07 July, 2010

Dia Suka..

Lama sungguh tak berupdate blog ni. Bukan sbb berduka lara berpanjangan, cuma rasa tak tau nak tulis apa dan juga saya mcm tak berpa sihat sangat lately. No, i'm not pregnant! Saya ada masalah vertigo.


Boleh tak sorang kawan yg dah lama tak jumpa tetiba tanya saya pregnant ke? Terus pandang perut sendiri, takde la buncit sangat, pehal tanya aku pregnant ke tak ni? Stresss weh..

Tapi dalam keadaan kesihatan yg ala2 pun, last weekend sempat lagi ke Bagan Lalang makan seafood. Ya, saya tau seafood kat situ biasa2 je tp saya suka. Sejak sebelum kawen saya selalu ke situ dgn Soulmate. Last time kami makan kat sana masa Azfar umur 4 bulan. Almost half year jugak la kan.

Azfar, kalau bawak pi makan jgn harap dia nak duduk dalam stroller, jadi kami angkut highchair dia ke sana. Oh ye, kami mmg angkut semua barang dia ke mana2, balik kampung pun bawak ye. Penuh keta barang dia je, katil la high chair la nasib baik saya tak bawak balik tub mandi je. Kang mak & mak mentua perli plak kan..



Saya perasan ada beberapa benda lagi yang mmg menjadi kesukaan anak bertuah sorang ni which obviously not his toys!

Other than segala bentuk remote, termasuk remote astro, tv, aircond dan juga semua bentuk handphone, Azfar juga suka pada..

Decoder Astro..

Dia akan cabut2 kad astro tu, pastu pandang kat tv. Bila tv dah blank dia pandang mama & baba dia dan senyum dgn senyuman yang mungkin bermakna; Yeay Azfar dah berjaya!
Dia juga suka..

Stereng keta..



Kalau dia menangis atau buat hal dalam keta letak je kat stereng tu, pasti senyap lepas tu sengih mcm satu kejayaan dapat paksa mama letak juga dia kat situ.

Azfar..Azfar..

Walau apapun, kamu tetap comel di hati mama..Wahhhhhh tetiba kan







12 comments:

::Ida:: said...

mawar, gambar 1st tu, mana datang baby chair ikea tu? tetiba je ader kat restoran ek? ke u bawak? :P

Mawar said...

ida, i bawak la ;P semangat tak i nak makan dgn aman..i mmg bawak ke mana2 baby chair tu except ke mall la sbb skrg byak restaurant guna ikea punya dah..

Mama Qiestina said...

pangaiiii sejibikkk cam qies suke main segala mak nenek remoteee tuu..hehehee

::Ida:: said...

lol semagatt!!! hehehe.. betol2.. senang kan diaorg duduk dlm tu.. selamatt... mall pon dah banyak guna chair tu... i kalau nk pg restaurant kat mall pon tengok baby chair dulu ... yg ikea tu design dier sesuai kan.. tak besar n tak kecik...

Mawar said...

mama qies: itu la..susah betul. Paling berkenaan di hati remote astro. Kejap2 tertukar siaran, kejap2 volume kuat..haishhhh nak marah pun, dia buat muka cute :D

Mawar said...

ida..pernah i pegi club tasik kat Putrajaya ni nak makan, baby chair depa guna yg old school tu, boleh?! i bukan memilih ke apa, tapi yg old school tu kan besar..anak aku siap boleh merangkak dlm tu weh..Konon nak senang terus jadi lagi susah! Sejak tu, kena bawak ke mana2 baby chair kat umah. Org tengok pelik je pehal mak bapak budak ni hahaha

NURUL said...

comelnya azfar. nama pun unik.
salam kenal dr saya

nurul mama raina evaqairina

Mawar said...

hi nuru. Salam kenal :D

baini said...

yay!dah jumpa blog mawar..terubat rindu ai,hehe

baini said...

yay!dah jumpa blog mawar..terubat rindu ai,hehe

Mawar said...

hi baini :D Bila nak balik mesia ni?

baini said...

insha Allah akhir tahun ni atau awal tahun depan,:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails