27 June, 2008

Biomedical Engineering International Conference

Berita Harian, Jumaat 27 Jun 2008

~Hubungan erat majukan bioperubatan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata hubungan rapat di antara ahli akademik, industri dan profesional dalam bidang perubatan akan memastikan penyelidikan kejuruteraan bioperubatan dapat dipacu keperluan sebenar.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa menggalakkan penyelidikan aplikasi dan usaha untuk mengkomersialkan hasil kajian.

“Kerajaan komited ke arah membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Dalam hal ini, kerajaan menyediakan sumber kewangan yang besar untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan serta aplika

si praktikal dalam teknologi maklumat dan komunikasi serta sains hayat.

Bagi menyokong peralihan ini, saya berharap penyelidik akan terus membabitkan diri dalam industri berkaitan dan memastikan percambahan idea dan menterjemahkannya kepada hasil yang konkrit,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Bioperubatan Keempat anjuran Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) di sini, semalam.


Teks ucapan beliau dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Hadir sama Pemangku Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Arshad Ayub dan Pengerusi Faber Medi-Serve Sdn Bhd, Datuk Zainal Abidin Alias.

Perdana Menteri turut memuji Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM kerana berjaya menjalankan pelbagai kajian dalam tempoh 10 tahun bagi membantu keperluan penjagaan

kesihatan di negara ini.

“Penyelidikan yang dijalankan jabatan itu termasuk analisis gerakan, kejuruteraan tisu dan aplikasi perubatan dalam teknologi nano. Ia masih bidang baru di Malaysia tetapi beberapa hasil dicapai seperti menghasilkan kaki palsu yang diperbuat daripada buluh,” katanya.

Selain itu, Abdullah berkata, penyelidik jabatan berkenaan turut berjaya menjalankan kajian kesan kesihatan menerusi solat.


Perdana Menteri berkata, kajian itu yang pertama dijalankan bagi meneliti kaitan kompleks di antara solat dan badan manusia.

“Selain menemui hasil kesihatan fizikal, ia juga menjadi terapi bagi sakit belakang yang kronik dan penyakit lain. Penyelidikan ini menjanjikan masa depan cerah dalam kejuruteraan bioperubatan di Malaysia,” katanya.~


Bangga ni bangga ni hehe..sebagai salah sorang ex-student Biomedical Engineering di UM rasa bangga plak tetiba padahal masa study dulu memain je.


hehe..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails