08 October, 2010

Our Cuti-Cuti Malaysia Story


Kami baru balik dari cuti-cuti malaysia + anniversary + Azfar's birthday vacation. Sangat best, 4 hari 3 malam yang menenangkan!


Oh this is Azfar's first time flying experince!

Kami bercuti dekat2 je, ke Langkawi. Kami pilih Berjaya Langkawi Resort. Since kali ni kali kedua kami ke sana so the resort management was kind enough to upgrade our room, yeayyy!


Our room, balcony view




First day, kami cuma jalan2 explore resort je. Mmg tak plan ke mana2, lagipun baru sampai, so kami memang pilih nak rest petang tu. At first ingat nak rest kat dalam bilik je, tapi lepas itu budak tecik bangun dah tak dapat rest pun, so bawak la dia berjalan2 kat resort tu..

Tau je dia bila kita amik gambar, masa mandi menangis2 takut shower boleh??



Muka orang cuak naik coaster nak ke lobi


Yang ni paling best, boleh dia takut air laut? Tengok dia keras je, memang sepanjang masa macam tu


The firt 2 days kami kat sana cuaca mendung, so cable car tak beroperasi. Third day baru panas, baru ada chance bawak Azfar naik cable car. Saya ingat dia akan nangis gayat ke apa tp budak tu relax je..




Dalam flite balik, mcm2 kena buat yang distract dia daripada kacau orang depan. Masa flite pegi ok sbb dia tido, balik mmg huru hara, dengan panasnya lagi adoiii..
Anyway, we had a very great time there ( + dapat pinggan mangkuk periuk belanga jugak hehe)

10 comments:

::Ida:: said...

hehehe.. ok ke bawak stroller? u check in ke bawak sampai kapal?

and banyak beli pinggan mangkuk? perkara wajib dibeli kalau pegi langkawi :D

NURUL said...

seronoknyer sesekali bercuti kan

baini said...

bestnya dapat g langkawi..lenkali post gambar makanan sekali okeh?bagi aku terliur sikit,hahaha

Mawar said...

ida, i bawak stroller sampai pintu. masa nak keluar dah siap depan pintu jugak :-)

Pinggan mangkuk harus la ada, periuk belanga pun i beli hehe

Mawar said...

nurul, seronok sangat!! Tapi penat pun ada jugak sebab ada baby kan, tak boleh rehat 100% pun

Mawar said...

baini, tak sempat nak ambik gambar pun. Anak aku capai itu ini la masa makan huhu. Penat jaga dia je. Takpe ko kan dah nak balik mesia nnt. Qada makan puas2

||kiena|| said...

Nice resort! Berbaloi2 percutian nih, ni yang buat tak sabar nak tggu Feb 2011! tp pening managing $$$

Mawar said...

hi kiena! Yup, very nice resort!! Masa kitorang plan pun pening jugak pikir $$$ tapi last2 redah je, lepas dah balik baru sambung pikir haha. Anyway, selamat bercuti!!!

Mama Qiestina said...

azfar sayang..

sok jom datang bufday qies kat precint 9.

bak emel adress antie send official invitation :)

Mawar said...

hi mama qies..

we'll try our best k sbb dah ada plan lain.

mawarni_sazali@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails