November 25, 2009

Azfar Balik Kampung


Saya & Soulmate cuti panjang raya haji ni so hari nh kami dah bertolak balik kg. Azfar pelik ja kat dlm baby basket dia. Mesti pelik mana mama & babah bwk dia pegi jauh sgt. Awal2 dia behave je tp dah dekat nak smpai dia mula rimas. Nasib baik dah nk smpai kan.
Hari ni balik umah maktok penang dulu esok baru balik umah tokmama sg. petani. So far dah beberapa jam kat umah maktok ni azfar ok ja. Bukan apa risau jugak dia tak biasa ke kan. Tp dulu kan azfar pantang dgn mama kat sini kan kan mesti la ok. Anak mama kan good boy..

Kami sekeluarga nak ucapkan salam aidiladha buat semua

November 12, 2009

Mama miss u darling


Maafkan pic yg senget benget ni. Saya sgt rindukan my little angel ni. Mata yg besar mcm mama dia hehe..oh dan azfar skrg sgt suka tgk tv. Kalu letak dia depan tv dia boleh tahan setengah jam ke sejam renung tv sambil mulut pot pet bahasa dia la. Like mother like son, gila tv hihi..Lambatnya pkl 5, saya sgt tak sabar nak balik umah

November 9, 2009

Bila Azfar Demam


Bila azfar demam,
Mama & babah jd risau sgt

Bila azfar demam,
Mama & babah rasa sedih tgk azfar tak selesa

Bila azfar demam,
Mama & babah pikir kalau la boleh sakit tu di'transfer' pada kami

Bila azfar demam,
Mama & babah tak kisah berjaga sepanjang mlm melayan kerenahnya

Bila azfar demam,
Mama & babah sanggup buat apa saja utk hilangkannya

Get well soon our little angel..
Mama & babah love u so much

October 29, 2009

First Day At Work


My first day after maternity leave..sungguh tak best!!

October 20, 2009

We're Back..hehe


Dah seminggu lebih saya balik umah sendiri kat Putrajaya. So kena la menguruskan semuanya sendiri. Sebelum ni kat umah parent best la takyah pikir bab memasak ataupun kemas umah. Hari2 cuma ngadap my lil cute baby, best sgt. Tp seminggu ni sangaaat mencabar. Since cuti saya blom abis lg so setiap hari menguruskan azfar dan umah sampai kadang2 makan pn tak sempat. Penat tp best dapat bersama my lil azfar yg makin hari makin manja ni..

October 2, 2009

Day 37


Azfar tgh tdo sempat la update blog. Hari ni dah masuk day 37 dah. Bila nak abis 44 hari ni dah jemu sgt kat umah ni. Lgpn dah rindu dgn umah kat putrajaya dan isi rumah termasuk la Soulmate hehe. Weekend depan baru nk balik sana. Tak sabar ni nk bawak azfar blk.

Ok la ada masa nnt saya update lg..

September 18, 2009


Azfar tgh tdo :-) Eh lupa plak saya blom introduce kan our baby ni? This is our Azfar bin Aizwan. Saya stil dlm pantang lg ni baru day 24. Mcm semua org pernah rasa la kan, pantang ni mmg menyeksakan huhu. Bab2 lain ok lg tp bab tak boleh minum air sejuk ni sungguh mencabar iman. Tambah2 lg dlm bln puasa ni bila tgk semua org berbuka dgn air yg penuh ais adoi seksa. Asyik dok bilang hari je nk lepas pantang ni.

About azfar plak, setiap hari pn saya belajar benda baru. Mmg best ada baby ni. Biar x cukup tdo pn stil rasa hepi bila tgk azfar. Dan saya dah faham mcm mana rasa risau bila anak sendiri x sihat. Azfar kena jaundice aritu so warded 1 mlm kat hospital.

Byk benda yg nak diceritakan tp next time je ek.

Anyway kami sekeluarga nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin

August 27, 2009

Our Little Bundle Of Joy



August 24, 2009

Pengalaman Berpuasa

Alhamdulillah saya masih dapat bertahan berpuasa sehingga ke waktu ni :-) Hari pertama puasa rasa biasa, mungkin sbb cuaca di Putrajaya ni mendung gitu kan jadik tak terasa penat sangat. Hari kedua mula terasa skit sbb panas melampau plak kat sini. Hari ni rasa dah biasa balik. Baby plak ok je, adalah bergerak2 lebih skit tambah2 pukul 9-11 pagi, lepas tu dia dah ok balik. Harap2 saya dapat berpuasa selagi baby blom terasa nak keluar ni ;-)

First day sahur, saya bangun pkl 4 pagi masak. Semangat tak semangant saya kan?! Malam sebelum tu dah siap2 kan bahan semua so bangun pagi trus masak je. Soulmate mmg biasa bersahur so mmg saya kena masak la. Lagipun, masa bujang dulu sahur coco crunch takkan dah kawen pun nak biar dia sahur coco crunch kan
so saya gagahkan diri bangun masak jugak (Tapi dah beli jugak coco crunch simpan kat umah kot2 terlajak tido hehe).

Berbuka plak, first day kami berbuka kat umah SIL. Petang semalam plak ke Pasar Ramadhan, jumpa abg yg jual nasi kerabu sedap last year trus beli.
So saya tak masak utk berbuka lagi la so far. Cuma first day saya buat buah melaka sbb nak bawak ke umah SIL. Takkan nak pegi tangan kosong kan. Petang ni nak masak apa ye, hmmm..

Hari ni baby dah masuk 36 weeks ataupun lebih senang 9 bln (ada jugak tu cite baby). Org ckp tunggu hari je lg ni..Saya nervous tp kadang2 saya ckp dgn Soulmate kalau boleh nak baby kuar cepat ;-)


Masa Soulmate pi terawih aritu saya sempat mengemas Hospital Bag (finally..) ---->



Okeh semua dah ready, tinggal nak push push je ;-)

August 21, 2009

Ramadhan

Ramadhan Mubarak

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia. Salam ampun maaf dari saya & Soulmate juga bagi yang pernah terkecil hati, terguris perasaan dengan sebarang isi penulisan atau perbuatan kami.



Ramadhan kali ni adalah yang pertama buat kami selepas menjadi suami isteri. Juga yang pertama bersama baby :-) Azam di hati nak sediakan sahur dan berbuka setiap hari tapi bergantung juga pada kemampuan diri. Yang pasti, sahur pertama esok hari kami dah plan resipi ;-) Doa kami agar Ramadhan kali ini lebih dirahmati dan diberkati, InsyaAllah.

Pregnancy Progress

Last Monday ada checkup di Annur dan KK Putrajaya. Yang merisaukan bila doc Fatimah ckp baby mcm kecik skit sbb kalau ikut standard, utk minggu ke-35 ni patut baby dalam range 2.4-2.8kg tapi baby kami baru 2.2kg. Mungkinkah sbb saya semakin kurang selera utk makan? Doc ckp kemungkinan tu ada huhu. Mmg saya tak selera sangat nak makan tambah2 lagi lauk2 di cafe kat ofis ni. Jadi, Soulmate yg prihatin sgt dgn wifey dia ni setiap hari time lunch dlm minggu ni either dia beli lauk dan kami balik makan kat umah ataupun dia hantarkan nasi utk saya. Peliknya, cafe kat ofis Soulmate saya selera plak nak makan. Well, pregnant women kan..selera tak menentu ;-) Harap2 dalam seminggu dua ni berat baby makin bertambah. Please sayang mommy, membesar dengan sihat k. Anyway, yg buat kami skit lega sbb doc ckp, selagi baby membesar setiap kali checkup kira ok lagi la kan. Kalau static tumbesaran dia baru kena risau..Utk bulan puasa ni, doc nasihat kalau boleh jangan puasa sbb takut akan ganggu baby membesar tp saya rasa nak puasa jugak selagi terlarat la dan saya rasa insyaAllah baby akan cukup beratnya nnt bila time nak bersalin. Ish macam saya plak doctor kan hihi..

Checkup di KK Putrajaya mcm biasa la jumpa nurse, tp sbb diorang tak scan so tak boleh estimate berat baby. Nurse tu ckp baby ok, biasa la kecik skit sbb anak sulung. Doc kat situ pun ckp yg sama gak. Walaupun bunyi mcm menenangkan skit tp hati mommy mana tak risau kan tambah2 lagi saya ni jenis cepat gelabah. Moga2 baby makin membesar nnt..

Preparation

Semua dah ready utk baby kecuali beg mommy hehe..Malas sangat nak pack hospital bag mommy. Masa siapkan hospital bag baby aritu bersemangat sangat. Mungkin sbb barang2 baby semua kiut miut kan so excited tu berlebih-lebih la..Tengok la weekend ni kena paksa diri utk pack jugak!

Itu je utk kali ni. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa utk semua.