10 October, 2008

Cuti..yahoooooo

i akan start cuti mulai esok sampai la deepavali yehahhh..So i nak wish Happy Deepavali in advance.

See u all again in 2 weeks time.

Daaa

Adik Saya Yang Comel

Comel kan dia..Nurul Syuhada (kalau tambah nur ain kat hujung boleh jadi host Majalah 3 @ adik ipar Gee, glemer oooo adik ipar Gee)









miss her so much

Alhamdulillah






Takde perkataan yg boleh describe our feeling at that particular moment..

09 October, 2008

Dia, Soulmate dan Cinta..

Pernah tak terfikir macam mana cinta yg sepuluh tahun berakhir dgn perpisahan dan cinta yg setahun berakhir dgn pernikahan. Tak boleh nak terbayangkan kan? Apa lagi bg i yg mengalami ni, kadang2 rasa susah sangat nak sedar dan percaya apa yg sedang berlaku dan rasa betapa pantasnya hidup i berubah..Sebelum ni i tak pernah bersedia untuk menceritakannya walaupun sentiasa ada yg menanya, mcm mana hang menghadapi? awat jadi mcm tu?

Pernah satu ketika pada sesetengah masa i menyalahkan diri sendiri dgn perpisahan tu. Semua org, setiap ahli keluarga dan sahabat handai seolah menuding jari pada i yg dianggap seolah2 kacang lupakan kulit, tak mengenang budi, kejam dan keras hati kerna sanggup menidakkan cinta yg bersemi sepuluh tahun demi insan yg dicintai cuma setahun. Pernah tengok iklan drama Goda? Ada seorang lelaki yg tanya M, bolehkah kita jatuh cinta pada dua org secara serentak? Pada pandangan peribadi i, TAK BOLEH!! Tapi kenapa i boleh cintakan Soulmate sedangkan pada masa perkenalan tu i'm not single, i was somebody's sweetheart..Persoalannya, adakah that somebody tu pun my sweetheart pada masa tu?

Bila difikirkan semula saat tu, baru i sedar, perasaan yg i anggap cinta selama sepuluh tahun tu sekadar rutin. Yes, mungkin first few years bersama tu adalah cinta tp lama2 kehadiran dia cuma seolah2 rutin dalam hidup i. Even saying the three magical words pun dah jadi rutin, macam mana nak akhiri semua tu dgn janji sehidup semati. Tak mungkin i boleh bahagia kan? Berbeza pada Soulmate yg sejak mula bermain mata, hati dgn seikhlasnya merasa kasih sayang walau pada masa tu masing2 terikat dgn hubungan 'cinta' yg belum tentu cinta. Kerana perasaan kasih tu jugak, masing2 mendoakan yg terbaik dalam hubungan 'cinta' masing2 walau ada sedikit kekecewaan menyesali kenapa kita tak pernah dipertemukan sebelum ni.

Sesekali tersenyum bila menyalahkan takdir yg sebenarnya pernah menempatkan kita dalam daerah yg sama, pada masa i bertungkus lumus untuk PMR rupanya Soulmate sedang bergembira matriks di sekolah yg sama. Mungkin kita pernah bersua cuma tak pernah kisah dan bersuara :-)

'Cinta' itu telah lama berlalu rupanya. Walau i sedar masih ada yg menyalahkan i kerana meminta perpisahan tp percayalah setiap insan kerdil seperti kita cuma mencari kesempurnaan agar hidup yg dijalani lebih berada dalam kesyukuran. i tak salahkan sesiapa walau keluarga i sendiri cuma yg i minta, tolong la berhenti bertanya. Pada saat i dah dinikahkan, apakah masih perlu soalan, dia mcm mana sekarang? dia tahu hang nak kawen? dia ok ka? Demi Allah, i mengaku bukan mudah melupakan, i tak minta bantu i untuk melupakan, yg i minta cuma ihsan agar semua turut sama melupakan dia sama seperti yg i sedang lakukan. Cukuplah pada saat jari i diinaikan masih sempat bertanya, hang tak menyesal tinggalkan dia? Tolonglah, i bukan tak mampu jawab cuma i sedih memikirkan kenapa org lain masih memikirkan tentang remuk redamnya hati dia dengan meremuk redamkan hati i pada saat i nk dinikahkan.

I sedang mencari bahagia. Dan sehingga hari ini i sedang menemui bahagia..Tolonglah semua lupakan dia. Biar kenapa i tinggalkan dia cuma i yg tahu sbb kalau semua tahu, semua org akan menambahkan sorang lagi org yg dibenci..

07 October, 2008

After Half Had Been Said And Done (Kenuri blom lagi..)

I'm married yahooooo..i'm married yehaahh gedik tak hihi.

Anyway, Alhamdulillah majlis akad dah pun berlangsung walaupun i can list 101 things that didn't went as i planned before tapi semuanya dah selamat. Yang penting i dah dinikahkan oleh abah sendiri kepada my beloved Soulmate Aizwan Anuar. Susah nak explain apa yg i rasa sekarang ni. Macam percaya tak percaya je..

Raya tahun ni mcm ala2 je bagi famili i sbb lebih bz dgn preparation majlis akad nikah i. Nak2 plak musim raya ni sapa sangat yg nak datang tolong2 kat umah kan melainkan sume kena buat sendiri. Org kampung la katakan so majlis yg kecik pun last2 jadi meriah jugak la. Dah la parent i nak masak sendiri takmau buat catering. I dah suggest amik ceterer je sbb musim raya takde org nak tolong lagipun majlis kecik je tp abah cakap kan lagi meriah buat sendiri. Last2 mmg meriah abis sbb the day before majlis tu, me, my mom & my younger brother kena basuh 15 ekor ayam. Bayangkan i yg nak jadi queen of the day (sila abaikan i nak perasan k) ni kena basuh ayam huhu pengantin bau ayam.

Udah le petang tu basuh ayam malam plak kena dera pakai inai, kaki & tangan penuh inai sampai nak garu hidung pn tak boleh. Seksa betui masa tu, adoi susah gak nak nikah ni. Tapiiii knapa Soulmate ble rilek je tak susah mcm i pun (dia punya ketaq tak hengat dalam hati i dah abaikan hahaha)

Sbb majlis pukul 11 so seawal pagi i dah bersiap2. Tuhan je tau perasaan masa tu, macam2 ada, excited of course la kan tp masa tu gak la rasa nak nangis, rasa gelabah tak tentu hala, rasa badan takdak darah sejuk nak mati, mcm tu rupanya rasa org nak kawen. Masa Soulmate msg cakap dia dah sampai masjid i dah nak nangis dah sbb takut, tambah plak dan2 tu jugak my mom ckp takmau ikut i pi masjid..adoiiii. Bila tengok i mcm nak nangis baru dia stuju. Maybe dia tau dia akan sedih kot nnt kan.

Bila turun dari kereta kat masjid i nampak Soulmate, tetiba rasa tenang je :-) sampai la semuanya dah selamat dilaksanakan. I nampak Soulmate nangis masa peluk mama dia rasa sayu plak..

So, skrg ni me and Soulmate tengah berusaha utk sesuaikan diri. Bukan senang nak adjust cara hidup, lepas so many years hidup berdasarkan kehendak hati dan keputusan sendiri, skrg ni kena fikir tentang banyak hati dan perasaan, bukan setakat Soulmate tp dua2 famili. Sangat susah..

Daripada milo/nescafe for breakfast kepada at least roti/sandwich atau lain2 yg sesuai

Daripada suka-hati-longgok-baju-atas-katil-bila-suka-baru-lipat kepada setiap hari basuh-angkat-lipat

Daripada bangun-lambat-siap-mcm-lipas-kudung nak ke ofis kepada setiap-hari-bangun-pkl 6 walaupun umah belakang ofis

Daripada malam-ni-nk-mkn-kat-mana kepada malam-ni-nak-makan-apa

Pendek kata daripada dulu suka hati apa nak buat kepada semuanya kena fikirkan Soulmate jugak..

Apapun, tak kisah la asalkan dapat hidup dgn bahagia :-)






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails