Semua rasa bersemangat sebab hari ni rancangannya adalah berendam seharian di pulau-pulau sekitar Tunku Abdul Rahman Park. Breakfast dengan makanan berat supaya tenaga mencukupi ^_^
Orang sibuk makan english breakfast la, nasi lemak la, paratha la, Azfar cuma makan cereal, haishh susah sungguh nak makan itu budak kecik |
Lepas makan terus ke jeti berdekatan Sutera Harbour untuk ke destinasi kami. Kami tak pergi dari Jesselton Point, memang org yang Soulmate deal tu beroperasi dari Sutera Harbour.
Mendamaikan |
Masing-masing excited |
Jam 12 kami naik bot lagi ke Pulau Sapi pula. Memang kami rancang nak duduk lebih lama di Pulau Sapi, sbb ramai yang kata snorkeling di Sapi lagi best sbb lagi cantik hidupan lautnya. Sampai saja ke Sapi, terus bentang tikar, buatkan Azfar susu dan terus tertidur budak tu sampai la kami kejut jam 3 lebih sebab dah nak bertolak balik.
Pada saya, kalau yang berkeluarga dengan anak-anak yang masih kecil dan tujuan ke pulau-pulau berkenaan sekadar melihat pemandangan dan memenuhi hasrat anak-anak nak mandi laut, mungkin boleh pilih Pulau Manukan kerana pantainya lebih panjang, landai dan lebih selesa. Tapi kalau pencinta snorkeling dan memang ke sana untuk snorkel, mungkin boleh pilih Sapi kerana coral dan hidupan airnya lebih cantik. Lain-lain pulau saya kurang pasti sbb kami cuma sempat pergi 2 pulau je ^_^
Memang nyenyak Azfar tidur, maklumla mak bapaknya siap bawa bantal bagai. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa kata orang, sesiapa pun boleh tidur lena |
Pulau Sapi, cantik kan? |
Sementara menunggu Azfar bangun, kami makan bekalan yang dibawa. Siap bawa sebuku roti gardenia, tuna, nutella dll.
Jam 4 lebih kami bertolak balik ke jeti Sutera Harbour, kemudian balik hotel, freshen up dan terus keluar cari makan. Malam ni kami makan di Tanjung Lipat. Puas hati sungguh makan seafood di Sabah ni.
Hari 3, next entry ya..
1 comment:
Si kecik pong ada spek itam jgk !
Post a Comment