1. Beras + Carrot + broccoli + ikan bilis (Azfar sukaa!!)
Biasanya saya letak beras satu sudu, setengah batang carrot, beberapa kuntum broccoli, 3 4 ekor ikan bilis buat perasa :-) Malam sebelum tido saya masukkan beras + carrot dalam slow cooker. Bila saya bangun tido, sebelum mandi saya letak ikan bilis + broccoli. Dah siap berdandan (chewahh..) saya trus blend. Separuh masuk thermos untuk 'school' separuh dalam bekas masuk fridge. Siap!
Lepas balik petang saya panaskan je..
2. Beras + carrot + bayam + ikan bilis (Azfar sukaa!!)
Cara memasak adalah sama seperti di atas ye. Cuma, lepas mandi baru saya masukkan bayam sbb bayam kan cepat je layu (begitu detail skali mawar..)
3. Potato/Sweet potato + broccoli/bayam (Azfar sukaaa!!)
Sama juga cara masaknya cuma kali ni saya tak letak beras. Kadang2 saya letak juga ikan bilis.
4. Apple + Pear (Azfar tak suka..huhu)
Saya blend je beberapa cube apple + pear. Siap! Tapi Azfar plak tak suka, mungkin sbb ada skit2 rasa masam2 buah kan. Dia boleh sampai nak terberdiri okk menahan rasa masam tu..Haish anak mama ni, macho sayang macho..awak kan lelaki kena la tahan masam skit2 tu..
5. Betik (Azfar sukaaaa..)
Yang ni saya lenyek2 dalam penapis, saya amik perahannya saja..Ohhh anakku sangat suka mungkin sbb ada rasa manis2 di situ. Kadang2 saya malas saya blend juga ;-)
Sebenarnya entry ni dibuat sbb saya dah takde idea nak bagi Azfar makan apa uwaaaaaaaaaa...
Wassup mama
*Lepas lunch nnt sambung..Saya ke Jusco td mencari2 stock makanan Azfar. Saya beli carrot (lagi), broccoli (lagi), potato (lagi)..haishhh balik2 itu je. Oh ada lagi yang baru saya beli.........cauliflower (saya tak sure baby boleh makan tak ek??) saya juga beli pumpkin, celery, pisang, pear (kali ni nak blend pear je taknak campur dengan apple). Saya cari organik tofu td tapi takde..
Bila anak saya nak cecah umur lapan bulan ni..banyak skit idea nak masak sbb dah boleh bagi ikan, ayam bagai..
*Sebenarnya Azfar tak kisah pun, dia makan je apa yang saya bagi dia. Cuma dia boleh tahan 2 hari je makanan yang sama, hari ke 3 dah kena tukar menu. Lepas tu kalau ulang balik menu sama dia makan habis jugak. Saya je yang susahkan hati dan kepala memikirkan kot2 dia jemu..
2 comments:
good entry ni. my son pon baru nak start solid. i pon dok mencarik2 receipe untuk dia. nak tanya jugak camna bawak makanan kalu nak travel yer? i pon mcm pening2 dah ni . may ni nak p travel (dkt je pon. penang-kl :P)
hi ida,
i pun blom pernah travel lagi. Setakat dekat2 ni i dah buat siap2 masuk dlm termos je. Kalau travel jauh & lama, rasanya i akan bawak rice cooker/slow cooker & blender la kot. Stok makanan boleh beli mana2 rasanya. U travel first then share tips k ;D
Post a Comment