27 September, 2010
Travel With Toddler
Our second anniversary is just around the corner. Rancangannya, kami nak celebrate kat tempat kami honeymoon dulu. Tempat yang sama, resort yang sama, orang yang sama cuma sedikit berat tambahan dan juga tambah satu budak tecik.
Masalahnya? Kami tak pernah bawak Azfar ke tempat yang tak boleh bawak keta. Sejak dia lahir sampai la sekarang, semua tempat yang kami pi biar jauh mana pun mesti bawak keta. Tak payah nak risau tak muat nak bawak periuk belanga. Kalau balik kampung misalnya, chopping board, pisau, blender, pan, sudip semuanyalah saya angkut bawak balik. Ye la, konon risau chopping board kat kampung mak dah guna potong cili segala bagai jadi saya bawak je semua sekali, dah mmg kat umah pun alatan memasak untuk Azfar saya asingkan..
Our trip will be next weekend, tapi sejak sebulan lepas saya dah risau mcm mana nak packing barang. Apa patut bawak, apa yang tak..especially barang Azfar. Kalau saya & Soulmate senang, sorang satu beg. Masalahnya Azfar ni, orangnya kecik tapi saya boleh bayangkan beg untuk dia ja nnt kurang2 mesti dua, haissshhh..
Lagi satu perkara yang saya paling risau sekarang ni, mcm mana dengan makanan Azfar nanti. Most of the time Azfar makan bubur, pagi bubur, tengahari bubur, malam pun bubur jugak, cuma in between ada la makan roti. Kalau dah periuk belanga tak boleh bawak, apa yang Azfar nak makan nanti??! Saya masih belum letak garam atau gula atau apa2 bentuk perasa dalam makanan Azfar, so susah la nak bagi makanan kat hotel..macam mana ni?
Oh ya, saya nak ke Langkawi, apa yang patut buat buat/lawat kat sana ek selain shopping pinggan mangkuk dan kat mana nak lunch yang best ;-)
22 September, 2010
Ntah Apa-Apa Lepas Raya
Lama sungguh blog dan tuan punya blog ni bercuti..
Dah 3 hari masuk ofis ni pun mood masih bercelaru, kepala otak lagi la haru biru. Malas semacam! Mcm ni la kalau dah cuti lama sangat. Esok plak saya ada kolokium kena attend, apa tu kolokium pun saya tak paham. Kenapa la kena guna perkataan bombastik sangat, guna mesyuarat ke, perbincangan ke, seminar ke kan senang skit otak saya yang masih bercelaru ni nak paham. Apa2 je la, dah kata Berkhidmat Untuk Negara kan.
Masa semua orang masih mabuk ke open house saya bawak anak ke open place ;-)
07 September, 2010
Segalanya Tentang Raya Takkan Pernah Habis Selagi Tak Raya
Shopping Raya - biar baju raya 10 pasang segala macam fesyen ada selagi tak raya masih tak habis2 jugak shopping raya. Kasut raya tak beli lagi, tudung raya tak beli lagi, sampin raya tak beli lagi, mekap raya tak beli lagi (mekap raya pun ada??)..
Lagu Raya - biar 24 jam sehari dengar putaran lagu yang sama tapi selagi tak raya masih juga nak dengar berkali-kali lagi. Lagu dendang perantau ka pulanglah ka selamat hari raya ka, kalau boleh pakai lagu2 tu dah lunyai agaknya..
Kuih/Biskut Raya - biar berbalang-balang biskut kat umah tak muat tempat kat dapur nak simpan selagi tak raya ada je kuih/biskut raya yang tak beli/buat lagi. Dah buat samprit, tak buat tart nenas lagi. Dah buat almond london tak buat choc chip lagi. Dah beli kuih goyang tak beli baulu lagi..
Segalanya tentang raya meriah sungguh dari sebelum raya sampai la lepas raya..
Hari ni last day kerja sebelum saya cuti panjang sampai 19hb nanti. Kat ofis ni, ramai lagi yang datang kerja, cuma bezanya yang asyik buat kerja atau asyik teringat raya, saya rasa 20%/80%. Kalau tak, takkanlah dari hujung ke hujung ofis ni sepanjang masa dengar lagu raya berkumandang sampai tak tau nak dengar yang mana satu. Masuk bilik saya, dengar lagu p.ramlee, masuk bilik kawan saya dengar siti nurhaliza, pergi tempat staff saya dengar lagu caca merba (semua orang mainkan lagu raya).
Bagi yang perjalanan balik kampung jauh, kalau boleh ikutlah jadual perjalanan oleh PLUS ni ok, untuk kesenangan kita bersama jugak. Tapi kalau yang balik kampung malam ni mcm saya, takde dalam jadual lagi ye ;-)
Salam Aidilfitri buat semua. Ampun maaf andai saya terkasar bahasa atau tercuit hati sesiapa dalam penulisan blog saya ni..
(nak jugak mencelah ini budak tecik)
Subscribe to:
Posts (Atom)