30 June, 2009

Langkawi

I was here from last Wed to Sat..



Masalahnya bukan untuk babymoon atau cuti-cuti Malaysia tapiiiiiiiii untuk kerja huhu..Saya jadi penganjur untuk satu kursus kat Langkawi ni. Penat tp ok la, sempat gak shopping skit. Tapi kalau dah nama pun Langkawi kan apa sangat yg kita boleh beli kalau bukan choc, pinggan mangkuk, periuk belanga dan yg sewaktu dengannya kan. Mmg la best tp masalahnya tumpuan saya sejak dua menjak ni kan kepada barang2 baby sahaja hehe..So tak la banyak sangat saya membeli. Lagipun asyik tingat Soulmate kat umah, sian dia kena tinggal lama.

Sabtu malam saya sampai trus mandi & tido je sbb saya dah letih sangat. Soulmate ajak singgah makan dulu pn saya dah taknak. Rasa kalau boleh dan2 tu saya nak baring.

Ahad plak pagi2 lagi saya kejutkan Soulmate bangun sbb kami ada antenatal class di Concorde Hotel, Shah Alam anjuran Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). Saja saya pilih nak ke antenatal class ni awal2 sbb boleh prepare yang sepatutnya kan. Org lain yg pegi semua EDD bulan 7 & 8 saya je yg bulan 9 hehe.

Balik dari antenatal class tu saya dah tak boleh nak bangun dah rasanya. Letih yang sangat2, badan rasa sangat tak larat, tekak sakit, kepala sakit, selsema, nak demam tak demam rasanya..

So, semalam saya mc :-) Jumpa doc Fatimah skali pagi tu untuk checkup. Doc ckp perut saya kecik, dia risau baby tak cukup berat. Tapi bila scan rupanya baby dah 1.1kg, within range yang sepatutnya la kan. Doc ckp sepatutnya kalau 7 months, baby 1-1.2 kg, kalau 8 months, baby 2kg, kalau 9 months, baby 3kg. Tapi dia akan monitor closely baby's weight sbb risau tengok perut saya kecik. Org tua2 kata it is normal sbb first pregnancy kan..

Coming Friday plak saya cuti sbb nak pegi buat detailed scan kat annur. Ok2 say tau mmg dah lewat tp better late than never kan. Nurse kat annur tu pun ckp patut saya buat lebih awal..Tapi saya & Soulmate tak sabar + nervous gak. Ye la, sbb mmg semua parent-to-be nak baby yang lahir nnt sihat kan..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails