30 January, 2009

Cubaan Membuat Pancake

Dah lama sebenarnya dok ckp kat Soulmate nak buat pancake. Sbbnya? Dua minggu lepas i buat nasi ayam madu so ada lg honey lebih taktau nak buat apa. So cadangannya nak buat pancake mkn dgn honey tu boleh gak luak kan.

Dengan gigihnya petang semalam lepas keje ajak Soulmate pi Alamanda cari bahan2 yang patut. Dia ngikutkan aje wifey dia yg tengah mood memasak ni. Kang org malas masak kang syg tak makan kot..cececeh ugut tu hahaha. Dah siap membeli barang bagai masing2 tingin nak makan ayam goreng. Soulmate beli KFC i plak Ayam Goreng McD (maaf kepada yg memboikot, kami mmg sokong Palestin dan membenci Israel, cuma terasa nak makan. Lagipun, apa la budak2 kita yg keje kat tempat2 camtu nak makan kalau kena buang keje nnt kan. Ini pandangan peribadi kami cuma, tak terlibat dgn sesiapa).


So, malam semalam sbb dah beria2 beli barang kan walaupun penat i terpaksa buat jugak pancake tu. Kalau buat pagi ni kang kalau tak jadi sian Soulmate nak makan apa breakfast kan. Bila batter dah siap, Soulmate sibuk nak tolong masak so i biarkan je la org offer diri tu kan..Yehahh jadik tau pancake i. So, batter semalam ada lebih i simpan, pagi ni buat bekal utk me and Soulmate :-)



Satu bekal for Soulmate dan satu for me (isteri mithali tak saya? hehe)


Tak caya pancake saya jadi ek? Tengok2 jadi kan..


Tapi tujuan asal nak abiskan honey tak tercapai memandangkan saya lebih suka makan dengan peanut butter. Jadiknya bukan honey yang luak kat umah tp peanut butter ;-)

Camne nak buat? Senang je pun..

Bahan2
1 1/2 cawan tepung
3 1/2 sdt baking powder
2 sdt gula (kalau nak manis ble tambah lagi)
1/2 sdt garam
3 sdb marjerin (cairkan)
1 biji telur
1 3/4 cawan susu segar
sikit vanila essence (kalau nak letak la)

Caranya
Ayak tepung dgn baking powder, gula dan garam (kalau baru kawin dan takde pengayak macam i maka gaulkan je la puan2). Lepas tu masukkan susu, telur, marjerin cair, vanila essence dan gaulkan sampai sebati. Panaskan pan dan masak la ikut saiz yg puan2 suka :-)

Senang kan..selamat mencuba! cewahh mcm chef wan plak rasa hihi

29 January, 2009

CNY Holiday

Sbb last skali balik kampung, masa Aidiladha aritu je so cuti panjang masa CNY ni Soulmate ajak balik kampung. Lagipun ada la few wedding yang kena attend. Mula2 balik Sg. Petani umah PIL. Bila dah kawen ni kan, cuti pun kena bahagi sama rata. Kalau lama sgt kat Sg. Petani, me merajuk. Kalau lama sgt kat Pmtg Tok Jaya sian plak Soulmate. Jadiknya kena la bahagi sama rata. Kami bertolak balik Jumaat malam, pkl 10 baru nak gerak hehe (plan asal lepas maghrib) alang2 nak jammed kita relax2 je la, kata Soulmate. Keta banyak tp ok la masih gerak lagi. Sampai Sg. Petani pkl 4 trus tdo. Esoknya bagun pkl 10.30 haha baguih menantu mama hehe. Hari Sabtu tu kat umah je tak buat apa pun, sat2 kat luar tgk Soulmate basuh keta, sat2 kat dalam bilik baring sbb penat, sat2 keluar lagi tengok Soulmate potong rumput plak..

Petang, Soulmate ajak pi pasar malam yahooooo..
best2 dapat jalan2. Baba nak makan durian jadiknya kami la pi mencari kat pasar malam tu. Best tau pasar malam kat kampung ni..



masing2 muka ceria dapat pi pasar malam

Hari Ahad sampai Selasa plak balik umah i yeayy..

22 January, 2009

Kisah Dua Minggu Mereka

"Syg, org tak period lagi la.." rungutan yang hampir setiap hari si suami dengar daripada isterinya. "Tak lama lagi la tu. Syg stress kot?" si suami cuba meredakan kerisauan hati isteri.
"Maybe la kan" sambut si isteri mematikan perbualan bagi topik tersebut.

Dengan dialog yang hampir sama, begitulah perbualan sepasang suami isteri itu apabila menceritakan soal itu. Namun, si isteri yang masih tak berpuas hati setelah hampir seminggu kitaran menstrualnya tak menepati waktu, lantas memilih untuk menguji sendiri. Mungkinkah aku hamil? fikirnya..Semalaman bersabar menanti fajar pagi menjelma kerna kata org, waktu yang terbaik untuk ujian itu adalah waktu pagi. Berdebar2 juga si isteri semasa menanti keputusan itu. Walaupun mengikut perancangan asal dia dan suami, sekarang belum lagi tiba masa yang sesuai untuk menambah ahli keluarga namun apabila ujian itu dengan sahih mengesahkan dia tidak hamil, terpalit juga rasa kecewa di hati. Terfikir juga akan dirinya, bagaimanakah agaknya perasaan seorang wanita yang sangat2 mengharapkan timbulnya garisan pada penguji itu. Pasti kecewa teramat sangat bukan?

Memandangkan ujian itu sudah pasti negatif, suami isteri itu percaya bahawa kitaran menstrual si isteri terganggu kesan tekanan mungkin. Seminggu kemudian si isteri mula merasakan PMS, bertambah yakinlah mereka bahawa kerisauan selama ini cuma kerana gangguan cuma. Dua minggu kemudian, PMS tidak hilang2 hingga keputusan menguji semula diambil.

Pagi Jumaat itu, si isteri mencuba lagi menguji..kali ini keputusannya berbeza, sungguh berbeza. Tak berpuas hati dengan sekali cuma, waktu rehat hari itu, si isteri menerjah mencari satu lagi penguji. Sah, keputusan pagi tadi tidak berubah sikit pun..Hatinya rasa berdebar, berdebar bukan kerana tidak menerima tp berdebar takut tak terlaksana..Kerna hampir pasti ketentuan Allah itu hendak mengurniakan mereka dengan kurniaan tak terhingga nilainya, maka si isteri membuat temujanji dengan yang lebih pakar untuk mengesahkannya.

Hari bertemu pakar tiba. Suami isteri itu begitu teruja. Walau terpaksa lama menanti namun masih bersabar rupanya mereka. Namun, jawapan yang diterima sedikit merisaukan.
"Mungkin terlalu awal untuk sahkan sama ada puan betul2 pregnant ataupun pregnancy ni tak jadi" Mcm menikam dada rasanya beberapa perkataan terakhir doktor muda itu.
" Takpe, kita bagi masa dua minggu lagi untuk sahkan. Puan boleh datang semula lagi dua minggu. Tapi in case bleeding at any time, trus datang k tak perlu tunggu appointment date" tercalar lagi hati mendengar. Tak sabar pun ada.

Setelah hampir seminggu berlalu, hanya risau yang menakluki hati isteri (atau mungkin jua si suami walau pada luarannya dia nampak tenang sekali). Inilah dua minggu yang paling lama pernah dirasakan oleh mereka. Sejak seminggu inilah tangisan mengiringi doa setiap kali menunaikan kewajipan solat kepada Dia. Rasa segan kepadaNya untuk minta kerna hati pernah kata nnt dulu kepada kurniaan ini. Mungkin Dia sedang menguji kesabaran kami. Hanya kata2 si suami yang selalu bisa menangkan si isteri.

"Urusan ini kan urusan Dia, kita berdoa dan tak perlu risau. Kalau Dia kata ada, adalah. Kalau Dia kata takdak, hanya Dia yang tahu kita belum bersedia. Jangan risau sangat k sayang", sungguh menenangkan hati si isteri lontaran kata2 itu.

Seminggu lagi sebelum bertemu pakar semula. Seminggu yang pasti akan jadi paling panjang dalam hidup mereka. Doakan mereka..

Angpau

Yeayy..i dpt angpau bos bagi :-) Untung tau bos Chinese so bila CNY i boleh dpt angpau hehe..



i ada baca skit2 la pasal CNY history and tradition. According to internet kan, zaman dulu2 ada satu evil spirit called Nian or Nien yang akan datang masa hujung tahun untuk serang dan cederakan penduduk kampung. So, masa tu penduduk kampung ni takut sangat sampai la they all dpt idea untuk patah2kan buluh dan bakar. Bila Nian/Nien ni dengar crackle dan nampak api dia jadi takut dan lari. So every year penduduk kampung akan buat benda yang sama sampai la jadi mcm satu sambutan wajib. Macam tu la start sambutan CNY ni :-)

Dari segi tradition plak, beberapa hari before CNY, semua org akan sibuk sapu dan bersihkan umah sebagai tanda seolah2 buang semua ill-fortune untuk make way kepada wishful incoming good luck. Sbb tu on the day itself depa tak boleh sapu lantai takut good luck tu pun keluar skali. Lepas tu, on CNY eve akan ada makan besar, semua famili member akan berkumpul untuk makan dan ada la beberapa makanan yg wajib ada (i tak ingat sangat nama makanan tu). On the day itself, pagi2 lagi children akan greet parent depa dan dapat angpau :-) Lepas tu masing2 akan ziarah menziarahi..Sambutan CNY ni akan habis pada 15hb bila datang Lantern Festival.

So, tu la skit2 yg i tau pasal CNY lepas google kat internet (tak salah pun ambik tau tradition org lain kan)



14 January, 2009

Denggi

Pagi ni bila i dah sampai ofis, Soulmate call bagitau mama & baba nak mai Putrajaya sbb Farhan, nephew kami ni suspected denggi. Ala siannya..



Mmg isu denggi & Chikungunya tengah hot skrg ni. Semalam pun masa balik keje ada org tengah fogging kat umah i..

Denggi
Dengue fever
is a disease caused by one of a number of viruses that are carried by mosquitoes. These mosquitoes then transmit the virus to humans. The virus that causes dengue fever is called an arbovirus, which stands for arthropod-borne virus. Dengue fever can occur when a mosquito carrying the arbovirus bites a human, passing the virus on to the new host. Once in the body, the virus travels to various glands where it multiplies. The virus can then enter the bloodstream. The presence of the virus within the blood vessels, especially those feeding the skin, causes changes to these blood vessels. The vessels swell and leak. The spleen and lymph nodes become enlarged, and patches of liver tissue die. After the virus has been transmitted to the human host, a period of incubation occurs. During this time (lasting about five to eight days) the virus multiplies. Symptoms of the disease appear suddenly and include high fever, chills, headache, eye pain, red eyes, enlarged lymph nodes, a red flush to the face, lower back pain, extreme weakness, and severe aches in the legs and joints.

Chikungunya

Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian d
an adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.

I penah kena denggi skali last two years. Masa tu jgn ckp pa
sal makan la minum air pun rasa nak muntah. Prevention is better than cure kan so meh la kita hapuskan aedes :-)



Ikut la saranan Kementerian Kesihatan (wahh..promote gitu)

Mengesan dan memusnahkan sebarang tempat atau bekas pembiakan
nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah selama 10 minit setiap minggu.

Semburkan aerosol pembunuh nyamuk di tempat yang gelap dan
tersembunyi di dalam dan luar rumah yang menjadi tempat nyamuk
Aedes dewasa berehat.

Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik di bekas takungan air yang sukar
untuk dikosongkan seperti tangki air utama dan sistem tandas.

13 January, 2009

I nak update tp taktau nk tulis cite apa..Sbbnya, kalau weekdays mmg rutin je life i tau, pagi2 bangun pi keje, petang balik keje, mlm dok umah tengok tv & tido pastu esoknya sama jugak sampai la weekend..Soulmate ni home person, jadiknya wife dia yg dulunya pantang melekat kat umah pun kena la biasa2kan diri. Sebelum kawen, setiap hari pun ada plan. Kalau tak dating dgn Soulmate, paling kurang i akan ukur keluasan Alamanda ataupun Jusco. Weekend mmg berjalan je la. Kalau Soulmate takde i akan ajak Gee..Tp skrg ni dating pun kat umah je, kalau ada hal baru keluar. Rimas kata Soulmate kalau ramai org..Itulah Soulmate saya.

p/s: laling, org bukan merungut k cuma tengah sesuaikan diri :-)

08 January, 2009

Mood Memasak Tengah Mari

3, 4 hari kebelakangan ni saya adalah rajin memasak. Sejak berjaya masak tanpa bantuan Soulmate, mood telah mari untuk setiap hari balik keje dan masak sampaikan semalam nak makan roti je pun tp saya siap buat daging dgn rempah kari, pastu untuk menunjukkan lagi kerajinan itu, saya potong timun dan tomato untuk letak atas roti, last skali letak cheese..serius sedap (tekak saya dan Soulmate rasa sedap je pedulik la org lain rasa tak sedap kan)

Tengah dok tumis rempah semalam saya siap ckp kat Soulmate weekend ni nak beli keledek nak buat 'coq keria' (ikut loghat Kedah ok) Saya tak tau buat pun tp agak2 je la nak bubuh apa kan janji rupa dia mcm coq keria, rasa belakang kira hehe..

So sekarang ni saya tengah pikir malam ni nak makan apa plak..Kalau tanya Soulmate mesti cenggini jawapannya, "Org tak kisah. Makan apa pun takpa.." Oh darling, sangat tak membantu okk..Susah nau nak pikir sbbnya Soulmate taknak makan nasi malam2..Jadinya sama ada cucuq2 melayu ataupun western..hmm

06 January, 2009

2008 dan 2009

Mcm dah agak lewat untuk memuhasabahkan diri merenung 2008 dan berazam untuk 2009. Tp takpe la tak salah pun kan..

Well, 2008 has been a wonderful year for me, one of my best years so far where i:
  • got engaged to Soulmate on March
  • blissfully married to Soulmate walaupun sekarang ni kadang2 bila pandang dia kat sebelah masih rasa, hey this is my husband!! i have a husband wohoooo!! (we're still adapting to the changes..)
  • learned and stil learning to cook. So far saya telah boleh memberi suami saya makan tanpa bantuan dia memasak bersama saya hehe..(Soulmate sangat suka memasak so i blaja dgn dia la. Actually Soulmate mmg ringan tangan buat keje umah dan dia tak kisah buat semua tu..nnt i cite camne kadang2 i rasa stress sbb Soulmate rajin sangat)
  • dari segi career, i bukan staff kesayangan bos like other officer, enough said!
For 2009, i hope
  • for the best for me and Soulmate.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails