30 December, 2008

Mood Pengantin Baru





Inai kat jari tgn i dah sampai kat ujung2 dah nì. Tak best plak rasa sbb slagi ada inai kat jari slagi tu la rasa mood pengantin baru hehe


* Sebenarnya entry ni i post dari fon baru hehe..Since fon lama i dah teruk sangat, semalam buat perangai tak boleh charge so Soulmate ajak beli fon baru. Ada la skit2 duit lebih dapat la beli fon yg biasa je takde la ribu riban nye fon tp saya suka bangat hehehe. I rasa colour dia cool, function pun best..Lebih kurang camni la rupa fon saya, cuma in real colournya dark purple..





Yg. real camni rupanya..




Santek kan..hehe sendiri perasan!!

26 December, 2008

Selamat Hari Lahir Yg Ke 51



I love both of them so much and i love them more at this particular moment..

Anyway, entry ni bukan nak cite pasal Soulmate ataupun majlis nikah i..i would like to dedicate this entry to my beloved father.

Happy Birthday abah!! U know how much i love you :-)

25 Disember every year, selain Krismas adalah birthday abah. Best kan every year pun cuti on his birthday :-)

Semalam pukul 11.00 malam baru i teringat nak wish abah, i rasa sangat bersalah bila abah cakap "abah tunggu jugak bila anak abah nak wish ni"..maafkan Mawar, Mawar tak lupa cuma lengah2kan masa nak call abah sampaikan almost terlupa langsung.


Dear abah,

Happy Birthday yang ke 51. Semoga abah panjang umur, dimurahkan rezeki, dianugerahkan kebahagiaan :-) dan terima kasih atas kasih sayang abah selama hidup Mawar. Abah sentiasa ada bila Mawar sangat memerlukan. Bila Mawar sakit, walau period pain sekalipun mesti abah yg sibuk nak bawak ke hospital, bila Mawar masuk Mad Jiwa setiap hujung minggu abah ke Sg. Petani melawat, bila Mawar masuk UM abah nangis bila nak balik masa first day hantar mawar ke sana, bila Mawar dalam dilema memilih 'dia' atau Soulmate abah mai Putrajaya semata2 to check on me whether i was ok or not, bila Mawar buat keputusan nak kawen, abah berusaha pujuk mak melupakan 'dia', bila Mawar ckp teringin nak minum air soya abah pastikan sepanjang tahun la dalam fridge akan ada stock. Kalau nak listkan semuanya, mmg la terlalu banyak rasanya pengorbanan abah memanjakan Mawar, Jon dan Faiz. Sampaikan kami kadangkala tak reti independant, semuanya perlu ada abah. Thank you so much abah atas semuanya..and you know how much we love you :-) Lagi skali Happy Birthday!!

Kisah Kecemasan

Balik keje Rabu lepas, Soulmate sibuk2 siap nak pi mancing, i plak rilek2 bermalas-malasan kat sofa. Tetiba dengar bunyi siren, mula2 jauh pastu makin lama mcm makin dekat. Sekali tengok dari tingkap umah rupanya ada dua keta bomba, beberapa org polis kat blok depan. Bomba yg sampai tu siap berlari masuk blok tu, yg lagi satu kete tu sibuk buka pili bomba. Masalahnya i tak nampak asap pun dari blok tu, kalau setakat ular masuk umah nape dia nak bukak pili bomba tu kan..





Rupa-rupanya ada umah yg dapurnya terbakar, tp tak nampak api + asap pun kiranya tak la serius kan. Bomba tu pun tak sembur2 air pun, depa tutup balik pili tu maybe terbakar skit je tp tuan umah panic trus telepon bomba kan maklum la balai bomba kan dekat je..

Moral: Laling...bahaya tau masak2 kat umah, kita makan kat luar ek ;-) ....alasannn!

24 December, 2008

Menilai Diri

My parent ckp Mawar anak yg baik, pandai, sopan santun tp manja, tak reti independant, degil, pendiam.

My husband a.k.a Soulmate ckp Mawar mature yet manja (betui kan laling ;-) kan kan)

Frens, very very very close frens ckp Mawar baik hati, cool, fun, kaki jalan, tempat luahan perasaan, keras hati.

People who barely know me ckp Mawar pendiam, sombong (sombong is always people's first impression on me..sian i)

Agaknya mcm mana saya menilai diri sendiri?
*alamak saya ada keje nak buat, sambung lg nnt ek

Cerita Weekend Kami

Mcm dah lewat untuk cerita pasal weekend lepas tp since i takde benda nak cite so cite weekend pun ble la kan..

Hari Sabtu ada ofismate Soulmate kawen kat Muar so few weeks before kami dah decide nak pi, siap booking hotel lagi ni sbb ingat nak stay kat sana jalan2 makan mee bandung ke kan. Kalau ikut plan tu, hari Ahad on the way balik terus pi wedding sorang lagi staff Soulmate kat Seri Kembangan. So pagi2 Sabtu tu i bangun siap iron baju untuk dua2 majlis then pack semua barang. Soulmate plak pi potong rambut. Sebelum bertolak tu Gee singgah umah sbb nak amik kuih sepit yg dia pesan kat tok i. Sempat la bergosip dan sesi luahan perasan sat sementara tunggu Soulmate balik (nnt i cite sesi luahan perasaan dgn Gee hehe).

Dalam kul 12.30 kami bertolak. Since masing2 dah pakai baju untuk ke wedding tu trus so kami trus cari umah pengantin. Masa kami sampai pengantin baru je sampai. Siap ada kumpulan penari yg menari zapin tuh..kami tak heran sangat pun sbb masing2 lapar so terus la terjah untuk makan. Lauk2 mmg best, ada ikan keli, ayam panggang, kari daging, acar, salad. Pastu atas meja ada tempe goreng ikan bilis. Mewah makanan kalau kenduri org Jawa ni :-)

Lepas makan Soulmate ajak pi cari hotel yg kami dah book tu plak. Perut kenyang kan so harus la cari tempat tido plak. Pusing punya pusing punya pusing last2 jumpa gak la hotel tu tp kan tetiba i rasa mcm taknak stay situ. Soulmate tanya nak balik ke? i jawab tak kisah tp dlm hati, please sayang kita balik please please please..So last2 kami balik, tak menjadi la plan nak cari mee bandung muar hihi.

Sampai umah dalam kul 6. Lega rasanya dapat balik umah..i rasa kan walau best mana pun tempat yg kita pi, last2 yg paling best, umah sendiri gak tul x? So mlm tu bermalas-malasan kat umah je..

Ahad plak Soulmate ajak pi wedding staff dia kat Seri Kembangan. Alang2 dah dekat situ kan kami trus pi JJ lepas tu beli barang skit sebelum balik umah..

So itu la cerita weekend sy yg tak la best mana pun :-)

18 December, 2008

'The Question'

Two months after you tied the knot, people will start asking questions, i mean 'the question'..Bila lagi? Takdak apa2 lagi? Nak tunggu sampai bila lagi ni? and etc..Daaaaan jangan la gatai2 mulut cakap 'oh, kami planning la..' or even 'kami blom ready lagi. nnt2 la..'

Dah sah2 tuan2 dan puan akan kena hantam, 'Eh, jgn plan2 nnt Allah tak bagi langsung', 'Org tua2 kata yg mula2 ni jangan plan nnt bila nak, terus tak dapat', 'Apa yg tak readynya, bila dah kawin maksudnya ready untuk semua benda tau', 'Depa nnt ada rezeki masing2 toksah dok risau pasai duit la' dan mcm2 lagi ayatnya yg bakal buat telinga kita merah..

Ok, bagi i to get pregnant and to have child(ren) bukan sekelip mata punya decision. Kalau i ready to get married doesn't mean i'm ready to get a child. Come on people, give us, to be exact give ME some more times ok..saya belum mentally, emotionally, physically bersedia, please understand.

12 December, 2008

Cerita Aidiladha Kami

Lama rasanya tak meng'update' blog ni takde benda nak cite pun. Setakat rutin harian biasa je. Oh ya, raya punya cite lupa plak. Kata first time raya sesama kan (tak kisah la raya haji pun kan janji raya tul tak?) Tak banyak yg beza sangat pun, mungkin sbb raya haji kan tak semeriah raya puasa. Tapi yg best sbb raya kat umah i hehe. Mula2 Soulmate ckp nak balik raya kat umah in laws i dah rasa sedih dah (walaupun raya haji saya sedih jugak huhu) Tapi sbb bilik kat umah Cinta Sayang penuh so i dapat beraya kat umah parent i hehehe..Tapi i baru sedar yg i tak snap even a pic masa hari raya tuh, camne ble terlupa langsung tah sedangkan sebelum balik tu punya berpulun charge betri..

Sbb umah my parent dgn in laws dekat kan so asyik ulang alik je la kejenya kami berdua nih. Sat2 kat umah my parent, sat2 kat in laws hehe..itu je pun cite raya i takde la sembelih lembu korban depan umah bagai pun..Bila ada rezeki nnt bolehlah buat kan skrg ni still tengah struggle utk 'stable'kan kewangan :-)

05 December, 2008

Salam Aidiladha



Salam Aidiladha untuk semua :-)


Dating Dgn Soulmate

Yeayy it's Friday..our movie day :-) i'd booked 2 tickects for this movie..



Kata la kami ketinggalan zaman sbb blom pernah tengok 3D movie..pedulik. Tapi malam ni nak try kat Midvalley hehehe. Reason pilih cite ni? Sbb both of us mmg minat cartoon, yg kat tv pun kami layan. Just to name a few..

  1. Pingu (rasa cute sangat famili penguin tu..)
  2. Spongebob Squarepants (lurus bendul yg kelakar sangat..)
  3. Totally Spice (artwork dia best lagipun i suka cite girl agents ni ala2 Charlie's Angel gitu kan)
  4. Wonderpet (Telefon..telefon berbunyi.. apa yg penting..kerjaaaasama! Best2, even nurul pun sangat minat. Lagu dia yg mahal tu..hihi)

Ada banyak lagi tp i tak bape ingat tajuknya la..mcm dah lari topik je entry i ni kan hehe..

Anyway guys, malam ini saya akan dating dgn Soulmate yehahhh



04 December, 2008

Selepas 2 Bulan

It's our 2nd monthiversary (i wonder if there's such a word hihi) Alhamdulillah, i thank God for the precious love..hidup rasa almost perfect and hopefully it will last forever.



Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi ku janjikan aku ada...-Once-

02 December, 2008

Cerita Weekend

Since my parent postponed nak dtg umah petang Jumaat tu so me and Soulmate pegi pasar tani kat Presint 2 sbb nak beli lauk pauk kena masak lunch hari Sabtu sbb depa nak mai pagi Sabtu plak. Bersungguh2 beli tulang, sotng bagai nak tunjuk skill masak ni padahal haram tak reti. Nasib baik Soulmate ada tolong ajarkan. Tq darling..

Dari Jumaat malam sampai la ke Sabtu pagi merebus tulang tak abis2 hehe. Tapi worth it sbb abah kata ok la kan (abah saya sangat cerewet bab2 makan nih..kalau dia kata ok pun dah Alhamdulillah) Malamnya kami bawak depa pi makan seafood kat Bagan Lalang. Orang kat situ ramai yg amat sgt. Mentang2 la dah gaji dan cuti sekolah kan..

Ahad plak ada schoolmate i k
awen kat FRIM..ala2 maya karin gitu hihi..



Dalam hutan pun boleh posing gak kan :-)



Sangat sabar menunggu pengantin. Kami sampai pkl 12, pengantin bersanding pkl 1.30 huih lama oooooo tunggu..



Cantik kan kawan saya ni..



Ooops kantoi pengantin menguap..takkan dah ngantuk bang baru pkl 2 ptg nih sabar sabar hehehe ;-)



Cantik la purple pink ni kan..

Selamat Pengantin Baru to Amal Syahirah & Azwan




28 November, 2008

What Your Handbag Say About You

You tend to be relaxed throughout the day. You are naturally at peace. -yeah

You tend to be on high alert. You are very aware of your surroundings. -not really

You are a high maintenance person. You feel lost outside of your normal environment. -average would be a proper word

You are a very creative person. Your life tends to be a whirlwind, but you always seem to pull it together. -hehe

You are practical and down to earth. You tend to be a rather reserved and quiet person. -sampai some people ckp i sombong coz i'm too reserved

You are a very unique and special person. There's no one else who is anything like you. -people around me knows better ;-)

27 November, 2008

The Procedure

Semalam i pi Hosp. Serdang for my MRI. Well, it wasn't that bad actually except for cucuk2 part. Sakit weh..kalau la aku tau ada part kena cucuk2 ni harus aku tak pi huhu. Masa i study dulu kalau tak salah la rasanya contrast liquid akan dimasukkan kalau perlu je..

I was a Biomedical Engineering graduate so benda2 imaging ni boleh dikatakan semua i blaja tp i dah tak ingat sangat, skit2 boleh la (nampak sangat aku hafal utk exam je..janji lepas kan). Tapi blaja dan buat dua benda yg berbeza. Blaja cuma pada teori mcm mana benda2 tu semua berfungsi. Bila kita sendiri yg di scan mula la kecut perut nak mati.

Pagi tu i bangun dgn perasaan yg sangat lapar tp i kena puasa sbb nak buat MRI tu. Sampai hosp. pkl 8, register bagai pastu tunggu sampai 9.30 baru turn i. Gomen..gomen..Masa menunggu tu punya tak sabar nak dengar nama i dipanggil sbb i dah lapar sangat2222. Tapi masa org tu panggil i dah pucat, seram sejuk semua ada. Takut weh sangat..Mula2 kena tukar baju (tak boleh pakai apa2 cuma pakai baju lab yg ikat2 kat belakang tu..uuuuu sexy haha. Jenuh jugak la pegang sana sini sbb baju tu mmg boleh nampak. awat la depa design mcm tu). Lepas dah tukar tu i ingat boleh terus masuk tp rupanya kena masukkan jarum dulu sbb later depa nak masukkan contrast liquid. Part ni yg tak boleh blah ni.

Masa nak masukkan jarum tu, budak pmpuan tu ckp kat i sakit skit ek, tahan k. I ckp kat dia sakit banyak laaaaa..Lepas tu i kena baring, then budak tu pasangkan headfon siap ada hot.fm lg. Dia pesan banyak kali jgn gerak. Masa dalam benda tu bising sangat, hot.fm ka hapa ka semua tak dengar pun. Yg dengar bunyi benda tu je yg kuat tp i bleh lg tetido haha. Boring sbb lama gak kat dalam tu setengah jam ada la kot. Yg tak bestnya ada skali tu i rasa nak terbatuk adoooiii berair mata tahan batuk sbb kalau i batuk nnt mesti kepala i bergerak so kena ulang balik scan yg setengah jam tu..Halfway, dia keluarkan i, ingatkan dah abis rupanya nak masukkan contrast liquid tu..

Habis procedure lebih kurang pkl 10.30 pg..Lega rasanya. So sekarang ni cuma kena tunggu appointment dgn Specialist ja utk tau apa sebenarnya masalah i :-) Hopefully everything will be ok..

Oh ya, i tak sempat snap any pic sbb takut sangat masa tu :-)

25 November, 2008

Magnetic Resonance Imaging

Esok pagi i kena pi Hosp. Serdang sbb nak buat MRI (Magnetic Resonance Imaging). Dengar mcm teruk sangat kan. Actually i'm having problem with my left ear. Kadang2 ok tp kadang2 mcm i dengar perlahan sangat. Pakar kat Putrajaya dah checked tp physically telinga i looks normal. So dia rasa mungkin i ada problem dgn nerve. Reason i kena buat MRI sbb nerve problem on older people is normal but on me? umur i baru 26 thn..Sbb tu la i kena buat scanning tu just to confirm je..So, start 12 tgh mlm ni i kena puasa sampai la esok pagi.

So, what is MRI?

An MRI (or magnetic resonance imaging) scan is a radiology technique that uses magnetism, radio waves, and a computer to produce images of body structures. The MRI scanner is a tube surrounded by a giant circular magnet. The patient is placed on a moveable bed that is inserted into the magnet. The magnet creates a strong magnetic field that aligns the protons of hydrogen atoms, which are then exposed to a beam of radio waves. This spins the various protons of the body, and they produce a faint signal that is detected by the receiver portion of the MRI scanner. The receiver information is processed by a computer, and an image is produced.

The image and resolution produced by MRI is quite detailed and can detect tiny changes of structures within the body. For some procedures, contrast agents, such as gadolinium, are used to increase the accuracy of the images.

Macam takut je dengar kan..Anyway the machine will probably look like this..

Tengok la esok camne..will update later k

24 November, 2008

A1 Di Sepang

Semalam Soulmate ajak tengok A1GP Malaysia kat Sepang.







Mula2 tu best sbb Fairuz at 3rd place tp lepas misscomunication yg tah apa2 tah dia jadi 14th place rasa geram sangat kat team dia. Terus ajak Soulmate balik lagipun nak elakkan jam kalau tunggu sampai race habis :-)



Jom kita balik. Next year kita tengok F1 plak ye darling :-)

Seminggu Di Sabah

Lama rasa tak update blog ni. Seminggu di KK tak sempat nak update apa pun sbb sibuk hari2 ke Filipino Market menyopping sakan hehe. Takde la sakan pun, cukup la setakat sebutir dua mutiara utk Soulmate, diri sendiri & kengkawan. Actually i ada kursus kat sana tp focus utama bukan kursus pun hihi paham2 je la. Dalam class asyik tingat petang ni nak beli apa :-) Nak2 plak kan dapat roommate yg mmg kaki shopping..heaven!! Kak Fidah nnt kita pi kursus (shopping) sama2 lg ek.

Tapiiii...saya sangat sangat teringat kat Soulmate, tak pernah lg sampai seminggu tak jumpa dia. Kursus tu Isnin-Jumaat lama oooooooo...Hari Jumaat masa nak balik tu rasa mcm nak melompat pun ada ;-)

14 November, 2008

First Time nih..

Saya sangat tak biasa buat semua benda mcm ni tapi...

Tulip wrote: bule la kita tau jgk ttg diri korang kan... -sbb tu i buat jugak

Name: Mawar
Sisters: I'm the only daughter..yehahhh (Nurul adopted selepas saya berusia 25 tahun k..)
Brothers: 2, Jon & Faiz
Shoe size: 6
Height: 160cm (Soulmate 184cm, pendekkah saya? atau Soulmate yg mmg tinggi huhu)



Where do you live: Currently in Putrajaya
Have you ever been on a plane: Yes
Swam in the ocean: Pernah..(eh jap, saya tau swimming ke? hehe)
Fallen asleep at school: Pernah, history class. Don't blame me blame the subject k. Boring nak mati..
Broken someone’s heart: If only 'he' felt that way. Yes i did
Sat by the phone all night waiting for someone to call: All nite? hmmm once i guess
Saved e-mails: Few
What is your room like: Susah nak describe ni..
What is the last thing you ate: Few slices of bread for breakfast..Soulmate yg on diet not me hihi
Chicken pox: Pernah. Darjah 2..best takyah pi sekolah seminggu
Sore throat: Last month masa majlis reception belah Soulmate
Stitches: So far blom lagi
Broken nose: Nope
Do you believe in love at first sight: Not really..
Like picnics: Suka tp jarang sangat dapat chance pi picnic..Kat mana nak picnic kat Putrajaya ni adoiii
Who was/were…The last person you danced with: i can't differentiate between walking, jumping and dancing :p
Last made you smile: Soulmate ;-)
You last yelled at: ada ke ek?

Today did you…

Kissed anyone: Soulmate :-)
Get sick: Setakat pagi ni blom lg
Talk to an ex: Nope
Miss someone: Miss Soulmate already..
Who do you really hate: You know who you are
Do you like your hand-writing: Of course i do (aku rasa cantik je..pedulik la org ingat tak cantik kan hehe)
Are you a friendly person: With people i know, yes
Do you have any pets: No, i can't commit to them so better not to have any rite?
What are you doing right now: Pikir nak jawab apa utk soalan ni
Can you handle the truth: I hate conflict.
Do you eat healthy: Healthy food are tasteless laaaa..roti canai & teh tarik taste better what kan kan kan?
Do you still have pictures of you & your ex: I cut it into very very tiny pieces the last piece i had.
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: Soulmate or parent (depend on the problem)
Are you loud or quiet most of the time: both. i'm loud with people i know, queit to people i do not know yet
Are you confident: Sometimes

5 things I was doing 10 years ago:-
  • Bergumbira tepuk tangan sama2 Kita manyanyi sambil langkah kanan kiri goyang badan goyang kaki horay horay..form 4 la, honeymoon year what :p
  • Bergumbira tepuk tangan sama2 Kita manyanyi sambil langkah kanan kiri goyang badan goyang kaki horay horay..form 4 la, honeymoon year what :p
  • Bergumbira tepuk tangan sama2 Kita manyanyi sambil langkah kanan kiri goyang badan goyang kaki horay horay..form 4 la, honeymoon year what :p
  • Bergumbira tepuk tangan sama2 Kita manyanyi sambil langkah kanan kiri goyang badan goyang kaki horay horay..form 4 la, honeymoon year what :p
  • Bergumbira tepuk tangan sama2 Kita manyanyi sambil langkah kanan kiri goyang badan goyang kaki horay horay..form 4 la, honeymoon year what :p (dah cukup kan i copy paste hehe..mmg itu je yg i buat pun)

5 things I would do if I were a billionaire:

  • Beli basikal, motosikal, kereta, van, lori, bas, kapal, kapal terbang, umah, umah, umah, umah, tanah, pulau, footbal club (apa lagi ek yg orang kaya beli?)
  • Bagi duit subsidi kat kerajaan supaya minyak boleh turun harga hahaha
  • Buat amal kebajikan la hidup bukan selamanya kan
  • Live a life macam Sultan Brunei, Trump famili, Gates famili, semua famili yg kaya la..
  • Ish bila nak abis ni aku dah malas nak pikir ni sbb blom billionaire lagi
  • 5 of my bad habits:-

  • gigit kuku
  • picit jerawat
  • drive tak pakai kasut (buruknya perangai..)
  • bangun lewat
  • aku buat empat je boleh tak? Banyak sangat rahsia yg perlu didedahkan ni hehe

5 places I’ve lived/living: Sungai Dua, P.Pinang-Sungai Petani, Kedah-Petaling Jaya, Selangor-Seri Kembangan, Selangor-Putrajaya


Siri 2

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu? – Soulmate & Famili
2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?-Kasut
3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?- Dah kawin pun kena jawab ke? Nnt jawapan lain dari tempat yg kami dah buat, Soulmate saya merajuk camne?
4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?- Forever..Ya Allah makbulkan doa kami
5. Adakah anda di lamun cinta?- Sooooooooo much in love
6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?- Kalau saya anggap umah saya restoran boleh ke?
7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?- Comfort Food by Kate Jacobs
8. Apakah nama penuh kamu?- Mawarni Sazali
9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?- abah
10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?- Hmmm
11. Christina atau Britney?- Sapa ni? hehe..
12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?- With the help of washing machine :)
13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?- Semua tempat yg seronok la
14. Pelukan atau ciuman?- Both!
15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.- Susahnya soalan ni :p
16. 5 perkara yang amat saya gilai- Saya blom gila lagi ni :) anyway, saya suka jalan2, duduk umah dgn Soulmate, main2 dgn Nurul, baca blog yg best, tengok tv, tido...banyak plak dlm list ni hehe
17. Perkataan yang sering di ucapkan- satu perkataan ke, dua perkataan ke, tiga perkataan ke...tak tau la
18. Buku yang paling terbaru dibaca.- Comfort Food by Kate Jacobs (baru 12 m/surat la)
19. lagu yang saya boleh dengar berulang kali.- semua lagu saya akan jemu bila saya dah boleh hafal liriknya
20. Perkara yang saya pelajari tahun lalu - Bukan mudah berada dalam dilema bila kita terpaksa memilih antara dua. Berdoa dan berserah padaNya demi kebahagiaan yg dicari.
21.people I tag:- aku tak reti la benda2 nih..

10 November, 2008

Surprise

Bila i merajuk-rajuk manja menangis drama bagai, Soulmate mcm biasa la risau amat..So, the next day tu dia boleh bagi surprise :-) Bukan la kete ataupun umah sebijik cuma beberapa batang bunga plastik plak tu hihihi tp sbb effort dia nak surprisekan i tu yg buat i plak rasa bersalah sbb merajuk takde reason..Dia tau setiap hari Jumaat i akan balik umah tengahari, biasa la keje gomen ni lunch time hari Jumaat lama so balik tido la kan hehe..So Soulmate pi belikan bunga n balik just few minutes before i sampai untuk letak bunga tu dalam vase kat coffee table sebelah tv.



Cantik kan? Kira ok apa taste Soulmate i kan kan kan (mati la org menyampah puji husband sendiri)

Actually kami mmg carik bunga yg sesuai untuk vase tu cuma blom jumpa yg berkenan dan sesuai..Tq darling ;-)

03 November, 2008

Bila Soulmate Outstation

Soulmate outstation, Friday to Monday. Kesian kan kat saya kena tinggal sorang2 huhu. Tapiiiii sapa kata sorang hehehe..Apa lagi, masa2 ni la nak menjemput kengkawan overnite kat umah. Bosan seh sensorang :-)

Tp takde la menjemput sekampung pun, i ajak Gee je. Lagipun sbb dah lama tak bergosip dgn dia. Sebelum ni kan i sibuk dgn wedding prep. Yg lebih heaven kan dapat jenjalan kat Midvalley dgn gilfren weh best gile, heaven! Ok, don't get me wrong. Jalan dgn Soulmate mmg best, tak dinafikan la cuma sometimes kan kita perlukan masa2 lepak dgn girlfrens tau. Suka suka suka

Sbb Gee nak datang tengahari so i masak macaroni utk dia. Maap ye Gee, kata aku ni tak reti masak kan, ko hadap la macaroni je ek..Lepas dah abis makan apa lagi berdesup siap2 nak pi Midvalley hehe. Jalan punya jalan punya jalan punya jalan, last2 sampai umah kul 12 tgh malam. Nasib baik Soulmate tak marah. Ampun ye darling..Malam tu borak2 dgn Gee cite org tu nak kawen, org ni dah berbaik dgn x-pakwe dia, husband org nun seronok kat luar, boyfren org tu, girlfren org ni last2 kul 4 baru tido.

Sbb dah dekat nak Subuh baru tido kan harus la bangunnya pun bila matahari dah naik. Kul 9 baru i bangun, tu pun Gee tengah membuta lagi. Pikir punya pikir nak makan apa last2 i buat nasi goreng. Sodap kan Gee huahuahua sendiri perasan.

Lepas Gee balik i dah bosan balik. Sayaaaaannngg bila nak balik ni :-(

31 October, 2008

Hadiah..hadiah..hadiah

First of all, tq so much for my dearest 'Unit'mates yg bagi hadiah td. Walaupun dah tau hadiah apa tp tq gak atas usaha balut cantik2 hadiah2 tu (bukan salah i k depa yg tanya i nak apa hehe)
Siap ada card yg cute sangat2. Suka suka :-)







Ni la hadiahnya..Dua okk (sangat menunjukkan ketamakan i haha)


Pastu yg bestnya dalam card tu siap letak duit lagiii. Cute je kan. Ni mesti lebih daripada duit beli hadiah tu hihi..Tp cukup la buat tengok wayang :-)


Anyway, (kalau la depa baca blog i kan) many thanks to all..!


30 October, 2008

Sambutan Deepavali (ada kena-mengena ke ni?)

Saat semua masyarakat beragama Hindu beraya Deepavali, i dgn Soulmate pi Ikea beli few stuffs utk umah hehe (duit2 hadiah kawen ada boleh la beli brg2 yg dah survey aritu hehe) Yg bestnya mula2 dah decide ni tau tp bila dah nak ambik barangnya siap boleh pikir balik tukar model lain, tu pun lepas 3,4 kali ulang alik kat tempat yg sama hihi. Alaa keje gomen ni paham2 je la kan kena bajet betul2 apa yg nak dibeli :-)

Lepas almost 2 jam melilau (paham dak u all? hehe) dalam Ikea tu, ni la hasilnya..



Seksa ooooo nak bawak naik umah huhu..

Lepas tu Soulmate ajak pi umah Pak Mat & Auntie Rose kat Ampang hantar pulut kacau (org utara panggil pulut kacau, org lain panggil wajik)..Segan sangat nak pi tp bak kata my FIL, depa banyak berjasa nih. Baik sgt depa ni, Soulmate ckp walaupun cuma famili fren tp dah mcm sedara jugak. Auntie Rose nih Chinese tp tau dak apa dia masak hati tu; mee kuah & nasi minyak + ayam masak merah + kari ikan. Masa nak balik dia bagi ketupat + serunding daging..Respect weh dgn dia, melayu mcm i ni pun kena beli buku masakan.

So, macam tu la sambutan hari Deepavali kami tahun ni hehehe

29 October, 2008

Langkawi

Lepaskan penat di Langkawi..bessssssssttt ;-)


28 October, 2008

After All Had Been Said And Done

Alhamdulillah semuanya dah selamat dilaksanakan. Penatnya jangan ditanya, yang amat!! tapi gembira dan syukur dapat merasai pengalaman yg mcm tu. Again, i can list 1001 things that didn't went as we planned before, asalkan semuanya selesai dengan sesempurna mungkin pada pandangan mata kami dan semua yg terlibat pun dah sangat2 disyukuri.

Walaupun i mula cuti a week earlier still rasa sangat2 tak sempat buat preparation. Last few days before the hari majlis, i was struggling with the bunga telur huh. Friday nite sepatutnya i berinai tp sampai petang baru bunga telur i siap huhu. So plan nak berinai lepas magrib tu jadik angan2 je la sbb kena pulun untuk hantaran plak (sesapa yg nak kawin, pleeeaaaseee beli siap je ataupun kalau nak yg special skit, tempah okk. Jangan buat gila mcm i sbb mmg awal tu rasa kita sempat nak buat tapiiiiiiii satu dua mmg la seronok tengok hasilnya, kalau dah masuk 70, 80 rasa jari pun kembang semacam) Hantaran siap pun dah almost midnite, so lepas tu baru berinai. Pukul 1 lebih mata i dah tak boleh bukak tp tahan gak takut inai comot huhu seksa nih..Lebih kurang pkl 2.30 i buka inai, terus baring kat hall sbb bilik pengantin dah siap so malas nak kacau2 nnt buruk jadinya..

I baru je mula tak sedarkan diri, bapak sedaraku yg jd tukang masak hari tu dah mai umah nak masak. Masa tu pkl 3.00 PAGI okkk!!!! Mcm mana kita nak tido kalau dah org dok masak kat luar umah dgn bunyi periuk belanga bagai adoiii..Moral: Amik caterer!!

Walaupun dgn kepala weng tak cukup tido tp Alhamdulillah semuanya ok hari majlis tu. Adalah kekurangan here & there tp ok la :-)

The next day, Ahad, blom habis penat majlis umah i dah kena siap2 ke majlis belah hubby plak (chewahh hubby youuu..nyampah haha) Luckily majlis Soulmate simple je so dgn i yg dah demam batuk bagai kira ok la :-) Pkl 5 dah balik umah boleh rest hehe. MIL i sgt baik sampai i naik segan plak, semua pun dia nak buat. Sampai masa i tengah sembang dgn sedara2 dia buatkan air untuk i suruh minum something hot utk legakan tekak katanya..Untuk tak i hehehe

Lepas dua2 majlis dah selesai rasa lega sangat222222222..Penat weh preparation utk wedding nih. Sapa2 yg nak kawen sila bersedia secara mental dan fizikal k hahaha dan kewangan jugak. Masa dah dekat2 tu jugak la tetiba yg ni tak cukup, yg tu kena beli, yg nun salah colour, duit semua tu bukan ckp dgn air liur je tuh.

Gambar tak siap lagi nnt i update more k.

Daa

10 October, 2008

Cuti..yahoooooo

i akan start cuti mulai esok sampai la deepavali yehahhh..So i nak wish Happy Deepavali in advance.

See u all again in 2 weeks time.

Daaa

Adik Saya Yang Comel

Comel kan dia..Nurul Syuhada (kalau tambah nur ain kat hujung boleh jadi host Majalah 3 @ adik ipar Gee, glemer oooo adik ipar Gee)









miss her so much

Alhamdulillah






Takde perkataan yg boleh describe our feeling at that particular moment..

09 October, 2008

Dia, Soulmate dan Cinta..

Pernah tak terfikir macam mana cinta yg sepuluh tahun berakhir dgn perpisahan dan cinta yg setahun berakhir dgn pernikahan. Tak boleh nak terbayangkan kan? Apa lagi bg i yg mengalami ni, kadang2 rasa susah sangat nak sedar dan percaya apa yg sedang berlaku dan rasa betapa pantasnya hidup i berubah..Sebelum ni i tak pernah bersedia untuk menceritakannya walaupun sentiasa ada yg menanya, mcm mana hang menghadapi? awat jadi mcm tu?

Pernah satu ketika pada sesetengah masa i menyalahkan diri sendiri dgn perpisahan tu. Semua org, setiap ahli keluarga dan sahabat handai seolah menuding jari pada i yg dianggap seolah2 kacang lupakan kulit, tak mengenang budi, kejam dan keras hati kerna sanggup menidakkan cinta yg bersemi sepuluh tahun demi insan yg dicintai cuma setahun. Pernah tengok iklan drama Goda? Ada seorang lelaki yg tanya M, bolehkah kita jatuh cinta pada dua org secara serentak? Pada pandangan peribadi i, TAK BOLEH!! Tapi kenapa i boleh cintakan Soulmate sedangkan pada masa perkenalan tu i'm not single, i was somebody's sweetheart..Persoalannya, adakah that somebody tu pun my sweetheart pada masa tu?

Bila difikirkan semula saat tu, baru i sedar, perasaan yg i anggap cinta selama sepuluh tahun tu sekadar rutin. Yes, mungkin first few years bersama tu adalah cinta tp lama2 kehadiran dia cuma seolah2 rutin dalam hidup i. Even saying the three magical words pun dah jadi rutin, macam mana nak akhiri semua tu dgn janji sehidup semati. Tak mungkin i boleh bahagia kan? Berbeza pada Soulmate yg sejak mula bermain mata, hati dgn seikhlasnya merasa kasih sayang walau pada masa tu masing2 terikat dgn hubungan 'cinta' yg belum tentu cinta. Kerana perasaan kasih tu jugak, masing2 mendoakan yg terbaik dalam hubungan 'cinta' masing2 walau ada sedikit kekecewaan menyesali kenapa kita tak pernah dipertemukan sebelum ni.

Sesekali tersenyum bila menyalahkan takdir yg sebenarnya pernah menempatkan kita dalam daerah yg sama, pada masa i bertungkus lumus untuk PMR rupanya Soulmate sedang bergembira matriks di sekolah yg sama. Mungkin kita pernah bersua cuma tak pernah kisah dan bersuara :-)

'Cinta' itu telah lama berlalu rupanya. Walau i sedar masih ada yg menyalahkan i kerana meminta perpisahan tp percayalah setiap insan kerdil seperti kita cuma mencari kesempurnaan agar hidup yg dijalani lebih berada dalam kesyukuran. i tak salahkan sesiapa walau keluarga i sendiri cuma yg i minta, tolong la berhenti bertanya. Pada saat i dah dinikahkan, apakah masih perlu soalan, dia mcm mana sekarang? dia tahu hang nak kawen? dia ok ka? Demi Allah, i mengaku bukan mudah melupakan, i tak minta bantu i untuk melupakan, yg i minta cuma ihsan agar semua turut sama melupakan dia sama seperti yg i sedang lakukan. Cukuplah pada saat jari i diinaikan masih sempat bertanya, hang tak menyesal tinggalkan dia? Tolonglah, i bukan tak mampu jawab cuma i sedih memikirkan kenapa org lain masih memikirkan tentang remuk redamnya hati dia dengan meremuk redamkan hati i pada saat i nk dinikahkan.

I sedang mencari bahagia. Dan sehingga hari ini i sedang menemui bahagia..Tolonglah semua lupakan dia. Biar kenapa i tinggalkan dia cuma i yg tahu sbb kalau semua tahu, semua org akan menambahkan sorang lagi org yg dibenci..

07 October, 2008

After Half Had Been Said And Done (Kenuri blom lagi..)

I'm married yahooooo..i'm married yehaahh gedik tak hihi.

Anyway, Alhamdulillah majlis akad dah pun berlangsung walaupun i can list 101 things that didn't went as i planned before tapi semuanya dah selamat. Yang penting i dah dinikahkan oleh abah sendiri kepada my beloved Soulmate Aizwan Anuar. Susah nak explain apa yg i rasa sekarang ni. Macam percaya tak percaya je..

Raya tahun ni mcm ala2 je bagi famili i sbb lebih bz dgn preparation majlis akad nikah i. Nak2 plak musim raya ni sapa sangat yg nak datang tolong2 kat umah kan melainkan sume kena buat sendiri. Org kampung la katakan so majlis yg kecik pun last2 jadi meriah jugak la. Dah la parent i nak masak sendiri takmau buat catering. I dah suggest amik ceterer je sbb musim raya takde org nak tolong lagipun majlis kecik je tp abah cakap kan lagi meriah buat sendiri. Last2 mmg meriah abis sbb the day before majlis tu, me, my mom & my younger brother kena basuh 15 ekor ayam. Bayangkan i yg nak jadi queen of the day (sila abaikan i nak perasan k) ni kena basuh ayam huhu pengantin bau ayam.

Udah le petang tu basuh ayam malam plak kena dera pakai inai, kaki & tangan penuh inai sampai nak garu hidung pn tak boleh. Seksa betui masa tu, adoi susah gak nak nikah ni. Tapiiii knapa Soulmate ble rilek je tak susah mcm i pun (dia punya ketaq tak hengat dalam hati i dah abaikan hahaha)

Sbb majlis pukul 11 so seawal pagi i dah bersiap2. Tuhan je tau perasaan masa tu, macam2 ada, excited of course la kan tp masa tu gak la rasa nak nangis, rasa gelabah tak tentu hala, rasa badan takdak darah sejuk nak mati, mcm tu rupanya rasa org nak kawen. Masa Soulmate msg cakap dia dah sampai masjid i dah nak nangis dah sbb takut, tambah plak dan2 tu jugak my mom ckp takmau ikut i pi masjid..adoiiii. Bila tengok i mcm nak nangis baru dia stuju. Maybe dia tau dia akan sedih kot nnt kan.

Bila turun dari kereta kat masjid i nampak Soulmate, tetiba rasa tenang je :-) sampai la semuanya dah selamat dilaksanakan. I nampak Soulmate nangis masa peluk mama dia rasa sayu plak..

So, skrg ni me and Soulmate tengah berusaha utk sesuaikan diri. Bukan senang nak adjust cara hidup, lepas so many years hidup berdasarkan kehendak hati dan keputusan sendiri, skrg ni kena fikir tentang banyak hati dan perasaan, bukan setakat Soulmate tp dua2 famili. Sangat susah..

Daripada milo/nescafe for breakfast kepada at least roti/sandwich atau lain2 yg sesuai

Daripada suka-hati-longgok-baju-atas-katil-bila-suka-baru-lipat kepada setiap hari basuh-angkat-lipat

Daripada bangun-lambat-siap-mcm-lipas-kudung nak ke ofis kepada setiap-hari-bangun-pkl 6 walaupun umah belakang ofis

Daripada malam-ni-nk-mkn-kat-mana kepada malam-ni-nak-makan-apa

Pendek kata daripada dulu suka hati apa nak buat kepada semuanya kena fikirkan Soulmate jugak..

Apapun, tak kisah la asalkan dapat hidup dgn bahagia :-)






26 September, 2008

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin

25 September, 2008

Kasut

My akad nikah prep is almost done. Td i dah p amik kasut yg tempah kat tailor aritu.



Rasanya itu je la kot yg kena prepare utk majlis tu kan. Lets check..

Baju (me & Soulmate) done
Tudung & accessories done
Makeup done
Room kena beli cadar ni (tapi perlu ke ek? nikah kat masjid hmm)
Souvenirs done
Photographer done
Tikar sila kena cari ni
Cincin done
Bekas cincin done
Kebenaran nikah done

Ada satu dua benda je lagi. Hopefully semuanya ok nnt. Tetiba nervous plak hihi gedik okk


Hmm..


Tak perlu mencari teman secantik Balkis andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika diri tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar
dan mengapa mendambakan teman hidup sebaik Siti Khadijah jikalau diri tak sesempurna Rasulullah SAW. Bimbinglah dia dan terima kekurangan itu sebagai keunikan. Carilah kebaikan padanya serta bersyukurlah kerana dipertemukan dan berdoalah agar dia menjadi milikmu selamanya..

23 September, 2008

Soalan bangang pepagi buta

Pagi td mcm biasa i bangun sahur minum air je sbb rasa malas nak makan. i minum coke okk hihi tetiba gian air bergas ni sampai sahur pn ble minum lagi. Lepas tu i tido balik sementara tunggu pkl 6 nak bangun p keje. Lepas dah bangun, mandi, tenyeh bedak lebih kurang i amik tudung nak iron (sapa suh semalam hang tak iron huh). Masa tu pkl 6.40 pagi okk diulang 6.40 pagi.

Tengah i dok iron baju tu housemate i baru bangun trus duduk kat sofa sbb dia tunggu nak iron jugak. Masa tu dia tak mandi lagi tau. Yg i tetiba sentap kan dia boleh tanya i masa tu camni;

Housemate: Mawar, masa awak break dulu camne ek?
Me: (Dengan muka tekejut beruk) Haa?!!

Ngok..! ada ke pukul 6.40 pagi di hari keje dia boleh tanya soalan camtu?! Akai ada ka?

Wonderful Weekend

Saturday i ajak Soulmate teman i hantar kad kat Gee sampai ke Klang. Dia ngikutkan aje hihi. Sbb parent Gee takde so kami tak masuk umah sembang kat pintu je. Gee bagi souvenir yg dia beli kat Bali, cute!! boleh pakai raya hehe itu je yg baru untuk raya ni sbb i tak prepare apa pun, baju raya pn takde huhu. Rasanya i pakai baju batik je la sbb i ada tempah 2 baju batik kat tailor utk pakai every Thursday. Jumaat ni nak p amik so boleh kira baju raya gak la :-) On the way balik dari umah gee singgah Shah Alam cari tudung untuk majlis nikah. Dari SACC Mall, ke PKNS ke Alam Sentral mencari last2 jumpa gak. Tapi sian Soulmate kena ikut i jalan hihi i pn puasa darling u tak marah kan hehe..

Sunday plak i ajak Soulmate p Selayang umah bapak sedaraku hihi untuk hantar kad jugak. Omak dah pesan suh antar kena la p jugak. Hujan lebat gile nasib baik ajak Soulmate kalau tidak, mau nangis i drive sorang2 dalam hujan lebat yg amat tu..Lepas tu kami gerak p The Curve sbb dah janji nak berbuka dgn kengkawan. Kalau bukan sbb nak edar kad harus aku tak p ni. Malas la..sbb kan, bila jumpa kengkawan yg jarang jumpa mcm dah ada dialog yg biasa; u kat mana skrg ni? Eh dah chubby la u skrg? u sihat ke? u macam mana skrg ni? u tukar no fon ke i call u tak pernah dapat? no fon u bape ek? Macam pernah dengar kan dialog2 ni..

Memandangkan i & Soulmate sampai awal kat sana so kami p Ikea dulu sbb mmg plan nak survey chest of drawer. Lagipun ada barang skit nak beli. Dan dah jumpa yg berkenan di hati hehe..

Berbuka malam tu ok la tp i makan skit je sbb tak best. Tak tau la makanan tak best ke ataupun i tak selesa berbuka kat situ. Lepas dah abis makan & solat trus ajak Soulmate balik.

Malam ni nak makan seafood kat Bagan Lalang..bestnyaaaa

19 September, 2008

Books

I'm currently reading this book..Ya ya ya kata la i ketinggalan zaman, baru nak baca sedangkan dah ada movie pn. Ok, bukan salah i kalau i tak suka cover buku ni yg first edition tu, sangatla tak soka tau. Macam mana nak baca buku tu kalau cover pun i dah tak suka. Don't judge a book by its cover tak boleh apply on me okk!



Actually dah lama jugak beli buku ni tp baru halfway baca sbb tak la best mana pun. Sapa yg bagitau i buku ni best?! huh..

Last Wednesday, Sham (pompuan tau ni, dah aku nak panggil sham suka ati la kan hehe) belanja i berbuka kat Secret Recipe Alamanda. So lepas dah order segala jenis makanan kat situ i ajak Sham jalan2 dulu sbb masa tu baru kul 6. Masuk MPH tengok2 buku dulu..tau buku apa i beli..


Okkk sila gelak kat saya..aku tau la aku tak reti masak huhuhuhu



Tapi kan lepas dah baca buku ni (ada ka org baca buku masakan haha) baru i tau rasanya tak la susah mana nak masak kan..ok ok ok sila gelak lagi :-(

Dah abis gelak dah? huh

16 September, 2008

Dah Decide

I've already decided to invite 5 of my frens from Madjiwa. So, i started asking them their addresses.

Macam biasa, bila kita mintak address org mesti dia akan tanya, "nak kawen ek?" ataupun, "hang nak tunang ke nak kawen?" ataupun, "nak kawen dah kawan aku sorang ni" ataupun, "nak hantar kad jemputan ek?"

And to all the questions being asked, i jawab satu ayat je, "kan musim raya ni, so tak semestinya aku mintak address maksudnya aku nak kawen". Walaupun in fact, yes, i'm getting married in 17 days.

Reason aku jawab camtu? Sbb let say i jawab yes, next question will be, "bila majlisnya?" Dan i akan kena jawab, "nikah 4hb, reception my side 18hb, reception his side 19hb".

Kalau abis kat situ ok lagi. Tapiiiii lepas tu confirm akan ada soalan seterusnya ni, "hang nak kawen dgn sapa ni?" ataupun, "hang nak kawen dgn D** ek?" ataupun, "hang kawen dgn D** ka org lain?"

Soooooooo i kena jawab lagi, "bukan D**, org lain".

Lepas tu respon semua orang akan sama, "Haaaa????!!!!! betui ka Mawar??!!"

Dan i kena jawab, "Betui la, kalau tak caya tengok kad nnt". Pastu confirm i akan kena explain panjang lebar ceritanya..

So now, paham dak nape i jawab soalan yg mula2 tu dengan jawapn yg sangat general.

15 September, 2008

Pantang larang sbelum nikah

i tak tau pun sejauh mana betuinya citer ni tp org kata lagi 40 hari nak nikah tak boleh jumpa dah..Ye ke? Tp i hari2 kena jumpa Soulmate kalau tidak i jd angau melampau hahaha.



Luv u

Apa2 ja la

Macam dah lama jugak tak update blog nih..Bukannya tak sempat nak jengah cuma tak tau nak tulis apa (ke malas ek?) Hari ni dah 15 Ramadhan (tp nape rasa mcm i puasa tak sampai 15 hari pn lg ek? hihi..pompuan le katakan) Pagi td masuk ofis trus i pasang lagu raya hahaha semangat mak oi. Orang kata lepas dah 15 hari puasa dah boleh pasang lagu raya dah kan kan :-) In fact biskut raya (semekut bak kata orang belah sana) pun i dah dapat dah jumaat lepas (beli dari Mr.T kat ofis nih gak. i tak salah tulis mmg mr. okk) Ampun Tariq hihi..bukan apa, sbb jarang yg jual biskut ni dari kaum hang hehe..Tapi serius sedappp (jgn main tuduh k i puasa la i rasa biskut tu sebelum puasa aritu) Untuk mengelakkan biskut tersebut abih sebelum takbir raya so sebagai langkah berjaga2 i letak kat opis haha padan muka i tak boleh makan.

Cite skit pasal wedding prep..Tak banyak pun, cuma kad dah tulis tinggal nak distribute je. Rasanya kena mula pos dah kan, kang berebut dgn kad raya lagi. Untuk yg by hand ni tunggu la seminggu dua lagi ok kot. Semalam ajak Soulmate p Munawwarah beli tudung nikah :-) i sibuk pilih boleh tak Soulmate baca majalah Pancing kat butik tu. Tak supportive okk..! Tp i biar je sbb kalau dia ngikut je pun setiap kali i tanya dia ckp ok. Kalau ikut dia punya ok tu silap2 satu kedai aku bawak balik (abih dah semua yg aku pegang ok kan)

Semalam dah alang2 menjelajah area KL tu, i ajak Soulmate singgah Pantai Dalam beli ayam golek. Tau tak bape harga ayam tu sekor skrg ni; 17 hinggit okkk. Dulu masa i study kat UM ayam tu baru RM12 sekor, lepas tu bila i dah keje RM15..semalam dah naik jadi RM17 adoiii semua pun mahal skrg ni.

So far itu je la kot i nak cite..apa lagi ek? itu je la..ke ada lg ek? itu je la..rasanya apa lg ek? Kan aku dah cakap itu je la..

08 September, 2008

Kekeliruan

Semalam one of my best buddy tanya i pasal bila sebenarnya i nak kawin..Huh satu duania dah tau, awak yg kata best buddy ble tanya lagi ka? Mau penampar ka? hihi

Actually dia konpius, sbbnya countdown kat blog ni cuma 25 hari je lg tp i dok canang kat dia 18.10.08 (lebih daripada 25 hari lg)..Ok2 untuk mengelakkan kekeliruan hang, meh sini chek nak habaq. Countdown to lagi 25 hari sbb aku kira tarikh nikah la makcik oi aku nikah 4.10.08. Ada paham?! 18 & 19.10.08 tu majlis sanding & bertandang. Kalau hang tak paham jugak tak dapek den nolong dah tau k..

Jangan lupa mai

Jalan2 di Semua House Waktu Pagi Amat..

Sabtu lepas i ajak Soulmate p Habib kat Semua House nak amik his wedding ring yg dah siap. Sogo ada sale untuk membercard (aku pn tak tau apa nama kad tu, kalau Jusco aku tau la sbb depan umah hehe), so i ajak Soulmate p kul 8 sbb takut jam melampau. Sampai kat sana lebih kurang kul 9, daaaaaann dah jam adoiiiii..Masa tu dah sah2 Sogo blom bukak kan tapi yg beratur kat depan pintu masuk nunggu Sogo bukak tu dah sesak yang amat..Huh lagi mau complaint minyak mahai ka? Sapa kata orang Malaysia takdak duit? Last2 Soulmate ajak parking kat Semua House je..Sbb kami sampai dlm kul 9.30 so melangok la depan Semua House tu nunggu plak Habib bukak. Ghopenye..sebelum deme bukak kedai, ada briefing dulu pepagi tu dlm setengah jam la jugak :-) Lama benor menunggu i jadi bosan, kaki dah mengeletis nak berjalan kat keliling tu sbb gerai2 kat situ kalau musim raya ni kan banyak..jadikkkk, harus la ajak Soulmate berjalan2 dulu dgn alasan bosan tunggu camtu hihi.

Tapi i tak beli apa pun, cuma beli telekung je nak buat solat aidilfitri nanti (tp aku dah pakai semalam..camne ek?)

Lepas dah settle amik cincin semua i ajak Soulmate p butik Munawwarah kat TTDI nk beli tudung nikah tp ujan so kami decide nk balik je sbb kalau dah nama Kuala Lumpur ni, asal ujan je banjir kilat, asal banjir kilat je jln jam tak sanggup haku nak redah la..next week je la i p carik tudung tu..

05 September, 2008

Hoyeayy..Nikah Dress Dah Siap

Hoyyeaayyyy..my nikah dress finally siap..!! dan tak tertukar dah, huh legaaaa..i love it!! It turn out to be as expected hehe..


Nnt dah pakai kat badan baru i tunjuk bajunya k..tak best la tunjuk skrg ni basi nnt hehehe.

So, settle satu hal, cuma kasut yg i tempah skali tu tak siap lagi maybe next week kot. Takpela ada masa lagi. Baju ni i beria2 nak amik coz esok nak pi amik cincin Soulmate so ingat nak menjalankan misi mencari tudung sekali sbb tu amik gak baju tu arini :-)

Am I With The Right Partner?

During a seminar, a woman asked," How do I know if I am with the right person?" the author then noticed that there was a large man sitting next to her so he said, "It depends. Is that your partner?" In all seriousness, she answered "How do you know?" Let me answer this question because the chances are good that it's weighing on your mind replied the author. Here's the answer.

Every relationship has a cycle...In the beginning, you fall in love with your partner. You anticipate their calls, want their touch, and like their idiosyncrasies. Falling in love wasn't hard. In fact, it was a completely natural and spontaneous experience. You didn't have to DO anything.
That's why it's called "falling" in love.

People in love sometimes say, "I was swept of my feet." Picture the expression. It implies that you were just standing there; doing nothing, and then something happened TO YOU. Falling in love is a passive and spontaneous experience. But after a few months or years of being together, the euphoria of love fades. It's a natural cycle of EVERY relationship. Slowly but surely, phone calls become a bother (if they come at all), touch is not always welcome (when it happens), and
your spouse's idiosyncrasies, instead of being cute, drive you nuts.


The symptoms of this stage vary with every relationship; you will notice a dramatic difference between the initial stage when you were in love and a much duller or even angry subsequent stage. At this point, you and/or your partner might start asking, "Am I with the right person?" And as you reflect on the euphoria of the love you once had, you may begin to desire that experience with someone else. This is when relationships breakdown.

The key to succeeding in a relationship is not finding the right person; it's learning to love the person you found.

People blame their partners for their unhappiness and look outside for fulfilment. Extramarital fulfilment comes in all shapes and sizes. Infidelity is the most common. But sometimes people turn to work, a hobby, a friendship, excessive TV, or abusive substances. But the answer to this
dilemma does NOT lie outside your relationship. It lies within it. I'm not saying that you couldn't fall in love with someone else. You could. And TEMPORARILY you'd feel better. But you'd be in the same situation a few years later. Because (listen carefully to this): The key to succeeding in a relationship is not finding the right person; it's learning to love the person you found.


SUSTAINING love is not a passive or spontaneous experience. You have to work on it day in and day out. It takes time, effort, and energy. And most importantly, it demands WISDOM. You have to know WHAT TO DO to make it work. Make no mistake about it. Love is NOT a mystery. There are specific things you can do (with or without your partner). Just as there are physical laws of the universe (such as gravity), there are also laws for relationships. If you know and apply these laws, the results are predictable. You can "make" love. Love is therefore a "decision". Not just a feeling.

Remember this always, God determines who walks into your life. It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let GO

04 September, 2008

Preparation

Lagi 29 hari..hmmm supposely everything should be ready by now. Tapiiiiiiiii sebenarnya banyak lagi benda yg tak siap. Soulmate's ring belum amik, baju nikah i belum amik, tudung belum beli (to be specific; blom decide nak pakai tudung camne), bunga pahar baru semalam buat kelopak, cadar untuk majlis nikah blom beli, kad blom hantar, cuti blom apply...dan seterusnya.

Banyak benda tak buat lagi adoiiiiii..susah jugak nak kawin ni!!!

03 September, 2008

Korang faham??

Lelaki selalu kata perempuan adalah makhluk Tuhan yg complicated dan susah untuk difahami. Sebabnya lelaki memandang sesuatu perkara dengan mudah. Contohnya la kan, kalau apa yg tersirat di fikiran perempuan tu tak diluahkan dgn kata2, so jgn harap la awak nak dapat apa yg awak nak. Sedangkan bagi perempuan, ada lebih dari satu cara untuk menyampaikan kehendak selain melalui tutur kata. Complicated ke camtu? Susah nak faham ke camtu?

Pemahaman kepada body language atau intonasi suara atau kiasan bahasa bukan susah untuk mengertikan kehendak seseorang insan. Betul kan?

Tapi kenapa masih perlu semuanya dituturkan??

Korang faham tak apa yg i faham? ke i sendiri tak faham apa yg i faham? Ataupun korang tak faham yg i tak faham apa yg i faham?

Apa ni??????????????

02 September, 2008

Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..

I truly adore the melody and the lyric of the song. I tak ingat sape yg cipta or sapa yg nyanyi, cuma since few days ago lagu ni mcm ada ja dalam kepala, mungkin aura Ramadhan kot. Tapi kan, ntah kenapa Ramadhan kali ni rasa sayu je, tambah lagi bila memikirkan this might be the last Ramadhan masa stil single ni. Dulu kalau org ckp camni mesti i nyampah; pehal plak nak sedih, kalau berlaki pun bukan tak posa kan..Mungkin kena rasa dulu baru tau rupanya mmg ada skit rasa sayu.

Semalam, first day puasa i dapat berbuka dgn famili..nikmatnya rasa. My mom nangis, first sbb adik bongsu i tak dapat balik so semalam i berbuka bertiga je dgn my parent. Ok la reason tu kan, tp bila my mom ckp tahun depan Mawar pun ntah boleh balik ke dak pun tak tau lagi..Rasa time2 tu jugak nak menangis tp nasib baik abah i jadikan benda tu lawak..

Bayangkan, Ramadhan i kali ni mmg dimulakan dgn perasaan sedih & sayu, sebab tu la i rasa Ramadhan kali ni yg paling sayu sekali. Betul apa yg my mom ckp tu, tahun depan blom tentu mcm mana lagi, dapat ke i berbuka dgn my famili on the first day of Ramadhan?

i miss my parent..

29 August, 2008

Let 'us' go..

I was updating my guest list just now and once again the thought about inviting my secondary schoolmates came across my mind. Last two days i received a text from him just asking how's life so far.

Why? i am trying real hard to actually let go all the feelings and the memories, and i really really hope u'll do the same thing. i'd packed all the gifts and everything related to you, it just a matter of wrapping the box and send them back to you or to some other place. Please accept the fact that it is over. There's no more 'us'..i found Soulmate whom i truly in love with and we are preparing for our day. Let 'us' go..please

28 August, 2008

Dinner at Pizza Hut

Last nite Soulmate & i had dinner at Pizza Hut..Masa i tengah siap2 nak p amik Soulmate dalam hati dah tepikir nak mkn pizza so bila Soulmate tnya nak makan apa cepat je i ckp nak makan kat Pizza Hut hehe. Tapi sebelum tu kami p tolong Soulmate's ofismate sbb kete dia tak ble start. Sian Soulmate saya kena ujan sbb semlm kan ala2 renyai gitu kat Putrajaya..Ropa2nya minyak kete dia abis..just a few meters from petrol station.

i ingat nak makan kat Alamanda je tp Soulmate ckp environment tak best so we decided to go to Jusco Equine. Mmg la environment dia lebih tenteram tapiiiiiiiii service lembab nak mampos. Siap ada sorang waiter kat situ yg maki customer..hmm kalau dah amik budak2 keje kan cam gitu la jadinya..dari apa yg i dapat tengok la Pizza Hut tu mmg ada problem, staff tak cukup lepas tu asyik siapkan delivery order. Hmm think twice before you choose Pizza Hut Jusco Equine k..

26 August, 2008

Semangat Merdeka..!

Bersempena Merdeka 31.08.08 nih, i dgn Soulmate pegi jenjalan kat tempat yg rasanya rombongan sekolah ataupun tourist je pegi hihi..



Haa..siap bergambar angkat2 kaki gitu..auww


Last skali i pegi sana masa rombong
an sekolah lepas abis UPSR, kira2 14 tahun lepas la jugak..i rasa la kan sesekali elok jugak lawat tempat yg baru buat kita sedar kenapa dan macammana kita boleh ada kat mana kita ada sekarang ni..

Banyak lagi tempat dalam list nih hehe..Muzium Negara, Zoo Negara, Masjid Negara, Taman Negara, apa2 yg negara la :-)

Perkara Menakutkan Kepada Bakal Pengantin

Cuba teka perkara yg paling menakutkan yg boleh berlaku kepada bakal pengantin?? Teka la..

Suatu petang, pukul 4.30, peristiwa berikut berlaku..

Me: Hello, saya Mawar, call nak tanya baju saya dah siap ke belum? Kalau dah siap nak g amik sbb kat kad ni tulis 21.8 siap

Tailor: Cuba bagi order no. saya check.

Me: JJ02

Tailor: Saya check dulu nnt saya call bagitau k

Me: Ok

Pukul 7.30 mlm

Tailor: Hello, akak Mawar

Me: dah siap ek baju?

Tailor: Akak, saya tak jumpa la baju akak..

Me: (Rasa macam nak pengsan) Haaa??!!!!! Tak jumpa??!!

Tailor: Baju saya tak jumpa, so tak sure la dah siap belum..tapi kain pun takde jugak

Me: Abis tu..!!!

Tailor: Takpe saya try cari lagi k. Nnt saya call akak balik


Pukul 8.00 mlm

Tailor: Akak, betul ke akak tak amik baju tu lagi..

Me: Belum la..kan kat kad tu tulis 21.8 baru siap sbb tu baru nak amik ni..(mula nak angin ni cakap aku dah amik)

Tailor: Akak buat skali dgn kasut kan

Me: Ha'ah..cari sampai jumpa ek. Baju nikah tu tau tak?

Tailor: Ok saya cuba cari


Itu la jawapan kepada perkara paling menakutkan boleh berlaku kepada bakal pengantin..Baju nikah hilang..!! Hampir nak meroyan aku bila tau benda tu..

Esoknya...
Sbb tak puas hati tailor tu tak call, Soulmate ajak i pegi tengok sendiri apa masalahnya kat kedai tu..Bila samapai tailor tu tak sampai lg so call dia. Dia cakap baju i tertukar dgn org yg datang amik tak bawak kad pastu kata baju i tu baju dia huhu..Last2 owner tu ganti baju i


22 August, 2008

Soka hati aku la apa nak buat!!

Kadang2 rasa nak je cakap

"Soka hati aku la apa aku nak buat ko pedulik apa!!!"


Bengang ni sangat2222222 okk..aku faham cuti tu kemudahan (aku buat tatatertib la, pegi bg talk kat mana2 pun itu je ayat yg aku slalu ingatkan, yg ko nak ingatkan aku pehal???)

aku cuti Isnin ni. Nak dijadikan cerita, ada la plak 'Unit tu' buat kursus. So dah terang lagi bersuluh aku tak ble attend. Td, aku yg kdg2 baik hati memberi perkhidmatan kaunter ni terangkat fon kat kaunter yg berdering kul 12.20 (baik hati la konon lunch hour pun angkat..kata sistem penyampaian berkualiti kan) Yg buat haku geram + bengang + nak makan orang sbb BOS yg bigger than big bos kat atas tu lepas tau aku yg ngangkat telah
mengeluarkan kenyataan berikut okk

Me: Hello, selamat tengahari (dengan penuh sopannya..KONON)
Him: (buat lawak lebih kurang..hahaha lawak abis la tu) Sapa ni
Me: Mawar
Him: Cuti ke isnin depan..ada kursus tu
Me: Ada hal la en.
BOS yg bigger than big bos
Him: Tak tau nanti jawab la dgn 'Big Bos'. Memo tu 15hb tau awal tau..(dengan nada yg org keje kat sini je paham berdesingnya telinga kalau dengar)
Me: Kalau apply cuti dulu sebelum memo tu? (test je nih..)
Him:
Tak tau jawab la dgn 'Big Bos' saya tak tau jawab sendiri la..

Motif dia ckp camtu? intonasi camtu?

Kata pernah buat course communication skill.So?


Camni la, aku bukan jenis yg saja2 soka hati aku buat mcm company sendiri amik cuti sesoka hati bila2 masa yg aku suka!! Kalau takde hal setakat nak lepak kat umah makan + tido + tgk tv buat apa aku nak cuti???

Bila aku apply maksudnya adalah benda yang menyebabkan aku kena cuti!! Ada paham???!!!



Hangin satu badan nih..haaiiisshhh





21 August, 2008

Serabut

I have so many things in mind..

Kerja..
Well kalau diceritakan pun rasanya tak ramai yg memahami sekadar boleh membaca dan mengetahui kan. So tak perlulah diceritakan..biar minda sendiri yg mencerna dan menerima serta melaksana.

Wedding prep..
Rasa macam dah sediakan segala tapi bila difikir semula banyak benar yang masih tergendala. Paper beg belum siap, souvenir belum beli, bunga pahar masih jadi kelopak lagi, dulang hantaran masih pikir nak sewa atau beli, pendek kata macam2 lagi nak kena peduli

Perasaan..
Soulmate sibuk seminggu dua ni, mula la diri rasa terabai sendiri, rasa diketepi menyelubungi, mula la diri didatangi sepi, airmata berjurai di pipi..ke inilah perasaan menjelang raja sehari?


19 August, 2008

Kisses :-)

Soulmate bagi i a lot of kisses last Sunday..bessssst ooooooo hehe



Salah sangka la tu..tak baik tau

p/s: Sila abaikan kesemakan laci meja di ofis saya ;-)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails