Showing posts with label Famili. Show all posts
Showing posts with label Famili. Show all posts

29 March, 2010

Our Weekend Di Cameron Highland :D

Dah dua kali weekend sebelum ni Soulmate adalah bz. Mula2 hari tu pi mancing, lepas tu outstation ke Lipis. Jadi, weekend lepas Soulmate kena bayar balik masa2 weekend yang dia tinggalkan kami. Kami ke Cameron Highland yeay! (dekat secoet pun nak bising hehe..pedulik)
Kami ke sana pun sat ja, Sabtu pagi bertolak, Ahad dah balik dah. Ok la kan saja jalan2, kalau lama sangat pun mati kutu gak kat atas tu. Mmg dah plan pi sat so kami bawak baju cukup2 je, baju Azfar mmg banyak la..baby mana boleh bawak sikit. Elok je lepas Ringlet skit eseblum sampai Tanah Rata, Azfar muntah, huhu habis baju saya. Jadi, kalau gambar2 berikutnya ni menunjukkan tudung atau baju yang sama sila buat2 paham ye..

Sbb Azfar muntah jugak la kami terjah je the first hotel yang kami jumpa Hotel De' La Ferns (ok tipu..second one, sbb yang first jumpa Century Pines tu kami terlepas jalan masuk).

Nasib baik dapat check in awal lebih kurang pukul 11 lebih masa tu. Itupun lepas Soulmate ckp baby muntah dan receptionist tu bagi choice bilik yang lebih mahal. Mahal pun mahal la, tak kuasa saya nak ke hulu ke hilir cari hotel dengan muntah Azfar penuh tudung, baju seluar sume. Tapi, saya rasa ok jugak sbb hotel tu cantik, baru je bukak Mei 2009 so takde la bau2 hapak ke apa..



Depan hotel (Oh itu bukan baju yang kena muntah..ni dah nak balik..gambar adalah rojak, tidak ikut aturan perjalanan ye)




Dah mandi bagai baru la boleh berjalan2 minum teh :D




Malam plak hasratnya nak ke pasar malam Brinchang, tapi Azfar tido dalam keta so kesian la bawak jalan dengan org ramai2 tu. Last2 kami makan dan balik lepak2 kat bilik je..


Ini budak kecik ada hobi baru..tarik hujung seluar atau socks..


Second day baru jalan2 petik strawberry bagai (mana boleh pi Cameron Highland tak beli strawberry kan, macam tak lengkap gituu..).


Budak tecik baru bangun tido siap jeling mama okk



Bila dah agak2 sedar skit bari sibuk nak petik strawberry semua..

Soulmate kata lepas ni boleh pi lagi. Oh Soulmate saya memang suka tempat2 mcm ni ye..Kalau ajak pi shopping mall dia akan tanya, nak beli apa? Agak2 jauh skit mcm Midvalley ke, OU ke dia akan tanya, sini2 (Putrajaya) takde ke?



Rapper in the making hikk


Next time kita datang lagi ye sayang..

02 February, 2010

Azfar First Vaccay (sort of la..)

Last weekend, we're here! Soulmate kursus, saya @ Azfar bergumbira ;-)

Kami bertolak jumaat tengahari, sbb walaupun saya cuti tp saya terpaksa ke ofis juga ada meeting. Lepas dah kemas bagai, tengahari tu amik Azfar kat umah babysitter dia then trus ke Kuantan. Sedih jugak sbb jumaat tu last day Azfar kat umah babysitter, makcik Ton banyak kali ckp nnt ingat kat dia. Bulan ni saya start hantar Azfar ke nursery @ 'school'. Sebenarnya saya lebih puas hati kalau makcik Ton yg jaga Azfar (sampai berlebih2 dimanjakan anak saya sorang tu) tapi nak buat camne dia dah janji dgn org lain dulu kan. Dia tolong saya jaga sebulan sementara cari tempat baru pun dah kira bersyukur sangat. Hari ni fisrt day Azfar ke 'school', harap2 dia ok la, risau jugak sbb dia dah kenal org2 keliling dia. Pg td hantar dia pun cebik2 muka tahan nangis. Sian anak mama ni..

Ok saya sudah melalut..Kembali ke pangkal jalan Mawar! Kami expect 4 jam boleh la sampai ke Swiss Garden walaupun ramai org kata 3 jam dah bole sampai. Tp travel dgn itu budak tecik adalah impossible okk utk sampai dalam masa 3 jam. While baba driving sorang2 kat depan, mama dan Azfar ada banyak benda nak buat kat belakang hehe..

Salah satunya....

Pukul 5 lebih kami samapai bandar Kuantan. Wrong timing!! Kuantan adalah jammed waktu balik keje huhu so pukul 6 lebih baru sampai ke Swiss Garden. Check in segala bagai trus naik bilik solat dan rest je..
Mama & Baba Azfar siap bawak travel cot supaya Azfar bole tido lena so Mama & Baba pun tido lena hehe.


Saya tak tau pun bole request travel cot for free (maklum la tak pernah ada anak sebelum ni)..
Second day, sementara Soulmate berkursus inilah aktiviti anak beranak ni..
So mama, apa aktiviti kita hari ni? Mandi pantai ke?

Sori sayang, awak kecik lagi la kita mandi dalam sinki je la dulu ek.


Mama, concentrate okk! Tengok mcm Azfar ni..

This is Azfar fisrt time ke pantai, Mama & Baba siap bagi rasa pasir pantai lagi hihi

Sunday, kami balik ke Putrajaya. Monday cuti hari wilayah, just nice kan :-D

24 August, 2009

Pengalaman Berpuasa

Alhamdulillah saya masih dapat bertahan berpuasa sehingga ke waktu ni :-) Hari pertama puasa rasa biasa, mungkin sbb cuaca di Putrajaya ni mendung gitu kan jadik tak terasa penat sangat. Hari kedua mula terasa skit sbb panas melampau plak kat sini. Hari ni rasa dah biasa balik. Baby plak ok je, adalah bergerak2 lebih skit tambah2 pukul 9-11 pagi, lepas tu dia dah ok balik. Harap2 saya dapat berpuasa selagi baby blom terasa nak keluar ni ;-)

First day sahur, saya bangun pkl 4 pagi masak. Semangat tak semangant saya kan?! Malam sebelum tu dah siap2 kan bahan semua so bangun pagi trus masak je. Soulmate mmg biasa bersahur so mmg saya kena masak la. Lagipun, masa bujang dulu sahur coco crunch takkan dah kawen pun nak biar dia sahur coco crunch kan
so saya gagahkan diri bangun masak jugak (Tapi dah beli jugak coco crunch simpan kat umah kot2 terlajak tido hehe).

Berbuka plak, first day kami berbuka kat umah SIL. Petang semalam plak ke Pasar Ramadhan, jumpa abg yg jual nasi kerabu sedap last year trus beli.
So saya tak masak utk berbuka lagi la so far. Cuma first day saya buat buah melaka sbb nak bawak ke umah SIL. Takkan nak pegi tangan kosong kan. Petang ni nak masak apa ye, hmmm..

Hari ni baby dah masuk 36 weeks ataupun lebih senang 9 bln (ada jugak tu cite baby). Org ckp tunggu hari je lg ni..Saya nervous tp kadang2 saya ckp dgn Soulmate kalau boleh nak baby kuar cepat ;-)


Masa Soulmate pi terawih aritu saya sempat mengemas Hospital Bag (finally..) ---->



Okeh semua dah ready, tinggal nak push push je ;-)

14 January, 2009

Denggi

Pagi ni bila i dah sampai ofis, Soulmate call bagitau mama & baba nak mai Putrajaya sbb Farhan, nephew kami ni suspected denggi. Ala siannya..



Mmg isu denggi & Chikungunya tengah hot skrg ni. Semalam pun masa balik keje ada org tengah fogging kat umah i..

Denggi
Dengue fever
is a disease caused by one of a number of viruses that are carried by mosquitoes. These mosquitoes then transmit the virus to humans. The virus that causes dengue fever is called an arbovirus, which stands for arthropod-borne virus. Dengue fever can occur when a mosquito carrying the arbovirus bites a human, passing the virus on to the new host. Once in the body, the virus travels to various glands where it multiplies. The virus can then enter the bloodstream. The presence of the virus within the blood vessels, especially those feeding the skin, causes changes to these blood vessels. The vessels swell and leak. The spleen and lymph nodes become enlarged, and patches of liver tissue die. After the virus has been transmitted to the human host, a period of incubation occurs. During this time (lasting about five to eight days) the virus multiplies. Symptoms of the disease appear suddenly and include high fever, chills, headache, eye pain, red eyes, enlarged lymph nodes, a red flush to the face, lower back pain, extreme weakness, and severe aches in the legs and joints.

Chikungunya

Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian d
an adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.

I penah kena denggi skali last two years. Masa tu jgn ckp pa
sal makan la minum air pun rasa nak muntah. Prevention is better than cure kan so meh la kita hapuskan aedes :-)



Ikut la saranan Kementerian Kesihatan (wahh..promote gitu)

Mengesan dan memusnahkan sebarang tempat atau bekas pembiakan
nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah selama 10 minit setiap minggu.

Semburkan aerosol pembunuh nyamuk di tempat yang gelap dan
tersembunyi di dalam dan luar rumah yang menjadi tempat nyamuk
Aedes dewasa berehat.

Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik di bekas takungan air yang sukar
untuk dikosongkan seperti tangki air utama dan sistem tandas.

26 December, 2008

Selamat Hari Lahir Yg Ke 51



I love both of them so much and i love them more at this particular moment..

Anyway, entry ni bukan nak cite pasal Soulmate ataupun majlis nikah i..i would like to dedicate this entry to my beloved father.

Happy Birthday abah!! U know how much i love you :-)

25 Disember every year, selain Krismas adalah birthday abah. Best kan every year pun cuti on his birthday :-)

Semalam pukul 11.00 malam baru i teringat nak wish abah, i rasa sangat bersalah bila abah cakap "abah tunggu jugak bila anak abah nak wish ni"..maafkan Mawar, Mawar tak lupa cuma lengah2kan masa nak call abah sampaikan almost terlupa langsung.


Dear abah,

Happy Birthday yang ke 51. Semoga abah panjang umur, dimurahkan rezeki, dianugerahkan kebahagiaan :-) dan terima kasih atas kasih sayang abah selama hidup Mawar. Abah sentiasa ada bila Mawar sangat memerlukan. Bila Mawar sakit, walau period pain sekalipun mesti abah yg sibuk nak bawak ke hospital, bila Mawar masuk Mad Jiwa setiap hujung minggu abah ke Sg. Petani melawat, bila Mawar masuk UM abah nangis bila nak balik masa first day hantar mawar ke sana, bila Mawar dalam dilema memilih 'dia' atau Soulmate abah mai Putrajaya semata2 to check on me whether i was ok or not, bila Mawar buat keputusan nak kawen, abah berusaha pujuk mak melupakan 'dia', bila Mawar ckp teringin nak minum air soya abah pastikan sepanjang tahun la dalam fridge akan ada stock. Kalau nak listkan semuanya, mmg la terlalu banyak rasanya pengorbanan abah memanjakan Mawar, Jon dan Faiz. Sampaikan kami kadangkala tak reti independant, semuanya perlu ada abah. Thank you so much abah atas semuanya..and you know how much we love you :-) Lagi skali Happy Birthday!!

12 December, 2008

Cerita Aidiladha Kami

Lama rasanya tak meng'update' blog ni takde benda nak cite pun. Setakat rutin harian biasa je. Oh ya, raya punya cite lupa plak. Kata first time raya sesama kan (tak kisah la raya haji pun kan janji raya tul tak?) Tak banyak yg beza sangat pun, mungkin sbb raya haji kan tak semeriah raya puasa. Tapi yg best sbb raya kat umah i hehe. Mula2 Soulmate ckp nak balik raya kat umah in laws i dah rasa sedih dah (walaupun raya haji saya sedih jugak huhu) Tapi sbb bilik kat umah Cinta Sayang penuh so i dapat beraya kat umah parent i hehehe..Tapi i baru sedar yg i tak snap even a pic masa hari raya tuh, camne ble terlupa langsung tah sedangkan sebelum balik tu punya berpulun charge betri..

Sbb umah my parent dgn in laws dekat kan so asyik ulang alik je la kejenya kami berdua nih. Sat2 kat umah my parent, sat2 kat in laws hehe..itu je pun cite raya i takde la sembelih lembu korban depan umah bagai pun..Bila ada rezeki nnt bolehlah buat kan skrg ni still tengah struggle utk 'stable'kan kewangan :-)

10 October, 2008

Adik Saya Yang Comel

Comel kan dia..Nurul Syuhada (kalau tambah nur ain kat hujung boleh jadi host Majalah 3 @ adik ipar Gee, glemer oooo adik ipar Gee)









miss her so much

02 September, 2008

Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..

I truly adore the melody and the lyric of the song. I tak ingat sape yg cipta or sapa yg nyanyi, cuma since few days ago lagu ni mcm ada ja dalam kepala, mungkin aura Ramadhan kot. Tapi kan, ntah kenapa Ramadhan kali ni rasa sayu je, tambah lagi bila memikirkan this might be the last Ramadhan masa stil single ni. Dulu kalau org ckp camni mesti i nyampah; pehal plak nak sedih, kalau berlaki pun bukan tak posa kan..Mungkin kena rasa dulu baru tau rupanya mmg ada skit rasa sayu.

Semalam, first day puasa i dapat berbuka dgn famili..nikmatnya rasa. My mom nangis, first sbb adik bongsu i tak dapat balik so semalam i berbuka bertiga je dgn my parent. Ok la reason tu kan, tp bila my mom ckp tahun depan Mawar pun ntah boleh balik ke dak pun tak tau lagi..Rasa time2 tu jugak nak menangis tp nasib baik abah i jadikan benda tu lawak..

Bayangkan, Ramadhan i kali ni mmg dimulakan dgn perasaan sedih & sayu, sebab tu la i rasa Ramadhan kali ni yg paling sayu sekali. Betul apa yg my mom ckp tu, tahun depan blom tentu mcm mana lagi, dapat ke i berbuka dgn my famili on the first day of Ramadhan?

i miss my parent..

05 August, 2008

Cutenya..

Isnin, makcik i antar nurul kat umah..bestnyaa ble main dgn dia. Sbb my mom nak p beli kain kat Sg. Petani so bawak la dia skali. Sgt cute dia main kat kedai tu..

Cute kan..umur 2 tahun berat 22kg :-)


31 July, 2008

Sedih la..

Pagi td masuk ofis dgn semangat berkobar-kobarnya i isi form cuti ingat nak cuti isnin depan. Plannya nak balik kampung, mula2 nak hantar borang nikah Soulmate pastu dah dapat kebenaran nikah luar kawasan Soulmate nak amik dan hantar borang i plak kat pejabat agama. Soulmate ok la sbb dia kat Kedah, pejabat agama buka Ahad, sbb tu nak amik cuti isnin so lepas amik dari pejabat agama dia ahad tu, isnin ble hantar form i plak..Tapiiiiiiiii, isnin tu jugak la depa nak star rating la moon rating la..so my bos tak approve cuti :-( mcm nak nangis pn ada td..

Reason minggu ni jugak kena balik? Soulmate i bz, semua weekend pn full, kursus kat Sabak Bernam la (betui ke ni aku hantam je ni kot), Langkawi la..so last2 tinggal bulan pose nnt je sempat ke ni. Kalau lambat, kadi full hari yg kitorang pilih tu camne? tak nikah nnt huhuhu..

Mmg la i tak cakap dgn my bos yg i nak cuti sbb tu sbb mende tu kan personal so tak best la jadikan alasan camtu nak cuti kan..takpe la, nnt la pikir balik camne nak buat. Rite nowwww!!! i nak buat keje utk star2 yg nyusahkan tu pulak!!!

i miss my parent sooooooooo much, my brother & my sister too..last time i jumpa depa was 2 months ago masa cuti labour day..really miss them sangat, my mom ckp my sister kan bila nampak gambar org pakai tudung dalam tv asyik ckp kak mawar kak mawar..sian dia mesti rindu i kan..miss u too baby..

10 June, 2008

My Cute Lil Sis

She's so cute..isn't she? She's my younger sister, youngest in the famili. She's adopted at the age of 14 day (makcik i yang adopt her tp my mom jaga so i anggap macam adik sendiri). But we treated her as our own siblings, my mom's cinta hati :-) Dia sangat22222 dimanjakan by our parent (maklumla sorang je kat umah). We love her so much..And the reason i'm posting this entry coz honestly i miss her very much. Dah almost two months since the last time i balik kampung jumpa dia. Dia sangatla cute, the cutest of all. Believe me, with this pic taken with my phone which a lil bit blur pn dia nampak cute kan. And at that time she was only a year..i really miss her. I called my mom few days ago, and she told me nurul dah pandai cakap..Oh ya, i called her nurul but some of our sedara mara panggil dia syuhada :-) Pernah tau sekali i batuk sbb masa tu i demam, lepas i batuk dia ejek i buat2 batuk, Cute!!

Next month i nak balik kampung jumpa dia. Sekarang ni susah skit nak balik kampung sbb harga minyak dah naik and for sure harga barang slowly ikut naik jugak. huh sangatlah terasa okk (Soulmate je yang tau sapa yg suka sgt cakap okk ni hihihi)..furthermore i and Soulmate tengah buat preparation for our big day huhuhuhu makin kempis dompet dan akaun bankku..

Berbalik kepada my cutest lil sis, miss her miss her miss her miss her..hehe macam bercinta plak dengan dia :-)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails