03 May, 2010

Nenek Sudah Tua..Giginya Tinggal Dua..

Saya rasa malas sungguh hari, rasa tiada mood..mungkin sbb saya dah cuti lama last week masa Azfar tak sihat tu.

Tadi lalu kat meja staff saya terbau nasi bungkus dia ohhhhhh sungguh menggoda iman. Saya puasa hari ni (aku ada lagi 26 hari nak ganti ni adoiii..ni la padahnya bersalin bulan puasa dan melambat2kan ganti puasa huhu). Pagi tadi saya bangun bersahur makan nasi dengan telur goreng je. Saya mmg jenis kena sahur, kalau tak boleh pengsan..okk tipu. Dulu masa duduk dengan mak ayah, walaupun saya tak boleh puasa mak saya tetap kejut suruh bangun makan jugak. Pelik!

Oh ya, entry ni sebenarnya nak tunjuk gigi anak teruna saya kan dah jadi cerita lain pulak :D




Dua2 gigi dia tumbuh masa umur 7 bulan lebih. Lepas tu sampai sekarang takde progress dah. Gigi2 lain takde rupa nak keluar pun..Takpe, gigi dua pun kamu tetap comel di hati mama :P

Tapi 3 4 hari kebelakangan ni Azfar mcm tak boleh berhenti bercakap. Dia asyik la berbunyi. Kadang2 dengar juga ba ba ba ataupun ma ma ma. Tapi kebanyakannya adalah tak dapat dipastikan bunyi apa yang dia buat. Semalam masa bersembang dengan Soulmate, masing2 tertanya2 mcm mana la bila Azfar betul2 boleh bercakap nnt. Mesti susah nak 'reason'kan dia. Ye la, budak2 kan suka tanya itu ini, kenapa tu kenapa ni..




Oh ini pulak masa ke Jusco semalam beli stok makanan dia. Saya beli carrot, broccoli, potato dan brown rice (since saya bagi Azfar makan brown rice, kami pun kena tukar makan brown rice jugak, kalau tak takkan nak beli dua jenis beras kan. Lagipun Azfar makan tak banyak takut simpan beras lama2 tak elok plak).

Azfar saya ni mmg setiap kali nampak camera mesti buat muka terkejut. Jadi, kalau nak ambik gambar mata dia dalam keadaan tenang adalah secara candid sahaja. Kalau ajak posing, mmg itu lah gaya matanya..Control mata kamu sayang, nnt kalau besar usha awek mcm tu, boleh lari dia takut tengok kamu!

Saya rasa itu saja. Weekend kami kali ni sekadar di rumah ataupun jalan2 sekitar Putrajaya dan Equine sahaja.

4 comments:

::Ida:: said...

tudiaa.. banyak nyer u kena gantii.. jenoh! huhuhu.. now i teringat i kena ganti 1 week! (pregnant bulan puasa tak larat ler) :P

Mawar said...

mmg banyaaaaaaaaakk huhu. i baru ganti 4 hari termasuk hari ni..kena lebih cargass mengganti ni. Lucky u bersalin lepas raya

xeea said...

err.. dgr cerita, brown rice tu mmg elok utk kesihatan. tp, quite pricey la. btw, cara masaknya sama je mcm beras biasa ye?

Mawar said...

Mmg pricey tp demi anak pejam sebelah mata la. Lagipun kami suami isteri sudah semakin membesar, perlu pikir cara nak kurangkan kanji ;D Sebenarnya ada cara memasaknya, kena rendam dulu la apa la. Tapi saya hentam cara sama mcm masak beras biasa je cuma kena lebihkan air. Oh dan dia ambil masa lebih skit dari beras biasa untuk masak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails