07 September, 2010

Segalanya Tentang Raya Takkan Pernah Habis Selagi Tak Raya

Shopping Raya - biar baju raya 10 pasang segala macam fesyen ada selagi tak raya masih tak habis2 jugak shopping raya. Kasut raya tak beli lagi, tudung raya tak beli lagi, sampin raya tak beli lagi, mekap raya tak beli lagi (mekap raya pun ada??)..

Lagu Raya - biar 24 jam sehari dengar putaran lagu yang sama tapi selagi tak raya masih juga nak dengar berkali-kali lagi. Lagu dendang perantau ka pulanglah ka selamat hari raya ka, kalau boleh pakai lagu2 tu dah lunyai agaknya..

Kuih/Biskut Raya - biar berbalang-balang biskut kat umah tak muat tempat kat dapur nak simpan selagi tak raya ada je kuih/biskut raya yang tak beli/buat lagi. Dah buat samprit, tak buat tart nenas lagi. Dah buat almond london tak buat choc chip lagi. Dah beli kuih goyang tak beli baulu lagi..

Segalanya tentang raya meriah sungguh dari sebelum raya sampai la lepas raya..

Hari ni last day kerja sebelum saya cuti panjang sampai 19hb nanti. Kat ofis ni, ramai lagi yang datang kerja, cuma bezanya yang asyik buat kerja atau asyik teringat raya, saya rasa 20%/80%. Kalau tak, takkanlah dari hujung ke hujung ofis ni sepanjang masa dengar lagu raya berkumandang sampai tak tau nak dengar yang mana satu. Masuk bilik saya, dengar lagu p.ramlee, masuk bilik kawan saya dengar siti nurhaliza, pergi tempat staff saya dengar lagu caca merba (semua orang mainkan lagu raya).

Bagi yang perjalanan balik kampung jauh, kalau boleh ikutlah jadual perjalanan oleh PLUS ni ok, untuk kesenangan kita bersama jugak. Tapi kalau yang balik kampung malam ni mcm saya, takde dalam jadual lagi ye ;-)

Salam Aidilfitri buat semua. Ampun maaf andai saya terkasar bahasa atau tercuit hati sesiapa dalam penulisan blog saya ni..



(nak jugak mencelah ini budak tecik)

1 comment:

NURUL said...

selamat hari raya :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails