31 December, 2009

Recap 2009, Welcoming 2010

Dari mana nak mula ek..

2009 mungkin adalah antara tahun-tahun terbaik saya!
Januari, saya disahkan pregnant. Berita yang sangat menggembirakan, walaupun jauh di sudut hati terfikir, mampukah kami pegang tanggungjawab itu? Alhamdulillah juga tiada alahan yang menyerang.
April, mungkin rezeki baby pada masa tu, Soulmate dapat kuaters teres. Sebelum tu kami duduk kuarters apartment. Memikirkan nak pindah masa saya tengah pregnant mmg seboleh2nya tak nak. Lagipun kami sayang umah dulu. Tapi bila difikirkan tentang baby, kami pindah juga. Sian Soulmate masa tu bertungkus lumus sendirian, saya setakat tolong yang ringan2 je.

Ogos, walaupun due date saya 23.9.2009 tapi baby nak keluar awal jugak. Saya selamat melahirkan our little bundle of joy pada 26.8.2009. Saya blom pernah tulis tentang pengalaman tu kan. Nnt2 ada masa saya ceritakan. Mmg dari awal pregnancy lagi kami dah decide utk letak nama yg simple & sweet buat Azfar.

1 day old Azfar

Basically, 2009 is all about my pregnancy and our lil' Azfar, our precious gift from Allah. Yang makin hari makin menggembirakan kami..

Mama loves u sooooo much sayang

Saya sayang kamu dan kamu
2010, my wish?
Sebenarnya saya jarang buat apa2 wish atau azam setiap tahun. Yang penting saya mengharapkan tahun 2010 lebih membahagiakan!
I would like to wish everyone happy new year!!

26 December, 2009

4 Months Lil' Azfar

Saya sangat sayang baby saya (tetiba haha)..Actually hari ni genap umur Azfar 4 months!!



Mama & baba love u so much dear!

Azfar dah membesar dgn sihat. Believe it or not, my cutie yg masa lahir beratnya cuma 1.78kg now dah over 5 kg (i guess laa). Next week baru checkup utk 4 months. Tapi last checkup masa 3 months, Azfar dah 4.9 kg so i rasa skrg mesti dah over 5kg kan..

Yang penting Azfar sentiasa sihat sayang. So far alhamdulillah, Azfar pernah demam sekali ja dan takde masalah lain. Lepas cucuk pun tak pernah demam lagi! Kecik tapi kuat anak mama & baba ni..

Azfar makin manja sekarang ni..Minggu ni tokmama & tokbaba datang umah yeay!! Next week plak maktok & tokwan datang, super yeayy!!!

Anyway, happy 4 months birthday sayang. Mama & baba sayang Azfar sgt2222!!!!!!

20 December, 2009

Women's Crown In Danger

I believe semua mommies pernah rasa hair loss after delivery kan. According to babycenter, it is normal to loss about 500 hairs a day. Kalau dlm keadaan biasa kita akan hilang dlm 100 to 125 je satu hari tapi bila 500 rasa risau sgt. Lama2 botak naya jugak! Kadang2 rimas pun ada sbb kat mana2 dalam umah mesti boleh jumpa rambut i. Bila bangun pagi kat bantal tu jgn ckp banyaknya, boleh dapat segenggam kadang2.
According to the web jugak, this problem should end after 6 months of delivery. Ada lagi dua bulan ni..Anyway, ada tak cara untuk kurangkan masalah ni?

03 December, 2009

100 Hari Azfar


Arini genap 100 hari Azfar saya ni. Makin cute, makin pandai, makin membesar makin segala2nya. Masa azfar lahir dulu mmg hidup saya tunggang langgang tambah2 lg bila blk ke umah sendiri dan menguruskan azfar sendiri. Dgn keja lg, umah lg, diri sndiri lg, Soulmate lg..mcm2 nk kena pikir dan uruskan. Alhamdulillah sekarang semuanya agak terurus skit, terima kasih juga buat Soulmate yg sgt membantu..

Hepi 100 days my lil angel. Mama & babah love u so much!

25 November, 2009

Azfar Balik Kampung


Saya & Soulmate cuti panjang raya haji ni so hari nh kami dah bertolak balik kg. Azfar pelik ja kat dlm baby basket dia. Mesti pelik mana mama & babah bwk dia pegi jauh sgt. Awal2 dia behave je tp dah dekat nak smpai dia mula rimas. Nasib baik dah nk smpai kan.
Hari ni balik umah maktok penang dulu esok baru balik umah tokmama sg. petani. So far dah beberapa jam kat umah maktok ni azfar ok ja. Bukan apa risau jugak dia tak biasa ke kan. Tp dulu kan azfar pantang dgn mama kat sini kan kan mesti la ok. Anak mama kan good boy..

Kami sekeluarga nak ucapkan salam aidiladha buat semua

12 November, 2009

Mama miss u darling


Maafkan pic yg senget benget ni. Saya sgt rindukan my little angel ni. Mata yg besar mcm mama dia hehe..oh dan azfar skrg sgt suka tgk tv. Kalu letak dia depan tv dia boleh tahan setengah jam ke sejam renung tv sambil mulut pot pet bahasa dia la. Like mother like son, gila tv hihi..Lambatnya pkl 5, saya sgt tak sabar nak balik umah

09 November, 2009

Bila Azfar Demam


Bila azfar demam,
Mama & babah jd risau sgt

Bila azfar demam,
Mama & babah rasa sedih tgk azfar tak selesa

Bila azfar demam,
Mama & babah pikir kalau la boleh sakit tu di'transfer' pada kami

Bila azfar demam,
Mama & babah tak kisah berjaga sepanjang mlm melayan kerenahnya

Bila azfar demam,
Mama & babah sanggup buat apa saja utk hilangkannya

Get well soon our little angel..
Mama & babah love u so much

29 October, 2009

First Day At Work


My first day after maternity leave..sungguh tak best!!

20 October, 2009

We're Back..hehe


Dah seminggu lebih saya balik umah sendiri kat Putrajaya. So kena la menguruskan semuanya sendiri. Sebelum ni kat umah parent best la takyah pikir bab memasak ataupun kemas umah. Hari2 cuma ngadap my lil cute baby, best sgt. Tp seminggu ni sangaaat mencabar. Since cuti saya blom abis lg so setiap hari menguruskan azfar dan umah sampai kadang2 makan pn tak sempat. Penat tp best dapat bersama my lil azfar yg makin hari makin manja ni..

02 October, 2009

Day 37


Azfar tgh tdo sempat la update blog. Hari ni dah masuk day 37 dah. Bila nak abis 44 hari ni dah jemu sgt kat umah ni. Lgpn dah rindu dgn umah kat putrajaya dan isi rumah termasuk la Soulmate hehe. Weekend depan baru nk balik sana. Tak sabar ni nk bawak azfar blk.

Ok la ada masa nnt saya update lg..

18 September, 2009


Azfar tgh tdo :-) Eh lupa plak saya blom introduce kan our baby ni? This is our Azfar bin Aizwan. Saya stil dlm pantang lg ni baru day 24. Mcm semua org pernah rasa la kan, pantang ni mmg menyeksakan huhu. Bab2 lain ok lg tp bab tak boleh minum air sejuk ni sungguh mencabar iman. Tambah2 lg dlm bln puasa ni bila tgk semua org berbuka dgn air yg penuh ais adoi seksa. Asyik dok bilang hari je nk lepas pantang ni.

About azfar plak, setiap hari pn saya belajar benda baru. Mmg best ada baby ni. Biar x cukup tdo pn stil rasa hepi bila tgk azfar. Dan saya dah faham mcm mana rasa risau bila anak sendiri x sihat. Azfar kena jaundice aritu so warded 1 mlm kat hospital.

Byk benda yg nak diceritakan tp next time je ek.

Anyway kami sekeluarga nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin

27 August, 2009

24 August, 2009

Pengalaman Berpuasa

Alhamdulillah saya masih dapat bertahan berpuasa sehingga ke waktu ni :-) Hari pertama puasa rasa biasa, mungkin sbb cuaca di Putrajaya ni mendung gitu kan jadik tak terasa penat sangat. Hari kedua mula terasa skit sbb panas melampau plak kat sini. Hari ni rasa dah biasa balik. Baby plak ok je, adalah bergerak2 lebih skit tambah2 pukul 9-11 pagi, lepas tu dia dah ok balik. Harap2 saya dapat berpuasa selagi baby blom terasa nak keluar ni ;-)

First day sahur, saya bangun pkl 4 pagi masak. Semangat tak semangant saya kan?! Malam sebelum tu dah siap2 kan bahan semua so bangun pagi trus masak je. Soulmate mmg biasa bersahur so mmg saya kena masak la. Lagipun, masa bujang dulu sahur coco crunch takkan dah kawen pun nak biar dia sahur coco crunch kan
so saya gagahkan diri bangun masak jugak (Tapi dah beli jugak coco crunch simpan kat umah kot2 terlajak tido hehe).

Berbuka plak, first day kami berbuka kat umah SIL. Petang semalam plak ke Pasar Ramadhan, jumpa abg yg jual nasi kerabu sedap last year trus beli.
So saya tak masak utk berbuka lagi la so far. Cuma first day saya buat buah melaka sbb nak bawak ke umah SIL. Takkan nak pegi tangan kosong kan. Petang ni nak masak apa ye, hmmm..

Hari ni baby dah masuk 36 weeks ataupun lebih senang 9 bln (ada jugak tu cite baby). Org ckp tunggu hari je lg ni..Saya nervous tp kadang2 saya ckp dgn Soulmate kalau boleh nak baby kuar cepat ;-)


Masa Soulmate pi terawih aritu saya sempat mengemas Hospital Bag (finally..) ---->



Okeh semua dah ready, tinggal nak push push je ;-)

21 August, 2009

Ramadhan

Ramadhan Mubarak

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia. Salam ampun maaf dari saya & Soulmate juga bagi yang pernah terkecil hati, terguris perasaan dengan sebarang isi penulisan atau perbuatan kami.



Ramadhan kali ni adalah yang pertama buat kami selepas menjadi suami isteri. Juga yang pertama bersama baby :-) Azam di hati nak sediakan sahur dan berbuka setiap hari tapi bergantung juga pada kemampuan diri. Yang pasti, sahur pertama esok hari kami dah plan resipi ;-) Doa kami agar Ramadhan kali ini lebih dirahmati dan diberkati, InsyaAllah.

Pregnancy Progress

Last Monday ada checkup di Annur dan KK Putrajaya. Yang merisaukan bila doc Fatimah ckp baby mcm kecik skit sbb kalau ikut standard, utk minggu ke-35 ni patut baby dalam range 2.4-2.8kg tapi baby kami baru 2.2kg. Mungkinkah sbb saya semakin kurang selera utk makan? Doc ckp kemungkinan tu ada huhu. Mmg saya tak selera sangat nak makan tambah2 lagi lauk2 di cafe kat ofis ni. Jadi, Soulmate yg prihatin sgt dgn wifey dia ni setiap hari time lunch dlm minggu ni either dia beli lauk dan kami balik makan kat umah ataupun dia hantarkan nasi utk saya. Peliknya, cafe kat ofis Soulmate saya selera plak nak makan. Well, pregnant women kan..selera tak menentu ;-) Harap2 dalam seminggu dua ni berat baby makin bertambah. Please sayang mommy, membesar dengan sihat k. Anyway, yg buat kami skit lega sbb doc ckp, selagi baby membesar setiap kali checkup kira ok lagi la kan. Kalau static tumbesaran dia baru kena risau..Utk bulan puasa ni, doc nasihat kalau boleh jangan puasa sbb takut akan ganggu baby membesar tp saya rasa nak puasa jugak selagi terlarat la dan saya rasa insyaAllah baby akan cukup beratnya nnt bila time nak bersalin. Ish macam saya plak doctor kan hihi..

Checkup di KK Putrajaya mcm biasa la jumpa nurse, tp sbb diorang tak scan so tak boleh estimate berat baby. Nurse tu ckp baby ok, biasa la kecik skit sbb anak sulung. Doc kat situ pun ckp yg sama gak. Walaupun bunyi mcm menenangkan skit tp hati mommy mana tak risau kan tambah2 lagi saya ni jenis cepat gelabah. Moga2 baby makin membesar nnt..

Preparation

Semua dah ready utk baby kecuali beg mommy hehe..Malas sangat nak pack hospital bag mommy. Masa siapkan hospital bag baby aritu bersemangat sangat. Mungkin sbb barang2 baby semua kiut miut kan so excited tu berlebih-lebih la..Tengok la weekend ni kena paksa diri utk pack jugak!

Itu je utk kali ni. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa utk semua.


14 August, 2009

Baby's Hospital Bag is Ready..Yeaay!!

Soulmate outstation semalam, hari ni baru balik. Dah sarat2 pun masih kena tinggal sorang2 k huhu. Tapi Soulmate dah promise yg ni last ;-)

So, since dia takde dan saya pun boring taktau apa nak buat semalam, saya kemas2 barang baby dalam drawer and then prepare hospital bag utk baby skali :-) Ni la rupa drawer yang dibeli khas utk wardrobe baby dan telah dikemas ---->

Drawer 1 isi baju2 yg dah disusun ikut jenis dan jugak mittens and booties


Drawer 2 isi blankets, towels, washcloths, barut. Eh bantal pun tersesat gak hehe


Drawer 3 isi semua toiletries termasuk gak breast pump

Lepas dah kemas2 tu saya prep
are bag utk baby plak ---->

Ni la barang2 yg saya dah sediakan utk hospital bag baby. Lets check k

First outfits - 4 pcs (mommy over k, 1 Long sleeve, 1 short sleeve, 1 romper, 1 sleepsuit)
mittens & booties - 3 sets
hooded blanket -1 pc

hooded towel - 1 pc
washcloth - 3 pcs
barut - 3 pcs

toiletries - 1 set (me & Soulmate pilih nak guna J&J coz kami suka bau dia)
rash cream - 1 tube
minyak telon - 1 bttle (kami pilih nak guna minyak yu yi je)
cotton buds

cotton balls
nappy pin - (saja je bawak hehe)
disposable diaper - 5 pcs

baby wipes - blom letak lagi sbb yg beli aritu besar sangat

Rasanya itu je yg perlu kot kan? ke ada lagi ek yg saya tertinggal..hmmm. Saya tak bawak botol susu langsung. Agak2 perlu ke ek. Tapi takpe, kalau tetiba nak pakai mintak je Soulmate balik umah amik kan.


Mula-mula susun brg atas katil risau gak tak muat beg, bila dah isi nasib baik muat hehe


Tadaaaaa...dah siap! Tinggal nak letak dalam keta je :-)

Tapiiii..mommy punya beg blom ready lagi. Dah siap2kan beg baby semalam rasa malas plak so lain kali plak ek, tengok la esok lusa ke

12 August, 2009

34th Weeks

Saya baru masuk keja arini lepas mc sbb kena food poisoning. Ohh bayangkan dengan saiz perut yang semakin besar ni saya terpaksa keluar masuk toilet. Sungguh22222 memenatkan! Nasib baik baby ok. Tapi sian baby, mungkin baby pun terkesan dgn ketakselesaan saya sbb baby asyik tendang2, pusing2 segala bagai kat dalam tu..Sori sayang, mama tersalah makan. Mesti sbb kerabu mangga tu, cisss!!!

Anyway, weekend lepas, walaupun berperang dgn ketakselesaan perut ni tapi me rasa hepi sangat sbb my parent + nurul datang umah. Ohh sungguh comel adik saya itu! Seboleh-bolehnya rasa takmau bagi depa balik. Kalau ikutkan hati nak je suruh tunggu sampai baby keluar baru balik, sbb sekarang ni saya sangat2222 nervous + takut + excited nak bersalin nih.

Masa saya sakit perut sangat sbb kena food poisoning tu saya tanya Soulmate, "Nih sakit nak bersalin ke ni?" Boleh plak camtu hihi..Nampak sangat kepala saya asyik pikir pasal bersalin je kan. Risaunya...

Anyway....minggu ni dah masuk 34th weeks of my pregnancy. Cepat je kan masa berlalu. Rasa macam baru lagi buat UPT pagi2 buta dan terlari2 keluar bilik air terjah Soulmate yang tengah tido dgn nyenyaknya kat atas katil :-) Alhamdulillah kerana sepanjang 34 minggu dipermudahkan membawa baby sorang nih. Takde alahan yang teruk, takde masalah diabetic atau masalah2 lain, kira white code la kalau kat KK Putrajaya tu kan. Semoga dipermudahkan juga proses bersalin nanti, InsyaAllah..

Persiapan utk baby plak, boleh dikatakan almost 99% dah settle. Yang tinggal tak beli lagi cuma minyak telon je. Actually ada la lagi, mcm stroller & carseat yang blom beli tp me & Soulmate plan akan beli bila baby dah keluar nnt. Semua baju2 termasuk cadar pun dah basuh tinggal nak masuk dalam beg je. So, misi weekend ni adalah untuk menyediakan baby & mommy's hospital bags!

Persiapan utk mommy pun boleh dikatakan almost done. Yang tinggal cuma nak beli confinement set which saya masih memikir2 lagi nak beli yang mana satu. Banyak sangat dalam pasaran skrg ni dan masing2 pun ada pros & cons masing2. Hmmm pening jugak ni..

Weekend ni PIL saya plak nak datang umah. Ohh weekend2 saya penuh dgn tetamu dan aktiviti hehe..

03 August, 2009

Floria 2009

Semalam me & Soulmate ke sini :-)



Selain tengok bunga2an yg cantik2, niat di hati nak mencari bunga untuk vase yang terbiar sepi kat umah. Floria ni best untuk penggemar bunga2an la tp nasihat saya, kalau nak pegi sila la pilih waktu yang sejuk , pagi atau lewat petang/malam. Kami pi pagi tp bila dah lama kat sana mmg akan sampai tengahari la kan, panas!! Tambah2 lagi bagi pregnant lady mcm saya ni kan panas melampau rasanya :-)

Tapi...saya tak nampak pregnant sangat dalam gambar2 yg diambik kat sana. Tak pecaya??



Kalau pi pagi boleh naik hot air balloon tp tak pegi jauh la setakat naik turun je, ok la utk RM10 kan..


Itu saja laporan dari saya :-) Oh ya, niat asal untuk cari bunga tu tak dapat sbb kebanyakan booth yg ada kat situ jual pokok2 hidup and mostly jual orkid.

Pagi semalam sebelum keluar ke Floria tu saya dah abis membasuh baju2 baby. Rasa sungguh tak sabar tunggu baby keluar ni sbb barang2 baby mmg sangat cute kan so masa kemas2 tu dah berangan2 bila baby ada nnt..So far, barang2 baby dah almost 90% complete, yang tinggal cuma toiletries je lagi. Weekend depan baru nak pi beli sbb mmg me & Soulmate plan beli lewat skit so takyah la simpan kat umah lama2 kan.

31 July, 2009

New Mother's Guide To Breastfeeding

Bought this book few days ago. Review kat Amazon.com mcm best kan sbb tu saya beli :-) New mom-to-be mcm saya mana ada pengalaman nak breastfeed so terpaksa la cari bahan2 rujukan. Dah abis baca nnt saya buat review ok ke tak buku ni.

21 July, 2009

Apa Kene-Mengena Ultrasound Dan Ultraviolet

Semalam saya checkup kat KK Putrajaya. Everything went well, ikut kata nurse yg check tu baby sihat, mommy pun sihat :-) Cuma ada satu statement daripada nurse tu yang saya tak boleh terima langsung.

Nurse: Bila last u buat ultrasound?
Saya : Kat KK Putrajaya ni tak pernah buat tp kat private setiap bulan pun buat.
Nurse: Takpe, tak buat slalu pun takpe, ultrasound tu tak elok sangat utk baby sbb dia ada skit ultraviolet.
Saya : ?????!!!!

Lepas statement nurse tu trus saya tak percaya lagi dah apa yg dia ckp walaupun dia banyak bagi nasihat lepas tu. Ok, bukan nak belagak ke apa, tp saya ada degree dlm Biomedical Engineering dan memang masa saya belajar dulu salah satu machine yg kami belajar dlm paper imaging adalah ultrasound. Senang cite, dah nama pun ultrasound, ulang yg belakang tu ek SOUND, jadi apa kene mengena dgn ULTRAVIOLET!!!! Fine, saya faham kalau machine tu bilangannya sikit kat KK Putrajaya dan ibu2 mengandung yang nak discan plak ramai tp jangan la tipu saya. Hmmm..

Hari ni plak saya puasa bertemankan baby kecik dlm perut ni. First time try, semoga dipermudahkan. Ramadhan dah dekat tp saya blom abis ganti puasa lagi. Harap2 baby boleh bertolak ansur dgn mommy ek, kita puasa sama2 k.


14 July, 2009

30th Weeks



Ohh i'm entering my 30th weeks of pregnancy today! Mcm2 perasaan ada sekarang ni, tak sabar sangat nak tunggu baby keluar tp takut juga nak bersalin ni huhu.

Baby adalah super aktif sekarang ni sampai kadang2 buat mommy dia terkejut :-)

13 July, 2009

When Mommy & Daddy Go Shopping..

Semalam me & Soulmate pegi Sogo to shop skit2 barang2 baby and end up beli breast pump ni, AVENT ISIS Out & About Breastpump. Mula2 plan nak beli Medela Harmony, tp bila fikir2 balik baik beli yang dah siap satu set dgn beg kan sbb kalau beli asing2 lagi mahal. Ni yg buat tambah semangat nak fully breastfeed baby nnt :-) Hopefully, bila dah start keje nnt boleh bawak pump ni ke ofis and pump during ofis hour sbb beg and cooler yg ada dalam set ni boleh simpan susu up to 6 hours sebelum transfer ke fridge. Semoga dipermudahkan niat nak breastfeed baby nnt.



Ada la jugak beli barang2 lain mcm baju2, towel, blanket utk baby. Ohh sungguh rambang mata shopping barang2 baby ni sbb semuanya cute sangat222. Rasa mcm tak boleh berenti tau. Dan boleh ulang2 pusing kat tempat yang sama 4, 5 kali hihi..


08 July, 2009

Kursus PowerPoint


Hari ni saya masuk ofis sat je pastu trus ke Bangsar ada kursus powerpoint. Mula ingat boring, ye la kita ni kan slalu rasa kita dah pandai setakat microsoft office ni tp rupanya bnyk benda lg boleh buat dlm powerpoint ni.

Ok class dah start. Sambung later k

06 July, 2009

How We Spent Our Weekend :-)

Sebelum cite weekend, nak cite dulu pasal detailed scan. Last Friday saya cuti sbb dah buat appointment utk detailed scan di An-Nur. Alhamdulillah, so far baby membesar dgn sihat!

Later, pkl 7 camtu, me & Soulmate bertolak ke Lumut for Mus@Liu Family Day (nama group Soulmate & Gang). Kiranya bukan officially opis Soulmate nye family day tp more to group dia la (kalau korang tak paham, saya pun tak paham). Dah sampai Tapah, mama sms bagitau beg toiletries tertinggal huhuhuhu. Masa tu gak saya rasa nak balik tau, rasa taknak pi dah. Ya la, dalam tu la semuanya ada daripada berus gigi, ubat gigi sampai la ke lotion dan telekung. Masa singgah kat RnR tu Soulmate yang nak makan pun trus tak jadi sbb wifey dia ni dah takde mood. Sepanjang jalan tu dia kena pujuk. Last2 kami singgah kat Batu Gajah beli semua toiletries tu termasuk la telekung. Lepas tu baru wifey dia ceria balik hehe. Kami sampai kat resort tu dah tengah malam pun, dah kul 12 dah. So, mandi dan trus tido :-)

Sabtu pagi semua famili bertolak ke
Teluk Batik sbb acara sukaneka buat kat situ. Memandangkan saya sorang je pregnant so saya je la yg tak join any games pun, setakat jadi pemerhati je. Soulmate terpaksa masuk geng bujang hihi (untuk games ni je ye sayang..jgn terbawak2 keluar plak)


Semua pakai baju putih tp Soulmate saya pakai kuning hihi

Petang, kebanyakan famili ke Marin
a Water Park tp me & Soulmate ke Lumut :-)

Pipi saya semakin tembam huhu

Dah sampai resort plak kami lepak depan bilik bercanda berdua ;-)



Malam tu ada majlis BBQ. Plan asal kami nak balik Putrajaya malam tu jugak sbb mama & baba ada kat umah kan tp bila dah abis makan tu rasa penat lagipun dah malam sangat risau jugak so tak jadi la balik. Ahad pagi baru kami bertolak balik :-)

01 July, 2009

Movie At 12.30 On Weekday..

Last week kan saya outstation, insyaAllah weekend ni plak nak ke Lumut, family day opis Soulmate. So, masa yg ada utk kami berdua tengok wayang adalah pada weekdays je minggu ni. Petang semalam lepas abis keje Soulmate ajak ke Alamanda beli tiket siap2 utk show pkl 9. Dah beratur panjang, bila turn kami yang tinggal cuma few seats yg confirm mendongak. So we opted for 12.30 show. Masa beli tu masing2 tanya ok tak dan masing2 jugak jawab tak kisah. Tapi bila dah balik umah baring2 sambil tengok tv nak menunggu pkl 12 tu masing2 rasanya mcm nyesal gak kot. Nak buat mcm mana kan dah beli so pkl 12, masa jiran2 siap2 nak tido kami siap2 nak kuar. So, semalam (lebih tepat lagi pagi tadi) kami tengok cite ni...



Antara lena dan jaga, cite ni kira ok la..

Sampai umah pkl 3.15 trus tido. Pagi td, saya dan Soulmate sangat22222 malas nak bangun, sekarang ni kat opis ni pun rasa mcm pening2 adoi..

30 June, 2009

Mothercare Sale

Jom!!



Langkawi

I was here from last Wed to Sat..



Masalahnya bukan untuk babymoon atau cuti-cuti Malaysia tapiiiiiiiii untuk kerja huhu..Saya jadi penganjur untuk satu kursus kat Langkawi ni. Penat tp ok la, sempat gak shopping skit. Tapi kalau dah nama pun Langkawi kan apa sangat yg kita boleh beli kalau bukan choc, pinggan mangkuk, periuk belanga dan yg sewaktu dengannya kan. Mmg la best tp masalahnya tumpuan saya sejak dua menjak ni kan kepada barang2 baby sahaja hehe..So tak la banyak sangat saya membeli. Lagipun asyik tingat Soulmate kat umah, sian dia kena tinggal lama.

Sabtu malam saya sampai trus mandi & tido je sbb saya dah letih sangat. Soulmate ajak singgah makan dulu pn saya dah taknak. Rasa kalau boleh dan2 tu saya nak baring.

Ahad plak pagi2 lagi saya kejutkan Soulmate bangun sbb kami ada antenatal class di Concorde Hotel, Shah Alam anjuran Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). Saja saya pilih nak ke antenatal class ni awal2 sbb boleh prepare yang sepatutnya kan. Org lain yg pegi semua EDD bulan 7 & 8 saya je yg bulan 9 hehe.

Balik dari antenatal class tu saya dah tak boleh nak bangun dah rasanya. Letih yang sangat2, badan rasa sangat tak larat, tekak sakit, kepala sakit, selsema, nak demam tak demam rasanya..

So, semalam saya mc :-) Jumpa doc Fatimah skali pagi tu untuk checkup. Doc ckp perut saya kecik, dia risau baby tak cukup berat. Tapi bila scan rupanya baby dah 1.1kg, within range yang sepatutnya la kan. Doc ckp sepatutnya kalau 7 months, baby 1-1.2 kg, kalau 8 months, baby 2kg, kalau 9 months, baby 3kg. Tapi dia akan monitor closely baby's weight sbb risau tengok perut saya kecik. Org tua2 kata it is normal sbb first pregnancy kan..

Coming Friday plak saya cuti sbb nak pegi buat detailed scan kat annur. Ok2 say tau mmg dah lewat tp better late than never kan. Nurse kat annur tu pun ckp patut saya buat lebih awal..Tapi saya & Soulmate tak sabar + nervous gak. Ye la, sbb mmg semua parent-to-be nak baby yang lahir nnt sihat kan..


22 June, 2009

Second Checkup Di KK Putrajaya

Hari ni saya ada checkup di KK Putrajaya, second time ni. Last month saya baru bukak buku merah kan pastu second time dah kena buat MGTT test a.k.a test minum air gula. Saya terpaksa buat test ni sbb ad famili history..Yg bestnya bila kena buat MGTT ni kita tak perlu ikut no. giliran masa kat kaunter pendaftaran tu. Datang klinik terus ke kaunter bagi buku hehe menyirap je org yang tunggu no dipanggil kan (tp korang kena tau azab nak mengabiskan air gula satu mug tu weh..!)

Lepas register tu, nurse suruh terus ke lab amik darah. Blom sempat amik darah nurse kat lab tu dah letak kat sebelah satu mug or
en penuh air gula (siap ada semut tau air saya tu, trus mintak tukar hehe)


Lebih kurang saiz gini la mug tu. (Dah boleh bayangkan ke blom azab minum tu..)


Masa saya tengah minum tu ada 2 3 org lagi yg kena minum gak. Dah jadi mcm acara sukaneka minum air gula, siapa abis dulu dia menang hihi. Betul tak tipu, sbbnya masing2 minum sambil jeling antara satu sama lain. Agaknya dlm hati masing2 dok tertanya2, org tu dah abis ke? org ni dah abis ke? alamak aku sorang je yg tak abis lagi ke? hihihi..Tp serius ckp manis yang amat air tu..

Lepas 2 jam kena dtg check urin & darah semula. Alhamdulillah, green code (maksudnya normal la) Tapiiiiiiii yg tak berapa sedap didengar, sbb saya ada famili history doc mintak buat lagi masa 32 weeks..adooiiiii!! Takpe demi baby, mommy redah jugak k :-)

Isnin depan checkup dgn doc fatimah kat annur plak..tak sabar sgt sbb dapat tengok baby, yahooo!! Kat KK Putrajaya td tak scan (biasa la government, tak sempat nak layan semua ibu2 mengandung utk scan kan) Pastu 3/7 ada detailed scan kat annur, pastu 6/7 checkup lagi kat KK Putrajaya. Oh, ada tak saya ckp yg lepas ni checkup kat KK Putrajaya adalah 2 minggu skali huhuhuhu sungguh saya tak larat nak menunggu..

21 June, 2009

Soulmate's Birthday!!

Hari ni birthday Soulmate dan jugak Father's Day!!

Letter 1:

Dear Soulmate,



Happy Birthday!! and Father's Day too!! You know how much we (mommy & baby..hehe) love you.

Love,
Mommy & Baby

Letter 2:

Dear Abah & Baba,

Happy Father's Day!! Love u both..

Love,
Mawar

12 June, 2009

Saya Semakin Tembam..huhu

Lihatlah muka tembam saya..huhu. Bila tengok kat cermin nampak mcm biasa je tp bila dlm gambar nampak sangat tembam kan.


*bercanda bersama Soulmate di Padang Kota. Abaikan ke'blur'an gambar ni sbb Soulmate mmg slalu ambik gambar jd camni.

Jumaat - Rabu lepas saya & Soulmate cuti panjang balik Penang lepas beberapa bulan tak balik. Saya rindu sgt dgn mak&abah sampai nangis, balik lama2 rasa puas sgt :-) Tiap2 hari pun mak tanya nak makan apa? Ohh saya sungguh seronok being pregnant nih sbb semua org layan kehendak saya hehe.

Mula2 balik Sg. Petani umah PIL, mama bagi saya baju yg saya pakai kat atas tu, tq mama! Balik umah mak plak, mak bagi periuk belanga, ikan bilis, udang kering (nampak sgt nak suruh saya rajin masak) Makin tembam la camnih kalu slalu makan..

About my pregnancy:
  1. Baby makin aktif, kicking, punching, jumping etc. Kadang2 saya terkejut sbb tiba2 baby kickin' kuat.
  2. Alhamdulillah sbb so far semuanya smooth je. Saya takde benda nak complain, kaki & tangan tak bengkak, stretch mark pun takde, sakit2 tumit pun blom. Tak tau la 3 bulan akan datang ni camne kan, pray fo me and baby ek.

28 May, 2009

Private vs. Gov

Last Monday, i went for my 5th checkup at An-Nur and 1st checkup at KK Putrajaya. Satu hari cuti tp sibuk dari pagi sampai la ke petang. Pagi2 pkl 8.20 dah terpacak depan An-Nur utk checkup, tp kali ni saya dgn baby dlm perut je sbb Soulmate ada exam. Sebelum ni kami slalu sampai An-Nur around 9 or 10am camtu tp hari tu saya semangat nak pi awal sbb nak tengok berapa jam kena tunggu kalau awal2 pagi sebelum klinik buka kita dah beratur nunggu. I was the first person utk jumpa doc. fatimah, yeay!! Slalu 2 jam tunggu tp hari tu setengah jam je ;-)

Pesanan utk Soulmate: Next time pi checkup bangun awal k sayang..

So far, baby sihat, mommy sihat, daddy sihat <-----eh ada kena-mengena ke? hehe Lepas dah settle semua, saya ke pusat servis En. Hamid di Equine utk servis keta sbb next week nak balik kampong!! Oh saya sangat rindu ibu & abah saya and nurul toooooo...!! Ada satu malam tu saya sampai nangis sbb sgt rindu kat depa ni semua. Alang2 dah kat depan Jusco pada hari dapat gaji saya ke sana plak. Tujuan asal nak beli compact powder saya yg dah hujung2 nyawa kat Bodyshop tp abis stok plak. Jadinya, saya keluar dari Jusco dgn beberapa helai baju yg langsung takde dlm plan haha (perempuan kan, mana ada planned shopping)


Lepas lunch dgn Soulmate, saya ke KK Putrajaya utk pertama kalinya nak buka Buku Merah. Sbg staff KKM, bila pi fasiliti KKM mmg nak tak nak kita akan ada sikit unsur menilai perkhidmatan yang diberikan. Mula2 mesti la saya ke kaunter pendaftaran. Ada 3 org JM (Jururawat Masyarakat) yang buat kerja2 mendaftar ni. Dua daripadanya boleh dikatakan ok la sbb bagi penerangan yg jelas sambil senyum. yang sorang lagi tu, kalau ikutkan hati rasa je nak tanya, "awak tertelan tebuan ke hari ni?" ckp mcm nak marah2!


Lepas dah buka Buku Merah tu, saya ke makmal untuk test urin dan darah. Best sbb cepat dan sangat mesra pelanggan semua staff kat situ. Lepas dah ambik darah saya ke bilik pemeriksaan untuk diperiksa oleh Jururawat Masyarakat. JM tu baik sangat mungkin sbb dia dah berumur skit dan faham saya ni first time pregnant. 10 minit saya tunggu untuk jumpa dia dan dapat penerangan & pemeriksaan lebih kurang 20-30 minit.


Sbb saya first time pi utk pemeriksaan antenatal tu so dia mintak saya jumpa doc. 45min- 1 jam saya tunggu (no. bilik doc tu kat screen langsung tak bergerak ok!) Bila dah dipanggil, jumpa doc yg langsung tak senyum dan saya boleh bilang berapa patah perkataan dia ckp dgn saya.


"First time?"
"Aah"
"Sebelum ni check kat mana?"
"Annur"
"Bulan depan boleh buat MGTT test la. Nnt misi(JM) terangkan" (sorang JM ada kat depan doc tu, kemudian explain mcm mana nak buat)
"Ok"
"Ok itu saja"
"tq doc"

Saya sebagai pelanggan yang tunggu dia sejam kat situ, apa la salahnya kalau dia explain apa tu MGTT test, kenapa saya kena buat test tu, kalau saya lulus apa kesannya, kalau tak lulus apa kesannya, kalau say tak buat test tu apa kesannya..Yes, nurse tu mmg boleh terangkan tp setakat, malam sebelum tu start 10mlm kena puasa, amik darah pukul 8.00 pagi, lepas tu minum air gula, lepas 2 jam amik darah lagi. Lepas tu baru boleh makan.

Nasib baik la skrg ni zaman yg semuanya kita boleh dapat dari internet. Kalau mcm zaman mak2 kita dulu?

Tapii..selain doc tu, perkhidmatan di KK Putrajaya pada saya dah boleh dikira bagus!


20 May, 2009

Warehouse Sales

Yesterday marked my 22 weeks of pregnancy but still me & Soulmate blom beli apa2 pun lagi untuk baby. Awal lagi kot kan, maybe next month we'll start keluar masuk baby store. Anyway, ada dua warehouse/clearance sales coming up very soon.

Dear Soulmate,

Jom bersesak2 bersama2 ek?


Planete Enfants Season Clearance; 20.5.2009 - 22.5.2009


Poney Warehouse Sale; 28.5.2009 - 1.6.2009


Jom :-)

07 May, 2009

Klang Valley or Penang

Parent-in-law saya ada kat umah, baru datang semalam coz mama ada checkup di sjmc arini. Soulmate plak outstation ke Ipoh (sayang, semua org nak lari dari Ipoh hari ni isu DUN tu tp sayang plak nak pi sana..hmmm) So semalam tinggal la saya, mama dan baba kat umah.

Masa balik keje tu mama tanya sy & Soulmate dah decide ke nak bersalin kat mana nnt?

Kat sini?



Ataupun sini?



Ke nak bersalin kat sini?


Hmmm..mmg la kadang2 sy & Soulmate bercerita jugak tentang benda ni. Tp takla serius sangat sampai dah plan betui2 mana nak bersalin (saya baru 5 bulan pregnant saya taknak pikir lagi ble tak?) Bila tiba2 mama tanya saya tak tau nk jawab. Tp dgn tak dirancang keluar je dari mulut saya, "Kat sini la mama.."

Bila pikir2 balik rasanya mmg saya nak deliver kat sini je then baru balik Penang utk confinement kan? Lagipun saya dah biasa dgn dr. fatimah. Kalau boleh nak dia jugak yg sambut baby nnt. Nanti la bincang dgn Soulmate

06 May, 2009

Pendapat Peribadi Semata2

First of all saya mintak maaf kalau pendapat saya ni bertentangan dgn sesetengah org k. Ini adalah pandangan peribadi semata2.

Hari ni saya pakai kain & baju yg agak selesa dgn perut yg makin membesar skrg ni. Someone tegur td; "Eh, dah pakai 'uniform' ek?"

Seriously, saya agak kurang senang org ckp camtu, or when someone called me 'mak buyong'. Yes, i'm pregnant. Tp bukan ke 'mak buyong' tu bunyinya kasar. Saya sedang pregnant, ada satu nyawa dalam rahim saya dan saya sedang membawa dan menjaga dia dgn sepenuh kasih sayang yg saya ada. Bukankan isteri yg sedang pregnant adalah comel (perasan plak) dan perlu dihormati. Tapi bila digelar 'mak buyong', rasa mcm seseorang yg pregant tu buat salah. Ntah kenapa saya rasa kasar dan tak sesuai. Dan yg paling penting, saya sangat2 tak suka!!

Jadi saya mintak maaf kalau saya buat2 tak dengar bila anda panggil saya 'mak buyong'!

About the 'uniform' thing, i kind of agree that pregnant woman takde la sexy curve or whatsoever. Dan pilihan outfit yg ada pun mcm agak terbatas sbb rasanya lebih sesuai memilih baju yg selesa daripada sekadar cantik kan. The question is, perlu ke gelarkan baju2 tu sebagai uniform org mengandung?!

Ok, habis bab membebel ;-)

28 April, 2009

19 Weeks

Alhamdulillah hari ni dah masuk 19 weeks of my pregnancy. Semalam jumpa dr. fatimah utk monthly checkup. Best sgt tengok baby bergerak2. Dr. fatimah ckp aktifnya baby sampai nak scan pun susah hihi


me at 19 weeks

tak nampak mcm pregnant sangat kan. Semalam dr. fatimah pun ckp saya tak nampak mcm pregnant, dia ckp mesti org lain pun kata saya tak nampak pregnant. Tapi kecik2 pun doc kata baby sihat, placenta ok, amniotic fluid pun cukup, mommy & baby sihat ok la kan. Syukur Alhamdulillah. Next month me & Soulmate plan nak buat detailed scan tp tak decide lagi nak buat kat mana? 2D or 3D/4D? Kalau nak senang buat je kat An-nur since monthly checkup pn buat kat sana kan.

Ohhh sebut pasal checkup ni, saya blom buka buku merah kat klinik kesihatan kerajaan (nama je keje kementerian kesihatan hehe) Niat asal saya amik cuti semalam sbb pagi nak pi checkup kat dr. fatimah, lepas tu nak ke klinik kesihatan plak. Tapi letih menunggu kat An-nur tu trus tak jadik sbbnya kalau klinik kesihatan mesti lagi ramai. Tak sanggup la dalam satu hari nak tunggu berjam2 di dua tempat berbeza untuk tujuan yg sama (walaupun saya & Soulmate sgt suka tengok baby) Next time je la.

Sebelum saya pregnant, tak sangka pulak tengok baby kat monitor ultrasound machine tu sangat2 mengujakan. Best sangat222222!!! Semalam masa doc dah nak abis scan tu saya tanya;

me: doc, agak2 berapa minggu baru boleh tau baby boy ke baby girl?
doc: saya dah tau, saya nampak td. Biasanya kalau parent tak tanya saya takkan ckp apa2
me: oh ya ke? So boy or girl doc?
doc: nak tau ke? it's a ....

:-)

15 April, 2009

Soulmate Outstation..

Hari ni Soulmate start outstation ke Sabah sampai Saturday..huhu saya kena tinggal sorang2, eh eh silap, hari ni bertiga setengah sbb PIL ada kat umah daaaaaaaaannnn baby dlm perut hehe tapi esok PIL dah nak balik..Pagi td pkl 4.30 Soulmate dah bangun sbb flite kul 7.30, nasib baik ada FIL tlg hantarkan ke KLIA transit, dapat la saya tido semula dgn nyenaknya sampai terlewat bangun :-) Bangun pagi td rasa lapar sgt222, semlm saya tak makan cuma minum milo je sbb sakit kepala sangat. Soulmate ckp bila dia nak outstation je semua penyakit saya datang hihi konon nak mintak simpati kot2 la dia ckp x jadi pi kan..

So far hari Selasa adalah hari peralihan minggu baby. Sooooo, hari ni dah genap 17 minggu. Cepat sungguh rasanya baby besar :-)

Tapi setakat ni saya blom rasa baby bergerak lagi. Doc ckp mungkin 3 atau 4 minggu lagi baru boleh rasa, saya dah tak sabar nih. Kadang2 sy tanya Soulmate; "Agak2nya la kan, nnt bila org boleh rasa baby bergerak nnt org geli dak?" Soulmate biasa senyum je layan wifey dia cite pasal baby


07 April, 2009

Kami Dah Pindah

Saya baru masuk ofis arini lepas cuti 4 hari hehe..Baru lepas pindah umah, dari apartment ke teres plak. Yg teruk mengangkut barang adalah Soulmate tp dia tak cuti, yg tak berapa teruk mengangkut adalah saya tp saya cuti :-) Jumaat saya cuti kononnya nak pack barang2. Mmg ada yg saya pack tp yg terlarat angkat je la sbb Soulmate pesan jgn angkat yg berat. Saya pun mmg taknak risau nnt apa2 jadi kan. Tp bila nampak Soulmate bersusah payah sorang2, saya tolong2 gak la walaupun beberapa kali kena larang. Kesannya..dari semalam sampai la arini perut saya rasa tak selesa, kdg2 rasa sakit. Risau la plak..

First nite tido kat umah baru masing2 tak boleh tido..Smpai tengah malam tak boleh lelap gak, saya bgtau Soulmate, "tingat umah kita la.."

Rasa mcm nak nangis pn ada. Sbbnya kami suka umah lama tu..mungkin jugak sbb kat umah tu kami start hidup baru sama2. Tp betul gak kata Soulmate, "kita bina kenangan baru plak kat sini k"

Sekarang ni saya lebih risau keadaan baby. Harap sakit ni sementara je..


02 April, 2009

Checkup

Isnin lepas saya pi checkup and this time around saya telah paksa Soulmate amik cuti utk teman saya hehe (baby dia jugak kan apa salahnya..) Saya mmg suka Dr. Fatimah sangaaaaaaat. Very soft spoken dan banyak membantu utk jawab apa saja soalan walaupun kami takde soalan sangat. Skrg ni banyak source of info so klik klik je dah boleh tau mcm2, jadinya kurang la soalan utk dia. Ada jugak member yg ckp saya membazir bayar mahal2 pi checkup awal2 kat private nih. Tp asalkan saya puas hati saya tak kisah sangat, lgpun bukan selalu kita pregnant kan ;-) Maybe dalam 3 minggu lg baru nak pi Klinik Kesihatan Kerajaan. Rasanya tak salah kalau dapat 2nd opinion kan.

Oh, bout last checkup, masa doc scan tu baby dalam position bersujud. Cute sgt! doc ckp dia tengah bertafakur kot. Bila doc bising2 ckp camtu baby gerak2kan kaki dia. Ohhhhhhh best sangat2222222 perasaan tengok baby. Ni yg buat tak sabar nak tunggu baby kuar ni :-)

26 March, 2009

First Week in Second Trimester

Saya dah masuk second trimester this week..Org kata second trimester is the best among the three trimester. Yeayy!! Walaupun sebenarnya saya blom rasa apa2 yg berbeza pn. Maybe sbb sebelum ni saya tak rasa any pregnancy sickness kot, Alhamdulillah...Lagipun, so far saya blom nampak mcm pregnant sgt. Sampaikan kadang2 saya sendiri rasa betul ke saya pregnant ni? Mcm mana pun, saya & Soulmate tak sabar tunggu isnin depan utk next checkup :-)




(http://pregnancy.baby-gaga.com)

24 March, 2009

Cinta



Cinta adalah anugerah yang kuasa

Yang bila terasa betapa indahnya
Sungguh lemah diriku

Tak bererti hidupku

Bila tak ada dirimu

Andai kubisa akan kubalas
Semua yang pernah engkau berikan

Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu

Menyayangi diriku

Aku ada karena kau pun ada

Dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya

Tetiba teringatkan Soulmate :-)

23 March, 2009

Entry Secara Banyak Peristiwa

Last thursday, saya yang menurut perintah ni telah diarahkan utk ke Tiara Beach Resort, PD untuk sesi brainstorm dgn satu central agency utk buat satu buku. Ohhhhh..umpanya kena torture, siang malam discuss yg sampai satu tahap rasa nak muntah pun ada (aku pregnant pun takde apa2 sickness, tetiba buat buku ni rasa nak muntah adoiii). Tapi kena layankan jugak maklumlah kita ni org kecik kan..Overall, Tiara Beach sangaaaaaaaaaaaaaaatlah sesuai utk famili bercuti2 Malaysia tapiiiiiiii sangat tak sesuai utk sebarang bentuk urusan rasmi (bapak jauh nak berjalan ke meeting room..utk aku yang roommate bawak keta, Alhamdulillah selamat aku hehe)

Tak caya tengok la betapa bersuka-sukaan budak2 ni bermandi-manda. Pukul 7.30 pagi dah ada yg terjun kat dalam kolam ni tau. Depa ni kulit buaya ka tak sejuk! Kalau dah nama budak2
kan..


Sabtu, lepas lunch dah boleh balik. Legaaaaaaa. Oh, sebelum tu, saya nak gosip skit. Masa tengah kat lobi saya nampak linda onn dan famili dia baru nak check in, termasuklah...jeng jeng jeng jejaka mat saleh yg dok gosip dgn dia tu. Mesra ooo siap lap2 peluh lagi (nasib baik camera aku dlm beg kalau tak aku dah hantar kat Melodi haha)

Sampai umah dalam pukul 2, ibu & bapa mertuaku ada kat umahnya. Sbbnya depa mai Putrajaya? Malam tu ada wedding Sharlina, anak neighbour famili in laws masa depa dok Penang. So petang tu pukul 7 lebih kami ke Sg. Way untuk wedding Sharlina. Ni la first ti
me saya hadir kenduri yang takde lagu Selamat Pengantin Baru dari Saloma mahupun sebarang bentuk bunyi-bunyian berupa kompang. Yg ada sebagai halwa telinga cuma lagu2 Tamil yg kadang2 saya rasa boleh tahan jugak lagu Tamil ni :-) Oh famili Uncle Sri dgn famili in laws saya dah mcm keluarga, mmg sangat2 baik sbb tu mama walaupun sakit kaki mai jugak ke sini untuk wedding tu!

Saja je nak tepek muka saya & S
oulmate hehe..yang atas stage kat belakang tu pengantin sedang bergambar. Kat situ la upacara kawin dijalankan tp bukan yg biasa pusing2 api tu. Cara depa ni lain skit. Saya tak dapat explain, kami missed part tu sbb singgah solat magrib dulu. Sampai2 je org dah beratur nak makan hehe


Balik majlis tu dah penat sangat, lepas mandi trus tetido. Ahad pagi saya bangun pkl 11 hehe, bertuah punya menantu!! Keluar bilik je mama dah balik dari pasar siap dah sibuk nak masak lunch. Ohh saya malu tp tebalkan muka juga dgn harapan mama faham saya sangat letih kena torture (chewah alasan!!) Lepas breakfast dgn meehoon yg mama jugak buat saya cover balik bangun lewat dgn teman mama masak (teman sembang2 aje, haram satu benda pun aku tak sentuh. Mama bila masak mmg mcm tu..alasan lagik!) Belum sempat mama abis masak saya dah pening2 trus masuk bilik tido (ohh sangat melampau kan..takpe org pregnant weh)

Petang tu, dari umah kami boleh nampak belon2 panas yg baru2 ni ada kat Putrajaya. Cantik!! Rasa teringin nak naik tp tak sanggup nak meredah panas dan org yg sangat banyak itu..


Hari ni, saya masuk ofis. Esok ke PD lagi untuk kursus lain plak (sapa kata org gomen goyang kaki ni wehh..)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails