tapi gambar sikit je kan?
Untuk hari 2, saya sambung next time ye!
No comments:
Post a Comment