04 October, 2011

Tentang Perkahwinan Yang Tiga Tahun Usianya


Usia perkahwinan tak sepatutnya melambangkan kematangan. Hari ini genap tiga tahun saya & Soulmate melalui kehidupan sebagai pasangan berkahwin. 50 tahun berkahwin belum tentu menjadikan sesuatu perkahwinan, atau suami atau isteri itu matang dalam mengharungi fasa senang mahupun susah dalam perkahwinan. Apatah lagi kalau ianya baru menginjak umur 3 tahun.



Saya tak mengharapkan banyak perkara atau banyak kesenangan. Saya cuma berharap saya mampu mencintai dan dicintai setulus hati sepenuh jiwa dalam mengharunginya bersama-sama.

Semalam petang saya bergolek-golek senang depan tv sambil tengok the handsome George Clooney movie 'Up in the air' (atau lebih kurang gitu lah tajuknya), part bila adik dia nak kahwin tapi the groom tiba-tiba rasa ragu2 dengan idea perkahwinan itu sendiri. Kalau difikirkan dengan akal sahaja tanpa iman, ada point juga keraguan dia. Ya lah, hari ini kahwin, esok beli rumah, lepas tu ada anak, tambah anak, anak sekolah, anak graduate, anak kahwin, pencen, jadi tua, ada cucu. So, itu je?

Tapi seorang muslim yang beriman, patut tahu tujuan dan makna perkahwinan.

Namun, kadangkala saya juga tercuit rasa bimbang, bukan pada Soulmate tapi pada diri sendiri. Saya bimbang saya asyik dengan tanggungjawab lain hingga lupa untuk menunjukkan atau sekurang-kurangnya buat Soulmate rasa sentiasa dicintai. Isteri biasanya ada banyak benda yang difikirkan nak buat dalam kepala dia tau! Mana nak masak, kemas rumah, sapu sampah, basuh baju dan sebagainya. Itu belum bab anak lagi. Sebab itu kadang-kadang saya bimbang. Alhamdulillah, saya punya suami yang sangat membantu.

Bagi saya, secara teorinya semua nampak mudah. Kita dah biasa dengar, kena sentiasa berhias untuk suami. Niat itu sentiasa ada, tapi kalau dah memasak sepanjang pagi hingga ke tengahari, mau berminyak juga muka, mau bau asap juga rambut & baju. Kita juga biasa dengar, kena layan suami dengan lemah lembut dan sopan. Tapi kalau dah sambil berbual dengan suami anak melalak testing suara, mau tertinggi juga nada suara kita supaya suami dengar apa yang nak disampaikan.

Sebab itu saya bimbang, takut Soulmate kurang rasa dicintai, kurang rasa redha maka hilanglah peluang saya yang tidaklah luas mana nak menjengah syurgaNya. Untuk itu, saya ingin terus berusaha, biar muka berminyak, baju bau asap, sekurang-kurangnya saya sentiasa senyum pada dia ^_^ Orang kata senyuman boleh mengubah banyak perkara kurang elok kepada yang lebih menenangkan.

3 tahun ini, saya belajar baaaaanyak perkara. Dan saya masih perlu belajar lebih baaaaaaanyak perkara untuk perkahwinan dan keluarga kecil kami.

Thank you sayang, untuk 3 tahun yang membahagiakan (walau kadang-kadang orang terikut macam mak, berleter haha)

Thank you so much!

Happy 3rd anniversary to us!

Love you so much!!

'Aku mau mendampingi dirimu
Aku mau cintai kekuranganmu
Selalu bersedia bahagiakanmu
Apapun terjadi ku janjikan aku ada'



2 comments:

||kiena|| said...

Happy anniversary Mawar! Moga sentiasa di dalam lingkungan rahmat Nya. Amiiiin :))

Mawar said...

Thanks Kiena!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails