27 December, 2011

Luahan Perasaan Secara Random

  • Last weekend telah berjaya bawa Azfar untuk hair cut di salon yang diiktiraf. Sebelum ni Azfar potong rambut di salon tokmama (hehe). Tapi, kerana tokmama dah lama tak datang sini, terpaksa cari alternatif lain. Mujur  berjaya tanpa sebarang gangguan menangis atau tarik gunting dan sebagainya setelah menjadikan handfon Soulmate sebagai umpan.

  • Baru lepas berurusan dengan sebuah jabatan kerajaan bertanyakan status satu permohonan saya tetapi dibalas dengan dua perkataan saja, "tunggu surat". Saya punya la susun ayat masa nak bertanya, dia senang je jawab. Dia tak kisah pun nak semak sama ada borang yang saya fax last week diterima atau pun tidak. Saya pun penjawat awam dan saya rasa bukan itu caranya berurusan dengan client. Sudah la dalam website cuma inform macam mana nak memohon, tiada maklumat tentang berapa hari masa diambil untuk proses permohonan tersebut. Patut la orang awam sceptical terhadap orang gomen.

  • Ahad lepas telah bercuti secara mengejut ke Melaka konon nak pi makan asam pedas, daaaaaaan padan muka kami akhirnya kepedasan dalam kereta. Melaka jammed teruk gila! (Ahad lepas la. Lain2 waktu kurang periksa saya) Bayangkan dari Masjid Al-Azim (Betul ke ni?) sampai ke Dataran Pahlawan ambil masa 3 setengah jam! Kalau kami balik Penang mungkin dah sampai Bukit Merah huhu. Sampai hotel lebih kurang pukul 7.30 mlm. Bercuti la sangat!

  • Weekend lepas juga telah berjaya memborong tudung Ariani sebab ada promosi separuh harga. Beli sepuluh helai baru 3 ratus lebih. Puas hati!

  • Makan asam pedas Hjh Rahmah di Melaka baru saya perasan, takde daun kesum atau bunga kantan pun dalam asam pedas kat situ. Tapi rasa dia sedap gila! Terus tiba-tiba rasa segan nak masak asam pedas lagi dah kat rumah. Tak tercapai dek resepi saya dengan rasa asam pedas melaka tu.

  • Zoo memang jadi tumpuan bila musim cuti perayaan + cuti sekolah. Dari sebelum tol Ayer Keroh dah mula jammed teruk, ingatkan ada apa-apa rupanya sesak dekat pintu masuk Zoo Melaka. Lepas tu jalan dah ok cuma start balik jammed depan Masjid Al-Azim. Rupanya zoo masih ada tempat di hati ibu bapa sebagai tempat riadah bersama keluarga (Teringat pula kecik-kecik dulu selalu ke Zoo Taiping).


21 December, 2011

Tolong Bagi Cadangan Susu Formula Yang Sesuai Untuk Anak Saya

Bila saya tak dapar berikan Azfar kelebihan susu ibu semaksimum mungkin sehingga umurnya dua tahun, sebagai ibu bapa, kami cari susu formula yang paling baik dalam pasaran. Dalam fikiran pada masa tu, yang terbaik mesti yang paling mahal. Jadi kami pilih Enfagrow A+ untuk Azfar (biar takde duit janji anak dapat yang terbaik. anak masih sorang la katakan ^_^)


Mujur Azfar terima dengan baik susu ni walaupun setengah orang kata susu ni ada rasa pahit sikit dan panas yang boleh sebabkan cirit-birit. Hampir setahun Azfar consume susu ni dia nampak ok kecuali part dia tak suka makan, memang sejak umur 6 bulan sampai sekarang macam tu.

Lepas tu, masa umur Azfar 20 bulan, kami tukar susu formula dia kepada Mamil Gold. Alasannya, saya terpengaruh dengan iklan hehe. Bukanlah! Memang ada pengaruh iklan tapi bukan semata-mata kerana iklan la. Kami buat keputusan untuk tukar sebab Mamil Gold promote immunofortis yang katanya boleh tingkatkan sistem imun kanak-kanak dan kurangkan jangkitan penyakit biasa seperti selsema dan batuk. Azfar kan duduk nursery, jadi selsema dan batuk tu macam silih berganti datang. Lagipun, Mamil Gold ada pengesahan Halal daripada JAKIM.



Sekarang umur Azfar lebih kurang 28 bulan dan lebih kurang 8 bulan juga dia consume Mamil Gold. Sebulan dua yang pertama semua nampak ok. Cuma selepas tu dia jadi susah nak buang air besar. Sebenarnya dah beberapa lama masalah ni berlaku. Azfar cuma buang air besar 3 atau 4 hari sekali. Dan setiap kali tu memang azab la, kesian tengok dia. Bila saya cakap-cakap dengan kawan-kawan atau sedara mara, ayat yang biasa diulang, Azfar makan pun kurang macam mana nak buang air besar setiap hari.

Kalau ikut naluri keibuan saya *chewahhh saya rasa masalah ni mungkin ada kena mengena dengan susu formula dia. Sebabnya saya dah cuba bagi makan betik la, apple la, paksa minum air la pun masih sama. Mungkin juga dia kurang serat sbb Azfar kan ada sikit-sikit lelah, jadi saya tak berapa berani nak bagi dia makan banyak sangat buah.

So, antara solution yang saya ada sekarang ni saya nak cuba tukar susu formula. Mana tau ada susu yang lebih baik untuk sistem penghadaman & kumuhan dia. So far, saya belum ada specific brand lagi nak cuba.

Saya tak kisah susu mahal atau murah. Yang penting boleh kurangkan masalah sembelit Azfar. Cadang nak jumpa peads next week. Tapi kalau ada you all ada cadangan, do share ye!! Saya tahu penerimaan budak-budak ni lain-lain, tapi saya nak dengar pengalaman other mommies jugak pasal susu formula ni.

^_^




12 December, 2011

Sekarang baru saya faham bagaimana seseorang boleh meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri orang lain

Setiap orang yang berada di sekeliling kita semestinya punya pengaruh dalam perjalanan hidup kita sendiri. Kalau tak banyak, sikit pasti ada. Saya sedang struggle untuk mencari aura positif dalam diri. Dalam keadaan biasa sudah cukup mencabar untuk menonjolkan aura positif itu, apatah lagi dengan dikelilingi pelbagai ragam manusia.

Kadang-kadang saya penat. Ya, saya sudah penat. Exhausted!

Sekarang baru saya faham bagaimana seseorang boleh meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri orang lain.

Mungkin dah tiba masa saya perlu kurangkan rasa 'kebertanggungjawaban' saya dan mula fikir tentang diri sendiri saja.

Ya, saya patut buat itu.

22 November, 2011

Love Hate Relationship

Bermula semalam hingga hari ini, di mana sahaja, orang Malaysia sedang bercerita tentang kisah kejayaan meraih emas bagi acara bola sepak dalam sukan SEA. Masih panas, sepanas hati penyokong pasukan Indonesia yang rata-ratanya kurang percaya dan kurang dapat menerima berita kekalahan pasukan mereka. Apatah lagi tewasnya pasukan mereka pada penentuan tendangan penalti.

Memang sukar.

Keadaan di negara tercinta kita sudah pasti amat berbeza. Semuanya sedang bergembira, dari pemimpin negara hingga ke rakyat jelata masih galak berbual tentang sebutir emas yang berharga. Tak lupa juga perkara biasa; provokasi penyokong Indonesia terhadap seluruh pasukan kita.

Sedaya-upaya saya cuba memahami, kenapa begitu dalam sekali rasa benci pada kita.

Pada saya hubungan kita tak ubah seperti love-hate-relationship. Memang kita rasa jelik dan terhina dengan provokasi yang kadang kala nampak melampau, namun masih berpusu-pusu orang kita sibuk ke Bandung, Bali, Medan dsb untuk tujuan melancong, shopping dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Betapa orang indonesia rasa meluat dengan negara tercinta kita, mereka masih mengharap kita ke sana untuk merancakkan ekonomi mereka.

Mereka juga sama. Memang mereka rasa jelik dan meluat dengan Malaysia namun masih berpusu-pusu yang datang ke segenap pelusuk negara kita secara halal mahupun haram demi mencari rezeki buat kehidupan sempurna keluarga di sana. Dan betapa kita tersinggung lagi terhina dengan perbuatan sesetengah mereka, kita masih mengharap tulang empat kerat mereka dalam kebanyakan sektor pekerjaan di sini yang dipandang sepi rakyat sendiri.

Nah, bukankah kita saling memerlukan. Sebab itu, saya masih lagi kurang faham kenapa perlu ada rasa benci kepada kita.

Tahniah Harimau Muda!



18 November, 2011

Kalaulah Terdetik Di Hati Azfar

Semalam saya dan Soulmate balik dari kerja asing-asing. Soulmate pick up kereta dari bengkel, saya balik dengan Azfar. Sebelum balik lagi perut saya sudah terasa lapar. Lain macam laparnya petang semalam. Dalam kepala dah terbayang nak masak something simple supaya dapat cepat makan. Lagipun Soulmate inform dia lewat sikit. Kalau Soulmate takde memang sangat susah nak bergulai bagai. Lalu saya fikir nak masak nasi lepas tu buat nasi goreng saja.

Entah kenapa, sejak kebelakangan ini Azfar sentiasa hendak ada orang dengan dia. Paling kurang duduk bersama di sofa layan zikir di Oasis. Kalau saya memasak memang dia tanpa henti tarik kain minta diangkat. Kalau buat-buat tak perasan dengan perbuatan itu, dia akan menangis tanpa henti.

Jadi semalam, situasinya sama. Bila saya ke dapur Azfar mengikut. Saya keluarkan lesung batu, dia pun sibuk nak menumbuk juga. Selalu saya bagi dia isikan bawang, saya tumbuk. Semalam saya larang sebab saya tumbuk cili. Sekali larang, dia buat juga, dua kali larang masih buat. Lepas tu saya hilang sabar.

Perut tengah berkeroncong lapar tahap boleh gila haha anak pula sedang buat hal nak menumbuk cili. Lama-lama saya tinggikan suara, dia menangis kuat-kuat. Saya buat tak tahu masih teruskan tumbuk cili. Dia marah saya buat-buat tak nampak dia menangis, dia datang makin dekat. Saya risau cili yang saya tumbuk terpercik dan kena dia. Saya tolak dia jauh tapi dia datang balik sambil tarik-tarik tangan saya. Sampai waktu ini saya sudah hilang sabar. Saya marah dia sungguh-sungguh sambil pukul kaki dia sekali suruh jauh sikit. Dia menangis meraung yang tak pernah saya dengar selama hari ini.

Ya, saya tahu bunyinya saya kejam. Pentingkan diri sendiri. Bukan ibu yang baik. Lepas saya pukul kaki dia pergi jauh masih menangis bersungguh-sungguh. Entah kenapa saya tak pujuk dia. Saya terus masak sambil menangis. Saya menangis teresak-esak. Saya rasa teruk betul pukul anak sampai dia menangis macam tu sekali.

Bukan niat saya nak menyakiti dia. Kalau lah dia faham kenapa saya pukul dia.

Terus lepas tu saya hilang mood sepanjang malam. Bukan tak biasa saya marah Azfar. Kadang-kadang kalau dia buat salah dan saya tegur dengan baik jangan buat lagi dan dia masih ulang, biasanya saya akan marah. Saya cuma hendak dia tahu apa yang dia buat tu tak betul.

Tapi semalam, saya rasa saya terlebih-lebih dalam memarahi dia. Sampai sekarang hati saya masih risau, Azfar akan ingat sampai bila-bila ke yang saya marah dia semalam? Dia akan simpan dalam hati ke? Akan sampai ke satu masa dia ungkit yang saya tak patut marah dia dulu?

Kalau lah suatu masa nanti terdetik dalam hati Azfar, mama minta maaf sayang. Mama orang yang merasa sakitnya melahirkan Azfar. Mama cuma hendak Azfar jadi insan yang soleh yang membahagiakan, yang tahu membezakan baik buruk sesuatu perkara.

Mama sayang Azfar



14 November, 2011

Oktober Yang Penuh Kekalutan


Oktober lepas memang huru hara. Rasa hidup kami sekeluarga kurang terurus sepanjang bulan lepas. Saya jadi super busy. Minggu pertama outstation ke Seremban tiga hari, minggu kedua ke melaka dua hari, minggu ketiga peeeyhsee tiga hari. Minggu keempat berjaya melarikan diri dari outstation ke Johor selama seminggu. Lega..kalau tak memang betul-betul tragedi Oktober sungguh. Siapa kata orang gomen goyang kaki?

Di sebalik segala kekalutan sepanjang bulan itu buat kami masing-masing rindukan keluarga kecil kami. Sungguh saya rindu nak menjalani kehidupan biasa, setiap pagi bangun pergi kerja macam biasa. Sama-sama singgah school Azfar hantar dia. Balik kerja sama-sama. Sampai rumah, Soulmate dengan kerja gardening dia, saya masak dinner. Lepas tu makan dinner sama-sama, tengok tv sama-sama. Jauh lebih tenang. Syukur dengan rahmat kebahagiaan dari Allah buat kami sekeluarga.

November ini nampaknya lebih menenangkan walaupun ada sikit sebanyak gangguan di awal bulan. Azfar's class tutup seminggu sebelum Aidiladha kerana tiga orang kawan-kawan dia terkena HFMD (Alhamdulillah, so far Azfar sihat). Menggelupur juga mak paknya ni membincangkan mana nak letak budak kecil tu. Dengan short notice tu merasalah Azfar jadi peneman saya satu hari di ofis, satu hari Soulmate cuti, satu hari saya cuti, lepas tu dah cuti Aidiladha. Mujur..



~Budak Kecil super cheeky, terima kasih Allah atas anugerah ini~

Saya kira itu sahaja sebagai pemecah sepi blog ini. Mungkin nanti bila ada perkara yang saya ingin kongsi, saya tulis lagi ;-)
Oh sebelum tu, saya nak ucapkan tahniah kepada Syirah & Azwan, salah seorang geng 6 jahanam saya yang telah selamat melahirkan baby boy pada 11.11.11 yang lepas. Memang bertuah anak hang, Syirah.
Jumpa lagi!

04 October, 2011

Tentang Perkahwinan Yang Tiga Tahun Usianya


Usia perkahwinan tak sepatutnya melambangkan kematangan. Hari ini genap tiga tahun saya & Soulmate melalui kehidupan sebagai pasangan berkahwin. 50 tahun berkahwin belum tentu menjadikan sesuatu perkahwinan, atau suami atau isteri itu matang dalam mengharungi fasa senang mahupun susah dalam perkahwinan. Apatah lagi kalau ianya baru menginjak umur 3 tahun.



Saya tak mengharapkan banyak perkara atau banyak kesenangan. Saya cuma berharap saya mampu mencintai dan dicintai setulus hati sepenuh jiwa dalam mengharunginya bersama-sama.

Semalam petang saya bergolek-golek senang depan tv sambil tengok the handsome George Clooney movie 'Up in the air' (atau lebih kurang gitu lah tajuknya), part bila adik dia nak kahwin tapi the groom tiba-tiba rasa ragu2 dengan idea perkahwinan itu sendiri. Kalau difikirkan dengan akal sahaja tanpa iman, ada point juga keraguan dia. Ya lah, hari ini kahwin, esok beli rumah, lepas tu ada anak, tambah anak, anak sekolah, anak graduate, anak kahwin, pencen, jadi tua, ada cucu. So, itu je?

Tapi seorang muslim yang beriman, patut tahu tujuan dan makna perkahwinan.

Namun, kadangkala saya juga tercuit rasa bimbang, bukan pada Soulmate tapi pada diri sendiri. Saya bimbang saya asyik dengan tanggungjawab lain hingga lupa untuk menunjukkan atau sekurang-kurangnya buat Soulmate rasa sentiasa dicintai. Isteri biasanya ada banyak benda yang difikirkan nak buat dalam kepala dia tau! Mana nak masak, kemas rumah, sapu sampah, basuh baju dan sebagainya. Itu belum bab anak lagi. Sebab itu kadang-kadang saya bimbang. Alhamdulillah, saya punya suami yang sangat membantu.

Bagi saya, secara teorinya semua nampak mudah. Kita dah biasa dengar, kena sentiasa berhias untuk suami. Niat itu sentiasa ada, tapi kalau dah memasak sepanjang pagi hingga ke tengahari, mau berminyak juga muka, mau bau asap juga rambut & baju. Kita juga biasa dengar, kena layan suami dengan lemah lembut dan sopan. Tapi kalau dah sambil berbual dengan suami anak melalak testing suara, mau tertinggi juga nada suara kita supaya suami dengar apa yang nak disampaikan.

Sebab itu saya bimbang, takut Soulmate kurang rasa dicintai, kurang rasa redha maka hilanglah peluang saya yang tidaklah luas mana nak menjengah syurgaNya. Untuk itu, saya ingin terus berusaha, biar muka berminyak, baju bau asap, sekurang-kurangnya saya sentiasa senyum pada dia ^_^ Orang kata senyuman boleh mengubah banyak perkara kurang elok kepada yang lebih menenangkan.

3 tahun ini, saya belajar baaaaanyak perkara. Dan saya masih perlu belajar lebih baaaaaaanyak perkara untuk perkahwinan dan keluarga kecil kami.

Thank you sayang, untuk 3 tahun yang membahagiakan (walau kadang-kadang orang terikut macam mak, berleter haha)

Thank you so much!

Happy 3rd anniversary to us!

Love you so much!!

'Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi ku janjikan aku ada'



08 September, 2011

Raya Tahun Ini


Sudah lebih seminggu sambutan Aidilfitri berlalu. Namun semangatnya masih terasa. Selagi belum habis Syawal kata orang kan.

Tahun ini giliran sebelah saya. Senyum lebar ke telinga la ^_^. Kami jarang bergaduh besar memilih tempat nak menyambut Syawal. Mungkin jarak yang cuma 30 minit membolehkan kami ulang alik berapa kali yang mahu pun menyebabkan masing-masing tidak begitu terasa. Raya di mana-mana sama sahaja. Pagi di rumah mak abah saya, petang di rumah mertua.


Adik-adik saya bujang teruna, baju biru dah ada yang punya, baju hijau boleh lelong, bujang trang tang tang ;-)


Yang penting rasa gembira berhari raya.. 
 

Tahun ini juga kami beraya sakan kata orang. Boleh dikatakan setiap hari pun keluar beraya. Kadang-kadang boleh cecah 3 ke 4 buah rumah satu hari. Puas hati! Paling berkesan di hati tentunya bila dapat berjumpa hampir semua geng 6 jahanam saya. Sungguh rindu dengan semua. Cuma yang ralatnya, saya tertinggal kamera di rumah. Jadi gambar yang ini saya curi dari fb Farah. Ampun Farah hehe.



Paling kiri, famili Lin. Sudah dua hero dia. Kami baru seorang hero, belum ada perancangan mahu menambah ahli keluarga. Famili Farah juga masih seorang hero. Yang paling kanan, Amal yang heronya belum cukup umur untuk keluar bergambar bersama. InsyaAllah hero jugak tu. Baru perasan, anak2 & bakal anak kami semuanya lelaki haha. Cuma Moh yang tak dapat ikut sama dikatakan sedang pregnant anak perempuan, insyaAllah. Semoga selamat semuanya.
 
Paling puas hati raya kali ini juga dapat melepaskan diri seketika dari agenda kunjung mengunjungi rumah sanak saudara dan sahabat handai makan ketupat dan biskut raya dengan membawa Azfar menyeberangi laut dengan feri untuk ke Pulau Pinang makan cheese nan dan ayam tandori di Kapitan. Fuhh lega! Dapat makan the best tandori in Penang (pada tekak saya la).


Masing-masing muka bahagia dalam perjalanan nak ke Restoran Kapitan membayangkan kelazatan tandorinya ^_^
 Memang rasa puas hati cuti seminggu kami beraya di kampung. Balik ke rumah sendiri masing-masing lemau. Azfar pun boleh tidur dari jam 7 malam sampai ke esok hari. Saya pula, di rumah mak, mak masak, rumah mama, mama masak. Balik rumah sendiri rasakan kena sendiri masak ;-)

Sekarang sedang berkira-kira mahu organize mini open house pula.

26 August, 2011

Azfar, 2 Tahun


Lama juga memikirkan apa yang patut saya tulis di hari lahir yang ke 2 buah hati pengarang jantung saya. Hari ini genap usia Azfar 2 tahun. Apa yang saya rasa? Susah nak dikata. Suka kerana anak saya semakin besar, semakin bijak. Kalau nak kata saya sedih sebab masa cepat berlalu dan saya nak dia jadi baby sampai bila-bila, minta maaf, memang tak la. Saya jarang rasa begitu. Saya nak dia membesar dan jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.







Lahir dalam bulan Ramadhan, jadi dua tahun ini Azfar sambut birthday dalam bulan Ramadhan juga. Alhamdulillah, mencabarnya membesarkan Azfar sepanjang dua tahun ini sentiasa terubat dengan senyuman dan gelak tawa dia.

Kalau ditanya tentang harapan, saya cuma mahu berjaya membesarkan dia dengan didikan yang paling sempurna. Supaya bila dia berjaya di dunia, dia ingat bekalan akhirat. Supaya bila dia mendapat kesenangan hidup, dia ingat kesusahan insan lain. Supaya bila dia gembira, dia tidak lupa waktu dukanya. Supaya susah senang hidup yang dia hadapi, dia ingat Allah Tuhannya.



Juga, bila dia semakin dewasa dan punya hidup sendiri, dia ingat untuk bertanya khabar ibu bapanya. Eh, macam dah jauh sangat saya berfikir, anak baru masuk 2 tahun dah cerita kalau besar nanti macam mana kan ;)



Azfar sayang, bila mama tanya; siapa anak manja mama? Azfar tahu kan jawapannya; Azfar. Azfar akan sentiasa dan sampai bila-bila menjadi anak manja mama. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke dua sayang.




Mama & Baba sayang Azfar sangat!













25 August, 2011

Kegembiraan Dengan Aidilfitri Yang Bakal Tiba


Raya hampir tiba! Semakin susah nak menyembunyikan kegembiraan. Apatah lagi dengan sana sini berkumandangnya lagu raya. Haishhh bikin hati tak tenteram saja :)

Gembira nak bersesak-sesak pulang ke kampung, gembira nak berjumpa ibu ayah, gembira nak makan ketupat dan kuih raya, segalanya tentang hari raya menggembirakan. Lagi-lagi sejak ada anak kecil yang seorang tu yang semakin hari semakin cheeky, semakin bijak, semakin panjang akalnya. Suka!

Persiapan untuk hari raya boleh dikatakan selesai dengan segalanya lebih tertumpu pada Azfar. Baju melayu dia je dah tiga. Mamanya boleh tahan juga bilangan baju yang disediakan, babanya yang ada saja lah ;) Suami saya ni memang tak kisah orangnya, tak cerewet, tak memilih. Kata orang, senang jaga lah!

Semalam selepas berbuka, satu keluarga bersemangat packing barang. Esok kami dah mula bercuti. Jadi cadangnya malam ini sudah mahu bertolak pulang ke kampung. Harap selamat sampai hendaknya. Azfar yang biasa waktu tidurnya jam 9-10 malam pun boleh jadi jam 12 mlm baru tidur, menemankan mak paknya packing. Ke hulu ke hilir dia.

Dengan segala kegembiraan dengan bakal tibanya Aidilfitri ini, kami sekeluarga mengucapkan,





Mohon maaf zahir batin!




19 August, 2011

Saya Minta Maaf


Semalam di Facebook ada jemputan untuk bersama-sama berbuka puasa dengan teman-teman sekolah. Saya diam sebentar lepas baca, berfikir dengan bersungguh-sungguh. Patut kah saya turut sama? Lalu teringat geng 6 jahanam saya. Saya sms Farah bertanyakan mungkin dia nak join. Macam dah boleh agak jawapannya, jawapan standard; 'Kalau hang pi, Syiroh pi, aku pi la..'

Saya sms Syiroh @ amal pula. Antara lain bunyi sms saya; 'Amal kalau hang pi, kami (aku & Farah) pi la'. Nak jugak bagi Amal rasa bersalah penyebab kami berdua tak join heh. Bukan jawapan standard dari Amal cuma dia tak dapat join sebab ada hal keluarga. Lalu saya sampaikan pada Farah yang kami berdua tak jadi pergi. Dan seperti diduga, Farah juga takkan turut serta.

Sebenarnya, ada juga rasa kasihan pada mereka-mereka yang bersungguh-sungguh anjurkan majlis itu. Saya tahu bukan senang nak uruskannya. Nak mencari tempat satu hal. Nak lobi ajak kawan-kawan datang satu hal. Nak menguruskan duit membayar tempat buffet tu satu hal. Penat dan remeh. Kalau bagi kat saya, maaf awal-awal saya tolak jawatan jadi penganjur ni.

Saya minta maaf pada mereka. Bukan tiada langsung niat nak turut serta cuma saya masih perlukan comfort zone saya. Saya masih perlukan kalau tak semua, at least satu dua orang geng 6 jahanam saya. Bukan bererti saya tak berkawan dengan kamu semua. Cuma saya sukar mencari topik yang sesuai untuk dibualkan. Saya bimbang jadi bosan dan membosankan orang lain. Saya bimbang pada tanggapan saya juga kamu tentang diri masing-masing. Lalu saya rasa lebih baik kalau saya tak ikut berbuka bersama-sama.

Saya minta maaf.

Memang saya selalunya begini. Kalau ikut salah satu ujian personaliti yang pernah dibuat, saya ni introvert orangnya. Saya kurang energy bila berada dalam crowd. Saya lebih selesa dengan orang-orang tertentu. Bukan maksudnya saya tak suka berkawan. Saya suka. Cuma bukan kebiasaan saya memulakan sesuatu perkenalan. Ya, memang saya kenal kamu semua tapi lepas sepuluh tahun tak bersua muka, saya susah nak mencari topik sesuai untuk dibualkan.

Mungkin suatu hari nanti saya akan join aktiviti sebegini. Mungkin.


18 August, 2011

Anak Kecil Saya

Saya rasa agak lama juga tak bercerita tentang anak kecil saya. Besar mana pun dia sekarang, dia masih anak kecil di hati saya. Rindu dia! *tiba-tiba*

Dalam tempoh seminggu lebih, genaplah usianya 2 tahun. Mungkin kerana dia satu-satunya anak saya *buat masa ini*, saya masih terlalu manjakan dia hinggakan kebanyakan benda saya nak buat untuk dia. Kalau nak makan buah, saya masih potong kecil-kecil muat-muat saiz mulut dia. Kalau nak makan nasi masih bersuap. Saya belum pernah ajar dia makan sendiri. Satu sebab, saya malas nak kemas balik, satu sebab lagi saya rasa saya nak suap dia jugak. Kadang-kadang bila dia buat sesuatu yang selalunya saya buatkan untuk dia, baru saya perasan anak saya semakin besar. Rasa sedih pula.



Baru-baru ni dia panggil saya, 'baby'. Kelakar bunyinya. Kalau dia panggil 'mama', saya tak menyahut, dia panggil 'yang', kalau tak menyahut jugak, dia panggil baby. Comel!

Mama..mama..mama..yang..yang..yang..babyyyyyyy

'yang' tu sebab saya & Soulmate memang panggil syg/yang to each other. Anak pun mengikut la.

Baru-baru ni, Azfar selsema dan batuk-batuk. Kalau dia jadi macam tu, memang risau la kami mak bapaknya ni. Jadi, suatu petang minta izin dengan bos untuk keluar awal bawa dia ke klinik. Ingatkan lama nak menunggu jumpa doktor, jadi masa ambil dari school dia, siap-siap saya ambil beg dan beritahu teacher, Azfar terus balik rumah.




Sekali, kurang lebih sejam dah selesai urusan di klinik. Nak menghantar semual ke school rasa bersalah pada teacher pula. Saya usung dia ke office, senang. Mulanya risau juga macam mana kalau dia lapar, macam mana kalau dia nangis,macam mana kalau dia poo poo. plan terkejut macam ni mana la saya prepare diaper ke apa ke kan. Ok, bab risau lapar settle. Saya beli biskut + susu. Bab nangis pun settle, saya bagi main calculator + buku + segala macam warna pen. Masalahnya, bab poo poo. Boleh pula dia buat projek dalam ofis saya dan saya takde diaper lebih. Huaaaaaa..





Terpaksa la saya menahan hidung sambil keep on sms Soulmate minta ambil kami dengan seberapa cepat selepas dia punch out. Masa nak bawa Azfar masuk lif pun saya jenguk-jenguk dulu tengok ada orang atau tak. Dan berdoa sepanjang lif turun jangan lah ada yang masuk. Bukan apa, kalau ada kesian pula saya orang tu terpaksa menahan bau yang tak berapa nak sedap. Haha..

Haiihhh pengalaman sungguh. Masa-masa kita tak prepare la benda nak jadi.





Anyway, mama sayang kamu, sayang!








11 August, 2011

Hobi dan Babylon Series


Masa masih bersekolah terutamanya sekolah rendah, entah kenapa guru-guru masa itu suka sangat dengan soalan tentang hobi. Mungkin ada dalam sukatan pelajaran agaknya. Susahnya, saya paling tak suka dengan soalan sebegitu. Tak suka bukan kerana apa, kerana saya perlu berusaha berfikir dengan bersungguh-sungguh untuk beritahu hobi saya. Jujurnya, saya tiada hobi yang khusus. Jawapan senang nak melepaskan diri, hobi saya membaca buku :-)

Kalau betul nak dikatakan hobi saya membaca pun tak jugak. I love reading. Cuma, sebagai hobi? hmmm. Kalau orang yang seminggu satu atau dua atau tiga buku yang dibacanya, mungkin hobi dia membaca. Tapi saya suka juga membaca. Dulu, masa masih di sekolah rendah, bahan bacaan masa tu yang popular Kuntum, Kawan dan yang sewaktu dengannya. Bila sudah masuk peringkat menengah saya suka baca majalah hiburan. Budak remaja nak meningkat dewasa la katakan ^_^

Cuma bila sudah menjejakkan kaki ke universiti, kesukaan pada aktiviti membaca tu seumpama hilang. Hampir lima tahun belajar di sana, saya cuma baca buku pelajaran. Itupun bila exam hampir tiba. Lain-lain waktu banyak diisi dengan aktiviti lain. Saya lebih memilih menonton wayang, berjalan-jalan tanpa tujuan di shopping mall, lepak di kedai makan daripada membaca.

Cuma bila dah bekerja kesedaran untuk kembali membaca datang. Mungkin sekarang duit sendiri, jadi timbul rasa perlu membelanjakan duit ke arah yang lebih bermanfaat. Saya baca semua jenis buku.

Suatu hari saya beli buku Air Babylon by Imogen Edward-Jones. First Babylon series yang saya beli. Dari muka surat pertama sampai ke akhir, saya macam tak boleh stop. Suka sangat!


pic: Google

Sejak itu, saya beli semua Babylon series kecuali Fashion Babylon yang saya belum sempat beli.


Air Babylon takde dalam gambar. Ada orang pinjam tapi saya tak ingat siapa huhu

Dan baru-baru ini saya mencari Hospital Babylon, yang terbaru dalam Babylon series. Saya ke MPH Alamanda, kalau ikut rekod masih ada 1 buku di situ, tapi tak jumpa. Jenuh staff MPH tu mencari di semua rak pun tak jumpa juga. Oleh sebab nak jugak buku tu, saya beli di MPH Online dan dah pun sampai ^_^

Suka!!



Masalahnya sekarang, bila masa saya nak baca huhu. Waktu sangat mencemburui kita terutamanya bulan puasa ni kan?


Anyway, kalau yang suka light reading, saya cadangkan boleh lah baca Babylon series ni. Setakat ni, saya paling suka Air, Hotel and Wedding Babylon. Best! tak tipu.



05 August, 2011

Lima Ramadhan dan Bayi Kecil



Salam Ramadhan buat semua. Alhamdulillah, kita bertemu Ramadhan lagi.


Hari ni lima Ramadhan. Dua tahun yang lepas, di hari lima Ramadhan ini saya sedang berjuang menahan sakit untuk melahirkan buah hati kami berdua. Alhamdulillah, dia lahir sempurna betul-betul sebelum waktu berbuka, 7.28 mlm. Doa kami, moga dia menjadi insan yang berjaya di dunia tanpa sedikitpun lupa tentang akhirat. Kalau dihitung pada umurnya, memang ramai yang sentiasa bertanya bila agaknya dia boleh jadi abang. Bila agaknya saya nak menambah bilangan anak? Jawapan mudah, "nantilah.."

Bukan tak terlintas di fikiran, bukan juga tak teringin di hati kalau rumah kecil kami dimeriahkan dengan suara bayi kecil sekali lagi. Cuma hati saya belum bersedia, hati saya masih sangsi, hati saya masih risau. Senang cakap, saya belum bersedia sepenuhnya.


Lima Ramadhan, dua tahun yang lepas buah hati saya lahir dengan sempurna sifatnya. Yang kurang sempurna cuma berat dia. Mungkin pada orang lain, "Sekarang besar pun kan.." atau "Kecik dulu pun sekarang sihat elok je dia.."

Memang Alhamdulillah dia sihat, sempurna atas hendakNya. Tapi saya tak pernah berhenti dari memikirkan salahnya datang dari diri saya kah sampai dia lahir dengan saiz yang jauh di luar fikiran saya. Salah saya yang kadang-kadang terlupa ambil supplement? Salah saya yang sepanjang tempoh mengandungkan dia kurang selera untuk makan? Salah saya dihujung-hujung pregnancy walau tahu baby sedikit kecil tapi masih meneruskan niat berpuasa? Saya belum pernah berhenti dari memikirkan, adakah semuanya salah saya?


Jadi kalau masih ada yang bertanya bila nak tambah bilangan anak, jawapan yang mampu cuma "Nantilah..."
Kalau nak jawapan ikhlas, "Bila saya rasa saya mampu untuk menjaga diri dan baby dalam kandungan saya supaya dia lahir sempurna."

Susah bukan nak tentukan bilakah waktunya..




20 July, 2011

Motivasi Kerja Kuat



Saya jarang bercerita perihal kerja saya di sini. Bukan tak suka, cuma saya rasa bidang kerja saya kurang sesuai dibincangkan secara terbuka begini. Nak memuji rasa tak kena, nak mengeji perihal kerja lagi lah rasa tak kena.

Tapi kebelakangan ni saya hilang motivasi. Langsung!

Setiap pagi bangun untuk bersiap ke tempat kerja rasa seolah-olah sedang bersiap nak ke medan perang. Rasa lemah, rasa malas, rasa bosan, rasa frust! Malah orang yang nak ke medan perang rasa jauh lebih bersemangat dari saya.

Saya tahu kalau saya tanya, macam mana nak memotivasikan diri untuk bekerja dengan lebih bersungguh? Mesti ramai yang akan kata, kerja kan satu ibadah, kena niat untuk sentiasa ikhlas dan bersungguh-sungguh bekerja. Saya tahu.

Tapi hati saya masih sama. Masih tiada hati.

Memang kadang kala ada rasa kesal dalam hati. Berkat ke tak gaji yang saya terima setiap bulan kalau kerja main-main begini. Tapi saya hilang motivasi, hilang inspirasi.






08 July, 2011

Floria 2011, Roses Are Forever


Roses Are Forever!

Floria Putrajaya kembali lagi tahun 2011 ni. Suka benar saya dengan tema yang dipilih penganjur tahun ini.






image:Google


Walaupun saya bukanlah penggemar tegar bunga mawar/ros ni (nak jugak ada nama dia tu ^_^), tapi Floria 2011 ni memang saya tunggu. Tahun lepas tak berpeluang nak pergi mengenangkan Azfar yang masih kecil. Rasa kesian pada dia nak bersesak di tengah panas. Dia bukan baby yang biasa, dia memang susah nak tolerate persekitaran yang terlalu panas. Bukan lah kerana dia putera lilin, tapi ada la masalah dengan kesihatannya yang parents dia ni risaukan.


Tahun ni, anak kecil saya dah boleh berlari dan dah agak boleh tolerate dengan cuaca panas, jadi saya simpan hasrat nak bawa dia menikmati keindahan flora dan fauna :-) Dalam masa yang sama, saya nak mencari bunga-bungaan yang sesuai untuk rumah kami juga. Tidaklah sehingga nak beli roses. Orkid pun ok jugak kan. Saya suka sebab bunganya bertahan lebih lama. 'Tangan panas' macam saya ni kena cari bunga-bunga yang lasak sikit. Daripada memilih bunga ros, saya rasa lebih baik saya beli pokok puding, takpun money plant. Confirm hidup lebih lama.



Jom semua kita ke Floria 2011. Jauh lebih bermanfaat dari berdemonstrasi bagai kan ooopppsss..




See ya!










Kalau Hidup Seindah Angan-Angan

Hidup saya bukanlah yang paling sempurna. Saya berusaha bersungguh-sungguh supaya hari-hari yang saya lalui kalau tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya paling hampir kepada kesempurnaan. Setiap kali sebelum saya tidur, tolak tepi masa-masa yang terus tertidur tanpa sedar, saya selalu simpan hasrat nak bangun awal sediakan sarapan untuk Soulmate (biarpun belum tentu tahu apa yang nak disediakan), nak keluar rumah lebih awal supaya sampai ke pejabat lebih awal, nak memulakan kerja dengan sepenuh hati, nak berpandangan positif sepanjang tempoh 8 jam bekerja, nak balik ke rumah pada sebelah petangnya dengan sisa tenaga yang sekurang-kurangnya separuh, nak sediakan dinner untuk keluarga, nak layan anak & suami sepenuh perhatian.


Perfect. Hari yang bakal saya lalui nampak indah dan sempurna.


Tapi realitinya, kadang-kadang bila alarm berbunyi, saya matikan dan terlewat bangun. Nah, hilang sudah angan-angan yang pertama nak sediakan sarapan untuk Soulmate. Berturutan dengan itu, saya juga mungkin lewat ke pejabat. Merah lah punch card untuk hari tu. Musnah juga angan-angan kedua. The rest of the day, dah boleh agak kan kesudahannya?

Saya manusia biasa. Bukan Superwoman.

Itu baru cerita soal bagaimana nak menjalani hidup sehari-hari. Kalau nak diceritakan bab keinginan dan angan-angan lain terutamanya soal material, boleh sesak nafas mengenangkan realitinya.

Tapi, selagi seseorang hamba itu tak bersyukur kepada penciptaNya, selagi itulah dia tidak akan rasa hidupnya sempurna.

Bersyukur. Bersyukur. Bersyukur

Atas nikmat kehidupan saya sekarang. Ada Dia untuk mengadu domba, ada keluarga untuk berkasih sayang, ada kerja untuk menyara hidup. Apa lagi yang perlu dirungutkan?

Orang lain menjeling nakkan kehidupan kita, kenapa kita perlu menjeling kepada orang lain dengan rasa cemburu untuk dapat kehidupan seperti dia.

Syukur.

10 June, 2011

Blended Orange Cake Yang Menawan :-)


Last weekend saya dah buat cake ni. Mudah dan sedap.

Petang semalam balik dari kerja, nampak ada lagi orange dalam peti sejuk. Terus terfikir nak buat lagi.




*Breakfast untuk Soulmate pagi tadi. Sila abaikan roti kat sebelah tu ye



Saya ambik resepi dari sini. Cuma ada sikit-sikit saya ubah ikut citarasa tekak saya. Tapi rasanya masih sedap. Masa tengah bakar cake ni, sedap je rumah dengan bau orange.




09 June, 2011

Mencari Yang Sempurna


Semalam, masa balik dari kerja tengah pandu kereta sambil layan Azfar,

Me : Azfar, lorryyyy.. *dengan sebelah tangan tunjuk lori di depan pada Azfar

Azfar : uuuwieeeee..

Boleh la hai anak. Ada jugak idghamnya. Pelan-pelan kayuh ye..Sehari sepatah perkataan, lama-lama khatam satu buku jugak kan *pepatah cipta sendiri ;-)

Buka radio, terdengar lagu Sempurna by Andra&The Backbone. Saya suka.

Sweet.

Terima kasih pada Andra&The Backbone yang mencipta melodi dan lirik yang begitu sweet.

Tiba-tiba teringat pada Seth Tan Soulmate. Dia mungkin bukan lelaki paling sempurna di dunia tapi dia sempurna bagi dunia saya, sempurna bagi perkahwinan saya, sempurna bagi keluarga kecil saya. Dia menyempurnakan saya.

Saya pasti setiap antara kita pasti mencari yang paling sempurna untuk diri sendiri. Yang paling sempurna untuk bersama berkongsi perjalanan hidup sampai mati. Walau jauh di sudut hati, kita juga tak pernah pasti apa yang akan terjadi.

Perjalanan cinta saya bukan semudah ABC. Pernah suatu ketika, semasa saya harus buat keputusan, saya rasa nak mati. Rasa macam dunia sekeliling saya berhenti. Rasa lebih dari batu besar menghempap diri. Rasa diri sendiri dituding oleh semua jari.

Tapi saya cuma seorang perempuan yang mencari kesempurnaan sama seperti yang lain. Kalau tidak masakan Seth Tan digilai, kan?

Bagi saya, sempurna bukan bererti yang terbaik segalanya. Yang paling handsome, yang paling romantik, yang paling bijak, yang paling kaya, yang paling segalanya. Sempurna adalah bagaimana dia bawa diri dia, bagaimana dia menjadi diri dia sehingga membuat diri saya sendiri rasa begitu sempurna. Paham?

:-)

* Saya tengok juga Seth Tan sehari dua ni, dah semua orang angau kat dia sangat kan. I don't geddit..Saya rasa biasa2 je, mungkin kerana saya dah terlepas episod2 romantik dia.

08 June, 2011

Wordless Wednesday: Enjoy Every Moment





Soulmate sibuk siapkan kerja dia kat luar, me with my current reading material sambil temankan Azfar tidur. Enjoy every moment of it!


07 June, 2011

Adat Dalam Majlis Pertunangan

Tengah pilih gambar terbaeeek Azfar untuk print. Cari yang paling ensem yang boleh saya jumpa haha. Maklum la teacher dia dah sebulan mintak saya buat-buat lupa plak. Hari tu guna alasan tengah sibuk nak pindah, sekarang saya sudah takde alasan. Kesian plak teacher dia, projek nak tampal kat dinding tak dapat sambutan dari saya.

Tengah browse dok cari tu saya terjumpa album masa majlis bertunang dulu. Saja tengok (sambil sedih compare berat badan masa tu dan sekarang).




Terjumpa gambar disuap gula oleh bakal mak mertua.





Saya memang tak pelik dengan adat ni. Orang Penang kan..Memang saya sedia tahu kalau majlis bertunang dalam keluarga mami penang, memang terselit dengan budaya suap gula kepada bakal menantu oleh ahli keluarga (perempuan) pihak lelaki. Gula pasir ye bukan main-main. Pernah suatu masa dulu, masa sepupu saya bertunang satu rombongan keluarga lelaki suap gula kat dia. Masa tu control je, lepas habis majlis terus berlari ke dapur kumur sebab sakit gigi haha. Kesian.

Saya dah cakap saya sedia tahu. Cuma saya tak sangka saya pun kena jugak! dan saya tahu pun pada masa majlis tu berlangsung. Bertuah sungguh Soulmate masa tu, tak warning langsung *ke awak pun tak tahu sayang hehe. Bakal mak mertua (masa tu) takde rupa datang dari keluarga mami pun. Bila dah tanya-tanya rupanya adalah keturunan keluarga mami tu..

Sekarang, kalau kat Penang, bukan setakat keluarga mami yang amalkan budaya suap gula ni. Yang tak mami pun kadang kala ada juga. Jadi kalau bakal suami orang Penang elok tanya dia dulu ada tak terselit acara suap gula masa majlis bertunang anda nanti. Bukan apa, buat persediaan.


* Patut la dalam tempoh bertunang ni orang kata darah manis hehe

01 June, 2011

Wordless Wednesday: Bukan Saya Yang Kurang Tinggi, Soulmate Memang Keturunan





Tak percaya??








cer tengok






See..kan saya dah kata. Kalau saya 1.6m, jadi Soulmate? dan keluarganya..?


31 May, 2011

Rindu Pada Dia


Tiba-tiba rasa rindu dengan dia. Semalam, lepas selesai panaskan lauk untuk Soulmate saya terus berselubung sebab rasa lemah badan nak demam. Tinggal Soulmate makan dengan Azfar dan layan dia sampai tido.




Mama sayang kamu sangat!

*Tiba-tiba teringat dah almost 3 minggu teacher dia mintak gambar nak tampal dalam class, saya belum pegi print lagi. Haisshhh..





30 May, 2011

Selesai Sudah Urusan Pindah Rumah

Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak urusan pindah rumah. Kami betul-betul pindah the day before Wesak day. Alasan, senang sebab dapat hantar Azfar ke school sementara saya dan Soulmate selesaikan urusan pindah rumah. Then the next day was a holiday, dapat la berkemas sikit sebanyak.


Memang agak memenatkan sebabnya, kami di Kota Bharu weekend before for my sis in law reception, groom's side. Sunday, balik dari KB, Monday pindah. Kalau ikut perancangan awalnya, kami nak pindah weekend selepas majlis di KB tapi sengaja diawalkan atas beberapa reason. Antaranya adalah kami kena pindah on weekdays or else Azfar akan sangat 'membantu' proses perpindahan tu ;-)


Jadi, memang agak kelam kabut sikit urusan kami on the day itself. Pagi, lepas hantar Azfar ke school kami angkut sikit2 barang guna both cars ke rumah baru. Lepas satu trip, technician yang nak pindahkan astro dan technician aircond datang untuk buka dari rumah lama dan pasang di rumah baru. Saya di rumah lama tunggu they all buka, Soulmate di rumah baru tunggu they all datang pasang. Luckily, orang lori informed dia akan lewat sikit.


Hari tu, kami cuma bersih dan kemas master bedroom supaya dapat tidur. Barang-barang lain mmg tunggang langgang. Memang inilah akibatnya pindah terkejut macam org lari dari rumah tak mampu bayar sewa. Haha..


Sekarang sudah lebih tenang sedikit. Masih ada 30-40% barang yang belum kemas, pelan-pelan kayuh la.







Sikit tips on pindah rumah based on our own experience;


Planning - Memang perlu perancangan awal supaya arrangements dengan technician yang berkenaan dapat dibuat mengikut masa yang sesuai. Kalau jadi macam saya, memang berpeluh la. Sudahlah asyik bertangguh nak packing barang..


Packing - Kalau ada perancangan awal, jadi dapat peruntukkan masa yang secukupnya untuk packing barang-barang. Lagi satu, sebolehnya guna box yang saiznya kecil supaya senang bila nak mengangkat all the boxes. Kalau isi satu box besar penuh, 3 orang angkat belum tentu boleh :-)

Itu saja yang saya boleh ingat sekarang ;-)




26 May, 2011

Kita Semakin Lupa Bagaimana Nak Berbual Zaman Ini

Suatu hari, kami anak beranak ke Saba, Cyberjaya. Niat di hati dan perut masing-masing terasa teringin bernasi arab. Sambil menunggu makanan sambil sibuk melayan Azfar yang asyik nak main dengan straw. Maklum la baru pandai sedut air guna straw katakan.

Belakang meja kami, duduk satu keluarga kecil juga seperti kami. Si suami, masuk terus duduk lalu menghadap blackberry. Isteri duduk berhadapan melayan anak kecil dalam carseat atas meja. Lepas 15 minit, agaknya si isteri bosan lalu bagi si anak doll kecil buat main lalu menghadap iphone. Beberapa lama kemudian, hidangan mereka sampai lalu masing2 letak fon dan mula makan. Usai makan, si suami kembali dengan blackberrynya dan si isteri kembali melayan anak kecil sambil sebelah tangan lagi sibuk dengan iphone juga.

Rata-rata meja lain juga hampir serupa. Kalau ada yang masih berbual pun, tangan masih tak lekang dengan phone masing-masing. Kadang kala semasa berbual juga mata masih menjeling ke arah phone sendiri.

Membuatkan saya terasa sedih. Keadaan sekarang buat kita semakin lupa bagaimana untuk berkomunikasi cara manual.


Mungkin orang kata saya ni ketinggalan zaman. Tapi saya masih lebih suka kalau berbual biar berdepan.


Tak salah kalau kita seiringan dengan teknologi.

Cuma

Ada masa dan ketikanya berbual biasa lebih sesuai.

24 May, 2011

Situasi Dalam Kereta Pagi Tadi


Si suami memandu.

Anak kecil dalam carseat sebelah suami.

Isteri bersandar di belakang sambil baca suratkhabar (weekend punya yang kebetulan ada dalam kereta).

Lalu, suami kata: "Hai sayang, ingat bos ka dok belakang baca surathabaq??




06 May, 2011

Tentang Renovation Rumah


Alhamdulillah, renovation work dah hampir selesai. Tinggal table top untuk kitchen cabinet, kipas + pendant light dan tiling work untuk bilik air je lagi yang insyaAllah akan siap Sabtu ni. Sekarang tengah sibuk packing barang untuk pindah ke rumah sendiri. Kalau ada sesiapa yang nak datang rumah sekarang, mintak maaf la memang saya kata tak boleh. Nanti takut orang yang datang tu tak tau mana nak pijak. Rumah saya sekarang adalah tunggang langgang.

Banyak sangat barang nak packing. Sampaikan saya rasa dah banyak yang dah masuk kotak tapi bila tengok sekeliling macam takde perubahan je, tak luak pun :(

Mother in law saya kata, depa kawen dah 40 tahun pun barang tak banyak macam kat rumah saya, haha. Kalau ikutkan memang logik la sebab semua adik-beradik Soulmate dah kawen. Tinggal parents in law saya je kat rumah tu patut la barang tak sebanyak kami. Kami, walaupun keluarga kecik tapi barang Azfar je dah suku rumah *salah siapa kalau bukan mak bapak dia yang belikan hehe

Itu nanti saya ceritakan jerih payah nak berpindah randah ni. Kali ni saya nak cakap tentang macam mana berpeluhnya (mostly Soulmate la) menguruskan renovation work. kalau kami orang berada, memang saya sanggup keluarkan duit lebih sikit bayar main contractor dan suruh dia handle semua. Apa-apa tak kena, cubit dia je. Sekarang ni, memandangkan bajet adalah cukup-cukup, kami uruskan sendiri dengan contractor lain-lain yang ada ragamnya sendiri. Kitchen cabinet dengan ragam dia, grill (yang paling teruk) dengan alasan dia, extension work dengan cara dia. Pendek kata kalau tak sabar, memang angin satu badan.

Berdasarkan pengalaman sendiri, ini adalah komen saya:-

Kitchen Cabinet

Saya percaya kebanyakan kaum wanita ni, bila bab rumah baru, perkara pertama yang dirancang adalah hal ehwal dapur. Dapur, dalam rumah terutamanya bagi orang Melayu boleh dianggap ibu rumah. Saya pun sama juga, daripada sign S&P agreement lagi dah berangan tentang gaya dapur pilihan. Timbunan magazine kat rumah jangan cakap la, asal hujung bulan je sibuk la dengan magazine baru, Impiana Dapur, Anjung Seri, ID, Homedecor, Seni Hias etc jadi bahan bacaan utama. Dan seperti kebanyakan orang juga, saya & Soulmate ke hulu ke hilir cari the best quotation dan contractor. Nasihat saya dalam memilih contractor, jangan hanya pandang yang paling murah. Yang paling mahal juga tak semestinya yang terbaik. Kalau boleh cari review tentang kualiti kerja, itu yang akhir sekali akan buat kita puas hati. Kalau cerita tentang kitchen cabinet saya, final outcome saya puas hati. Yang ralat pun cuma masa first time nak install rupanya salah color, so kena tunggu lagi seminggu untuk buat balik ikut color yang dah dipersetujui. Ada la jugak part nak menaikkan tekanan darah tu.


Extension work

Semasa merancang renovation ni, berapa kali kami on & off dengan cadangan nak extend bahagian dapur, tambah stor dan bilik air. Daripada tiga benda, ada satu masa tinggal dapur dan stor saja. Tapi bila difikirkan semula, kalau ikut nasihat ramai orang, kami on jugak dengan cadangan asal, extend dapur, tambah stor dan toilet. Sebabnya, kami rasa lebih elok kami selesaikan kerja-kerja construction ni sebelum berpindah masuk. Kalau nanti2 baru nak buat, kirim salam je la. Sepuluh tahun lagi belum tentu dapat buat. Contractor yang kami dapat tu ok, kemas dari segi kerja tapi macam biasa la janji dua minggu tapi almost sebulan baru siap. apapun, kami puas hati jugak la dengan hasil kerja.


Wiring

Wiring juga elemen penting yang perlu dipikirkan. Memandangkan sepupu saya memang contractor, so kami pilih dia. Mula risau jugak sebab berurusan dengan sedara mara ni susah kalau ada yang tak puas hati. Tapi mujur kami puas hati + dia pun buat kerja dengan cepat.


Grill


Yang ni paling penting tapi paling menyesakkan jiwa raga betul. Masa minta datang ukur, Soulmate siap tunjuk kalendar tanya dia sekian tarikh ni sempat tak siap. Jawabnya sempat. Tapi bila sampai hari Khamis yang dijanjikan, boleh plak dia kata 'ingat Khamis minggu depan' rasa nak luku kepala dia, akhirnya tak jadi sebab dia ada hal, janji pulak esok (jumaat), bila call, cakap petang skit lepas solat jumaat, batang hidung pun tak nampak. Janji pulak sabtu, bila sampai harinya sedara plak meninggal. Memang sakit jiwa raga. Sebabnya, patut hari Khamis pasang grill, Jumaat pasang kitchen cabinet + lampu dan kipas, Sabtu pasang curtain. Last2 semua cancel sbb yang lain2 tak boleh buat selagi grill tak pasang. Bengong!


Itulah pengalaman saya. Kata orang, dalam banyak benda yang kita buat untuk siapkan sebuah rumah memang akan ada satu dua perkara yang tak menjadi ikut plan kita. Tapi Alhamdulillah semuanya dah hampir siap. Itupun, untuk cat rumah kami cat sendiri, puas hati! Thanks to Soulmate :)




22 April, 2011

Kalau Positive Risau; Kalau Negative Kecewa

I missed my period for few months already. Mmg read few months ye bukan typo error. My last one was in January. Tapi saya buat rilek je malas nak test, sebabnya kami amalkan famili planning katanya kan. So peratus nak pregnant adalah sangat tipis. Ada, saya tak nafikan cuma adalah sangat tipis.

Tapi, sebab risau Azfar suka sangat menjatuhkan badan dia atas perut saya (mana la tau rezeki Allah nak bagi kan), saya nekad beli juga pregnancy test kit tengahari tadi. Sampai je di ofis, belum sempat letak handbag dalam bilik terus saya singgah ke washroom, ofcos la bersama-sama test kit yang baru saya beli tu :-)

Memang tak menyabar sungguh. Saya rasa gelisah nak menunggu line keluar. Takut kalau double line. Bukan saya tak bersyukur, cuma sungguh saya belum bersedia sepenuhnya. Seorang anak untuk dibesarkan bukan perkara kecik yang boleh asal ada je, terima. Pada saya, perlu perancangan teliti, perlu rancang segalanya. Dari keadaan kewangan, fizikal dan mental saya sendiri sehingga la ke Azfar. Semua orang dalam keluarga saya perlu betul-betul bersedia untuk menerima keadaan keluarga yang akan totally berubah. Hmmm seminit yang mendebarkan.

Lepas seminit berlalu, cuma satu line yang appear. Saya patut rasa lega. Tapiiiiiiiiii yang peliknya, terdetik juga rasa kecewa dalam hati. Seolah-olah hati saya kata, alahhhhh kenapa satu line je?

Soal hati memang pelik.

*Moral of the story: saya kena buat appointment dgn O&G tanyakan hal 'kawan baik' yang tak datang menjenguk ni :-)

01 April, 2011

Ini Menyebabkan Amarah



Lebih kurang dua minggu lepas saya terima surat ni. Surat yang saya tunggu-tunggu berbulan-bulan lamanya. Kalau masih ingat
entry saya yang ni, saya dah selesaikan hutang pinjaman pendidikan yang satu tu. Janjinya pada hari saya selesaikan hutang tu, saya akan diberi surat pelepasan hutang dalam tempoh 2 bulan.





Kerana janji tu, selepas tamat tempoh dua bulan saya asyik la call hotline agensi berkenaan untuk bertanya tentang surat yang dijanjikan. Jangan kan surat nak sampai, bayang posmen menghantar pun tak nampak. Pernah sekali saya call, jawapannya


"Baru lagi ni, tunggu la sebulan dua lagi.."


Bikin panas betul! Saya tau, selama ni saya berhutang dengan awak tapi bila saya dah selesaikan, jangan la buat saya macam tu.
Ok, lupakan part menunggu berbulan-bulan diiringi panggilan telefon dan emel yang berterusan tapi tiada jawapan. Akhirnya saya terima jugak surat berkenaan.


TAPIIIIII, kalau dilihat pada isi kandungan suratnya, ada beberapa perkara yang saya masih tak puas hati.


1. ....sebagai bayaran akhir pinjaman pendidikan P*P*N, tertakluk kepada apa-apa bayaran yang masih belum dikemaskini (sekiranya ada).



Apakah?????????? Bukan ke masa saya call tanya baki pinjaman kerana saya nak bayar penuh, katanya saya perlu ke HQ atau One Stop Centre supaya akauntan P*P*N boleh buat kiraan yang tepat tentang baki pinjaman tersebut. Kenapa bila datang surat, masih perlu ada 'bayaran yang masih belum dikemaskini' tu. WHY??


2. ........, sekiranya tiada apa-apa tuntutan daripada P*P*N dalam tempoh 6 bulan, surat pelepasan pinjaman ini dianggap muktamad.



Ok saya rasa nak menjerit sekarang. Lepas tunggu hampir setahun untuk dapat surat pelepasan ni, awak suruh saya tunggu lagi 6 bulan sebelum surat dianggap muktamad!!! Kenapa awak tak tunggu je lagi 6 bulan (dan biar saya call dan emel awak mcm org gila) baru awak keluarkan surat yang dah muktamad!!!! Apekah??


Nak update bayaran yang org dah buat pun macam ni, lagi awak nak keluarkan kat surat khabar berpuluh ribu org tak bayar? Ke awak yang tak update makcik?


*p/s: Maaf entry emosi pagi2 ni...

25 March, 2011

Sekitar Kehidupan Sekarang

Rasa letih sungguh kebelakangan ni. Dengan kerja, dengan hal rumahtangga, dengan hal-hal lain :-)

Banyak perkara yang sedang berlaku sekitar kehidupan saya sekarang ni. Paling meletihkan, saya dan Soulmate sedang dalam proses men'touch up' rumah sebelum berpindah masuk. Walau bukan kita yang buat construction work tu semua, memikirkan hal dari yang besar ke hal yang seremeh-remehnya memang betul-betul mencabar akal pikiran.

Selang satu hari kami pi tengok progress rumah. Memang penat!





pic source: Google

Sekarang ni pun saya tengah berpinar mata belek katalog cat nak memilih warna yang sesuai untuk setiap ruang.


pic source: Google

Nasib baik ada budak cheeky ni!!!





10 March, 2011

A Doctor In The House: A Memoirs Of Tun Dr. Mahathir Mohamad

Dua hari lepas saya teman Soulmate ke MPH Alamanda. Dia nak jugak cari buku Memoirs Mahathir ni. Tebal, lebih kurang 62 Chapters (22 tahun punya cerita kan) tapi affordable (RM100.00). Saya tak sabar nak baca, tapi kena tunggu Soulmate habiskan dulu.

Saya bukan jenis orang yang minat politik, saya cuma orang yang sangat kagum dengan cara pemikiran doctor yang sorang ni.




image: Google

*Mula-mula saya pegang buku ni, saya tanya Soulmate, agak2 berapa harga spec(tacles) dia ye? heeee..

08 March, 2011

Retak Seribu

Soulmate sms tadi.

Nak pi pasar tani tak cari siput.

Terus saya teringat dah lama teringin nak makan siput ni. Keinginan biasa saja, bukan sbb berisi yang lain ;-)



image: Google

Kalau di tempat saya, kami panggil siput retak seribu. Mungkin sebab corak pada cengkerang dia. Tapi bila berbual dengan teman ofis, katanya bukan siput tapi lala. Kebanyakan orang panggil lala. Tak tau kenapa saya lebih suka dengan nama siput retak seribu. Bagi saya pula, kalau lala, bentuknya lebih kurang sama tapi saiz yang kecik2 tu..


04 March, 2011

Complaint, Kerja dan Rumahtangga

'Too many people go through life complaining about their problems. I've always believe that if you took one-tenth the energy you put into complaining and applied it to solving the problem, you'd be surprised by how well things can work out.' - Prof. Randy Pausch in The Last Lecture.

Saya belum habis baca buku The Last Lecture yang saya mentioned before. Dah dua minggu belum habis baca? Memang lambat sebab saya super bz few weeks ni. Tadi masa lunch hour saya ada extra time, lunch hour hari jumaat kan 2.5 jam. Jadi, sempat la saya teruskan usaha menghabiskan buku tu. Saya terhenti pada chapter 32, Prof Randy cerita tentang perkara ni.

Pembacaan saya terhenti bila memikirkan saya mungkin tergolong dalam 'too many people' tu. Tak dinafikan memang saya selalu complaint. Paling jelas dalam seminggu dua ni. Mungkin saya sangat penat, physically and mentally exhausted! Yang paling banyak saya complaint of course pasal kerja. Sampai satu tahap, saya rasa bangun pagi untuk pergi bekerja seolah-olah saya nak pergi berperang. Rasa sangat tidak hendak ke pejabat. Sangat!!

Bila difikirkan balik, memang tak bagus kalau selalu complain. Tapi itu salah satu cara saya melepaskan perasaan. Kalau disimpan, saya rasa saya boleh kena heart attack. Saya tak complain pasal kerja, saya complain tentang orang yang bekerja bersama saya. Mungkin saya patut lebih positif dalam menangani perasaan sendiri lepas ni.

Memang orang boleh cakap, bila habis waktu bekerja tinggalkan segalanya di pejabat. Balik rumah dengan hanya memikirkan tentang hal2 rumah. Easier said than done! Kalau lah otak kita ada switch on and off, mungkin perkara tu jadi senang. Bila datang pejabat, switch to office mode, bila balik rumah switch to famili mode..

Dah petang Jumaat pun. Saya nak balik rumah dengan memikirkan untuk melalui weekend yang hebat, hopefully. Till next week..

01 March, 2011

Anak Sentiasa Adalah Pengubat Jiwa


Masa saya kena berkampung di JB selama 4 hari dua minggu lepas, memang gundah gulana sungguh. Hati selalu risau, Azfar ok tak dengan baba dia. Boleh tak dia bertahan dengan ketiadaan mama. Boleh ke baba dia masak dan suap dia makan. Boleh tak itu.. Boleh tak ini..

Sebenarnya boleh aje, mama dia yang risau lebih. Takut anak menangis bila mama takde tapi end up mama yang menangis anak takde. Aman memang aman (tolak tepi kerja gila yang kena buat tu), tapi aman yang terasa kosong. Tak happy pun. Mujur sempat beli sebuah buku di KLIA. Sebelah tangan pegang buku sebelah lagi pegang baju anak yang saya bawak bersama. Dah macam angau pun ada masa tu ;-)




*The Last Lecture yang saya baru nak baca. Orang lain dah lama khatam..


Dah la buku yang saya pilih ada unsur-unsur sedih, jenuh jugak nak menahan air mata. Kalau la saya diberi peluang untuk bagi (kalau bukan last lecture pun) kata-kata akhir yang mampu dikenang orang apatah lagi keluarga, belum tentu saya dapat tulis sepatah perkataan pun. Saya rasa buku ni sangat inspiring *semua orang pergi beli cepat!


*Sebenarnya entry ni terhasil sbb saya takde idea nak tulis apa. Maaf ;-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails