21 April, 2010

Nak Ke Tak Nak (Perlu ke tak?)

Bekerja dalam sektor kerajaan ni, lepas 3 tahun saya kena pilih nak masuk skim pencen atau tak. Well, i already opted for the pension scheme. Maksudnya, pendapatan saya tak lagi dicarum dalam KWSP.

Few days ago, masa borak2 dengan my immediate boss, dia suggest untuk saya terus mencarum dengan KWSP. Saya pernah terfikir jugak nak buat camtu sebelum ni. Tapi bila fikir2 balik, better saya masukkan duit dalam ASB ke Unit Trust ke sbb lebih untung kan. So terpendam la hasrat nak terus mencarum dgn KWSP tu. Sampai la bos saya ckp kalau saya terus carum dengan KWSP, saya boleh dapat pelepasan cukai sebanyak RM6,000.00. Hmmm kena pikir semula ni..

So saya browse la cari some info that might help. Sampai la saya ke sini





Betul la apa yg bos saya ckp. Tapi kalau tengok balik, insurans nyawa pun dapat pelepasan RM6,000.00 tu.

Saya ada insurans jugak..

Hmm..rasanya saya kena call dan tanya LHDN & KWSP la untuk betul2 sure tentang perkara ni.

Kalau nak terus mencarum dengan KWSP pun tak salah jugak kan..Last2 jadik duit simpanan hari tua kita, kira ok la tu. Cuma, kalau boleh nak cari cara simpanan yang terbaek je (senang kata..nak yang paling untung la hehe)

Ohh saya kena call amy jugak untuk tanya dia pasai ni (amy agent insurans saya :D)

2 comments:

luvly_heart said...

salam mawar, saya pun rasa mcm ok jugak sambung balik mencarum dengan kwsp. sebabnya, manalah tahu tibe2 terasa nak bersara awal nnti, at least ada la jugak simpanannya. kalau bersara awal tak layak dpt pencen, tak ke rugi kan? (sebab saya mmg bercita - cita nak bersara awal).. tp kalau nak sambung mencarum kwsp nak bgtau kat sape ek? (sgt tak tahu menahu) hehehe... :)

-adila sidang c-

Mawar said...

hi dila,

Betul gak tu, kalau bersara awal tak dapat pencen lagi kan. Skrg ni gratuiti pun boleh dapat 20% je, 30 tahun lagi silap2 tak dapat terus kan.

Kalau nak carum, kena register kat KWSP jadi majikan. Kiranya kita jadi majikan diri sendiri la. Kita majikan kita jugakla pekerja. Nnt KWSP akan bagi kita sijil majikan. Lepas tu kita kena masukkan sendiri la duit dalam akaun pekerja kita. Rasanya minimum kena masuk RM50 kot every months tp up to us la nak masuk berapa.

Mula2 download borang kat website KWSP. Lepas dah isi kena pegi KWSP, nnt diorang akan uruskan.

Panjang lebar plak penerangannya :D

Hope membantu sikit sebanyak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails