28 May, 2009

Private vs. Gov

Last Monday, i went for my 5th checkup at An-Nur and 1st checkup at KK Putrajaya. Satu hari cuti tp sibuk dari pagi sampai la ke petang. Pagi2 pkl 8.20 dah terpacak depan An-Nur utk checkup, tp kali ni saya dgn baby dlm perut je sbb Soulmate ada exam. Sebelum ni kami slalu sampai An-Nur around 9 or 10am camtu tp hari tu saya semangat nak pi awal sbb nak tengok berapa jam kena tunggu kalau awal2 pagi sebelum klinik buka kita dah beratur nunggu. I was the first person utk jumpa doc. fatimah, yeay!! Slalu 2 jam tunggu tp hari tu setengah jam je ;-)

Pesanan utk Soulmate: Next time pi checkup bangun awal k sayang..

So far, baby sihat, mommy sihat, daddy sihat <-----eh ada kena-mengena ke? hehe Lepas dah settle semua, saya ke pusat servis En. Hamid di Equine utk servis keta sbb next week nak balik kampong!! Oh saya sangat rindu ibu & abah saya and nurul toooooo...!! Ada satu malam tu saya sampai nangis sbb sgt rindu kat depa ni semua. Alang2 dah kat depan Jusco pada hari dapat gaji saya ke sana plak. Tujuan asal nak beli compact powder saya yg dah hujung2 nyawa kat Bodyshop tp abis stok plak. Jadinya, saya keluar dari Jusco dgn beberapa helai baju yg langsung takde dlm plan haha (perempuan kan, mana ada planned shopping)


Lepas lunch dgn Soulmate, saya ke KK Putrajaya utk pertama kalinya nak buka Buku Merah. Sbg staff KKM, bila pi fasiliti KKM mmg nak tak nak kita akan ada sikit unsur menilai perkhidmatan yang diberikan. Mula2 mesti la saya ke kaunter pendaftaran. Ada 3 org JM (Jururawat Masyarakat) yang buat kerja2 mendaftar ni. Dua daripadanya boleh dikatakan ok la sbb bagi penerangan yg jelas sambil senyum. yang sorang lagi tu, kalau ikutkan hati rasa je nak tanya, "awak tertelan tebuan ke hari ni?" ckp mcm nak marah2!


Lepas dah buka Buku Merah tu, saya ke makmal untuk test urin dan darah. Best sbb cepat dan sangat mesra pelanggan semua staff kat situ. Lepas dah ambik darah saya ke bilik pemeriksaan untuk diperiksa oleh Jururawat Masyarakat. JM tu baik sangat mungkin sbb dia dah berumur skit dan faham saya ni first time pregnant. 10 minit saya tunggu untuk jumpa dia dan dapat penerangan & pemeriksaan lebih kurang 20-30 minit.


Sbb saya first time pi utk pemeriksaan antenatal tu so dia mintak saya jumpa doc. 45min- 1 jam saya tunggu (no. bilik doc tu kat screen langsung tak bergerak ok!) Bila dah dipanggil, jumpa doc yg langsung tak senyum dan saya boleh bilang berapa patah perkataan dia ckp dgn saya.


"First time?"
"Aah"
"Sebelum ni check kat mana?"
"Annur"
"Bulan depan boleh buat MGTT test la. Nnt misi(JM) terangkan" (sorang JM ada kat depan doc tu, kemudian explain mcm mana nak buat)
"Ok"
"Ok itu saja"
"tq doc"

Saya sebagai pelanggan yang tunggu dia sejam kat situ, apa la salahnya kalau dia explain apa tu MGTT test, kenapa saya kena buat test tu, kalau saya lulus apa kesannya, kalau tak lulus apa kesannya, kalau say tak buat test tu apa kesannya..Yes, nurse tu mmg boleh terangkan tp setakat, malam sebelum tu start 10mlm kena puasa, amik darah pukul 8.00 pagi, lepas tu minum air gula, lepas 2 jam amik darah lagi. Lepas tu baru boleh makan.

Nasib baik la skrg ni zaman yg semuanya kita boleh dapat dari internet. Kalau mcm zaman mak2 kita dulu?

Tapii..selain doc tu, perkhidmatan di KK Putrajaya pada saya dah boleh dikira bagus!


5 comments:

zewt said...

semoga baby sihat selalu...

Tulip said...

hah Tulip pun kena buat MGTT test tu nextmonth if....berat naik mendadak lagi...tp kalo berat just naik 1-2kg jer..takpayah buat dia kata..

hmmm tiap2 bulan tulip kena p jgk hospital kjaan & nak tunggu dia mak aiiii...mau tertidoq atas kerusi penat menunggu...;)

Mawar said...

zewt: Thanks

Tulip: Mawar kalau boleh takmau buat MGTT test sbb org kata bukan senang nak abiskan air gula secawan tu huhu..Takpa, demi baby ni kena redha jugak la kan. U take care k

minahkerek said...

mawar...tpon k erin ..urgent dear! u know my num kan :)

Mrs. Amie said...

babe, pasnie kalau dorang tak terangkan, u kena tanya... biar dorang jawab...

even dorang nie pelik2 kelakuannya kadang2, tapi i think servis dia ok.. cuma tggu menunggu tue adalah lumrah dlm perkhidmatan awam..

Oh! teringat plak.. that day, i attended ceramah susu ibu kat gvnt clinic.. when I asked them, "Susu tue kita boleh cairkan pakai warmer kan?" Then misi tue kata, "Warmer tua apa?"

Agaggaga.. i gelak, then i kata, takpelah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails