20 February, 2012
My 30th Birthday!
Alhamdulillah, dipanjangkan usia saya sehingga ke hari ini. Thank you pada yang masih ingat dan ucapan selamat untuk saya. Thank you so much!
Saya dah berusia 30 tahun! Macam tak percaya akhirnya umur saya sampai ke angka 30 juga. Memang patut la kan, takkan semakin hari semakin muda pula. Cuma nak menerima kenyataan semakin tua agak susah bagi saya mahupun kebanyakan orang, i guess.
Orang selalu kata, usia tak melambangkan kematangan. Tapi saya punya harapan berbeza. Saya punya pengharapan yang tinggi untuk diri sendiri. Saya mahu memulakan hari di usia 30 tahun ini untuk jadi seorang yang berbeza. Saya mahu usia saya melambangkan kematangan diri saya. Saya bukan remaja yang boleh bersuka-suka mengejar kematangan tapi sukar nak melepaskan sifat keanakan. Saya mahu matang secara keseluruhannya.
Saya bersyukur kehidupan saya sehingga hari ini, boleh dikatakan sempurna. Saya masih punya keluarga yang menyayangi saya tanpa sebarang syarat. Walaupun dalam keluarga saya ini, mengucapkan kasih sayang sesama sendiri itu bukan amalan, tapi saya percaya kami cukup tahu bahawa kami saling menyayangi antara satu sama lain, biar mak ayah saya mahupun adik-adik saya. Thank you to all of you! I really really love you all!
Saya juga punya suami yang menyayangi saya seadanya saya. Yang harapannya terhadap saya adalah sesuatu yang mampu saya capai. Yang sentiasa tahu isi hati saya walau saya tak mengucapkannya. Yang berpegang pada janjinya, apa pun terjadi dia pasti ada di sisi saya. I love you so much!
Saya juga punya anak kecil saya, A.z.f.a.r yang saya sanggup gadaikan nyawa demi dia. Yang saya sayang dengan setiap nafas saya. Yang saya rindu walau baru lepas marah dia kerana kerenahnya. Yang buat saya lupa tentang segalanya dengan senyuman dia. Yang masih belum tidur pukul 12 tengah malam semalam dan nyanyi happy birthday untuk saya, sweet! Mama sayang kamu sangat!!!
Dan saya juga punya mama & baba (mertua saya) yang mengasihi saya terlalu banyak!
Kerana mereka-mereka ini lah, saya rasa bahagia.
Hari-hari saya selepas ini, saya mahu jadi insan yang jauh lebih baik. Kalau sebelum ini saya selalu beli buku tapi sukar mencari masa untuk membaca, then i should start to find time to read more!
Kalau sebelum ini saya selalu masak (selalu ke?) tapi menu yang dihidangkan kalau tak kari, sambal, masak kicap, masak asam, sekali sekala sup atau asam pedas, then i should start to flip through my recipes book!
dan kalau sebelum ini sebelum ini yang seterusnya....
So, i wish happy birthday to myself. Semoga hidup saya sekeluarga diberkati selalu.
and thank you once again for all the wishes!
Subscribe to:
Posts (Atom)