Lama juga blog saya ni terbiar. Bukan sengaja; sungguh! Cuma sedikit sibuk.
Minggu lepas 2 hari 1 malam saya ke Melaka atas tuntutan kerja. Pertama kali tidur saya tanpa Azfar, sedih sungguh. Pagi sebelum bertolak saya hantar ke school dia mcm biasa. Ntah kenapa air mata saya mengalir, puas menahan tp gagal juga. Soulmate terkejut tengok saya, hati ibu mmg begitu istimewa ye wahai suami.
Dari Melaka saya kembali ke Putrajaya kemas itu ini dan teruskan perjalanan ke utara, kampung halaman :) Asalnya kami tiada cadangan nak balik kampung tetapi demi sahabat yang meraikan hari istimewa, saya cuba juga luangkan sedikit masa.
Selamat Pengantin Baru buat kamu, Mohaini dan suami juga! Moga kehidupan baru yang kamu sedang bina dan lalui diberkatiNya.
Kebetulan pula pakaian saya ikut tema :)
Nak juga selit gambar budak comel yang kena tinggal semalaman. Mama sayang kamu Azfar (tetiba)
Hari Ahad sebelum kembali ke Putrajaya, kami singgah di Meru, sekali lagi menghadiri hari istimewa sahabat, tapi kali ni sahabat Soulmate.
Selamat pengantin baru juga kepada kamu berdua!
Sekali lagi nak juga selit gambar budak bertuah ni. Inilah akibatnya bila bawa anak ke majlis kenduri kendara yang panas lit lit (bak kata orang kedah. Maksudnya panas sangat2). Dah masuk kereta buka baju seluar semua. Nasib baik mak bapak tak join sekali, kalau tak kita bertiga bermalam di hospital bahagia ;)
Nak menunjukkan lagi betapa sibuknya saya kebelakangan ini, isnin plak saya ke ipoh semula untuk urusan kerja. Haihhh penat sungguh.
Akibatnya, sejak semalam nafas saya rasa panas, tekak rasa perit, batuk2 kecil mula muncul, hidung pula tersumbat. Puas, padan muka kamu Mawar!
No comments:
Post a Comment