09 October, 2008

Dia, Soulmate dan Cinta..

Pernah tak terfikir macam mana cinta yg sepuluh tahun berakhir dgn perpisahan dan cinta yg setahun berakhir dgn pernikahan. Tak boleh nak terbayangkan kan? Apa lagi bg i yg mengalami ni, kadang2 rasa susah sangat nak sedar dan percaya apa yg sedang berlaku dan rasa betapa pantasnya hidup i berubah..Sebelum ni i tak pernah bersedia untuk menceritakannya walaupun sentiasa ada yg menanya, mcm mana hang menghadapi? awat jadi mcm tu?

Pernah satu ketika pada sesetengah masa i menyalahkan diri sendiri dgn perpisahan tu. Semua org, setiap ahli keluarga dan sahabat handai seolah menuding jari pada i yg dianggap seolah2 kacang lupakan kulit, tak mengenang budi, kejam dan keras hati kerna sanggup menidakkan cinta yg bersemi sepuluh tahun demi insan yg dicintai cuma setahun. Pernah tengok iklan drama Goda? Ada seorang lelaki yg tanya M, bolehkah kita jatuh cinta pada dua org secara serentak? Pada pandangan peribadi i, TAK BOLEH!! Tapi kenapa i boleh cintakan Soulmate sedangkan pada masa perkenalan tu i'm not single, i was somebody's sweetheart..Persoalannya, adakah that somebody tu pun my sweetheart pada masa tu?

Bila difikirkan semula saat tu, baru i sedar, perasaan yg i anggap cinta selama sepuluh tahun tu sekadar rutin. Yes, mungkin first few years bersama tu adalah cinta tp lama2 kehadiran dia cuma seolah2 rutin dalam hidup i. Even saying the three magical words pun dah jadi rutin, macam mana nak akhiri semua tu dgn janji sehidup semati. Tak mungkin i boleh bahagia kan? Berbeza pada Soulmate yg sejak mula bermain mata, hati dgn seikhlasnya merasa kasih sayang walau pada masa tu masing2 terikat dgn hubungan 'cinta' yg belum tentu cinta. Kerana perasaan kasih tu jugak, masing2 mendoakan yg terbaik dalam hubungan 'cinta' masing2 walau ada sedikit kekecewaan menyesali kenapa kita tak pernah dipertemukan sebelum ni.

Sesekali tersenyum bila menyalahkan takdir yg sebenarnya pernah menempatkan kita dalam daerah yg sama, pada masa i bertungkus lumus untuk PMR rupanya Soulmate sedang bergembira matriks di sekolah yg sama. Mungkin kita pernah bersua cuma tak pernah kisah dan bersuara :-)

'Cinta' itu telah lama berlalu rupanya. Walau i sedar masih ada yg menyalahkan i kerana meminta perpisahan tp percayalah setiap insan kerdil seperti kita cuma mencari kesempurnaan agar hidup yg dijalani lebih berada dalam kesyukuran. i tak salahkan sesiapa walau keluarga i sendiri cuma yg i minta, tolong la berhenti bertanya. Pada saat i dah dinikahkan, apakah masih perlu soalan, dia mcm mana sekarang? dia tahu hang nak kawen? dia ok ka? Demi Allah, i mengaku bukan mudah melupakan, i tak minta bantu i untuk melupakan, yg i minta cuma ihsan agar semua turut sama melupakan dia sama seperti yg i sedang lakukan. Cukuplah pada saat jari i diinaikan masih sempat bertanya, hang tak menyesal tinggalkan dia? Tolonglah, i bukan tak mampu jawab cuma i sedih memikirkan kenapa org lain masih memikirkan tentang remuk redamnya hati dia dengan meremuk redamkan hati i pada saat i nk dinikahkan.

I sedang mencari bahagia. Dan sehingga hari ini i sedang menemui bahagia..Tolonglah semua lupakan dia. Biar kenapa i tinggalkan dia cuma i yg tahu sbb kalau semua tahu, semua org akan menambahkan sorang lagi org yg dibenci..

3 comments:

Tulip said...

i've experience same like u..cuma cerita jumpa soulmate jerr x sama hehehe..tp sukarnya mmg x terkata..

Mawar said...

Cuma yg pernah mengalami je yg memahami kan

Wany said...

kisah kita hampir sama akk.. tp xserupa.. wny cuma ingt 2 baris ayat akk 'ingtlah tapi jgn merindui, ingtlah tapi jgn menyesali'.. smpikan salam wny pada makcik n pakcik.. wny ttp angp keluarga SAZALI sebahagian dr keluarga wny.. n ttp keluarga SAZALI menjadi sejarah dalam hidup wny.. terima kasih.. sngt2 terima ksih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails