22 June, 2009

Second Checkup Di KK Putrajaya

Hari ni saya ada checkup di KK Putrajaya, second time ni. Last month saya baru bukak buku merah kan pastu second time dah kena buat MGTT test a.k.a test minum air gula. Saya terpaksa buat test ni sbb ad famili history..Yg bestnya bila kena buat MGTT ni kita tak perlu ikut no. giliran masa kat kaunter pendaftaran tu. Datang klinik terus ke kaunter bagi buku hehe menyirap je org yang tunggu no dipanggil kan (tp korang kena tau azab nak mengabiskan air gula satu mug tu weh..!)

Lepas register tu, nurse suruh terus ke lab amik darah. Blom sempat amik darah nurse kat lab tu dah letak kat sebelah satu mug or
en penuh air gula (siap ada semut tau air saya tu, trus mintak tukar hehe)


Lebih kurang saiz gini la mug tu. (Dah boleh bayangkan ke blom azab minum tu..)


Masa saya tengah minum tu ada 2 3 org lagi yg kena minum gak. Dah jadi mcm acara sukaneka minum air gula, siapa abis dulu dia menang hihi. Betul tak tipu, sbbnya masing2 minum sambil jeling antara satu sama lain. Agaknya dlm hati masing2 dok tertanya2, org tu dah abis ke? org ni dah abis ke? alamak aku sorang je yg tak abis lagi ke? hihihi..Tp serius ckp manis yang amat air tu..

Lepas 2 jam kena dtg check urin & darah semula. Alhamdulillah, green code (maksudnya normal la) Tapiiiiiiii yg tak berapa sedap didengar, sbb saya ada famili history doc mintak buat lagi masa 32 weeks..adooiiiii!! Takpe demi baby, mommy redah jugak k :-)

Isnin depan checkup dgn doc fatimah kat annur plak..tak sabar sgt sbb dapat tengok baby, yahooo!! Kat KK Putrajaya td tak scan (biasa la government, tak sempat nak layan semua ibu2 mengandung utk scan kan) Pastu 3/7 ada detailed scan kat annur, pastu 6/7 checkup lagi kat KK Putrajaya. Oh, ada tak saya ckp yg lepas ni checkup kat KK Putrajaya adalah 2 minggu skali huhuhuhu sungguh saya tak larat nak menunggu..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails