Showing posts with label Mommyhood. Show all posts
Showing posts with label Mommyhood. Show all posts

10 June, 2010

Bagi Baby 9 Bulan Makan Marjerin Dan Telur??

'You're probably noticing that your blossoming baby is learning different ways to express himself emotionally. He's also becoming more social day by day. A few of his favourite new tricks, maybe clapping, especially when pleased; waving bye-bye; pointing to indicate what he wants or when he sees something new and interesting; shrieking loudly to attract your attention; laughing at silly sounds and expressions; and crying in a specific tone to convey a particular "request".'

* source: babycenter

This is soooooooooooo Azfar except for clapping when pleased. So far dia belum reti tepuk tangan sendiri. Kalau kita tepuk tangan dia nyanyi lagu tepuk amai2, dia masukkan semua jari dalam mulut.

Waving bye-bye, baru semalam belajar. Orang letak dia dalam cot suruh tido, dia bangun bergayut kat tepi cot sambil waved bye-bye kat mak bapak dia. Haisshhh anak anak..

Pasal crying in specific tone tu mmg betul sangat. Azfar ada 2 jenis menangis, nangis mengada-ngada minta bermanja, nangis menjerit nak terkeluar anak tekak sambil air mata, air hidung meleleh bagai nak minta susu.

Dua hari lepas bawa dia ke klinik untuk checkup biasa. Berat baru 8.1kg, kira ok la utk anak mama yang keluar 1.7kg je ni. Kalau ikut carta tumbesaran masih dalam kawasan putih kira ok la kan. Asalkan kamu membesar dengan sihat ye Azfar.

Yang tak pahamnya, nurse tu minta saya bagi Azfar makan telur separuh masak campur dalam bubur dia. Boleh? Melalui apa yg saya baca, baby bawah umur 1 tahun tak digalakkan makan telur lagi2 separuh masak sbb telur biasanya bagi allergic reaction pada kebanyakan baby. Tp nurse tu cakap, mmg kena bagi utk tahu Azfar ada allergic atau tak dengan telur sbb kalau dia ada allergic, masa nak amik imunisation utk umur 1 tahun nnt kena jumpa doc dulu.

Itu je reason terbaek yg nurse tu boleh bagi?! Kecewa.

So, ada tak u all dinasihatkan mcm ni?? Ataupun, mmg semua org tau saya je yg tak tau??

Oh ya, ada lagi satu nasihat dia yg saya rasa tak berapa logik. Dia suruh saya letak marjerin dlm bubur Azfar, saya ulang ye, MARJERIN!! Saya tanya banyak kali mana la tau kot2 la dia terlupa, sebenarnya nak cakap butter (unsalted) kan tp dia asyik ulang marjerin. Bila ditanya, dia jawab baby perlu tenaga untuk membesar. Ok kali ni saya pasrah, malas dah nak tanya reason. Mcm mana korang rasa??

17 May, 2010

Sedih Sungguh..

Pagi2 ni saya baca akhbar online. Bukan keputusan pilihanraya yang menarik minat kerana ianya seolah telah boleh diduga.

Tapi berita ini, yang buat hati saya sayu, sedih sungguh..

Dan semestinya perkara pertama dalam kepala, Azfar! Setiap kali ada cerita tentang penderaan bayi saya mesti sentiasa teringatkan anak bertuah saya itu. Risau sungguh!

Azfar pernah dijaga oleh dua babysitter sebelum saya (kami) buat keputusan hantar dia ke nursery. Babysitter yang pertama tu isteri kawan saya. Kami berhentikan sebab kakak tu pregnant dan dia selalu cuti sbb alahan. Lagipun, dengan keadaan dia mcm tu saya tak harap dia boleh jaga anak saya dengan baik.

Yang kedua, saya hantar pada mak kawan Soulmate. She's the best! Dia tatang anak saya lebih dari saya sendiri. Mungkin sebab dia lebih berumur dan dia memang sayangkan budak2. Sebenarnya dia cuma tolong kami sbb kami paksa rela dia untuk jaga Azfar sementara kami cari tempat baru. Terkilan sungguh saya, kenapa saya tak jumpa dia dulu sebelum ni?

Bila dah merata kami cari babysitter tak jumpa yang berkenan di mata dan di hati, kami mengalah jua. Hantar juga Azfar ke nursery. Mula2 mmg ada je yang tak kena pada pandangan mata kami. Sekarang saya rasa kami buat keputusan yang betul. Lagipun, nursery Azfar sekarang di bawah pengurusan baru yang lebih baik, jauh lebih baik. Saya lega sikit..

Kenapa perlu disakiti ye budak2 yang baru belajar mengenal dunia? Yang tak tahu betul salah perbuatannya? Yang tahu makan bila lapar, tidur bila mengantuk dan main bila rasa senang hati? Yang hatinya begitu ikhlas dengan setiap senyuman mahupun tangisan? Kenapa? Saya tak faham..

Pernah masa saya bawa Azfar ke klinik, ada sorang baby yang lebih muda dari Azfar menangis tak henti2. Demam mungkin, kerana bertampal cool fever di dahi. Saya faham mak dia mungkin penat, tapi saya rasa tak perlu lah marah baby dia. Sungguh2 dia marah, tepuk pun kuat gaya marah sambil mendengus. Masalahnya, bila marah pun budak tu nangis juga kerana dia tak selesa. Bukankah dalam keadaan tu lebih elok buat dia rasa selesa. Mmg saya tak faham perbuatan mak dia pada masa tu..Mak saya pernah pesan, jadi mak orang ni jangan pentingkan diri sendiri. Penat mcm mana pun kita, senyum la untuk anak.

Saya tak kata saya ni mak orang yang bagus sangat. Saya pun sedang belajar menjadi mak orang. Saya anggap biasa kalau kita terjerit sikit bila tengok anak pegang sofa sebelah tangan badan dah bergoyang nak jatuh. Atau kalau kita nak pakaikan lampin, badan asyik nak meniarap. Marah2 manja kata orang..

Mmg susah nak membesarkan anak lebih2 lagi bagi yang bekerja. Pada yang hantar ke nursery atau babysitter, kita terpaksa mengharapkan belas ihsan mereka untuk jaga walau tak sebaik kita tapi sekurang2nya terjaga jugak la anak kita.

20 April, 2010

Yang Mana Satu..Pilihan Kalbu

Title tak boleh blah ;-)
Kita dulu membesar dengan glass thermometer (yang ada bulb mercury kat hujung tu). Tapi, due to the toxic risk of the mercury, digital thermometer have replaced the glass thermometers. Saya masih ingat, masa kecik2 dulu kalau demam mesti doc akan guna glass thermometer tu letak dalam mulut, tunggu sat then baca reading berapa..kan?




Bila Azfar dilahirkan, (well..new parents kan sangat concious) kami beli thermometer gak. Tapi kali ni forehead thermometer. Sbb masa tu kadang2 rasa badan dia macam panas kadang2 tak (walhal baby's body temperature mmg sentiasa fluctuate..). Sampai la Azfar 3 bulan kami buat checkup (biasa) kat satu paed di Sg. Petani. Salah satu soalan yg kami tanya, kenapa kadang2 bila check suhu badan Azfar naik kadang2 ok. Doc tu tanya soalan simple je, guna thermometer apa? Doc ckp dia tak boleh nak advice keadaan tu sbb kami guna forehead thermometer (yang tak berapa accurate utk digunakan pada baby..lagi2 small size baby mcm Azfar). Since then, kami plan nak beli digital ear thermometer.



Tapiii..sampai petang semalam baru la kami beli (lepas Azfar dah almost 8 months hehe). Beli yang biasa je, yang penting senang guna dan result cepat.



Oh blue teddy tu free gift (abg guardian mcm tau je anak saya lelaki terus bagi yang blue teddy..terima kasih abang guardian).

Itu saja :D



16 April, 2010

La La Land..


According to here, Azfar should get more or less 14 hours of total sleep.







Kalau ikut total sleep hours tu, mmg la cukup. Masalahnya,pembahagian waktu tidur tu yg tak betul. Kalau ikut, Azfar patut tidur 11 jam (malam) dan 3 jam ( 2 naps, siang).

Azfar pulak..siang biasanya dia akan tidur pukul 6-8 pagi, 10-12 tghari, 3-5 ptg.

Lepas tu dia akan tidur balik 7-9mlm. Last skali 11.30mlm-5.30 pagi. Lebih kurang mcm tu la (takde la on time je tidur, on time je tidur..mcm ada button on off plak kan)

Kami pernah cuba ubah skit waktu tidur dia the whole day utk bagi dia tidur sekurang2nya pukul 9 atau 10mlm sampai pagi tapi dia akan terbangun jugak pukul 11 lepas tu nak main. Pkl 1 baru tido balik, baru padan muka mak bapak dia.

So sekarang ni saya biar je dia dengan timing asal tu, cuma bila tengok dengan jadual tido yg sepatutnya average baby tidur tu, sleep hours waktu malam dia tak cukup la..

Mcm mana ye nak bagi dia tidur awal skit?



Lagi satu,

Sejak lahir sampai la sekarang ni, saya sentiasa pakaikan Azfar socks. Sampai umur berapa ye saya patut pakaikan dia socks 24 jam?





Saya biasa tengok baby lain yang sebaya Azfar dah tak pakai socks pun waktu siang. Tapi saya tak berani nak buat mcm tu sbb..ye la orang slalu ckp baby boy ni senang masuk angin la apa la so saya risau. Lagipun, kalau saya buka socks dia lama skit nnt kaki Azfar akan sejuk sangat.

Saya rasa dah sampai masanya saya take off socks dia kan. At least waktu siang la..



Hmmm..saya nak try esok, tengok masuk angin ke tak :)

09 April, 2010

Apa Yang Azfar Dah Makan, Suka & Tak Suka

Entry ni utk rujukan masa depan, mana tau kot2 Allah bagi rezeki lebih Azfar dapat adik (Saya tidak pregnant ye..)

1. Beras + Carrot + broccoli + ikan bilis (Azfar sukaa!!)

Biasanya saya letak beras satu sudu, setengah batang carrot, beberapa kuntum broccoli, 3 4 ekor ikan bilis buat perasa :-) Malam sebelum tido saya masukkan beras + carrot dalam slow cooker. Bila saya bangun tido, sebelum mandi saya letak ikan bilis + broccoli. Dah siap berdandan (chewahh..) saya trus blend. Separuh masuk thermos untuk 'school' separuh dalam bekas masuk fridge. Siap!

Lepas balik petang saya panaskan je..

2. Beras + carrot + bayam + ikan bilis (Azfar sukaa!!)

Cara memasak adalah sama seperti di atas ye. Cuma, lepas mandi baru saya masukkan bayam sbb bayam kan cepat je layu (begitu detail skali mawar..)

3. Potato/Sweet potato + broccoli/bayam (Azfar sukaaa!!)

Sama juga cara masaknya cuma kali ni saya tak letak beras. Kadang2 saya letak juga ikan bilis.

4. Apple + Pear (Azfar tak suka..huhu)

Saya blend je beberapa cube apple + pear. Siap! Tapi Azfar plak tak suka, mungkin sbb ada skit2 rasa masam2 buah kan. Dia boleh sampai nak terberdiri okk menahan rasa masam tu..Haish anak mama ni, macho sayang macho..awak kan lelaki kena la tahan masam skit2 tu..

5. Betik (Azfar sukaaaa..)

Yang ni saya lenyek2 dalam penapis, saya amik perahannya saja..Ohhh anakku sangat suka mungkin sbb ada rasa manis2 di situ. Kadang2 saya malas saya blend juga ;-)



Sebenarnya entry ni dibuat sbb saya dah takde idea nak bagi Azfar makan apa uwaaaaaaaaaa...

Wassup mama

*Lepas lunch nnt sambung..


Saya ke Jusco td mencari2 stock makanan Azfar. Saya beli carrot (lagi), broccoli (lagi), potato (lagi)..haishhh balik2 itu je. Oh ada lagi yang baru saya beli.........cauliflower (saya tak sure baby boleh makan tak ek??) saya juga beli pumpkin, celery, pisang, pear (kali ni nak blend pear je taknak campur dengan apple). Saya cari organik tofu td tapi takde..


Bila anak saya nak cecah umur lapan bulan ni..banyak skit idea nak masak sbb dah boleh bagi ikan, ayam bagai..


*Sebenarnya Azfar tak kisah pun, dia makan je apa yang saya bagi dia. Cuma dia boleh tahan 2 hari je makanan yang sama, hari ke 3 dah kena tukar menu. Lepas tu kalau ulang balik menu sama dia makan habis jugak. Saya je yang susahkan hati dan kepala memikirkan kot2 dia jemu..




06 April, 2010

Saya Hargai Terima Kasih, Tapi Saya Ada Cara Saya Sendiri


Sembilan bulan saya kandungkan dia
Sembilan bulan ke hulu ke hilir saya bawa dia
Sembilan bulan dia membesar dalam diri saya
Sembilan bulan dia berkongsi nafas dengan saya

Dia nyawa saya..

Saya sangat sayangkan Azfar saya..Tiada walau sekali nadi saya berdetik tanpa saya mengingati Azfar.

Dalam nak membesarkan dia, saya tau saya perlu banyak belajar. Tiada ijazah kepujian keibubapaan, sbb tu saya akan minta nasihat dan pandangan sesiapa saja yang saya rasa lebih dulu tahu melalui pengalaman mahupun pembacaan. Saya hargai semua nasihat. Saya tahu nasihat pastinya bertujuan baik.

Tapiii..berilah saya peluang. Biarlah saya didik anak saya dengan cara saya. Biar saya tahu apa yang betul dan salah saya buat dalam usaha saya menjaga dan membesarkan 'nyawa saya'. Saya dengar, saya terima semua nasihat. Tapi saya pilih ikut kesesuaian. Yang saya tak ikut bukan bermakna tak bagus cuma saya rasa mungkin saya boleh buat ikut cara lain yang sesuai dengan anak saya. Anak saya adalah anak saya. Dia seorang individu yang ada keperluan sendiri.

Tengok si A, dia macam tu macam ni..
Kalau A, time ni dia dah begitu begini..

Perlu ke??

Saya sedih, seolah2 saya tak sayangkan anak saya sbb tak buat macam parent kepada A buat. Seolah2 saya tak tau apa2. Demi Allah, saya cari, saya baca, saya tanya, saya dengar semua tentang bagaimana nak jaga seorang anak.

Saya tahu saya perlu bertolak ansur. Tapi untuk sekali ini..Tolonglah percaya pada usaha dan kemampuan saya!


Sekali ini saja..

*maaf entry ini agak emosi, kerana saya mmg tengah beremosi dan saya tiada tempat meluahkan buat masa sekarang.

12 March, 2010

Entry Tampal Muka Anak Kat Blog ;-)


Entry ni adalah khas untuk tampal muka anak kat blog tanpa sebarang tujuan hik!

Sbbnya weekend ni hanya akan tinggal mama dan Azfar kat umah, baba dia nak pi memancing kat Pulau Sembilan. Sebagai isteri yang memahami (paham ke?) saya buat2 tak kisah dia nak pi. Mmg saya tak kisah dgn minat dia tapiiiiii jauh di sudut hati sedih jugak nak kena tinggal on weekend huhu



Takpe mama, kita ajak Auntie Gee datang umah gossip gossipan k



Kalau agak dah boring sangat gossip gossipan kita ajak Auntie Gee kuar ye mama..




Ataupun, Azfar jadi mandur, kita jadikan Auntie Gee bibik ye mama suruh dia kemas umah, basuh pinggan mangkuk, basuh baju-baju, masak, cari kayu api..oppssss




Paling2 tidak pun kita suruh dia cuci beyak Azfar k hehehe

Auntie Gee,

Sila datang umah Azfar segera ye!

Salam sayang,
Azfar

26 February, 2010

6 Months Lil' Azfar

My dear baby is 6 months young today!! Happy 6 months birthday my dear busyuk masyam baby!






Setengah tahun suda rupanya..the best part is he will starts solid food! Mama ada banyak perancangannya ni. Harapan yang menggunung tinggi adalah nak memasak utk my lil' man ni. Oh, saya blom start solid utk Azfar lagi, mmg saya plan nak tunggu on the very day he hits 6 months. Setengah org kata saya kejam. Kawan2 mak mentua saya dan kawan2 mak saya marah bila tau saya blom bagi Azfar makan solid food lagi.


Sebenarnya saya rasa Azfar ok je. Sbb dia tak pernah meraung tak cukup susu or what. Sampai hari ni dia menyusu mcm biasa, 4 oz setiap 2 jam. So saya tak rasa saya perlu risau sangat bila saya start solid lambat sikit. Lagipun, since dia lahir kecik skit, saya nak dia membesar dengan susu dulu sebelum introduce food. Saya tak mintak tapi mana la tau ada food yg tak sesuai dengan dia, nnt kena diarrhoea ke apa ke lagi susut badan saya akan lebih susah hati (ke imaginasi saya adalah melebih-lebih?? apa2 la Mawar..). Ni pandangan peribadi saya je k, saya tiada halangan pada yang nak start food lebih awal, babies are individual kan? Ada keperluan masing2.





Mama & Baba loves you so much dear!


Hari ni cuti sambung sekali dengan weekend. Best! Mama, Baba jom ikut Azfar jalan-jalan!


19 February, 2010

Considering Baby Monitor

Since we're living in 2 storey house, saya rasa baby monitor adalah salah satu keperluan. Sebelum ni saya tak pandang pun baby monitor sbb saya rasa our Azfar will sleep with us in our room sampai dia boleh diharapkan tido sorang2 kat bilik, so buat apa ada baby monitor kan. Tapi sekarang ni without baby monitor saya dah jarang sangat tengok tv. Memang ada tv dalam bilik kami tapiiiiiiii takde Astro! Lagipun kuat mana sangat saya boleh buka tv tu sbb takut nnt our baby terkejut plak kan. So, biasanya malam2 lepas dah dinner, kemas2 dapur skit saya dah kena naik atas tidokan Azfar dan lepas tu saya baring sambil pandang siling berangan je ataupun tengok Azfar tido sampai saya sendiri tertido.


Sekarang ni saya rasa saya patut consider untuk dapatkan baby monitor. Kalau boleh dapat yang ada viewer skali mcm ni best kan. Siap boleh namapk Azfar tengah tergolek mcm mana kat cot dia..






Tapi takpe la saya taknak berangan lebih sangat. Kalau yang biasa2 pun dah cukup ok kot. Mcm AVENT punye ni..RM699 jugak yg biasa2 pun tau (ok, reject hehe)




Ataupun yang ni je..affordable hehe




Tengok la nanti, survey2 dulu..

27 January, 2010

5 Months Lil' Azfar

Happy 5 months young my little boy! Sorry k mama lewat 1 hari.





Anyway, my cheeky little boy ni dah 5 months young semalam ;-) mcm yg biasa org lain cakap, cepatnya masa berlalu. Setiap kali tengok Azfar, saya masih teringat betapa keciknya dia masa lahir dulu (ok saya tau bunyinya cliche..tapi dia mmg kecik sangat 1.7kg okk!!) Masa nurse nak amik darah kat tangan utk check jaundice pun, nurse tu x dapat cari mana nak cucuk tau. Tapi tengok dia yang semakin membesar, saya sangat lega. Setiap senyuman dia buat saya juga tersenyum :-)


Few days ago, Azfar mcm tak berapa sihat. I hate it when i know something is not right with my lil' boy and yet i do not know what it is. Geram okkk! Starting on Saturday aritu Azfar mcm tak berapa lalu minum susu. Selalu 3 - 4 oz sekali dia minum tp haritu nak abiskan 1 oz pun puas berperang. Last2 kalau paksa jugak dia muntah balik semua sekali huhu sedih tengok dia mcm tu. Yang peliknya dia tak la mengamuk lapar ke apa. Dia main2 mcm biasa je cuma saya yang risau sbb dia boleh tahan 4 ke 5 jam tak minum langsung. Luckily dia dah recover semalam. Dah minum susu mcm biasa. Mungkin nak bertukar bulan kot kan, kata orang tua2 la..


On a happy note, coming Friday ni Soulmate nak bawa kami ke Kuantan yeayyy!! Soulmate ada course sebenarnya tapi yeayyy jugak. Yang penting kami tak ditinggalkan bersendirian kat umah on weekend (itu pun selepas saya cakap saya nak ikut jugak!) hehe..



Itu saja ;-)

17 January, 2010

Bila Azfar Dapat Mainan Baru

Mula-mula rasa pelik, apa la mama beli ni?



Cuba masukkan dalam mulut la kot2 rasa manis ke kan



Kenapa tak boleh masuk ni..asyik keluar je benda ni

Mama! mama! ..mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Mama loves u sayang :-)

26 December, 2009

4 Months Lil' Azfar

Saya sangat sayang baby saya (tetiba haha)..Actually hari ni genap umur Azfar 4 months!!



Mama & baba love u so much dear!

Azfar dah membesar dgn sihat. Believe it or not, my cutie yg masa lahir beratnya cuma 1.78kg now dah over 5 kg (i guess laa). Next week baru checkup utk 4 months. Tapi last checkup masa 3 months, Azfar dah 4.9 kg so i rasa skrg mesti dah over 5kg kan..

Yang penting Azfar sentiasa sihat sayang. So far alhamdulillah, Azfar pernah demam sekali ja dan takde masalah lain. Lepas cucuk pun tak pernah demam lagi! Kecik tapi kuat anak mama & baba ni..

Azfar makin manja sekarang ni..Minggu ni tokmama & tokbaba datang umah yeay!! Next week plak maktok & tokwan datang, super yeayy!!!

Anyway, happy 4 months birthday sayang. Mama & baba sayang Azfar sgt2222!!!!!!

03 December, 2009

100 Hari Azfar


Arini genap 100 hari Azfar saya ni. Makin cute, makin pandai, makin membesar makin segala2nya. Masa azfar lahir dulu mmg hidup saya tunggang langgang tambah2 lg bila blk ke umah sendiri dan menguruskan azfar sendiri. Dgn keja lg, umah lg, diri sndiri lg, Soulmate lg..mcm2 nk kena pikir dan uruskan. Alhamdulillah sekarang semuanya agak terurus skit, terima kasih juga buat Soulmate yg sgt membantu..

Hepi 100 days my lil angel. Mama & babah love u so much!

25 November, 2009

Azfar Balik Kampung


Saya & Soulmate cuti panjang raya haji ni so hari nh kami dah bertolak balik kg. Azfar pelik ja kat dlm baby basket dia. Mesti pelik mana mama & babah bwk dia pegi jauh sgt. Awal2 dia behave je tp dah dekat nak smpai dia mula rimas. Nasib baik dah nk smpai kan.
Hari ni balik umah maktok penang dulu esok baru balik umah tokmama sg. petani. So far dah beberapa jam kat umah maktok ni azfar ok ja. Bukan apa risau jugak dia tak biasa ke kan. Tp dulu kan azfar pantang dgn mama kat sini kan kan mesti la ok. Anak mama kan good boy..

Kami sekeluarga nak ucapkan salam aidiladha buat semua

12 November, 2009

Mama miss u darling


Maafkan pic yg senget benget ni. Saya sgt rindukan my little angel ni. Mata yg besar mcm mama dia hehe..oh dan azfar skrg sgt suka tgk tv. Kalu letak dia depan tv dia boleh tahan setengah jam ke sejam renung tv sambil mulut pot pet bahasa dia la. Like mother like son, gila tv hihi..Lambatnya pkl 5, saya sgt tak sabar nak balik umah

09 November, 2009

Bila Azfar Demam


Bila azfar demam,
Mama & babah jd risau sgt

Bila azfar demam,
Mama & babah rasa sedih tgk azfar tak selesa

Bila azfar demam,
Mama & babah pikir kalau la boleh sakit tu di'transfer' pada kami

Bila azfar demam,
Mama & babah tak kisah berjaga sepanjang mlm melayan kerenahnya

Bila azfar demam,
Mama & babah sanggup buat apa saja utk hilangkannya

Get well soon our little angel..
Mama & babah love u so much

20 October, 2009

We're Back..hehe


Dah seminggu lebih saya balik umah sendiri kat Putrajaya. So kena la menguruskan semuanya sendiri. Sebelum ni kat umah parent best la takyah pikir bab memasak ataupun kemas umah. Hari2 cuma ngadap my lil cute baby, best sgt. Tp seminggu ni sangaaat mencabar. Since cuti saya blom abis lg so setiap hari menguruskan azfar dan umah sampai kadang2 makan pn tak sempat. Penat tp best dapat bersama my lil azfar yg makin hari makin manja ni..

02 October, 2009

Day 37


Azfar tgh tdo sempat la update blog. Hari ni dah masuk day 37 dah. Bila nak abis 44 hari ni dah jemu sgt kat umah ni. Lgpn dah rindu dgn umah kat putrajaya dan isi rumah termasuk la Soulmate hehe. Weekend depan baru nk balik sana. Tak sabar ni nk bawak azfar blk.

Ok la ada masa nnt saya update lg..

18 September, 2009


Azfar tgh tdo :-) Eh lupa plak saya blom introduce kan our baby ni? This is our Azfar bin Aizwan. Saya stil dlm pantang lg ni baru day 24. Mcm semua org pernah rasa la kan, pantang ni mmg menyeksakan huhu. Bab2 lain ok lg tp bab tak boleh minum air sejuk ni sungguh mencabar iman. Tambah2 lg dlm bln puasa ni bila tgk semua org berbuka dgn air yg penuh ais adoi seksa. Asyik dok bilang hari je nk lepas pantang ni.

About azfar plak, setiap hari pn saya belajar benda baru. Mmg best ada baby ni. Biar x cukup tdo pn stil rasa hepi bila tgk azfar. Dan saya dah faham mcm mana rasa risau bila anak sendiri x sihat. Azfar kena jaundice aritu so warded 1 mlm kat hospital.

Byk benda yg nak diceritakan tp next time je ek.

Anyway kami sekeluarga nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails