29 March, 2010

Our Weekend Di Cameron Highland :D

Dah dua kali weekend sebelum ni Soulmate adalah bz. Mula2 hari tu pi mancing, lepas tu outstation ke Lipis. Jadi, weekend lepas Soulmate kena bayar balik masa2 weekend yang dia tinggalkan kami. Kami ke Cameron Highland yeay! (dekat secoet pun nak bising hehe..pedulik)
Kami ke sana pun sat ja, Sabtu pagi bertolak, Ahad dah balik dah. Ok la kan saja jalan2, kalau lama sangat pun mati kutu gak kat atas tu. Mmg dah plan pi sat so kami bawak baju cukup2 je, baju Azfar mmg banyak la..baby mana boleh bawak sikit. Elok je lepas Ringlet skit eseblum sampai Tanah Rata, Azfar muntah, huhu habis baju saya. Jadi, kalau gambar2 berikutnya ni menunjukkan tudung atau baju yang sama sila buat2 paham ye..

Sbb Azfar muntah jugak la kami terjah je the first hotel yang kami jumpa Hotel De' La Ferns (ok tipu..second one, sbb yang first jumpa Century Pines tu kami terlepas jalan masuk).

Nasib baik dapat check in awal lebih kurang pukul 11 lebih masa tu. Itupun lepas Soulmate ckp baby muntah dan receptionist tu bagi choice bilik yang lebih mahal. Mahal pun mahal la, tak kuasa saya nak ke hulu ke hilir cari hotel dengan muntah Azfar penuh tudung, baju seluar sume. Tapi, saya rasa ok jugak sbb hotel tu cantik, baru je bukak Mei 2009 so takde la bau2 hapak ke apa..



Depan hotel (Oh itu bukan baju yang kena muntah..ni dah nak balik..gambar adalah rojak, tidak ikut aturan perjalanan ye)




Dah mandi bagai baru la boleh berjalan2 minum teh :D




Malam plak hasratnya nak ke pasar malam Brinchang, tapi Azfar tido dalam keta so kesian la bawak jalan dengan org ramai2 tu. Last2 kami makan dan balik lepak2 kat bilik je..


Ini budak kecik ada hobi baru..tarik hujung seluar atau socks..


Second day baru jalan2 petik strawberry bagai (mana boleh pi Cameron Highland tak beli strawberry kan, macam tak lengkap gituu..).


Budak tecik baru bangun tido siap jeling mama okk



Bila dah agak2 sedar skit bari sibuk nak petik strawberry semua..

Soulmate kata lepas ni boleh pi lagi. Oh Soulmate saya memang suka tempat2 mcm ni ye..Kalau ajak pi shopping mall dia akan tanya, nak beli apa? Agak2 jauh skit mcm Midvalley ke, OU ke dia akan tanya, sini2 (Putrajaya) takde ke?



Rapper in the making hikk


Next time kita datang lagi ye sayang..

2 comments:

xeea said...

uishhh. kemain lg azfar jeling kat mama dia. soooo cute!

Mawar said...

Dia marah sbb dia ngantuk kami paksa jalan2 petik strawberry berangan ala2 romantik gitu...sambil kendong anak :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails