31 October, 2008

Hadiah..hadiah..hadiah

First of all, tq so much for my dearest 'Unit'mates yg bagi hadiah td. Walaupun dah tau hadiah apa tp tq gak atas usaha balut cantik2 hadiah2 tu (bukan salah i k depa yg tanya i nak apa hehe)
Siap ada card yg cute sangat2. Suka suka :-)







Ni la hadiahnya..Dua okk (sangat menunjukkan ketamakan i haha)


Pastu yg bestnya dalam card tu siap letak duit lagiii. Cute je kan. Ni mesti lebih daripada duit beli hadiah tu hihi..Tp cukup la buat tengok wayang :-)


Anyway, (kalau la depa baca blog i kan) many thanks to all..!


30 October, 2008

Sambutan Deepavali (ada kena-mengena ke ni?)

Saat semua masyarakat beragama Hindu beraya Deepavali, i dgn Soulmate pi Ikea beli few stuffs utk umah hehe (duit2 hadiah kawen ada boleh la beli brg2 yg dah survey aritu hehe) Yg bestnya mula2 dah decide ni tau tp bila dah nak ambik barangnya siap boleh pikir balik tukar model lain, tu pun lepas 3,4 kali ulang alik kat tempat yg sama hihi. Alaa keje gomen ni paham2 je la kan kena bajet betul2 apa yg nak dibeli :-)

Lepas almost 2 jam melilau (paham dak u all? hehe) dalam Ikea tu, ni la hasilnya..



Seksa ooooo nak bawak naik umah huhu..

Lepas tu Soulmate ajak pi umah Pak Mat & Auntie Rose kat Ampang hantar pulut kacau (org utara panggil pulut kacau, org lain panggil wajik)..Segan sangat nak pi tp bak kata my FIL, depa banyak berjasa nih. Baik sgt depa ni, Soulmate ckp walaupun cuma famili fren tp dah mcm sedara jugak. Auntie Rose nih Chinese tp tau dak apa dia masak hati tu; mee kuah & nasi minyak + ayam masak merah + kari ikan. Masa nak balik dia bagi ketupat + serunding daging..Respect weh dgn dia, melayu mcm i ni pun kena beli buku masakan.

So, macam tu la sambutan hari Deepavali kami tahun ni hehehe

29 October, 2008

Langkawi

Lepaskan penat di Langkawi..bessssssssttt ;-)


28 October, 2008

After All Had Been Said And Done

Alhamdulillah semuanya dah selamat dilaksanakan. Penatnya jangan ditanya, yang amat!! tapi gembira dan syukur dapat merasai pengalaman yg mcm tu. Again, i can list 1001 things that didn't went as we planned before, asalkan semuanya selesai dengan sesempurna mungkin pada pandangan mata kami dan semua yg terlibat pun dah sangat2 disyukuri.

Walaupun i mula cuti a week earlier still rasa sangat2 tak sempat buat preparation. Last few days before the hari majlis, i was struggling with the bunga telur huh. Friday nite sepatutnya i berinai tp sampai petang baru bunga telur i siap huhu. So plan nak berinai lepas magrib tu jadik angan2 je la sbb kena pulun untuk hantaran plak (sesapa yg nak kawin, pleeeaaaseee beli siap je ataupun kalau nak yg special skit, tempah okk. Jangan buat gila mcm i sbb mmg awal tu rasa kita sempat nak buat tapiiiiiiii satu dua mmg la seronok tengok hasilnya, kalau dah masuk 70, 80 rasa jari pun kembang semacam) Hantaran siap pun dah almost midnite, so lepas tu baru berinai. Pukul 1 lebih mata i dah tak boleh bukak tp tahan gak takut inai comot huhu seksa nih..Lebih kurang pkl 2.30 i buka inai, terus baring kat hall sbb bilik pengantin dah siap so malas nak kacau2 nnt buruk jadinya..

I baru je mula tak sedarkan diri, bapak sedaraku yg jd tukang masak hari tu dah mai umah nak masak. Masa tu pkl 3.00 PAGI okkk!!!! Mcm mana kita nak tido kalau dah org dok masak kat luar umah dgn bunyi periuk belanga bagai adoiii..Moral: Amik caterer!!

Walaupun dgn kepala weng tak cukup tido tp Alhamdulillah semuanya ok hari majlis tu. Adalah kekurangan here & there tp ok la :-)

The next day, Ahad, blom habis penat majlis umah i dah kena siap2 ke majlis belah hubby plak (chewahh hubby youuu..nyampah haha) Luckily majlis Soulmate simple je so dgn i yg dah demam batuk bagai kira ok la :-) Pkl 5 dah balik umah boleh rest hehe. MIL i sgt baik sampai i naik segan plak, semua pun dia nak buat. Sampai masa i tengah sembang dgn sedara2 dia buatkan air untuk i suruh minum something hot utk legakan tekak katanya..Untuk tak i hehehe

Lepas dua2 majlis dah selesai rasa lega sangat222222222..Penat weh preparation utk wedding nih. Sapa2 yg nak kawen sila bersedia secara mental dan fizikal k hahaha dan kewangan jugak. Masa dah dekat2 tu jugak la tetiba yg ni tak cukup, yg tu kena beli, yg nun salah colour, duit semua tu bukan ckp dgn air liur je tuh.

Gambar tak siap lagi nnt i update more k.

Daa

10 October, 2008

Cuti..yahoooooo

i akan start cuti mulai esok sampai la deepavali yehahhh..So i nak wish Happy Deepavali in advance.

See u all again in 2 weeks time.

Daaa

Adik Saya Yang Comel

Comel kan dia..Nurul Syuhada (kalau tambah nur ain kat hujung boleh jadi host Majalah 3 @ adik ipar Gee, glemer oooo adik ipar Gee)









miss her so much

Alhamdulillah






Takde perkataan yg boleh describe our feeling at that particular moment..

09 October, 2008

Dia, Soulmate dan Cinta..

Pernah tak terfikir macam mana cinta yg sepuluh tahun berakhir dgn perpisahan dan cinta yg setahun berakhir dgn pernikahan. Tak boleh nak terbayangkan kan? Apa lagi bg i yg mengalami ni, kadang2 rasa susah sangat nak sedar dan percaya apa yg sedang berlaku dan rasa betapa pantasnya hidup i berubah..Sebelum ni i tak pernah bersedia untuk menceritakannya walaupun sentiasa ada yg menanya, mcm mana hang menghadapi? awat jadi mcm tu?

Pernah satu ketika pada sesetengah masa i menyalahkan diri sendiri dgn perpisahan tu. Semua org, setiap ahli keluarga dan sahabat handai seolah menuding jari pada i yg dianggap seolah2 kacang lupakan kulit, tak mengenang budi, kejam dan keras hati kerna sanggup menidakkan cinta yg bersemi sepuluh tahun demi insan yg dicintai cuma setahun. Pernah tengok iklan drama Goda? Ada seorang lelaki yg tanya M, bolehkah kita jatuh cinta pada dua org secara serentak? Pada pandangan peribadi i, TAK BOLEH!! Tapi kenapa i boleh cintakan Soulmate sedangkan pada masa perkenalan tu i'm not single, i was somebody's sweetheart..Persoalannya, adakah that somebody tu pun my sweetheart pada masa tu?

Bila difikirkan semula saat tu, baru i sedar, perasaan yg i anggap cinta selama sepuluh tahun tu sekadar rutin. Yes, mungkin first few years bersama tu adalah cinta tp lama2 kehadiran dia cuma seolah2 rutin dalam hidup i. Even saying the three magical words pun dah jadi rutin, macam mana nak akhiri semua tu dgn janji sehidup semati. Tak mungkin i boleh bahagia kan? Berbeza pada Soulmate yg sejak mula bermain mata, hati dgn seikhlasnya merasa kasih sayang walau pada masa tu masing2 terikat dgn hubungan 'cinta' yg belum tentu cinta. Kerana perasaan kasih tu jugak, masing2 mendoakan yg terbaik dalam hubungan 'cinta' masing2 walau ada sedikit kekecewaan menyesali kenapa kita tak pernah dipertemukan sebelum ni.

Sesekali tersenyum bila menyalahkan takdir yg sebenarnya pernah menempatkan kita dalam daerah yg sama, pada masa i bertungkus lumus untuk PMR rupanya Soulmate sedang bergembira matriks di sekolah yg sama. Mungkin kita pernah bersua cuma tak pernah kisah dan bersuara :-)

'Cinta' itu telah lama berlalu rupanya. Walau i sedar masih ada yg menyalahkan i kerana meminta perpisahan tp percayalah setiap insan kerdil seperti kita cuma mencari kesempurnaan agar hidup yg dijalani lebih berada dalam kesyukuran. i tak salahkan sesiapa walau keluarga i sendiri cuma yg i minta, tolong la berhenti bertanya. Pada saat i dah dinikahkan, apakah masih perlu soalan, dia mcm mana sekarang? dia tahu hang nak kawen? dia ok ka? Demi Allah, i mengaku bukan mudah melupakan, i tak minta bantu i untuk melupakan, yg i minta cuma ihsan agar semua turut sama melupakan dia sama seperti yg i sedang lakukan. Cukuplah pada saat jari i diinaikan masih sempat bertanya, hang tak menyesal tinggalkan dia? Tolonglah, i bukan tak mampu jawab cuma i sedih memikirkan kenapa org lain masih memikirkan tentang remuk redamnya hati dia dengan meremuk redamkan hati i pada saat i nk dinikahkan.

I sedang mencari bahagia. Dan sehingga hari ini i sedang menemui bahagia..Tolonglah semua lupakan dia. Biar kenapa i tinggalkan dia cuma i yg tahu sbb kalau semua tahu, semua org akan menambahkan sorang lagi org yg dibenci..

07 October, 2008

After Half Had Been Said And Done (Kenuri blom lagi..)

I'm married yahooooo..i'm married yehaahh gedik tak hihi.

Anyway, Alhamdulillah majlis akad dah pun berlangsung walaupun i can list 101 things that didn't went as i planned before tapi semuanya dah selamat. Yang penting i dah dinikahkan oleh abah sendiri kepada my beloved Soulmate Aizwan Anuar. Susah nak explain apa yg i rasa sekarang ni. Macam percaya tak percaya je..

Raya tahun ni mcm ala2 je bagi famili i sbb lebih bz dgn preparation majlis akad nikah i. Nak2 plak musim raya ni sapa sangat yg nak datang tolong2 kat umah kan melainkan sume kena buat sendiri. Org kampung la katakan so majlis yg kecik pun last2 jadi meriah jugak la. Dah la parent i nak masak sendiri takmau buat catering. I dah suggest amik ceterer je sbb musim raya takde org nak tolong lagipun majlis kecik je tp abah cakap kan lagi meriah buat sendiri. Last2 mmg meriah abis sbb the day before majlis tu, me, my mom & my younger brother kena basuh 15 ekor ayam. Bayangkan i yg nak jadi queen of the day (sila abaikan i nak perasan k) ni kena basuh ayam huhu pengantin bau ayam.

Udah le petang tu basuh ayam malam plak kena dera pakai inai, kaki & tangan penuh inai sampai nak garu hidung pn tak boleh. Seksa betui masa tu, adoi susah gak nak nikah ni. Tapiiii knapa Soulmate ble rilek je tak susah mcm i pun (dia punya ketaq tak hengat dalam hati i dah abaikan hahaha)

Sbb majlis pukul 11 so seawal pagi i dah bersiap2. Tuhan je tau perasaan masa tu, macam2 ada, excited of course la kan tp masa tu gak la rasa nak nangis, rasa gelabah tak tentu hala, rasa badan takdak darah sejuk nak mati, mcm tu rupanya rasa org nak kawen. Masa Soulmate msg cakap dia dah sampai masjid i dah nak nangis dah sbb takut, tambah plak dan2 tu jugak my mom ckp takmau ikut i pi masjid..adoiiii. Bila tengok i mcm nak nangis baru dia stuju. Maybe dia tau dia akan sedih kot nnt kan.

Bila turun dari kereta kat masjid i nampak Soulmate, tetiba rasa tenang je :-) sampai la semuanya dah selamat dilaksanakan. I nampak Soulmate nangis masa peluk mama dia rasa sayu plak..

So, skrg ni me and Soulmate tengah berusaha utk sesuaikan diri. Bukan senang nak adjust cara hidup, lepas so many years hidup berdasarkan kehendak hati dan keputusan sendiri, skrg ni kena fikir tentang banyak hati dan perasaan, bukan setakat Soulmate tp dua2 famili. Sangat susah..

Daripada milo/nescafe for breakfast kepada at least roti/sandwich atau lain2 yg sesuai

Daripada suka-hati-longgok-baju-atas-katil-bila-suka-baru-lipat kepada setiap hari basuh-angkat-lipat

Daripada bangun-lambat-siap-mcm-lipas-kudung nak ke ofis kepada setiap-hari-bangun-pkl 6 walaupun umah belakang ofis

Daripada malam-ni-nk-mkn-kat-mana kepada malam-ni-nak-makan-apa

Pendek kata daripada dulu suka hati apa nak buat kepada semuanya kena fikirkan Soulmate jugak..

Apapun, tak kisah la asalkan dapat hidup dgn bahagia :-)






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails