06 July, 2009

How We Spent Our Weekend :-)

Sebelum cite weekend, nak cite dulu pasal detailed scan. Last Friday saya cuti sbb dah buat appointment utk detailed scan di An-Nur. Alhamdulillah, so far baby membesar dgn sihat!

Later, pkl 7 camtu, me & Soulmate bertolak ke Lumut for Mus@Liu Family Day (nama group Soulmate & Gang). Kiranya bukan officially opis Soulmate nye family day tp more to group dia la (kalau korang tak paham, saya pun tak paham). Dah sampai Tapah, mama sms bagitau beg toiletries tertinggal huhuhuhu. Masa tu gak saya rasa nak balik tau, rasa taknak pi dah. Ya la, dalam tu la semuanya ada daripada berus gigi, ubat gigi sampai la ke lotion dan telekung. Masa singgah kat RnR tu Soulmate yang nak makan pun trus tak jadi sbb wifey dia ni dah takde mood. Sepanjang jalan tu dia kena pujuk. Last2 kami singgah kat Batu Gajah beli semua toiletries tu termasuk la telekung. Lepas tu baru wifey dia ceria balik hehe. Kami sampai kat resort tu dah tengah malam pun, dah kul 12 dah. So, mandi dan trus tido :-)

Sabtu pagi semua famili bertolak ke
Teluk Batik sbb acara sukaneka buat kat situ. Memandangkan saya sorang je pregnant so saya je la yg tak join any games pun, setakat jadi pemerhati je. Soulmate terpaksa masuk geng bujang hihi (untuk games ni je ye sayang..jgn terbawak2 keluar plak)


Semua pakai baju putih tp Soulmate saya pakai kuning hihi

Petang, kebanyakan famili ke Marin
a Water Park tp me & Soulmate ke Lumut :-)

Pipi saya semakin tembam huhu

Dah sampai resort plak kami lepak depan bilik bercanda berdua ;-)



Malam tu ada majlis BBQ. Plan asal kami nak balik Putrajaya malam tu jugak sbb mama & baba ada kat umah kan tp bila dah abis makan tu rasa penat lagipun dah malam sangat risau jugak so tak jadi la balik. Ahad pagi baru kami bertolak balik :-)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails