22 January, 2009

Kisah Dua Minggu Mereka

"Syg, org tak period lagi la.." rungutan yang hampir setiap hari si suami dengar daripada isterinya. "Tak lama lagi la tu. Syg stress kot?" si suami cuba meredakan kerisauan hati isteri.
"Maybe la kan" sambut si isteri mematikan perbualan bagi topik tersebut.

Dengan dialog yang hampir sama, begitulah perbualan sepasang suami isteri itu apabila menceritakan soal itu. Namun, si isteri yang masih tak berpuas hati setelah hampir seminggu kitaran menstrualnya tak menepati waktu, lantas memilih untuk menguji sendiri. Mungkinkah aku hamil? fikirnya..Semalaman bersabar menanti fajar pagi menjelma kerna kata org, waktu yang terbaik untuk ujian itu adalah waktu pagi. Berdebar2 juga si isteri semasa menanti keputusan itu. Walaupun mengikut perancangan asal dia dan suami, sekarang belum lagi tiba masa yang sesuai untuk menambah ahli keluarga namun apabila ujian itu dengan sahih mengesahkan dia tidak hamil, terpalit juga rasa kecewa di hati. Terfikir juga akan dirinya, bagaimanakah agaknya perasaan seorang wanita yang sangat2 mengharapkan timbulnya garisan pada penguji itu. Pasti kecewa teramat sangat bukan?

Memandangkan ujian itu sudah pasti negatif, suami isteri itu percaya bahawa kitaran menstrual si isteri terganggu kesan tekanan mungkin. Seminggu kemudian si isteri mula merasakan PMS, bertambah yakinlah mereka bahawa kerisauan selama ini cuma kerana gangguan cuma. Dua minggu kemudian, PMS tidak hilang2 hingga keputusan menguji semula diambil.

Pagi Jumaat itu, si isteri mencuba lagi menguji..kali ini keputusannya berbeza, sungguh berbeza. Tak berpuas hati dengan sekali cuma, waktu rehat hari itu, si isteri menerjah mencari satu lagi penguji. Sah, keputusan pagi tadi tidak berubah sikit pun..Hatinya rasa berdebar, berdebar bukan kerana tidak menerima tp berdebar takut tak terlaksana..Kerna hampir pasti ketentuan Allah itu hendak mengurniakan mereka dengan kurniaan tak terhingga nilainya, maka si isteri membuat temujanji dengan yang lebih pakar untuk mengesahkannya.

Hari bertemu pakar tiba. Suami isteri itu begitu teruja. Walau terpaksa lama menanti namun masih bersabar rupanya mereka. Namun, jawapan yang diterima sedikit merisaukan.
"Mungkin terlalu awal untuk sahkan sama ada puan betul2 pregnant ataupun pregnancy ni tak jadi" Mcm menikam dada rasanya beberapa perkataan terakhir doktor muda itu.
" Takpe, kita bagi masa dua minggu lagi untuk sahkan. Puan boleh datang semula lagi dua minggu. Tapi in case bleeding at any time, trus datang k tak perlu tunggu appointment date" tercalar lagi hati mendengar. Tak sabar pun ada.

Setelah hampir seminggu berlalu, hanya risau yang menakluki hati isteri (atau mungkin jua si suami walau pada luarannya dia nampak tenang sekali). Inilah dua minggu yang paling lama pernah dirasakan oleh mereka. Sejak seminggu inilah tangisan mengiringi doa setiap kali menunaikan kewajipan solat kepada Dia. Rasa segan kepadaNya untuk minta kerna hati pernah kata nnt dulu kepada kurniaan ini. Mungkin Dia sedang menguji kesabaran kami. Hanya kata2 si suami yang selalu bisa menangkan si isteri.

"Urusan ini kan urusan Dia, kita berdoa dan tak perlu risau. Kalau Dia kata ada, adalah. Kalau Dia kata takdak, hanya Dia yang tahu kita belum bersedia. Jangan risau sangat k sayang", sungguh menenangkan hati si isteri lontaran kata2 itu.

Seminggu lagi sebelum bertemu pakar semula. Seminggu yang pasti akan jadi paling panjang dalam hidup mereka. Doakan mereka..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails