Saturday i ajak Soulmate teman i hantar kad kat Gee sampai ke Klang. Dia ngikutkan aje hihi. Sbb parent Gee takde so kami tak masuk umah sembang kat pintu je. Gee bagi souvenir yg dia beli kat Bali, cute!! boleh pakai raya hehe itu je yg baru untuk raya ni sbb i tak prepare apa pun, baju raya pn takde huhu. Rasanya i pakai baju batik je la sbb i ada tempah 2 baju batik kat tailor utk pakai every Thursday. Jumaat ni nak p amik so boleh kira baju raya gak la :-) On the way balik dari umah gee singgah Shah Alam cari tudung untuk majlis nikah. Dari SACC Mall, ke PKNS ke Alam Sentral mencari last2 jumpa gak. Tapi sian Soulmate kena ikut i jalan hihi i pn puasa darling u tak marah kan hehe..
Sunday plak i ajak Soulmate p Selayang umah bapak sedaraku hihi untuk hantar kad jugak. Omak dah pesan suh antar kena la p jugak. Hujan lebat gile nasib baik ajak Soulmate kalau tidak, mau nangis i drive sorang2 dalam hujan lebat yg amat tu..Lepas tu kami gerak p The Curve sbb dah janji nak berbuka dgn kengkawan. Kalau bukan sbb nak edar kad harus aku tak p ni. Malas la..sbb kan, bila jumpa kengkawan yg jarang jumpa mcm dah ada dialog yg biasa; u kat mana skrg ni? Eh dah chubby la u skrg? u sihat ke? u macam mana skrg ni? u tukar no fon ke i call u tak pernah dapat? no fon u bape ek? Macam pernah dengar kan dialog2 ni..
Memandangkan i & Soulmate sampai awal kat sana so kami p Ikea dulu sbb mmg plan nak survey chest of drawer. Lagipun ada barang skit nak beli. Dan dah jumpa yg berkenan di hati hehe..
Berbuka malam tu ok la tp i makan skit je sbb tak best. Tak tau la makanan tak best ke ataupun i tak selesa berbuka kat situ. Lepas dah abis makan & solat trus ajak Soulmate balik.
Malam ni nak makan seafood kat Bagan Lalang..bestnyaaaa
No comments:
Post a Comment