Agak lama blog terbiar. Saya masih di sini, ada je cuma macam kena blogger's block, tak tau nak tulis apa. Masih buka blog kawan2 dan baca setiap hari. Kadang2 saya kagum dengan blogger yang setiap hari ada update. Kagum sungguh!
Masih dengan pengalaman bercuti saya di Langkawi baru-baru ni. Saya ada mention saya stay kat mana dalam blog entry saya ni. Sepanjang saya di resort tu, boleh dikatakan semua tetamunya foreigner, kalau jumpa orang malaysia pun ada la 3 4 orang yang kerja kat situ.
Tapi, sepanjang masa di situ saya rasa mcm berada dalam komuniti lain yang sangat berbudi bahasa dan bersopan santun. Perasaan yang sepatutnya saya rasa di semua tempat di Malaysia kerana kita banggga konon kita bangsa yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Di situ takde orang Malaysia tapi kalau jalan-jalan ambik angin petang sekitar resort, kita sentiasa ditegur dan menegur, cukup dengan Hello atau Hi, kita dah rasa senang. Kalau toys anak kita jatuh, sambil lalu pun mereka boleh tolong angkat, atau masa kita tengah dinner masih ada yang melambai2 anak kita cuba berkawan, atau lebih baik datang dekat dia dan tegur biar pun belum tentu anak kita paham apa yang cuba dilakukan mat salleh tu.
Sungguh sepanjang masa di situ, rasa kita macam duduk sekampung. Memang tak semua, tapi majoriti mereka sangat berbudi bahasa.
Keluar dari situ ke pekan kuah membeli belah, kita panggil nak tanya dia pinggan mangkuk harga berapa pun buat endah tak endah sedangkan dia dibayar untuk layan kita. Rasa marah, rasa geram semua ada, sbb yang ditanya tu orang kita, orang Malaysia yang gah mengatakan kita bangsa yang berbudi bahasa.
Kita macam semakin lupa dengan budi bahasa bangsa kita. Masih ada, cuma tinggal berapa saja. Sedih