16 March, 2010

Halal?

Saya baca entry kawan saya ni dan terpanggil juga untuk berkongsi pengalaman dan pendapat.

Seperti prinsip kawan saya, saya juga taknak zuriat saya tercemar disebabkan apa yang saya makan kerana apa yang kita makan pasti jadi darah daging. Tapi, pada pandangan peribadi dan pengalaman saya ramai orang islam sekarang kurang 'ambik port' soal status halal makanan yang dimakan. Saya juga pernah begitu. Tapi sekarang saya bersyukur kerna ada suami yang sangat menjaga soal itu, saya tak kata kami sempurna tapi sekurang-kurangnya kalau yang boleh dielakkan, kami seboleh-bolehnya elakkan. Kalau stakat 'halal dendang' (halal yg cuma tulisan ha lam alif lam dalam bulatan kosong tu..bak kata Soulmate) kalau boleh kami tak makan.




Kalau kita jenis yang prihatin, berapa kerat sangat restaurant yang ada halal JAKIM (yang badan swasta memang berlambak..yang masih boleh diragui kesahihannya). Orang Islam kita sekarang kalau nak masuk makan kat satu satu restaurant dia akan tengok, oh ada je org islam makan, halal la ni. Itu je?

2 3 hari lepas saya keluar dengan kawan saya dan masa sibuk2 cari mana nak makan, jumpa satu iklan tentang satu restaurant. Kawan saya kata, makanan kat situ sedap sangat, tapi kena pilih menu betul2 sbb ada certain food yang ada wine. Saya speechless! Dah sah2 restaurant tu takde sijil halal dan kawan saya pernah makan kat situ?! Takkan definisi halal cuma itu, takde wine? Sedih kan..

Bagi kaum ibu, kita sentiasa perjuangkan breastfeed hingga kadangkala memberi pandangan seolah menghina pada yang tak mampu breastfeed. Pernah kita renung balik apa yang selama ni kita makan. Selain banyakkan minum susu, makan itu makan ini, petua itu petua ini untuk banyakkan susu, bukankah kita juga punya tanggungjawab untuk makan makanan yang sahih status halalnya. Kita bangga dan bersyukur kalau dapat breastfeed kerna kita tahu khasiatnya untuk kebaikan anak2 kita tapi bukankah kalau apa yang kita makan turut jadi darah daging kita dan terus ke anak kita lebih teruk kesannya dari anak2 yang formula fed yang sahih halalnya. Fikirkan..

Bercakap soal ini sebenarnya adalah sensitif pada sesetengah orang, tapi kita sedang menghasilkan generasi masa depan. Binalah ia dengan asas yang paling kukuh yang mampu kita buat.

Saya cuma bagi pendapat peribadi yang tak berniat menyinggung atau buat sesiapa kecil hati. Untuk semua, tolonglah berhati2 dengan pemakanan kita demi masa depan anak2 dan generasi kita.

2 comments:

Suzie said...

salam,
i dah stop masuk kopitiam sbb isu ni...bila tgk semua kopitiam sekadar ada sticker yg diragui...my fren buat kurikulum n collaborate dgn HDC (Halal Development Centre)-correct me if i'm wrong n org tu ckp sebenarnya masalah utama sbb org Melayu kita ambil mudah soal ni as u said.

Mawar said...

Tu la sedih bila tengok org islam kita ambik mudah bab yang penting mcm ni. Semuanya janji sedap dan ada org islam lain makan dia pun boleh makan. Kalau setakat halal dendang tu mana2 kedai sticker pun boleh beli..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails