06 May, 2011

Tentang Renovation Rumah


Alhamdulillah, renovation work dah hampir selesai. Tinggal table top untuk kitchen cabinet, kipas + pendant light dan tiling work untuk bilik air je lagi yang insyaAllah akan siap Sabtu ni. Sekarang tengah sibuk packing barang untuk pindah ke rumah sendiri. Kalau ada sesiapa yang nak datang rumah sekarang, mintak maaf la memang saya kata tak boleh. Nanti takut orang yang datang tu tak tau mana nak pijak. Rumah saya sekarang adalah tunggang langgang.

Banyak sangat barang nak packing. Sampaikan saya rasa dah banyak yang dah masuk kotak tapi bila tengok sekeliling macam takde perubahan je, tak luak pun :(

Mother in law saya kata, depa kawen dah 40 tahun pun barang tak banyak macam kat rumah saya, haha. Kalau ikutkan memang logik la sebab semua adik-beradik Soulmate dah kawen. Tinggal parents in law saya je kat rumah tu patut la barang tak sebanyak kami. Kami, walaupun keluarga kecik tapi barang Azfar je dah suku rumah *salah siapa kalau bukan mak bapak dia yang belikan hehe

Itu nanti saya ceritakan jerih payah nak berpindah randah ni. Kali ni saya nak cakap tentang macam mana berpeluhnya (mostly Soulmate la) menguruskan renovation work. kalau kami orang berada, memang saya sanggup keluarkan duit lebih sikit bayar main contractor dan suruh dia handle semua. Apa-apa tak kena, cubit dia je. Sekarang ni, memandangkan bajet adalah cukup-cukup, kami uruskan sendiri dengan contractor lain-lain yang ada ragamnya sendiri. Kitchen cabinet dengan ragam dia, grill (yang paling teruk) dengan alasan dia, extension work dengan cara dia. Pendek kata kalau tak sabar, memang angin satu badan.

Berdasarkan pengalaman sendiri, ini adalah komen saya:-

Kitchen Cabinet

Saya percaya kebanyakan kaum wanita ni, bila bab rumah baru, perkara pertama yang dirancang adalah hal ehwal dapur. Dapur, dalam rumah terutamanya bagi orang Melayu boleh dianggap ibu rumah. Saya pun sama juga, daripada sign S&P agreement lagi dah berangan tentang gaya dapur pilihan. Timbunan magazine kat rumah jangan cakap la, asal hujung bulan je sibuk la dengan magazine baru, Impiana Dapur, Anjung Seri, ID, Homedecor, Seni Hias etc jadi bahan bacaan utama. Dan seperti kebanyakan orang juga, saya & Soulmate ke hulu ke hilir cari the best quotation dan contractor. Nasihat saya dalam memilih contractor, jangan hanya pandang yang paling murah. Yang paling mahal juga tak semestinya yang terbaik. Kalau boleh cari review tentang kualiti kerja, itu yang akhir sekali akan buat kita puas hati. Kalau cerita tentang kitchen cabinet saya, final outcome saya puas hati. Yang ralat pun cuma masa first time nak install rupanya salah color, so kena tunggu lagi seminggu untuk buat balik ikut color yang dah dipersetujui. Ada la jugak part nak menaikkan tekanan darah tu.


Extension work

Semasa merancang renovation ni, berapa kali kami on & off dengan cadangan nak extend bahagian dapur, tambah stor dan bilik air. Daripada tiga benda, ada satu masa tinggal dapur dan stor saja. Tapi bila difikirkan semula, kalau ikut nasihat ramai orang, kami on jugak dengan cadangan asal, extend dapur, tambah stor dan toilet. Sebabnya, kami rasa lebih elok kami selesaikan kerja-kerja construction ni sebelum berpindah masuk. Kalau nanti2 baru nak buat, kirim salam je la. Sepuluh tahun lagi belum tentu dapat buat. Contractor yang kami dapat tu ok, kemas dari segi kerja tapi macam biasa la janji dua minggu tapi almost sebulan baru siap. apapun, kami puas hati jugak la dengan hasil kerja.


Wiring

Wiring juga elemen penting yang perlu dipikirkan. Memandangkan sepupu saya memang contractor, so kami pilih dia. Mula risau jugak sebab berurusan dengan sedara mara ni susah kalau ada yang tak puas hati. Tapi mujur kami puas hati + dia pun buat kerja dengan cepat.


Grill


Yang ni paling penting tapi paling menyesakkan jiwa raga betul. Masa minta datang ukur, Soulmate siap tunjuk kalendar tanya dia sekian tarikh ni sempat tak siap. Jawabnya sempat. Tapi bila sampai hari Khamis yang dijanjikan, boleh plak dia kata 'ingat Khamis minggu depan' rasa nak luku kepala dia, akhirnya tak jadi sebab dia ada hal, janji pulak esok (jumaat), bila call, cakap petang skit lepas solat jumaat, batang hidung pun tak nampak. Janji pulak sabtu, bila sampai harinya sedara plak meninggal. Memang sakit jiwa raga. Sebabnya, patut hari Khamis pasang grill, Jumaat pasang kitchen cabinet + lampu dan kipas, Sabtu pasang curtain. Last2 semua cancel sbb yang lain2 tak boleh buat selagi grill tak pasang. Bengong!


Itulah pengalaman saya. Kata orang, dalam banyak benda yang kita buat untuk siapkan sebuah rumah memang akan ada satu dua perkara yang tak menjadi ikut plan kita. Tapi Alhamdulillah semuanya dah hampir siap. Itupun, untuk cat rumah kami cat sendiri, puas hati! Thanks to Soulmate :)




5 comments:

Dayu said...

huhuhu
pindah rumah mmg memenatkan
apakan lagi kalau involve keje2 renovation
perrghhh!!
mmg tak larat sebnarnya kan
tp nak tak nak layan je

*ok,nanti bleh refer mawar je trus lps ni

Mawar said...

Memang letih sungguh. setiap masa asyik pikir pasal rumah tu je.

kalau nak pilih contractor, saya nasihatkan tanya previous client dia puas hati ke tak. Kalau tak memang merana skit la..

MammaSun said...

betol, bab pindah rumah adalah sangat sakit segala kepala dan badan. hehe...dah ada pengalaman 3 kali pindah dalam masa 2 tahun setengah. Dan tahun depan bakal berpindah lagi ke rumah sendiri lak....biler baca pengalaman nak renovate rumah nih, cuak plak rasa nak pilih the best among the best. Contractor pun mcm2 jenis ada kan...

Mawar said...

Hi mamasun. Dah 3 kali pindah? Saya dengar pun penat :-)

Anyway, good luck mencari contractor. Survey lama skit takpe, janji puas hati!

isma said...

thanks for sharing this.it's very useful for me as I'm gonna have my own house and nak buat lil' bit renovation.cuak!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails