08 March, 2010
Saya rindu..saya risau
Saya rindu tempoh 9 bulan itu. Tah kenapa tiba2 terasa rindu jalan sambil pegang perut bila sesekali 'dia' tendang atau bergerak. Saya boleh pegang perut bila2 masa dan berbangga dengannya. Tapi sekarang, kalau saya jalan walau tak pegang perut pun orang mungkin akan berfikir; 'Kesian baby dia, kecik lagi dah nak dapat adik..'
Hahaha (mungkin tak seteruk yang saya sangkakan..kan kan)
Soulmate kata;
'saya sayang kamu sama juga'
Atau
'Itulah buktinya kamu telah jadi seorang ibu'
Ayat2 penyedap hati seorang suami, comel je kamu wahai suami ;-)
Sebelum saya kawen, berat saya dalam lingkungan 57-58kg (tak sangka saya seberat itu..) Lepas kawen saya makin maju, 60kg ;-)
Bila saya mengandungkan Azfar, sehingga ke saat saya nak melahirkan dia, 66.7kg (sikit kan pertambahan berat saya, mungkin sebab tu Azfar tak sejuara baby lain dari segi berat semasa dilahirkan)
Lepas habis pantang, saya mencapai berat paling ideal hehe, 52-53kg. Hinggakan bapa mertua saya pesan masa saya nak balik ke Putrajaya, 'makan banyak sikit, baba tengok dah kurus sangat ni'. Masa saya start kerja semula pun hampir semua orang tegur saya makin kurus lepas bersalin (sempat la saya berbangga dalam 2 3 bulan hehe)
Sekaranggggg...saya dah balik ke berat sebelum kawen huhu. Kena buat sesuatu ni, memandangkan Soulmate juga tengah risau tentang berat dia jadi kami sama2 sedang kurangkan makan waktu malam (lebih syok sbb saya tak perlu masak..) Ni semua penangan The Biggest Loser Asia la ni. Can't wait for tommorrow, The Finale!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment