07 July, 2008

Aktiviti Weekend

Weekend macam biasa mmg sgt best. Unfortunately arini dah monday huhu sangat la tak best..

Update skit aktiviti weekend :-)

Friday, malam
Since masa lunch Jumaat lepas i pegi beli tiket untuk show malam so i dan Soulmate pn menapak la ke Alamanda (dari parking ke gsc je hehe). Sebelum harga minyak naik, kami selalunya nonton kat Cheras Selatan sbb seat dia lebih selesa. Tapi sejak minyak RM2.70/l ni pikir banyak kali nak ke sana sbb tu hihi last2 Alamanda jugak ;-) Cite apa kami nengok? ni haaa cite kat sebelah ni, Sepi
Overall, cite ni tak sebest Cinta. Certain part ada gak yg buat i boring tp kira ok la..Vanida mmg superb :-)

Sabtu
Tak banyak benda yang i dan Soulmate buat. Pagi tu Soulmate pegi breakfast umah kakak dia (pagi ke kul 11?) i lepak kat umah je kemas2 bilik, basuh baju, cuci bilik air (macam bibik plak) Lebih kurang kul 1 Soulmate call cakap nak datang amik i tp time2 tu jugak la kepala i pening rasa tak boleh bangun. Mmg lately i slalu pening2, sama ada sbb masalah telinga i ni ataupun ada high blood pressure. I think i have to go for a check up la kan. Mmg i ada appointment dgn ENT Specialist kat Hosp. Putrajaya tp lambat lg, bulan October. Macam nak kena cepatkan je sbb takut masalah telinga i ni menyebabkan i susah nak balancekan badan huhu risau ni. Need to call the Hosp. la camni..
Tapiiiiiii walaupun pening i kuar gak dgn Soulmate, teman dia pegi kedai yg jual alatan mancing, benda apa tah dia beli. I mmg tak baper paham minat dia ni tp i ngikutkan je dah dia minat kan..
Malamnya takde benda pun yg buat..boleh tak Soulmate ajak i pegi lepak kat depan masjid Putrajaya sbb dia nak ikat tali pancing. Sbb i pn tak tau mana nak pegi so ikut jo la..

Ahad

Pagi2 ahad dengan bersemangatnya kul 6.15 i dah bangun dan siap2 p umah Soulmate sbb dah plan nk bersenam hahaha..Sampai umah Soulmate kul 7 lebih trus kami berjalan kat depan area umah dia. Berpeluh la jugak hihi..Tapii masalahnya lepas bersenam kami pi makan nasi lemak huh ponat je bersenam..
Petang skit Soulmate ajak pi Bagan Lalang sbb dia nak mancing nak try rod dan alatan baru dia. Tapi memandangkan kami sedang dalam proses mengatur kewangan (sebenarnya takde duit hihi) sooooo kami pi Putrajaya Wetland, Soulmate nak gak try rod baru (dia cuma try baling je tau bukan dengan niat tangkap ikan..tak paham aku) Nasib baik i bawak buku kalau tak mesti i boring..Inilah antara gaya2 Soulmate..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails