26 March, 2009

First Week in Second Trimester

Saya dah masuk second trimester this week..Org kata second trimester is the best among the three trimester. Yeayy!! Walaupun sebenarnya saya blom rasa apa2 yg berbeza pn. Maybe sbb sebelum ni saya tak rasa any pregnancy sickness kot, Alhamdulillah...Lagipun, so far saya blom nampak mcm pregnant sgt. Sampaikan kadang2 saya sendiri rasa betul ke saya pregnant ni? Mcm mana pun, saya & Soulmate tak sabar tunggu isnin depan utk next checkup :-)




(http://pregnancy.baby-gaga.com)

24 March, 2009

Cinta



Cinta adalah anugerah yang kuasa

Yang bila terasa betapa indahnya
Sungguh lemah diriku

Tak bererti hidupku

Bila tak ada dirimu

Andai kubisa akan kubalas
Semua yang pernah engkau berikan

Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu

Menyayangi diriku

Aku ada karena kau pun ada

Dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya

Tetiba teringatkan Soulmate :-)

23 March, 2009

Entry Secara Banyak Peristiwa

Last thursday, saya yang menurut perintah ni telah diarahkan utk ke Tiara Beach Resort, PD untuk sesi brainstorm dgn satu central agency utk buat satu buku. Ohhhhh..umpanya kena torture, siang malam discuss yg sampai satu tahap rasa nak muntah pun ada (aku pregnant pun takde apa2 sickness, tetiba buat buku ni rasa nak muntah adoiii). Tapi kena layankan jugak maklumlah kita ni org kecik kan..Overall, Tiara Beach sangaaaaaaaaaaaaaaatlah sesuai utk famili bercuti2 Malaysia tapiiiiiiii sangat tak sesuai utk sebarang bentuk urusan rasmi (bapak jauh nak berjalan ke meeting room..utk aku yang roommate bawak keta, Alhamdulillah selamat aku hehe)

Tak caya tengok la betapa bersuka-sukaan budak2 ni bermandi-manda. Pukul 7.30 pagi dah ada yg terjun kat dalam kolam ni tau. Depa ni kulit buaya ka tak sejuk! Kalau dah nama budak2
kan..


Sabtu, lepas lunch dah boleh balik. Legaaaaaaa. Oh, sebelum tu, saya nak gosip skit. Masa tengah kat lobi saya nampak linda onn dan famili dia baru nak check in, termasuklah...jeng jeng jeng jejaka mat saleh yg dok gosip dgn dia tu. Mesra ooo siap lap2 peluh lagi (nasib baik camera aku dlm beg kalau tak aku dah hantar kat Melodi haha)

Sampai umah dalam pukul 2, ibu & bapa mertuaku ada kat umahnya. Sbbnya depa mai Putrajaya? Malam tu ada wedding Sharlina, anak neighbour famili in laws masa depa dok Penang. So petang tu pukul 7 lebih kami ke Sg. Way untuk wedding Sharlina. Ni la first ti
me saya hadir kenduri yang takde lagu Selamat Pengantin Baru dari Saloma mahupun sebarang bentuk bunyi-bunyian berupa kompang. Yg ada sebagai halwa telinga cuma lagu2 Tamil yg kadang2 saya rasa boleh tahan jugak lagu Tamil ni :-) Oh famili Uncle Sri dgn famili in laws saya dah mcm keluarga, mmg sangat2 baik sbb tu mama walaupun sakit kaki mai jugak ke sini untuk wedding tu!

Saja je nak tepek muka saya & S
oulmate hehe..yang atas stage kat belakang tu pengantin sedang bergambar. Kat situ la upacara kawin dijalankan tp bukan yg biasa pusing2 api tu. Cara depa ni lain skit. Saya tak dapat explain, kami missed part tu sbb singgah solat magrib dulu. Sampai2 je org dah beratur nak makan hehe


Balik majlis tu dah penat sangat, lepas mandi trus tetido. Ahad pagi saya bangun pkl 11 hehe, bertuah punya menantu!! Keluar bilik je mama dah balik dari pasar siap dah sibuk nak masak lunch. Ohh saya malu tp tebalkan muka juga dgn harapan mama faham saya sangat letih kena torture (chewah alasan!!) Lepas breakfast dgn meehoon yg mama jugak buat saya cover balik bangun lewat dgn teman mama masak (teman sembang2 aje, haram satu benda pun aku tak sentuh. Mama bila masak mmg mcm tu..alasan lagik!) Belum sempat mama abis masak saya dah pening2 trus masuk bilik tido (ohh sangat melampau kan..takpe org pregnant weh)

Petang tu, dari umah kami boleh nampak belon2 panas yg baru2 ni ada kat Putrajaya. Cantik!! Rasa teringin nak naik tp tak sanggup nak meredah panas dan org yg sangat banyak itu..


Hari ni, saya masuk ofis. Esok ke PD lagi untuk kursus lain plak (sapa kata org gomen goyang kaki ni wehh..)

22 March, 2009

Saya Telah Menjadi Tunangannya 365 Hari Yang Dulu

Setelah tawa dan airmata menghiasi perjalanan cinta kami...



Perjalanan cinta kami tak semudah kisah orang lain sehingga kadangkala tertanya ~mengapa yang lain bisa mendua dengan mudahnya~ Biar bukan sedikit airmata yang mengalir, biar setiap hari dibelenggu dilema hingga sesak nafas tika terjaga, biar emosi menguasai keseluruhan keputusannya, biar segala kesalahan rasa tertanggung di dada, biar terguris hati dengan kata-kata cerca, biar berdepan soalan inikah orangnya atau dia...rupanya jodoh itu milik kita!

Dan janji dua buah keluarga untuk bersaudara tika itu termeterai jua.

Sesungguhnya aku cinta dia..selamanya.

03 March, 2009

Third Checkup!!

Semalam pegi checkup!! Best sgt dapat tengok baby mcm melompat2 je dlm womb tu. Cute!! Sms Soulmate pastu dia tak pecaya baby melompat2..Tu la lain kali suruh lagi org pi checkup sorang2..Sedih tau tengok semua org ada hubby temankan, ckp berbisik2, bermesra-mesraan dlm klinik tu, org ni cuma bertemankan buku cite je nak bermesra dgn sapa? huhuhu..

Mula mcm tak percaya jugak mmg baby dah boleh gerak2 camtu ke sbb baru baper minggu je kan tp doc ckp mmg boleh hihi best!!


She's already busy kicking and stretching, and her tiny movements are so effortless they look like water ballet. ~babycenter.com, pregnancy week 11~

Baby asyik move camtu kan sampai doc nak capture pun jadi tak clear. Ohh saya sangat tak sabar untuk next checkup!!!!!!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails