22 July, 2008

Gelabah Tak Tentu Hala

Jumaat lepas i dan Soulmate cuti semata-mata nak pi buat HIV test kat Klinik Kesihatan Putrajaya. Memandangkan misi yg angkat call masa i nak buat appoinment tu ckp pkl 8 soooooooo awal2 pagi gile i dah terpacak kat bawah apartment Soulmate.. 7.45 pada hari i cuti dikira awal gile okk. Sementara tunggu Soulmate, i terserempak dgn parent dia yg baru turun nak pegi hospital tengok kakak dia baru bersalin. Lepas borak jap depa mintak diri then Soulmate turun trus p klinik.

Soulmate gelabah gile nak amik darah coz ada org ckp kalau HIV test nurse akan amik darah banyak hihihi i yg mula2 ok pun jadi gelabah tau




Mula2 kami kena register, pastu jumpa misi masyarakat (nama jawatan dia jururawat masyarakat hehe) yang mulutnya tak berapa nak berenti bercakap. Dia asyik cakap je (dalam hati aku bila minah ni nak cucuk ni!!) Pastu dah abis dia cakap dia suruh i & Soulmate pi makmal amik darah. Laaaaaaaaa patut la tak cucuk2 dari tadi rupanya tugas dia bagi explanation pasal HIV/AIDS haishh ponat yo kutuk dalam hati..

Bila dah sampai makmal tu mmg dah gelabah, mula2 dia panggil Soulmate yesss hehe..Lepas 5 minit Soulmate datang kat i dan tunjuk hujung jari dia yg ada kapas..Chehhh cucuk kat situ je penat aku takut dari pagi tadi..

Yang paling lama kat klinik tu part nak tunggu jumpa doktor sampai boring aku kat situ..Mula2 aku tak puas hati kenapa buat HIV test kena jumpa doktor tak paham tau aku bukannya sakit aku buat ujian saringan je..Agaknya Soulmate rimas dgn soalan aku dia cakap, abih sapa nak sahkan awak takde HIV? hihihi tul gak ;-)

Resultnya..negatif okk yeayyyy boleh kawin hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails