02 November, 2010

Duduk Nursery Adat La


Kalau hantar anak ke nursery kata orang memang adat la barang dia kadang2 tertukar, kadang2 hilang terus. Saya faham. Nak marah teacher2 dia kat sekolah pun, kesian jugak. Dari pagi sampai petang jaga anak kita, makan pakai anak kita dia uruskan, itu belum berak kencing lagi. Walaupun kita bayar tapi itulah.....kesian jugak.

Yang buat saya kurang paham, kenapa ada parents yang tak boleh pulangkan balik barang yang bukan anak dia punya!

Dulu masa saya baru hantar Azfar kat nursery, selalu sangat tertukar towel. Kalau kaler lain boleh terima lagi, ada beberapa kali jugak yang masuk dalam beg dia towel kaler pink, Minnie lagik. Dah sah2 anak saya tu lelaki, takkan saya beli towel pink utk dia. Bila tertukar macam tu mesti saya bagitau teacher saya tengah basuh towel yang tertukar tu, nanti saya pulangkan. Bila dah siap basuh bagai saya mesti akan pulangkan balik. Biar baju ke, towel ke, wash cloth ke semuanya biasa saya basuh dulu lepas tu pulangkan. Masalahnya, towel2 anak saya tak pernah dipulangkan balik pun. Jangan kata nak basuh, yang busuk2 pun tak kembali. Haishhhh pelik!

Baru ni, lepas balik nursery saya bagi Azfar minum susu dalam bottle dia. Kalau teats Avent kan ada no. Azfar punya no. 3, walaupun dia patut pakai no. 4 tapi saya masih guna yang no.3 utk dia sbb kalau bagi yang no.4 tu mesti meleleh susu basah lencun baju. So satu petang tu saya pelik sbb dia minum punya la lama tak habis2, siap main gigit lagi. Anak bertuah saya tu pulak tak la menjerit susu tak keluar ke apa, dia diam je sambil main2. Masa nak basuh botol susu dia baru perasan yang teats tu no. 1, untuk newborn punya. Patut la berjam Azfar minum susu tak habis. Esoknya saya bagi kat teacher mintak tukar balik. Sampai hari ni tak dapat. Saya pun dah pesan kat teacher, yang no.1 tu dapat kat Azfar takpe, paling2 pun dia minum lambat dan buat main. Tp saya risau yg no.3 tu dapat kat baby yang mungkin baru lepas pantang ke kan sian dia nnt takut tersedak. Tak tau la parents baby tu perasan ke tak sbb sampai hari ni saya tak dapat balik pun.

Bukan takat towel dan teats je, sudu pun dah berapa yang tak dipulangkan balik.

Memang benda2 ni nampak mcm hal kecik je, tapi saya hairan kenapa ada parents yang tak boleh nak pulangkan barang2 orang yang tertukar ni.

Saya juga tahu duduk nursery ni memang adat la tertukar barang, tapi takkan tak sedar mana satu barang anak dia mana satu bukan?? Kalau dah tertukar bagi la balik, itu je..



10 comments:

::Ida:: said...

i feel you mawar :)

in my opinion lah.. the babysitter should be aware of the stuff that belongs to which baby.

because some parents, ade yg jenis tak ingat barang anak dia, so once tertukar, they will like, ahh.. tak kisah la.. janji ade.. not all parents mcm kita.. huhuhu

and for us nak tunggu parents satu lagi nak pulangkan memang laa susah.

so i think the best possible way is we should be a little more stern/firm in our property.

tell the babysitter EVERYTIME about the barang yg slalu tertukar tu.and tulis nama besaq2. hehehe.

alhamdulillah, my son punya barang so far tak pernah tertukar lagi. kalau ade pon 2-3 kali je kot.

tapi mcm, barang my baby ade, pastu tambah pulak barang org lain :P

Mawar said...

tu la bila pikir balik mungkin jugak diorang ada maid dan most of the time maid yang uruskan semua stuff baby dia kan, so dia pun tak baper ingat.

Kita yang sendiri pack, sendiri unpack, sendiri basuh ni memang hafal dah barang2 anak hehe

i patut mula tulis nama Azfar besar-besar kat semua barang dia

Intan Yus said...

sy rasa nursery tu yg patut ada sistem agar barang x tertukar. Alhamdulillah, nursery yg sy anta ni sgt jarang le berlaku kes camtu, kalo ada pun sejak hampir setahun hantar hasya ni mmg kurang dr 3x kot. Tu pun sbb ada kain lampin baby mana ntah, sy cucikan n pulangkan semula.

yg sy perasan (sbb sy hari2 time lunch hour gi nursery, direct bf hasya till umur dia 6 bln), pekerja kat nursery akan amek barang dr beg n letak semula dlm beg. If nak tukar baju ke pampers, dia akan usung beg tu skali letak sblh tilam. setiap beg lak, diorg tag nama baby. Kat botol baby lak, diorg lekat sticker...

mmm, tp mana2 nursery pun patut jaga kepentingan parents & baby sbb kite ni customer kan?... customer is always right.

wardah said...

hi mawar,

azfar is so cute. muka cam anak mat salleh. ada mix ke apa ni? hehe. oh btw, psl taska tu saya pon hantar anak kt taska.

so far takda kes tertukar barang tapi kes balik je baby monyok cam tak cukup tido. sian dia.

Dayu said...

DIS UKA KOT DPT BRG AZFAR
BRG AZFAR BEST2
HHMM...SELALU GAK TERTUKAR..EISYA BWAK BALIK TOWEL NGAN BAJU ORG..
TP ALHAMDULLILAH LAH
SELALUNYA DPT SMULA BRG2 YG TERTUKAR TU

Mawar said...

intan: tu la kalau dah hantar nursery kurang tidak mesti ada kes mcm ni so terima je la. Cuma kadang geram jugak

Mawar said...

hi wardah!!

Azfar mix mama + baba dia je. Takde mix mat salleh mana pun. Dulu saya ngorat tapi mat salleh tak layan saya hihi..

ala siannya tak cukup tido, maybe dia tak biasa bising kot ataupun dia nak mama dia jugak dodoikan :-)

Mawar said...

Dayu,

Takde yang best mana pun, sudu 3 sepuluh hinggit pun hilang jugak hehe.

Bagus la org yang tertukar barang dgn eisya tu pulangkan..

NURUL said...

betul tu mawar. kdg2 normal kalu dok nursery ni tertukar brg. mcm raina pulak duduk umah babysitter kdg2 kakak yg jaga dia tu lupa nak pulangkan baju2 raina. kang sms baru nak pulangkan.

Mawar said...

nurul: masa azfar duduk umah babysitter dulu tak pernah pulak tertukar atau kakak yg jaga tu terlupa pulangkan. Yang bertambah dalam beg dia ada la, tapi saya pulangkan balik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails