Balik keje Rabu lepas, Soulmate sibuk2 siap nak pi mancing, i plak rilek2 bermalas-malasan kat sofa. Tetiba dengar bunyi siren, mula2 jauh pastu makin lama mcm makin dekat. Sekali tengok dari tingkap umah rupanya ada dua keta bomba, beberapa org polis kat blok depan. Bomba yg sampai tu siap berlari masuk blok tu, yg lagi satu kete tu sibuk buka pili bomba. Masalahnya i tak nampak asap pun dari blok tu, kalau setakat ular masuk umah nape dia nak bukak pili bomba tu kan..
Rupa-rupanya ada umah yg dapurnya terbakar, tp tak nampak api + asap pun kiranya tak la serius kan. Bomba tu pun tak sembur2 air pun, depa tutup balik pili tu maybe terbakar skit je tp tuan umah panic trus telepon bomba kan maklum la balai bomba kan dekat je..
Moral: Laling...bahaya tau masak2 kat umah, kita makan kat luar ek ;-) ....alasannn!
No comments:
Post a Comment