Showing posts with label Wedding prep. Show all posts
Showing posts with label Wedding prep. Show all posts

10 October, 2008

Cuti..yahoooooo

i akan start cuti mulai esok sampai la deepavali yehahhh..So i nak wish Happy Deepavali in advance.

See u all again in 2 weeks time.

Daaa

07 October, 2008

After Half Had Been Said And Done (Kenuri blom lagi..)

I'm married yahooooo..i'm married yehaahh gedik tak hihi.

Anyway, Alhamdulillah majlis akad dah pun berlangsung walaupun i can list 101 things that didn't went as i planned before tapi semuanya dah selamat. Yang penting i dah dinikahkan oleh abah sendiri kepada my beloved Soulmate Aizwan Anuar. Susah nak explain apa yg i rasa sekarang ni. Macam percaya tak percaya je..

Raya tahun ni mcm ala2 je bagi famili i sbb lebih bz dgn preparation majlis akad nikah i. Nak2 plak musim raya ni sapa sangat yg nak datang tolong2 kat umah kan melainkan sume kena buat sendiri. Org kampung la katakan so majlis yg kecik pun last2 jadi meriah jugak la. Dah la parent i nak masak sendiri takmau buat catering. I dah suggest amik ceterer je sbb musim raya takde org nak tolong lagipun majlis kecik je tp abah cakap kan lagi meriah buat sendiri. Last2 mmg meriah abis sbb the day before majlis tu, me, my mom & my younger brother kena basuh 15 ekor ayam. Bayangkan i yg nak jadi queen of the day (sila abaikan i nak perasan k) ni kena basuh ayam huhu pengantin bau ayam.

Udah le petang tu basuh ayam malam plak kena dera pakai inai, kaki & tangan penuh inai sampai nak garu hidung pn tak boleh. Seksa betui masa tu, adoi susah gak nak nikah ni. Tapiiii knapa Soulmate ble rilek je tak susah mcm i pun (dia punya ketaq tak hengat dalam hati i dah abaikan hahaha)

Sbb majlis pukul 11 so seawal pagi i dah bersiap2. Tuhan je tau perasaan masa tu, macam2 ada, excited of course la kan tp masa tu gak la rasa nak nangis, rasa gelabah tak tentu hala, rasa badan takdak darah sejuk nak mati, mcm tu rupanya rasa org nak kawen. Masa Soulmate msg cakap dia dah sampai masjid i dah nak nangis dah sbb takut, tambah plak dan2 tu jugak my mom ckp takmau ikut i pi masjid..adoiiii. Bila tengok i mcm nak nangis baru dia stuju. Maybe dia tau dia akan sedih kot nnt kan.

Bila turun dari kereta kat masjid i nampak Soulmate, tetiba rasa tenang je :-) sampai la semuanya dah selamat dilaksanakan. I nampak Soulmate nangis masa peluk mama dia rasa sayu plak..

So, skrg ni me and Soulmate tengah berusaha utk sesuaikan diri. Bukan senang nak adjust cara hidup, lepas so many years hidup berdasarkan kehendak hati dan keputusan sendiri, skrg ni kena fikir tentang banyak hati dan perasaan, bukan setakat Soulmate tp dua2 famili. Sangat susah..

Daripada milo/nescafe for breakfast kepada at least roti/sandwich atau lain2 yg sesuai

Daripada suka-hati-longgok-baju-atas-katil-bila-suka-baru-lipat kepada setiap hari basuh-angkat-lipat

Daripada bangun-lambat-siap-mcm-lipas-kudung nak ke ofis kepada setiap-hari-bangun-pkl 6 walaupun umah belakang ofis

Daripada malam-ni-nk-mkn-kat-mana kepada malam-ni-nak-makan-apa

Pendek kata daripada dulu suka hati apa nak buat kepada semuanya kena fikirkan Soulmate jugak..

Apapun, tak kisah la asalkan dapat hidup dgn bahagia :-)






25 September, 2008

Kasut

My akad nikah prep is almost done. Td i dah p amik kasut yg tempah kat tailor aritu.



Rasanya itu je la kot yg kena prepare utk majlis tu kan. Lets check..

Baju (me & Soulmate) done
Tudung & accessories done
Makeup done
Room kena beli cadar ni (tapi perlu ke ek? nikah kat masjid hmm)
Souvenirs done
Photographer done
Tikar sila kena cari ni
Cincin done
Bekas cincin done
Kebenaran nikah done

Ada satu dua benda je lagi. Hopefully semuanya ok nnt. Tetiba nervous plak hihi gedik okk


23 September, 2008

Wonderful Weekend

Saturday i ajak Soulmate teman i hantar kad kat Gee sampai ke Klang. Dia ngikutkan aje hihi. Sbb parent Gee takde so kami tak masuk umah sembang kat pintu je. Gee bagi souvenir yg dia beli kat Bali, cute!! boleh pakai raya hehe itu je yg baru untuk raya ni sbb i tak prepare apa pun, baju raya pn takde huhu. Rasanya i pakai baju batik je la sbb i ada tempah 2 baju batik kat tailor utk pakai every Thursday. Jumaat ni nak p amik so boleh kira baju raya gak la :-) On the way balik dari umah gee singgah Shah Alam cari tudung untuk majlis nikah. Dari SACC Mall, ke PKNS ke Alam Sentral mencari last2 jumpa gak. Tapi sian Soulmate kena ikut i jalan hihi i pn puasa darling u tak marah kan hehe..

Sunday plak i ajak Soulmate p Selayang umah bapak sedaraku hihi untuk hantar kad jugak. Omak dah pesan suh antar kena la p jugak. Hujan lebat gile nasib baik ajak Soulmate kalau tidak, mau nangis i drive sorang2 dalam hujan lebat yg amat tu..Lepas tu kami gerak p The Curve sbb dah janji nak berbuka dgn kengkawan. Kalau bukan sbb nak edar kad harus aku tak p ni. Malas la..sbb kan, bila jumpa kengkawan yg jarang jumpa mcm dah ada dialog yg biasa; u kat mana skrg ni? Eh dah chubby la u skrg? u sihat ke? u macam mana skrg ni? u tukar no fon ke i call u tak pernah dapat? no fon u bape ek? Macam pernah dengar kan dialog2 ni..

Memandangkan i & Soulmate sampai awal kat sana so kami p Ikea dulu sbb mmg plan nak survey chest of drawer. Lagipun ada barang skit nak beli. Dan dah jumpa yg berkenan di hati hehe..

Berbuka malam tu ok la tp i makan skit je sbb tak best. Tak tau la makanan tak best ke ataupun i tak selesa berbuka kat situ. Lepas dah abis makan & solat trus ajak Soulmate balik.

Malam ni nak makan seafood kat Bagan Lalang..bestnyaaaa

19 September, 2008

Books

I'm currently reading this book..Ya ya ya kata la i ketinggalan zaman, baru nak baca sedangkan dah ada movie pn. Ok, bukan salah i kalau i tak suka cover buku ni yg first edition tu, sangatla tak soka tau. Macam mana nak baca buku tu kalau cover pun i dah tak suka. Don't judge a book by its cover tak boleh apply on me okk!



Actually dah lama jugak beli buku ni tp baru halfway baca sbb tak la best mana pun. Sapa yg bagitau i buku ni best?! huh..

Last Wednesday, Sham (pompuan tau ni, dah aku nak panggil sham suka ati la kan hehe) belanja i berbuka kat Secret Recipe Alamanda. So lepas dah order segala jenis makanan kat situ i ajak Sham jalan2 dulu sbb masa tu baru kul 6. Masuk MPH tengok2 buku dulu..tau buku apa i beli..


Okkk sila gelak kat saya..aku tau la aku tak reti masak huhuhuhu



Tapi kan lepas dah baca buku ni (ada ka org baca buku masakan haha) baru i tau rasanya tak la susah mana nak masak kan..ok ok ok sila gelak lagi :-(

Dah abis gelak dah? huh

16 September, 2008

Dah Decide

I've already decided to invite 5 of my frens from Madjiwa. So, i started asking them their addresses.

Macam biasa, bila kita mintak address org mesti dia akan tanya, "nak kawen ek?" ataupun, "hang nak tunang ke nak kawen?" ataupun, "nak kawen dah kawan aku sorang ni" ataupun, "nak hantar kad jemputan ek?"

And to all the questions being asked, i jawab satu ayat je, "kan musim raya ni, so tak semestinya aku mintak address maksudnya aku nak kawen". Walaupun in fact, yes, i'm getting married in 17 days.

Reason aku jawab camtu? Sbb let say i jawab yes, next question will be, "bila majlisnya?" Dan i akan kena jawab, "nikah 4hb, reception my side 18hb, reception his side 19hb".

Kalau abis kat situ ok lagi. Tapiiiii lepas tu confirm akan ada soalan seterusnya ni, "hang nak kawen dgn sapa ni?" ataupun, "hang nak kawen dgn D** ek?" ataupun, "hang kawen dgn D** ka org lain?"

Soooooooo i kena jawab lagi, "bukan D**, org lain".

Lepas tu respon semua orang akan sama, "Haaaa????!!!!! betui ka Mawar??!!"

Dan i kena jawab, "Betui la, kalau tak caya tengok kad nnt". Pastu confirm i akan kena explain panjang lebar ceritanya..

So now, paham dak nape i jawab soalan yg mula2 tu dengan jawapn yg sangat general.

15 September, 2008

Pantang larang sbelum nikah

i tak tau pun sejauh mana betuinya citer ni tp org kata lagi 40 hari nak nikah tak boleh jumpa dah..Ye ke? Tp i hari2 kena jumpa Soulmate kalau tidak i jd angau melampau hahaha.



Luv u

Apa2 ja la

Macam dah lama jugak tak update blog nih..Bukannya tak sempat nak jengah cuma tak tau nak tulis apa (ke malas ek?) Hari ni dah 15 Ramadhan (tp nape rasa mcm i puasa tak sampai 15 hari pn lg ek? hihi..pompuan le katakan) Pagi td masuk ofis trus i pasang lagu raya hahaha semangat mak oi. Orang kata lepas dah 15 hari puasa dah boleh pasang lagu raya dah kan kan :-) In fact biskut raya (semekut bak kata orang belah sana) pun i dah dapat dah jumaat lepas (beli dari Mr.T kat ofis nih gak. i tak salah tulis mmg mr. okk) Ampun Tariq hihi..bukan apa, sbb jarang yg jual biskut ni dari kaum hang hehe..Tapi serius sedappp (jgn main tuduh k i puasa la i rasa biskut tu sebelum puasa aritu) Untuk mengelakkan biskut tersebut abih sebelum takbir raya so sebagai langkah berjaga2 i letak kat opis haha padan muka i tak boleh makan.

Cite skit pasal wedding prep..Tak banyak pun, cuma kad dah tulis tinggal nak distribute je. Rasanya kena mula pos dah kan, kang berebut dgn kad raya lagi. Untuk yg by hand ni tunggu la seminggu dua lagi ok kot. Semalam ajak Soulmate p Munawwarah beli tudung nikah :-) i sibuk pilih boleh tak Soulmate baca majalah Pancing kat butik tu. Tak supportive okk..! Tp i biar je sbb kalau dia ngikut je pun setiap kali i tanya dia ckp ok. Kalau ikut dia punya ok tu silap2 satu kedai aku bawak balik (abih dah semua yg aku pegang ok kan)

Semalam dah alang2 menjelajah area KL tu, i ajak Soulmate singgah Pantai Dalam beli ayam golek. Tau tak bape harga ayam tu sekor skrg ni; 17 hinggit okkk. Dulu masa i study kat UM ayam tu baru RM12 sekor, lepas tu bila i dah keje RM15..semalam dah naik jadi RM17 adoiii semua pun mahal skrg ni.

So far itu je la kot i nak cite..apa lagi ek? itu je la..ke ada lg ek? itu je la..rasanya apa lg ek? Kan aku dah cakap itu je la..

08 September, 2008

Kekeliruan

Semalam one of my best buddy tanya i pasal bila sebenarnya i nak kawin..Huh satu duania dah tau, awak yg kata best buddy ble tanya lagi ka? Mau penampar ka? hihi

Actually dia konpius, sbbnya countdown kat blog ni cuma 25 hari je lg tp i dok canang kat dia 18.10.08 (lebih daripada 25 hari lg)..Ok2 untuk mengelakkan kekeliruan hang, meh sini chek nak habaq. Countdown to lagi 25 hari sbb aku kira tarikh nikah la makcik oi aku nikah 4.10.08. Ada paham?! 18 & 19.10.08 tu majlis sanding & bertandang. Kalau hang tak paham jugak tak dapek den nolong dah tau k..

Jangan lupa mai

Jalan2 di Semua House Waktu Pagi Amat..

Sabtu lepas i ajak Soulmate p Habib kat Semua House nak amik his wedding ring yg dah siap. Sogo ada sale untuk membercard (aku pn tak tau apa nama kad tu, kalau Jusco aku tau la sbb depan umah hehe), so i ajak Soulmate p kul 8 sbb takut jam melampau. Sampai kat sana lebih kurang kul 9, daaaaaann dah jam adoiiiii..Masa tu dah sah2 Sogo blom bukak kan tapi yg beratur kat depan pintu masuk nunggu Sogo bukak tu dah sesak yang amat..Huh lagi mau complaint minyak mahai ka? Sapa kata orang Malaysia takdak duit? Last2 Soulmate ajak parking kat Semua House je..Sbb kami sampai dlm kul 9.30 so melangok la depan Semua House tu nunggu plak Habib bukak. Ghopenye..sebelum deme bukak kedai, ada briefing dulu pepagi tu dlm setengah jam la jugak :-) Lama benor menunggu i jadi bosan, kaki dah mengeletis nak berjalan kat keliling tu sbb gerai2 kat situ kalau musim raya ni kan banyak..jadikkkk, harus la ajak Soulmate berjalan2 dulu dgn alasan bosan tunggu camtu hihi.

Tapi i tak beli apa pun, cuma beli telekung je nak buat solat aidilfitri nanti (tp aku dah pakai semalam..camne ek?)

Lepas dah settle amik cincin semua i ajak Soulmate p butik Munawwarah kat TTDI nk beli tudung nikah tp ujan so kami decide nk balik je sbb kalau dah nama Kuala Lumpur ni, asal ujan je banjir kilat, asal banjir kilat je jln jam tak sanggup haku nak redah la..next week je la i p carik tudung tu..

05 September, 2008

Hoyeayy..Nikah Dress Dah Siap

Hoyyeaayyyy..my nikah dress finally siap..!! dan tak tertukar dah, huh legaaaa..i love it!! It turn out to be as expected hehe..


Nnt dah pakai kat badan baru i tunjuk bajunya k..tak best la tunjuk skrg ni basi nnt hehehe.

So, settle satu hal, cuma kasut yg i tempah skali tu tak siap lagi maybe next week kot. Takpela ada masa lagi. Baju ni i beria2 nak amik coz esok nak pi amik cincin Soulmate so ingat nak menjalankan misi mencari tudung sekali sbb tu amik gak baju tu arini :-)

04 September, 2008

Preparation

Lagi 29 hari..hmmm supposely everything should be ready by now. Tapiiiiiiiii sebenarnya banyak lagi benda yg tak siap. Soulmate's ring belum amik, baju nikah i belum amik, tudung belum beli (to be specific; blom decide nak pakai tudung camne), bunga pahar baru semalam buat kelopak, cadar untuk majlis nikah blom beli, kad blom hantar, cuti blom apply...dan seterusnya.

Banyak benda tak buat lagi adoiiiiii..susah jugak nak kawin ni!!!

26 August, 2008

Perkara Menakutkan Kepada Bakal Pengantin

Cuba teka perkara yg paling menakutkan yg boleh berlaku kepada bakal pengantin?? Teka la..

Suatu petang, pukul 4.30, peristiwa berikut berlaku..

Me: Hello, saya Mawar, call nak tanya baju saya dah siap ke belum? Kalau dah siap nak g amik sbb kat kad ni tulis 21.8 siap

Tailor: Cuba bagi order no. saya check.

Me: JJ02

Tailor: Saya check dulu nnt saya call bagitau k

Me: Ok

Pukul 7.30 mlm

Tailor: Hello, akak Mawar

Me: dah siap ek baju?

Tailor: Akak, saya tak jumpa la baju akak..

Me: (Rasa macam nak pengsan) Haaa??!!!!! Tak jumpa??!!

Tailor: Baju saya tak jumpa, so tak sure la dah siap belum..tapi kain pun takde jugak

Me: Abis tu..!!!

Tailor: Takpe saya try cari lagi k. Nnt saya call akak balik


Pukul 8.00 mlm

Tailor: Akak, betul ke akak tak amik baju tu lagi..

Me: Belum la..kan kat kad tu tulis 21.8 baru siap sbb tu baru nak amik ni..(mula nak angin ni cakap aku dah amik)

Tailor: Akak buat skali dgn kasut kan

Me: Ha'ah..cari sampai jumpa ek. Baju nikah tu tau tak?

Tailor: Ok saya cuba cari


Itu la jawapan kepada perkara paling menakutkan boleh berlaku kepada bakal pengantin..Baju nikah hilang..!! Hampir nak meroyan aku bila tau benda tu..

Esoknya...
Sbb tak puas hati tailor tu tak call, Soulmate ajak i pegi tengok sendiri apa masalahnya kat kedai tu..Bila samapai tailor tu tak sampai lg so call dia. Dia cakap baju i tertukar dgn org yg datang amik tak bawak kad pastu kata baju i tu baju dia huhu..Last2 owner tu ganti baju i


21 August, 2008

Serabut

I have so many things in mind..

Kerja..
Well kalau diceritakan pun rasanya tak ramai yg memahami sekadar boleh membaca dan mengetahui kan. So tak perlulah diceritakan..biar minda sendiri yg mencerna dan menerima serta melaksana.

Wedding prep..
Rasa macam dah sediakan segala tapi bila difikir semula banyak benar yang masih tergendala. Paper beg belum siap, souvenir belum beli, bunga pahar masih jadi kelopak lagi, dulang hantaran masih pikir nak sewa atau beli, pendek kata macam2 lagi nak kena peduli

Perasaan..
Soulmate sibuk seminggu dua ni, mula la diri rasa terabai sendiri, rasa diketepi menyelubungi, mula la diri didatangi sepi, airmata berjurai di pipi..ke inilah perasaan menjelang raja sehari?


14 August, 2008

The Card..

Soulmate & i went to collect our invitation card after work yesterday. Still we were not really satisfied with the card but we just took it as we were running out of time if we insisted for reprint again. So guys, please reconsider your choice if KUACI DESIGN SDN. BHD. is in the list. I'm not trying to masukkan pasir dalam periuk nasi org but when you provided services, it should be at your best isn't it? Our card should be a lovely one (at least for us)..

However, i had a mix feeling inside me the moment i read the card. It is weird looking at my name and Soulmate printed on it. It is for real now, i'm getting married..!! but still struggling with my emotions, sometimes i do feel happy and excited about it. But the idea of i cannot be so dependant on my parent anymore sometimes freak me out. Yes i will have a husband whom i know very well that he'll always comfort me but surely it will not be the same as my parent does..

Tetiba emo..

05 August, 2008

Interview dengan Tok Kadi..ketaq nih

Ahad pagi i dgn my mom bertolak balik umah dari kampung, sampai je abah ajak p wedding member dia (anak member dia kawin bukan member dia okk)..Pak Lah pn adaaaa (i tak p pn my mom je pi sbb i balik dari kampung tak mandi so i malas hehe..Gee & Eton singgah umah sebelum balik KL so sembang2 jap la. Lepas depa dah balik i kuar jap pegi jumpa Soulmate sbb kena sign borang nikah dia, pelik la plak, borang i dia takyah sign pn..hmm susah pejabat agama lain2 nih..Bila nak masuk cite Tok Kadi nih :-)

Malamnya..jeng jeng jeng..abah ajak p jumpa Penolong Pendaftar Nikah (org kampung panggil tok kadi) sbb nak sign borang kebenaran nikah..ketaq tak ingat ni nak kena interview adoiii. Kalau ikut list soalan yg Pej. Agama Daerah bagi ada kot dalam 25 soalan huhu..tapiiii sbb abah kan org kuat kampung yg kenai dgn Tok Kadi tu so dia tny 3 soalan je haaaahh legaa..Soalan apa?

Pertama: Mengucap
Kedua: Selawat
Ketiga: Istigfar

hehe..kalau tak lulus soalan ni mau kena lempang ngan abah aku nih..Last2 dia sign pn borang tu lepas dia ceramah kat i lebih kurang sejam lebih (apa2 je la tok, janji lulus..) Settle satu hal

01 August, 2008

Kedai kad yang hampeh

Nak dijadikan cerita petang semalam lepas keje i dgn Soulmate meredah kesesakan jalanraya kat ibu kota nih (chewahh..) untuk ke Jalan Brunei dgn niat nak amik kad la sbb kata dah siap kan..bila sampai amik, bayar, trus la kami bawak masuk keta sbb lepas tu plannya nak jenjalan kat KLCC plak cari handbag. Tengah dalam keta tu, i saja je belek2 kad tu skali terperasaan map belah umah Soulmate terbalik..ada ka patut. As expected la kan, bila Soulmate call ckp problem tu Hasnah Bee..(the mami) hihi dengan pantasnya cakap "kan dah proof read aritu.." Nasib baik la i yg awal2 lagi dah bawak fail preparation wedding kami (semua ada dalam tu, bajet, resit2 bagai) dan dah mmg kami bernasib baik kot i mmg simpan copy artwork kad tu hahahaha the mami tak ble la nak kelentong kami.

Cover fail yg disebut2. Jangan tak tau siap bermadah2 lagi tau, tinggal tak print kaler je tu ahaha..



Masa Soulmate call tu kami baru je kat traffic lite depan Times Square..apa lagi, sepantas kilat mencari u-turn untuk ke kedai tu balik. The Mami ble cakap skit je, gilo apa dah terbalik cakap skit je..cuba u all pikirkan, kami bayar untuk dapat kad yg kami dah proof read yg betui dia ble cakap camtu. Aku pedulik apa dia rugi kan, sapa suh tak tengok dulu!! chewahh kat sini berapi2 masa kat kedai tu i biarkan Soulmate je yg cakap..Sbb Soulmate kan ala2 lebih besar dari The Mami mesti dia tak berani sangat. Itu pun, dia siap mintak diskaun, nak print balik kurang 200..Amboi222 TAK BOLEH!! Last2 dia stuju hihihi tp dgn nada yg macam nk marah dia ckp "bolehlah tp 2 minggu aa" pedulik apa 2 minggu yg penting reprint. Customer is always right, rite?


Masa tunggu Soulmate pegi amik balik kad yg salah tu kat dlm keta, The Mami ble lagi try her best utk pujuk i. Sbb i malas nak dengar pujuk rayu dia i cakap "Kalau dia dah kata camtu saya tak berani nak kata apa dah, nnt dia marah kat saya plak (dalam nada mcm takut gile)" (Left hand column saya cakap; Soulmate saya tak pernah marah saya pun) hihihi..

So, 2 minggu lagi baru siap. Weekend ni balik Penang sure akan dengar ayat2 camni daripada parents kami


"Tu la, kan dah kata buat kat sini lagi senang..nak buat jugak kat KL"

Terpaksa la tahan telinga.

Tapiii i excited sangat nak balik malam ni. Lamaaaaa sangat rasanya tak balik sana..

Anyway, semalam lepas bertengkar kat kedai kad tu kami p KLCC hehe..walaupun tak beli beg seperti yg dirancang tp best :-)



31 July, 2008

Sedih la..

Pagi td masuk ofis dgn semangat berkobar-kobarnya i isi form cuti ingat nak cuti isnin depan. Plannya nak balik kampung, mula2 nak hantar borang nikah Soulmate pastu dah dapat kebenaran nikah luar kawasan Soulmate nak amik dan hantar borang i plak kat pejabat agama. Soulmate ok la sbb dia kat Kedah, pejabat agama buka Ahad, sbb tu nak amik cuti isnin so lepas amik dari pejabat agama dia ahad tu, isnin ble hantar form i plak..Tapiiiiiiiii, isnin tu jugak la depa nak star rating la moon rating la..so my bos tak approve cuti :-( mcm nak nangis pn ada td..

Reason minggu ni jugak kena balik? Soulmate i bz, semua weekend pn full, kursus kat Sabak Bernam la (betui ke ni aku hantam je ni kot), Langkawi la..so last2 tinggal bulan pose nnt je sempat ke ni. Kalau lambat, kadi full hari yg kitorang pilih tu camne? tak nikah nnt huhuhu..

Mmg la i tak cakap dgn my bos yg i nak cuti sbb tu sbb mende tu kan personal so tak best la jadikan alasan camtu nak cuti kan..takpe la, nnt la pikir balik camne nak buat. Rite nowwww!!! i nak buat keje utk star2 yg nyusahkan tu pulak!!!

i miss my parent sooooooooo much, my brother & my sister too..last time i jumpa depa was 2 months ago masa cuti labour day..really miss them sangat, my mom ckp my sister kan bila nampak gambar org pakai tudung dalam tv asyik ckp kak mawar kak mawar..sian dia mesti rindu i kan..miss u too baby..

Shopping :-)

Petang semalam lepas keje patut i dgn Soulmate plan nak pegi amik kad kat Jalan Brunei tp Hasnah Bee (toke kedai yang tak ngaku orang Penang..siap ada Bee nama dia tp tak ngaku jugak..kang aku ajak boria pakai baju kaler2 kembang kat tangan kang baru tau pastu pakai spec hitam menari atas feri hahahaha..sangat tak paham aku) cakap dia tutup kul 6.30 ptg. mana la sempat combi oii Soulmate abis keje 5.30 pastu nak balik mandi bagai kurang2 kul 6 lebih baru nak gerak dari Putrajaya ni, camno la nak samapi kedai ekau kul 6.30..

Soooo sbb tak jadi amik kad harus la tukar plan kan mana ble cancel trus keinginan mau berjalan2 itu kan kan kan..So Soulmate tanya nak p KLCC ka Midvalley? Mana satu nak p ni, adoi kena decide serta-merta plak tu sbb masa tu dah dalam keta, pening2. KLCC pn best gak lgpun dah lama tak p sana, Midvalley pun ok gak dah lama jugak tak p..adoiii mana nak p ni? Last2 i pilih Midvalley hehe. Reason? Sbb Midvalley dekat skit so ble sampai awal skit dan boleh shopping cepat skit hihihi..Actually bukan saja2 shopping tau tp since dah tak ble p amik kad kami tukar plan kepada shopping barang2 hantaran :-) shopping yang berfaedah k hehe alasan! So semalam dah beli jam untuk i bestnya i suka sangat, dah lama teringin jam tu. Itu je yg sempat pun dah pegi sana pun maghrib dah kan, solat dulu, makan dulu so tak banyak masa nak berjalan dapat satu dua barang pun ok la..Ooppss ada lagi, barang untuk Soulmate yg dah beli, wallet+belt dan kemeja (kenapa Soulmate ble dapat dua barang huhuhu) Sbb dia tak memilih sangat, senang je shopping dengan dia tak cerewet hehe itulah Soulmate saya.

Walaupun skit je barang yang beli tapiiiiiiii suasana Midvalley mmg best..sale! sale! sale! sale! rambang mata nih..

Dah kul 10 i & Soulmate pn trus balik esok kerja kan..Sbb i takut i ciwi dengan jam baru tu dan asyik try ataupun silap2 i pakai trus maka i suruh Soulmate yg simpan kat umah dia. Biar jauh dari pandangan mata ini hihi..

22 July, 2008

Gelabah Tak Tentu Hala

Jumaat lepas i dan Soulmate cuti semata-mata nak pi buat HIV test kat Klinik Kesihatan Putrajaya. Memandangkan misi yg angkat call masa i nak buat appoinment tu ckp pkl 8 soooooooo awal2 pagi gile i dah terpacak kat bawah apartment Soulmate.. 7.45 pada hari i cuti dikira awal gile okk. Sementara tunggu Soulmate, i terserempak dgn parent dia yg baru turun nak pegi hospital tengok kakak dia baru bersalin. Lepas borak jap depa mintak diri then Soulmate turun trus p klinik.

Soulmate gelabah gile nak amik darah coz ada org ckp kalau HIV test nurse akan amik darah banyak hihihi i yg mula2 ok pun jadi gelabah tau




Mula2 kami kena register, pastu jumpa misi masyarakat (nama jawatan dia jururawat masyarakat hehe) yang mulutnya tak berapa nak berenti bercakap. Dia asyik cakap je (dalam hati aku bila minah ni nak cucuk ni!!) Pastu dah abis dia cakap dia suruh i & Soulmate pi makmal amik darah. Laaaaaaaaa patut la tak cucuk2 dari tadi rupanya tugas dia bagi explanation pasal HIV/AIDS haishh ponat yo kutuk dalam hati..

Bila dah sampai makmal tu mmg dah gelabah, mula2 dia panggil Soulmate yesss hehe..Lepas 5 minit Soulmate datang kat i dan tunjuk hujung jari dia yg ada kapas..Chehhh cucuk kat situ je penat aku takut dari pagi tadi..

Yang paling lama kat klinik tu part nak tunggu jumpa doktor sampai boring aku kat situ..Mula2 aku tak puas hati kenapa buat HIV test kena jumpa doktor tak paham tau aku bukannya sakit aku buat ujian saringan je..Agaknya Soulmate rimas dgn soalan aku dia cakap, abih sapa nak sahkan awak takde HIV? hihihi tul gak ;-)

Resultnya..negatif okk yeayyyy boleh kawin hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails