Kadang2 rasa nak je cakap
"Soka hati aku la apa aku nak buat ko pedulik apa!!!"
Bengang ni sangat2222222 okk..aku faham cuti tu kemudahan (aku buat tatatertib la, pegi bg talk kat mana2 pun itu je ayat yg aku slalu ingatkan, yg ko nak ingatkan aku pehal???)
aku cuti Isnin ni. Nak dijadikan cerita, ada la plak 'Unit tu' buat kursus. So dah terang lagi bersuluh aku tak ble attend. Td, aku yg kdg2 baik hati memberi perkhidmatan kaunter ni terangkat fon kat kaunter yg berdering kul 12.20 (baik hati la konon lunch hour pun angkat..kata sistem penyampaian berkualiti kan) Yg buat haku geram + bengang + nak makan orang sbb BOS yg bigger than big bos kat atas tu lepas tau aku yg ngangkat telah mengeluarkan kenyataan berikut okk
Me: Hello, selamat tengahari (dengan penuh sopannya..KONON)
Him: (buat lawak lebih kurang..hahaha lawak abis la tu) Sapa ni
Me: Mawar
Him: Cuti ke isnin depan..ada kursus tu
Me: Ada hal la en.BOS yg bigger than big bos
Him: Tak tau nanti jawab la dgn 'Big Bos'. Memo tu 15hb tau awal tau..(dengan nada yg org keje kat sini je paham berdesingnya telinga kalau dengar)
Me: Kalau apply cuti dulu sebelum memo tu? (test je nih..)
Him: Tak tau jawab la dgn 'Big Bos' saya tak tau jawab sendiri la..
Motif dia ckp camtu? intonasi camtu?
Kata pernah buat course communication skill.So?
Camni la, aku bukan jenis yg saja2 soka hati aku buat mcm company sendiri amik cuti sesoka hati bila2 masa yg aku suka!! Kalau takde hal setakat nak lepak kat umah makan + tido + tgk tv buat apa aku nak cuti???
Bila aku apply maksudnya adalah benda yang menyebabkan aku kena cuti!! Ada paham???!!!
Hangin satu badan nih..haaiiisshhh
No comments:
Post a Comment