15 June, 2010

Nama Itu Indah

Lunch td saya ikut teman ke tempat yang dia rasa selera nak makan. Org mengandung, seleranya pelik ye, hari ni suka esok mungkin tak. Suami-suami sila jangan persoalkan! Cubalah sedaya mungkin memenuhi selera isteri2 yang sedang membawa zuriat kamu. Saya menyampah sungguh dengan ayat; "hormon je tu, jgn ikut sangat." Hey, hormon ke tak, bukan kamu yang sedang menanggung rasa loya mereka, jadi ikut je!

Sebelum balik singgah di gerai yg jual buku2 agama. Teman saya belek buku himpunan nama indah dalam islam. Ohhhhhh satu proses yang mengambil masa mulai daripada tahu tentang kewujudan bayi dalam kandungan sampai la dia keluar menyapa dunia. Must-do-list yang paling susah dan mengambil masa paling lama.

Teringat pula masa saya dan Soulmate memilih nama untuk Azfar. Dari awal lagi kami kalau boleh nak anak perempuan, jadi nama2 yg difikirkan pada masa tu semuanya perempuan. Bila doc bgtau baby boy, kami terima juga cuma pening memikirkan nama untuk baby boy pulak. Prinsip kami mudah, simple (1 perkataan je) dan punya makna yang elok. Cari punya cari, kami pilih Azfar. Cikgu dia nnt nak panggil pun senang, Azfar bin Aizwan :) Maksudnya, yang berjaya atau yg menang. Kami jumpa nama dia di sini.

Semoga kamu jadi orang yang berjaya nanti ye Azfar!

Pilihan nama kamu?

4 comments:

ashikin said...

Haah mawar, mmg amik masa nak pilih nama baby... yang penting ada maksud yang baik dalam islam.. pilihan nama untuk baby kitaorg - Raes Zafran Bin Sharul Nizam, alhamdulillah sesuai..:)

Mawar said...

Beautiful name! Congratulations to both of u (dah lama org bersalin baru nak wish. Tu pun kat blog sendiri, haisshhh) ^_^

fabulous.farah said...

walaupon baru 3 bulan i dah start cari-cari nama. setakat ni xde berkenan. tapi orang kata sebab nama tu dah tertulis, so bila kita tengok je kita tahu tu nama yang sesuai. ye ke? makne nye kene cari lagi lah. hehe

Mawar said...

ye ke mcm tu, tak tau plak saya. Takpe, banyak masa lagi nak cari, banyak kali boleh tukar juga lagi ;-) Anyway, take care ye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails