18 August, 2010

Sebelum Kamu Merungut, Cuba Fahami Dulu Kawan


Alhamdulillah dah 10 hari berpuasa hari ni. Masih penuh ke tak 10 hari tu jangan ditanya, orang perempuan kan ada uzur syar'ie nye..Rasa cepat berpuasa tahun ni, mungkin juga sebab 5 hari pertama tu kami di kampung jadi masa terasa cepat berlalu.

Alhamdulillah jugak saya dapat menyediakan juadah berbuka dan sahur untuk kami. Tidak la sehebat buffet Ramadhan sana sini tapi cukup lah untuk berbuka kami berdua. Kalau ikut hadis, menyediakan makanan untuk orang berbuka, mempunyai pahala seumpamanya tetapi tidak mengurangkan pahala org berpuasa tersebut. Tapi adalah jugak hari2 yang terasa penatnya lebih saya minta izin Soulmate untuk beli ja.

Baru tadi ada kawan saya yang merungut sbb isterinya minta beli juadah berbuka ptg nnt.

Pandangan saya mudah;

Buat kawan saya **********,

Bukan setiap hari pun, baru hari ni dia mintak. Apa la salahnya? Bila sama-sama bekerja, saya rasa kamu perlu ada tolak ansur. Cuba fahami rutin harian dia, mungkin baru kamu boleh rasa kenapa hari ni dia mintak beli. Dia bangun seawal waktu, waktu kamu masih lena. Dalam mamai2 dia masak untuk kamu bersahur. Kalau tak masak lauk baru pun, paling2 tidak dia panaskan lauk semalam. Lepas makan kamu boleh sambung tido, kamu rasa dia boleh? Bila tiba waktu kerja, kamu sama2 bekerja. Bila balik, dia secepat yang boleh, kalu ikut hati mahu berlari ke rumah untuk sediakan juadah berbuka. Saya rasa sejak dia balik dari kerja dia cuma duduk masa berbuka, sedang kamu boleh berbaring layan tv atau facebook. Lepas terawih, kamu boleh terus tido kerana pada kamu hari tersebut telah berakhir. Dia kan masih sibuk mengemas, baju kamu belum bergosok..

9 hari bro dia buat perkara yang lebih kurang sama. Jadi, bila dia mintak kamu beli juadah berbuka hari ni, sampai hati kamu merungut pada saya tentang dia?

*Alhamdulillah suami saya jenis yang memahami. Atau saya kena tanya colleague dia yang perempuan??? mana la tau buat luahan perasaan jugak kan..

^_^ peace sayang, orang acah je


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails